Pemandangan Bandaraya KL Dari Udara

Bila naik flight, aku suka duduk di tepi tingkap pesawat sebab boleh tengok pemandangan di luar. Gambar pemandangan ni aku ambik masa flight dari KL ke Kota Bharu. Siapa yang bekerja di KL, boleh nampak ke bangunan pejabat korang? 

Kat atas kanan tu area rumah kiteorang tapi bangunan rumah tak nampak sebab masa lalu situ pesawat buat lencongan pulak hehe. Terus terlepas nak ambik gambar bangunan rumah dari udara. Cuma nampak rumah kakak aku je.


Nampak bangunan tempat kerja lama hihi...

Senang Rupa-rupanya Buat Shakshuka...

Shakshuka ni ialah resipi dari negara Tunisia dan hidangan yang popular di Timur Tengah. Kalau pergi ke restoran yang menghidangkan menu shakshuka, confirm aku akan order sebab aku suka sangat rasa shakshuka ni.

Resipi shakshuka aku ni simple je, tapi gerenti sedap hehe. Bahan-bahan utamanya ialah bawang holland, capsicum, chopped tomato (dalam tin) dan telur. Kalau nak boleh masukkan daging cincang jugak. Tapi yang menaikkan rasa shakshuka ni sebenarnya ialah serbuk paprika dan serbuk jintan manis (cumin powder). Bila dah masak, aku suka tabur daun ketumbar yang dah dihiris halus. Sedap tau!


Shakshuka yang aku makan di Bray Bakery

resipi shakshuka ringkas
Ni pulak shakshuka versi aku. Walaupun presentation nampak tak seberapa tapi rasanya sedap hehe


Shakshuka

Bahan-bahan:

  1. Minyak zaitun (untuk menumis)
  2. Sebiji bawang holland (dicincang)
  3. Sebiji capsicum (dicincang)
  4. Bawang merah 2 ulas (dicincang / blend kalau tak suka rasa bawang)
  5. Bawang putih 3 ulas (dicincang / blend kalau tak suka rasa bawang)
  6. Daging kisar (kalau nak)
  7. Chopped tomato dalam tin
  8. Serbuk paprika
  9. Serbuk jintan manis
  10. Telur 2 biji
  11. Feta cheese (kalau takde takpe, tapi kalau ada lagi sedap)
  12. Daun ketumbar, daun parsley dan daun thyme - kalau takde pun tak pe


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang holland dan capsicum sampai kekuningan dan lembut
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan kacau lagi
  4. Masukkan daging kisar dan masak sampai keperang-perangan
  5. Masukkan tomato dalam tin dan kacau lagi
  6. Masukkan serbuk paprika dan serbuk jintan manis (agak-agak je sukatannya)
  7. Masukkan daun parsley dan daun thyme
  8. Kecilkan api, buat lubang tengah-tengah shakshuka dan pecahkan telur.
  9. Tutup periuk dengan penutup dan tunggu sampai telur masak dan nampak macam poached eggs
  10. Taburkan daun ketumbar dan feta cheese.
  11. Siap untuk dihidang dan dimakan macam tu je atau cicah dengan roti


resipi shakshuka ringkas
My ultimate comfort food. Abaikan presentation tak sesedap dekat restoran hehe

resipi shakshuka ringkas
Cicah dengan roti atau makan macam tu je pun ok

Brunch dengan BFFs di Opera Cafe & Lounge @ TRX

Dah lama tak bersiaran dengan BFFs dua orang ni, jadi 2 minggu lepas kiteorang keluar brunch sesama selepas mendapat keizinan dari suami masing-masing. Hehe. Sejak dieorang ni kahwin susah bebenor nak cari masa nge-date bersama sebab aktiviti hujung minggu dieorang dengan suami masing-masing 🤭. Sis ni pengantin lama jadi Suami Terchenta dah bagi kepercayaan penuh setiap kali sis bagitau nak keluar girls outing dengan BFFs hihi. 

Kali ni kiteorang nak try tempat baru iaitu Opera Cafe & Lounge di TRX. Sebenarnya ni cawangan kedua dieorang, cawangan pertama di Starhill so korang boleh agak la kan kekayangan kafe ni 😅. Kafe ni sangat la lawa sampai dapat jolokan most Instagrammable cafe in KL gittew... Tapi memang lawa pun. Kalau sis Suzy datang sini mesti dia suka sebab tema kafe ni warna pink. Semua pink, dari hiasan kafe sampai la ke pinggan dan even peket gula pun warna pink lolzz.


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Opera Cafe & Lounge @ TRX

Lokasi kafe ni sebenarnya susah sikit nak cari sebab bukan dalam mall TRX tu tapi di bangunan Menara Exchange 106 yang bersambung dengan mall. Sampaikan Zura boleh sesat barat tak jumpa-jumpa kafenya, bengang member tu siap bagitau kalau dia tak jumpa jugak lepas sejam cari, dia akan pergi shopping je la! Nasib baik 45 minit kemudian dia muncul 😝. Aku dengan Nurul dah puas ber posing sakan by the time dia sampai hehe.


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Puas ber posing sementara menunggu seorang lagi BFF sampai sebab dia tengah sesat mencari jalan ke kafe

Kafe ni menghidangkan menu Western dan Mediterranean, pastries, kek dan jugak dessert. Sebenarnya ada jugak Instagrammable desserts yang sangat la comel dan menarik, tapi kiteorang tak order sebab tujuan datang ke sini sebab nak brunch. Boleh tengok menu kafe di SINI.

Antara makanan/minuman yang kiteorang pilih:


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Peach iced tea, Opera avocado dan rich hot chocolate

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Almond croissant

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Eggs benedict with smoked salmon

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Salmon cruffin

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Truffle fries

Boleh dikatakan makanan kat Opera Cafe & Lounge ni sangat memuaskan hati, cuma harganya agak kayangan la. Tempatnya sesuai untuk celebrate birthday atau anniversary sebab deko kafe OTT (over the top) dan sesuai untuk orang yang suka ambik gambar dan post di IG hihi. Sebelum ke sini, elok buat tempahan meja dulu. Masa kiteorang mula-mula sampai pukul 10 pagi, kafe ni agak lengang tapi bila kiteorang dah nak gerak hampir 2 jam kemudian, tiba-tiba tempat ni penuh. Nak selamat, digalakkan buat tempahan meja.


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Ada tempat OOTD jugak tapi camera girl yang bertugas kat sini ambik gambar close-up ni kenapa? Dah kena crop sayap sis ni 🤪

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Alamat: Lot No. UG.08, Level Upper Ground, Menara Exchange 106
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam
IG: @operacafemy
Laman web: https://operacafe.com.my/

Coklat Alternatif Kepada Produk Jenama Z

Salam Jumaat semua,

Sejak perangai lahanat tentera Izzy tu menjadi-jadi, aku cuba sedaya-upaya untuk beri sokongan melumpuhkan kekuatan ekonomi kumpulan Z ni dengan mengurangkan / menukar barangan dari produk Z kepada produk alternatif. 

Contohnya sebelum ni beli M*lo, sekarang kiteorang beli V*co. Walaupun bila makan kat luar pun kiteorang tak order M*lo ais. N*scafe tu takyah cakap la sebab tak minum kopi lagi dah. Satu kebaikan bila boikot C*ca-C*la ialah dah takde nafsu nak minum minuman yang pernah jadi kegemaran aku tu sampai kena diabetes. Sejak stop beli mee segera Megi, kiteorang dah kurang makan mee segera. Jadi selain lebih jimat, dah kurang makan makanan proses sekarang ni.

Tapi yang buat aku sedih ialah terpaksa lupakan coklat kegemaran aku - K*tK8 Chunky. Huhu... Bila nak datang bulan je, mesti aku cari coklat ni. Tapi sebab K*tK8 ni produk N**tle jadi aku tahan diri dari beli. 

Baru-baru ni aku singgah KK Super Mart dan ternampak satu coklat dari Turkiye jenama Torku. Bentuk coklat ni seakan-akan coklat kegemaran aku tu. Jadi aku pun beli la satu sebab nak tau sama ke tak rasanya dengan K*tK8 Chunky:


Torku chocolate
Coklat jenama Torku dari Turkiye (Harga: RM2.10)

Torku chocolate
Kat dalam, nampak kecik sikit dari K*tK8 Chunky

Verdict: Rasanya memang sangat hampir dengan coklat kegemaran aku! 🤩 Tak menyesal beli ye hehe. Cuma lapisan coklatnya tak setebal dan semewah coklat K*tK8, tapi bagi aku ok je. Rasa coklatnya pun pekat. Esoknya aku beli lagi bagi anak-anak rasa pulak, dieorang pun bagitau benda yang sama - coklat ni memang rasa macam coklat K*tK8 Chunky:


Torku chocolate
Dalamnya ada lapisan wafer macam coklat K*tK8 Chunky

Tapi tak semua cawangan KK Super Mart ada jual coklat ni. Aku beli coklat ni di KK Super Mart cawangan UTC Sentul. Pernah try cari di KK Super Mart di sebelah stesen LRT Masjid Jamek tapi tak jumpa. Mungkin tak dijual di situ.

Lepas ni kalau teringin makan coklat, takde la sedih sebab tak boleh makan coklat yang diboikot tu sebab dah ada coklat alternatif hihi.

Buat pengetahuan semua, dalam dunia ni ada 10 syarikat utama (The Big 10) yang mengawal industri makanan dan majoritinya ada hubungan dengan Izzy, contohnya N**tle beroperasi di tanah yang diduduki oleh Izzy secara haram, sumber SINI). Harapnya N**tle cepat-cepat tutup kilang di tanah haram dan keluar dari Izzy. Macam yang kita tengok bila ramai-ramai org boikot Mekdi, syarikat induk Mekdi terpaksa masuk campur beli balik hak francais dari pemegang francais Izzy supaya dieorang tak boleh lagi sesuka hati nak derma makanan dekat tentera Izzy lepas tu dengan bangganya post dekat satu dunia sokongan terhadap tentera Izzy. Sekali haa, ambik kau satu dunia boikot Mekdi gara-gara tindakan Mekdi di Izzy tu sampai dieorang rugi USD7 billion. Adan uke. Tekanan ekonomi macam tu yang kita harapkan berlaku dengan syarikat-syarikat yang sokong kumpulan Z dan negara haram tu.


10 syarikat makanan yang menguasai industri makanan global
10 syarikat makanan yang menguasai industri makanan global (Sumber: https://www.frugl.com.au/2020/01/19/the-sooner-you-know-that-only-10-companies-control-everything-you-buy-the-better/)

Tak boleh tolong banyak, tolong sikit-sikit pun harapnya usaha kita diterima di akhirat kelak, Insha Allah. Jangan sampai orang Palestin mengadu dekat Allah yang dieorang tak terima pertolongan dari kita masa dunia. Nauzubillah. Semoga Allah ampunkan dosa kita atas ketidakupayaan kita untuk hentikan serangan Izzy ke atas mereka 🥺.

Singgah Beli Keropok Lekor Z di Besut, Terengganu

Throwback masa aku dan kakak aku ke Pulau Perhentian bulan Jun lepas. Masa nak balik ke Kota Bharu untuk ambik flight pulang ke KL esoknya, kiteorang tanya pemandu kereta sapu kat mana ada jual keropok lekor yang sedap. Terus dia bawak kiteorang ke gerai Keropok Lekor Z.


Besut Terengganu
Keropok Lekor Z

Kat sini dieorang dah siap-siap bungkus keropok lekor ikut harga. Kalau nak beli yang dah siap goreng pun ada.


Keropok losong
Keropok lekor yang dah siap dibungkus

Keropok Lekor Z
Pekerja tengah membuat keropok lekor

Driver kereta sapu kiteorang tu siap tanya, taknak beli air kelapa ke untuk minum dalam perjalanan ke KB? La... kita ni bukan main taknak makan & minum dalam kereta orang, tapi kalau dah empunya kereta yang bagi, so kiteorang terus pesan air kelapa bungkus. Sambil menunggu pesanan minuman siap, ralit kiteorang perhatikan pekerja membuat keropok lekor di depan gerai.

Sempat lagi memborong keropok ikan dan keropok sira di kedai sebelah gerai Keropok Lekor Z. Aku rasa mesti owner yang sama sebab warna kedai sama je dengan gerai tadi.


Keropok Lekor Z
Kedai menjual pelbagai produk berasaskan ikan

Alhamdulillah hotel tempat kiteorang bermalam di KB sebelum naik flight esok pagi ada menyediakan peti sejuk mini. Risau jugak keropok lekor yang kiteorang beli tu jadi busuk sebelum selamat sampai ke KL.

Sampai KL terus aku goreng beberapa batang keropok lekor. Memang sedap keropok lekornya, tapi tak sesedap keropok lekor yang aku pernah beli di Chukai, Kemaman. Yang tu memang bila goreng tak mengembang sangat dan rasa ikannya pun lebih kuat. 

Kalau korang pulak, kat mana tempat yang jual keropok lekor kesukaan korang? Drop sikit dekat komen ye 😄.