• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, October 02, 2024

Pengalaman Menginap di Ibis Styles Hotel Kota Bharu

Masa kiteorang bercuti ke Kota Bharu, kiteorang menginap di hotel Ibis Styles Hotel Kota Bharu. Lepas menginap di sini baru aku tau Ibis Styles ni ialah sebahagian dari jenama Accor Hotels. Sebenarnya aku ada keahlian Accor jugak tapi sebab jarang-jarang duduk hotel selain Marriott Bonvoy, jadi tak perasan pulak Ibis Styles ni jenama bawah Accor. Kalau tau, aku book je dari apps Accor boleh dapat harga lebih murah. Instead, aku book dari aplikasi Agoda.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Gambar pintu masuk hotel

Lobi hotel ni cantik, ceria dan nampak moden. Proses daftar masuk berjalan lancar dan walaupun aku request bilik sebelah-menyebelah dan bersambung tu agak lambat, tapi staff hotel setuju untuk carikan bilik connecting walaupun dia kata tak janji boleh dapat sebab hotel penuh. Tapi last-last dapat jugak.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Kawasan lobi hotel yang moden 

Sambil menunggu proses daftar masuk, tetamu hotel boleh bermain congkak, melayari Internet dan ada bilik permainan untuk kanak-kanak jugak. Kalau lapar boleh bancuh air kopi / teh dan duduk di meja bar sambil menikmati snek yang dijual di vending machine. 


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Internet kiosk dan kids zone

Sekejap je setel daftar masuk sebab payment dah setel sebelum sampai lagi. Tak ada deposit dikenakan. Lepas ambik kunci kiteorang terus naik ke tingkat bilik hotel yang tertera atas kad hotel.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Tingkat 17

Harga bilik semalam ialah dalam RM214.20 dan kiteorang book 2 buah bilik yang bersambung. Truth be told, aku agak impressed dengan bilik hotel sebab nampak moden dan ceria.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil Queen

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik anak-anak dengan katil double

Tema bilik kiteorang warna biru manakala tema bilik anak-anak pulak warna merah. Dari segi kemudahan dalam bilik, semuanya cukup lengkap, siap ada penapis air dengan air panas / air suam. Aku paling suka wireless charging dock merangkap bedside clock tu. 


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Dari kiri: wireless charging dock merangkap jam; minuman segera; 2-in-1 hair & body wash

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Konsep sinki dekat luar bilik air untuk menjimatkan ruang

Overall aku suka bilik hotel ni kecuali satu je la. Bilik airnya cuma ditutup dengan frosted glass. Jadi walaupun orang tak nampak dari luar tapi masih boleh nampak bayang-bayang dekat dalam tu. Bayangkan tengah memerut orang boleh nampak bayang-bayang dari luar 😂😂. Nasib baik kongsi bilik hotel dengan suami sendiri, kalau dengan kawan-kawan rasanya tak digalakkan!


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik mandi dan tandas asing sebelah-menyebelah, dengan frosted glass. Sebab tu kena ambik 2 buah bilik untuk jaga privacy dari anak-anak hehe

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Swimming pool dekat rooftop dan ada restoran jugak di hujung pool

Untuk harga kurang dari RM300 semalam, aku rasa berbaloi sangat duduk di hotel ni. Tapi kalau duduk ramai-ramai satu bilik mungkin kurang sesuai sebab biliknya just nice untuk dua orang. Lain kali ke Kota Bharu lagi, aku rasa nak duduk di hotel ni lagi sebab best.

Korang pulak suka stay hotel mana kalau ke Kota Bharu?

Read more »
on Wednesday, October 02, 2024 34
Share this!
Tags
Hotel Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, October 01, 2024

Pergi Ke Perpustakaan Kuala Lumpur Dapat Hadiah

Ni kisah hujung minggu kiteorang masa cuti sekolah yang lepas. Macam biasa, 2 minggu sekali kiteorang akan pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku pinjaman dan pinjam buku baru. Inilah rutin baru kiteorang tahun ni sebab aku nak pupuk minat membaca tu (setakat ni masih work in progress lagi 😅. Kalau tak paksa baca buku, dieorang lebih suka melukis atau main hp).


Perpustakaan Kuala Lumpur
Cantik pemandangan Dataran Merdeka dan bangunan-bangunan pencakar langit dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur

Sempena cuti sekolah, Perpustakaan Kuala Lumpur menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung perpustakaan kanak-kanak. Masa kiteorang sampai tu, ada kuiz tentang negara Malaysia dan Khadeeja pun dijemput masuk pertandingan kuiz tu walaupun kuiz tu dah bermula 10 minit sebelum tu. Kiranya Khadeeja la orang terakhir yang menjawab kuiz tu.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Gigih mencari jawapan di Internet 🤭

Perpustakaan Kuala Lumpur
Sementara menunggu anak-anak memilih bahan bacaan baru untuk dipinjam

Selepas 20 minit menghantar jawapan kuiz, pihak perpustakaan panggil semua peserta untuk majlis penyampaian hadiah dan saguhati. Alhamdulillah, Khadeeja pun dapat hadiah saguhati iaitu botol air 😄.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Tak sia-sia masuk pertandingan kuiz secara last minute!

Perpustakaan Kuala Lumpur
Bersama dengan semua peserta dan hadiah masing-masing

Seronok la Khadeeja sebab dapat botol air baru. Katanya botol air ni lebih senang untuk bawak ke sekolah dari botol air dia sekarang ni. Aku happy sebab Khadeeja nak join aktiviti macam ni sebab dulu dia pemalu sangat, paksa macamana pun dia taknak join sebab malu. Tapi perangai malu nak senyum depan orang ramai tu masih lagi tak hilang 😅.

Read more »
on Tuesday, October 01, 2024 30
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, September 30, 2024

Bawak Anak-Anak Bulus ke iVET PETCARE

Sabtu lepas kiteorang bawak anak-anak bulus jumpa doktor di klinik haiwan sebab nampak dekat kaki dan perut Louis ada kesan macam infection / luka. Alang-alang dah ke klinik haiwan tu kiteorang bawak la Kiera jugak sebab nampak macam masalah kutunya tu tak habis-habis. Dia pulak tak habis-habis menjilat bulunya sampai selalu sangat muntah bulu.


iVET PETCARE
Klinik iVET PETCARE

Lepas mendaftar dan bagi kad rekod kesihatan anak-anak bulus dari klinik haiwan di SPCA, kiteorang pun duduk menunggu giliran dipanggil masuk. Klinik ni nampak selesa dan bersih. Masa kiteorang masuk ke klinik ni, benda pertama yang aku perasan ialah bau wangi macam dekat hotel sebab klinik ni pasang diffuser pewangi bilik. Udara pun segar sebab ada penapis udara yang besar dekat sebelah kaunter pendaftaran.


iVET PETCARE
Bahagian dalam klinik yang selesa

Anak-anak bulus ni kemain lagi ye bising sepanjang dalam perjalanan ke klinik. Meraung-raung dalam pet carrier masing-masing. Sampai klinik Kiera dah senyap tapi Louis masih lagi membebel-bebel tak puas hati kena trick masuk dalam sangkar hihi...


iVET PETCARE
Masa ni Kiera dah senyap pasrah menerima nasib tapi Louis pulak tak habis-habis membebel dengan muka tak puas hatinya.

Tak lama menunggu, Louis dan Kiera dipanggil masuk. Mula-mula sekali doktor timbang berat badan. Louis tak boleh duduk diam, sebab tu kena tahan masa doktor nak periksa kesan luka tu.


iVET PETCARE
Nampak tak muka Louis masih tak puas hati? 😆

Mula-mula doktor ingatkan jangkitan kulat (fungal infection) tapi lepas tu dia kata mungkin sebab banyak sangat kutu jadi dia dok jilat-jilat bulu dia sampai luka. Doktor tu bagitau banyak sangat telur kutu celah-celah bulu Louis tu.


iVET PETCARE
Kena makan ubat alergik untuk kurangkan gatal-gatal. Tapi Louis baik, bab makan ni dia main telan je apa-apa yang masuk dalam mulut dia 🤭

iVET PETCARE
Doktor sapu ubat untuk matikan kutu dengan telur-telurnya sekali.

Dah setel checkup Louis, giliran Kiera pulak. Aku ingat Kiera ni lagi ganas daripada Louis sebab dia tak boleh tengok orang luar selain dari kiteorang memang dia akan lari lintang-pukang cari tempat menyorok. Tapi eh eh, behave pulak dia. Senyap je tak melawan dan mengiau. Dia pun sama, kena sapu ubat kutu.


iVET PETCARE
Sorok muka dekat tangan kakak sebab malu dengan doktor

Kiera ni siap pakej ada cacing lagi! Mana entah datangnya cacing tu... Nasib baik ubat tu berkesan sekali untuk matikan cacing dalam perut.


Jenama ubat kutu / cacing / hama yang diberi oleh vet. Katanya boleh protect dalam 3 bulan tapi kalau taknak berulang, kena bersihkan satu rumah takut ada telur kutu yang melekat dekat tempat-tempat dieorang selalu lepak (sumber imej: lama web Nextgard combo)

Sebelum balik, Louis dibekalkan dengan ubat alergik dan jugak omega oil. Kiera pulak takde apa-apa ubat kena ambik, tapi Suami Terchenta kata mungkin dia nak buat lion cut jugak untuk Kiera sebab bulu dia tu tebal sangat takut ubat tu tak betul-betul meresap dalam kulit.

Total kos bawak anak-anak bulus ke klinik ialah RM173. Yang mahal tu ialah ubat kutu tu la (RM54 untuk seekor kucing). Suami Terchenta kata ubat anak-anak pun tak semahal ni 😅. Nak buat camane, nak bela sangat anak-anak bulus kena hadap la realiti yang dieorang pun kena pergi jumpa doktor jugak sekali-sekala 🤭.

Read more »
on Monday, September 30, 2024 22
Share this!
Tags
Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, September 30, 2024

Pantun Buah Keranji

buah hutan


Sorong papan tarik papan, 
Buah keranji dalam perahu, 
Suruh makan, dia makan, 
Suruh mengaji, dia tak mahu.

Buah bidara buah keranji, 
Buah kurau buah berangan, 
Hilang di mata hilang berganti,
 Lepas di tangan dikenang jangan.

Nota kaki: Addicted bila mengemam buah keranji ni 😆 Ada terbaca khasiatnya boleh menurunkan kolesterol. Wallahualam.

Read more »
on Monday, September 30, 2024 10
Share this!
Tags
Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, September 28, 2024

Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 8)

Sambungan dari sini:

  • Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
  • Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
  • Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
  • Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
  • Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)
  • Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 6)
  • Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 7)

Kalau ke Kota Bharu tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah, memang tak complete la trip ke negeri bergelar serambi Mekah ni.

Jadi sebelum kiteorang balik ke KL, pagi tu kiteorang singgah ke sini.


Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah


As expected, banyak kenderaan yang nak masuk ke sini. Jenuh jugak nak cari tempat parking kosong. Tapi nasib baik jumpa jugak.

Sebenarnya plan nak cari sarapan pagi kat sini lepas aku baca entry ni di blog Mama Zharfan. Tapi tak jumpa / tak tau kat mana lokasi gerai menjual kuih-muih ni. Nasib baik semua orang masih kenyang lagi lepas heavy dinner malam sebelum tu so takde la ralat sangat 😅. Jadi kiteorang pun meneruskan plan berjalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tengok barang-barang yang dijual di sini.


Pasar Besar Siti Khadijah
Gambar ikonik dalam Pasar Besar Siti Khadijah

Aku rasa tempat ni menarik tapi would be better kalau dinaiktaraf. Contohnya, disediakan lif / escalator sebab kesian pulak tengok warga emas bertongkat sebab payah betul nak turun/naik tangga.

Kiteorang cuma pergi 2 tingkat je, tingkat 1 yang menjual cenderamata dan pelbagai kekacang dan tingkat 2 yang menjual pakaian, kain pasang dan tudung.


Pasar Besar Siti Khadijah
Anak-anak excited tengok cenderamata keychain dan fridge magnet. Masing-masing sibuk memborong untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah

Pasar Besar Siti Khadijah
Bila sampai tingkat ni pulak, giliran aku pulak yang seronok cuci mata tengok batik Kelantan dan tudung-tudung murah 🤭

Nasib baik Suami Terchenta layan je wife dia ni hihi. Sesekali kenyit mata kat dia bila jumpa yang berkenan di hati 🤭. Cuma tu la, aku rasa lagi seronok kalau pergi dengan my mom atau kawan perempuan sebab bila tanya orang lelaki ni payah nak dapat jawapan yang jujur. "Ni cantik tak bang?" "Hmm. Cantik." Dia jawab cantik sebab nak cepat-cepat balik. Kalau cakap tak cantik, terpaksa ikut pergi ke gerai lain cari yang lebih cantik 😆. Takpela, janji dia tolong bayarkan hihi.

Lepas dah puas jalan-jalan kat dalam Pasar Besar Siti Khadijah ni, kiteorang singgah pulak di Medan Selera Laman Siti Khadijah for early lunch sebab lepas tu kiteorang nak balik ke hotel, mandi dan terus check out.


Pasar Besar Siti Khadijah
Makan tengahari dekat sini

Pasar Besar Siti Khadijah
Tertarik cuba gerai ni sebab terpampang besar-besar menu 'Tomyam Bangkok Viral'. Nak tau apa yang best pasal tomyam Bangkok ni. Bawah kiri: Tomyam Bangkok Viral, kanan: sotong salut tepung sebab malam semalamnya sotong salut tepung dah habis di Padi Restoran tu 

Makanan kat sini pun sedap jugak walaupun lama menunggu. Suami Terchenta siap bergurau agaknya dieorang baru nak pergi mencandat sotong tak pun nak kena bawak tomyam tu dari Bangkok, sebab tu lama nau menunggu 😆. So kalau rasa in a hurry, tak payah la datang ke sini. 

Sotong salut tepung ni sedap tapi tak boleh challenge udang salut tepung di Padi Restoran malam tadi. Tomyam tu pulak aku tak tau apa bezanya dengan tomyam biasa, bagi aku sama je cuma dia hidangkan dengan telur rebus. Ke lidah aku yang tak pandai bezakan? Hihi. Macam janggal pulak makan tomyam dengan telur rebus 🤔. Otherwise, ok la sedap jugak. Dan yes, nasi putih kat sini pun sama macam di Padi Restoran, portion nya besar.

Lepas makan, kiteorang terus balik ke hotel. Lepas dah bersiap-siap, finally it's time to go home. Perjalanan balik lebih memenatkan dan challenging dari perjalanan pergi ke sini. Kiteorang memang follow cadangan Waze je sebab banyak tempat jem dan kenderaan bergerak perlahan. Kiteorang cuma berhenti untuk isi minyak dan pergi toilet di stesen Petronas di Gua Musang, lepas tu memandu sampai la ke Jerantut baru berhenti solat jamak di Masjid Al-Amin, Kampung Binjai.


Jerantut, Pahang
Singgah solat di masjid putih yang cantik ni

Masjid Al-Amin Kampung Binjai
Nampak macam baru je masjid ni. Carpet masjid pun macam baru.

Masjid Al-Amin Kampung Binjai
Rezeki dipelawa oleh orang masjid untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan. 

Selesai menunaikan kewajipan, kiteorang baru nak keluar dari pekarangan masjid tapi ada seorang pakcik ni panggil kiteorang jemput makan sebelum meneruskan perjalanan. Dia tau ramai orang balik ke ibu kota hari tu, jadi dia saja sedekahkan makanan kat masjid untuk musafir yang berhenti singgah solat di sini. Merasa la cucur jagung yang sedap dan bihun goreng. Siap suruh kiteorang tapau makan dalam kereta. Baiknya la pakcik ni. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu 🥰. 

Sebelum balik, kiteorang sempat singgah di gerai di simpang keluar beli jagung dari orang kampung. Sajalah nak support jualan orang kampung ni yang dah bermurah hati jamu orang luar makan.

Akhirnya lepas 10 jam memandu, kiteorang pun selamat sampai ke KL. Dengan tu berakhir la road trip cuti sekolah kiteorang. Penat tapi seronok. Tapi lain kali kalau nak ke Pantai Timur lagi, kena spend 2-3 hari di setiap negeri baru puas hati kot 😄.

Read more »
on Saturday, September 28, 2024 20
Share this!
Tags
Malaysia, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Aku Sis Lin
    1 hour ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • mrhanafi.com
    3 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    4 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    11 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    12 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    13 hours ago
  • KasihkuAmani
    13 hours ago
  • Drawing the Words
    15 hours ago
  • SURIA AMANDA
    16 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    17 hours ago
  • a m m i
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • My Small World
    1 day ago
  • Miles of smiles
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.