Pengalaman Menginap di Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Masa kiteorang bercuti ke Kota Bharu, kiteorang menginap di hotel Ibis Styles Hotel Kota Bharu. Lepas menginap di sini baru aku tau Ibis Styles ni ialah sebahagian dari jenama Accor Hotels. Sebenarnya aku ada keahlian Accor jugak tapi sebab jarang-jarang duduk hotel selain Marriott Bonvoy, jadi tak perasan pulak Ibis Styles ni jenama bawah Accor. Kalau tau, aku book je dari apps Accor boleh dapat harga lebih murah. Instead, aku book dari aplikasi Agoda.
|
Gambar pintu masuk hotel |
Lobi hotel ni cantik, ceria dan nampak moden. Proses daftar masuk berjalan lancar dan walaupun aku request bilik sebelah-menyebelah dan bersambung tu agak lambat, tapi staff hotel setuju untuk carikan bilik connecting walaupun dia kata tak janji boleh dapat sebab hotel penuh. Tapi last-last dapat jugak.
|
Kawasan lobi hotel yang moden |
Sambil menunggu proses daftar masuk, tetamu hotel boleh bermain congkak, melayari Internet dan ada bilik permainan untuk kanak-kanak jugak. Kalau lapar boleh bancuh air kopi / teh dan duduk di meja bar sambil menikmati snek yang dijual di vending machine.
|
Internet kiosk dan kids zone |
Sekejap je setel daftar masuk sebab payment dah setel sebelum sampai lagi. Tak ada deposit dikenakan. Lepas ambik kunci kiteorang terus naik ke tingkat bilik hotel yang tertera atas kad hotel.
|
Tingkat 17 |
Harga bilik semalam ialah dalam RM214.20 dan kiteorang book 2 buah bilik yang bersambung. Truth be told, aku agak impressed dengan bilik hotel sebab nampak moden dan ceria.
|
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil Queen |
|
Bilik anak-anak dengan katil double |
Tema bilik kiteorang warna biru manakala tema bilik anak-anak pulak warna merah. Dari segi kemudahan dalam bilik, semuanya cukup lengkap, siap ada penapis air dengan air panas / air suam. Aku paling suka wireless charging dock merangkap bedside clock tu.
Untuk harga kurang dari RM300 semalam, aku rasa berbaloi sangat duduk di hotel ni. Tapi kalau duduk ramai-ramai satu bilik mungkin kurang sesuai sebab biliknya just nice untuk dua orang. Lain kali ke Kota Bharu lagi, aku rasa nak duduk di hotel ni lagi sebab best.
Korang pulak suka stay hotel mana kalau ke Kota Bharu?
Wah, dekat mana ibis KB ni? Cantikkk..
ReplyDeleteTak jauh jugak dari bandar KB tu, dalam 10 minit mcm tu driving ke Pasar Besar Siti Khadijah.
Deletecantik juga ibis hotel ni....walaupun hotel tk besar mana tp ada pool...
ReplyDeleteCantik. Suka tengok lobi hotel ni & rasanya lebih menarik dari lobi hotel bawah brand Marriott sebab ada mcm2 aktiviti boleh buat sementara tunggu giliran utk check-in.
DeleteIbis ni byk juga rangkaiannya kan sis ... Pernah stay sekali dkt Ibis Melaka. Bilik selesa betul
ReplyDeleteAah, dekat KL pun ada jugak. Saya baru tau Ibis ni bawah jenama Accor 😄
DeleteCantik hotelnya ....nyaman dan lengkap juga...nah iya tuh kadang dindingnya toilet berlapis kaca buram...tapi tetap aja ya kelihatan samar-samar😁
ReplyDeleteNampak bayang-bayang dari luar hihi. Kalau menginap dgn suami saja, tak apa. Kalau dgn keluarga yg lain kan rasa janggal 🤭
DeleteCantik hotelnya mbak. Enak juga sambil menunggu di lobi hotel tunggu pendaftaran bisa sambil main atau ngopi.😀
ReplyDeleteYa, lobinya menarik dan banyak aktiviti boleh dilakukan di sini 😃
DeleteCantik bilik hotelnya. Dah lama tak ke KB dan bermalam di sana, rasanya hotel baru ni kan.
ReplyDeleteKalau tengok design hotel dan bilik hotel, saya pun rasa hotel ni baru lagi tak pun baru renovate.
DeleteSeriously...memang cantik la Ibis Style KB ni...selalu SA stay Ibis Melaka je...
ReplyDeleteCantik SA, harga pun ok tak sampai 300 semalam.
DeleteBetul juak...rasa segan juak mun orang lain nampak kita dalam bilik air
ReplyDeleteYalah tek, mun diam sitok dgn keluarga lain / kawan sik sesuai la kongsi bilit 🫣
DeleteWahhh deco hotel ini stylo juga yaaa. Paling suka tempat internet kiosk dan kids zone itu...
ReplyDeleteAah mmg stylo dan nampak moden. Harga semalam pun berpatutan.
DeleteEeeeeee... uncel pun pantang dengan kaca fosted tu.... nyampah!
ReplyDeleteNanti Uncle boleh skodeng aunty kat dalam 🫣 😂
DeleteWahhh nice laaa.boleh try nanti2..cuma time balik kg..my mom sure tak bg kalau i nak dok hotel, membazir katanya😂😂😂
ReplyDeleteMZ bawak your mom staycation dekat hotel ni 😅 sure dia tak kata membazir 😂
DeleteCantik hotel nya.. Boleh masuk dalam list jugak nie...
ReplyDeleteCantik, moden dan selesa 😍
Deletebaru tau Ibis ni cantik rupanya...bila dengar Ibis saya duk bayang hotel bajet,boleh la check in lepas ni
ReplyDeletekami biasa ke Renaissance,skrg ni dah tukar nama rasanya Renai hotel ke apa
Sama la kita Afzan. Ingatkan Ibis ni hotel bajet mcm Tune Hotels. Tapi tak. Kalau banding dgn hotel bawah Marriott, mungkin setanding dgn hotel Fairfield / Four Points.
DeleteKalo yg budget ada Carneyz. Dia punya 3 logo. Kalo biru logonya, budget berarti. Yg merah regular. Yg hijau pula style. Saya paling suka yg style. Paling cantik.
DeleteKalo under Accor ini, paling best memang Grand Mercure. Tapi Ibis style bagi saya dah oke.
Oo macam tu ye. Baru tau 😅 yang hijau style tu pun cantik dan harganya pun ok 👍🏻
DeleteDari sekian banyak jenis IBIS hotel, saya cuma suka ibis style. Ibis budget dan ibis regular tak nak . Sempit dan tak selesa.
ReplyDeleteIbis style memang cantiiik. Yakaaan kesannya ceria. Krn masing2 branch dia punya theme berbeda. 3x stay di Ibis styles jakarta, di 3 tempat berbeda, semuanya saya sukaaa.
Mereka memang under Accor. Tapi saya tak jadi member Accor group. Walaupun tiap saat di telp selling agent mereka, selalu saya tolak 🤭.
Karena saya bukan tipe yg suka stay di 1 jenis hotel. Saya suka mencoba banyak hotel. Krn itu buat saya membership macam ini tak terlalu berguna, kecuali saya memang suka hanya stay di chained hotel tertentu. Macam Carneyz seringnya di chained hotel Marriot. Berbaloi jadi member nya.
Ya, bagi saya berbaloi jadi member Marriott. Cuma itulah, harganya premium sedikit. Saya baru tau yg Ibis ni ada yang bajet, regular dan style. Yang kami duduk di Kota Bharu ni ialah style, patutlah cantik. Betul, temanya berbeza. Di bilik anak2, tema warnanya merah dan di bilik kami, tema biru 😄
Delete