Minum Petang di JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur

Minggu lepas aku ada mention yang aku nak bawak Suami Terchenta keluar berdua masa dia ambik cuti tu kan? Haa... kiteorang pergi minum petang dekat sini hihi 🤭.


JPteres @ Grand Hyatt KL
JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur


Selain dari reward untuk Suami Terchenta yang dah penat bekerja di ofis, aktiviti ni jugak ialah untuk membeli jiwa isteri tercinta 😜. Sebabnya, Sabtu dan Ahad lepas pun dia kena masuk ofis tengah-tengah malam sampai pagi besoknya sebab ada planned system activity katanya. Bila dia dah kena masuk ofis maksudnya dah gone case la weekend bersama keluarga sebab siang hari dia akan qada' tidur. 


JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
JPteres - JP ialah singkatan dari Jalan Pinang

JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
Sesekali keluar berdua dengan Suami Terchenta 🫶🏻


Anyway, aku tertarik bila tengok pakej JPteres Minum Petang: Citarasa Malaysia ni pada harga RM148 untuk 2 orang. For those yang nak celebrate birthday pasangan ke, atau saja-saja nak ajak suami / isteri korang dating kat tempat atasan sikit, boleh masuk tempat ni dalam list korang tau. Makanan dalam pakej ni sedap dan menarik dan tempat pun eksklusif. 

Konsep minum petang dekat hotel ni biasanya kuantiti sikit tapi banyak variety. End up memang kenyang sampai ke malam. Jom tengok apa yang dieorang hidang untuk minum petang:


JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
Booklet menu. Ada hidangan savoury dan dessert

Hidangan pertama yang sampai di meja kiteorang ialah kacang pool. Rasanya authentic dan legit sedap, memang mirip sangat dengan kacang pool Haji. Yang ni memang my favourite antara hidangan dalam pakej minum petang.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Kacang pool

Hidangan seterusnya ialah nasi lemak dalam tempurung kelapa. Yang ni pun sedap cuma aku rasa macam awkward je makan nasi lemak untuk minum petang hahaha! Portion sikit macam 3 kali suap je gittew tapi memandangkan ada banyak lagi hidangan lain lepas ni, aku rasa just nice la.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Nasi lemak tempurung kelapa dihidang dengan sambal ikan bilis, telur puyuh, ikan bilis goreng, kacang dan timun

Seterusnya ialah ubi keledek dengan kelapa parut. Aku tak sure kenapa dia masuk dalam kategori savoury sebab ubi keledek dan kelapa parut tu lemak-lemak manis. Yang ni aku bagi 3 dari 5 bintang. Plus point, kelapa parut tu tak manis sangat.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Keledek rebus dengan kelapa parut


Next, cucur udang dengan kuah cili manis. Rasanya rangup, aroma dan rasa udangnya kuat dan memang sedap sangat cicah dengan kuah cili manis tu. Yang ni aku buat aku rasa - ala, kenapa bagi 2 ketul je untuk kongsi berdua? 😂 Sebab cucur udang ni sinonim dengan hidangan minum petang. This is the real hidangan minum petang ok hehe.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Cucur udang kuah cili manis

Sebab temanya minum petang citarasa Malaysia, jadi hidangan seterusnya ni ialah sejenis kuih/snek kaum India iaitu aloo bonda. Ni first time aku cuba snek yang dibuat dari kentang dan rempah-ratus ni. Sedap jugak tapi tak boleh lawan cucur udang. 


JPteres @ Grand Hyatt KL
Aloo bonda

Yang ni pulak hidangan kaum Cina iaitu pau ayam BBQ. Aku rasa isi ayamnya tak banyak sangat dan rasa BBQ dia lebih manis dari savoury.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Pau ayam BBQ

Dah selesai hidangan savoury, up next ialah pencuci mulut pulak. Yang ni menarik dari segi persembahan makanannya iaitu dihidang dalam kotak ala-ala macam almari / gobok lauk yang berwarna-warni.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Adik ni tolong bukak almari lauk

JPteres @ Grand Hyatt KL
Dessert ni dihidang serentak dalam almari lauk

JPteres @ Grand Hyatt KL
Kiri: trifle cendol; tengah: buah-buahan; Kanan (atas ke bawah): durian swiss roll, kuih ketayap dan muah chee

Dari segi kreativiti, aku bagi 5 bintang sebab chef berjaya menampilkan makanan tempatan with a twist. Dari segi rasa, not bad, 4 dari 5 bintang la aku boleh kasi. My favourite ialah muah chee tu sebab isinya kenyal dan luar pulak tak kedekut dengan kacang tumbuk dan black sesame. Least favourite pulak ialah durian swiss roll sebab swiss roll tu agak padat (swiss roll patutnya rasa ringan dan gebu) dan mousse durian tu tak rasa sangat duriannya.

Hidangan penutup ialah aiskrim kelapa. Rasanya manis sangat dan coconut flake bawah aiskrim tu asyik melekat celah-celah gigi aku je. Tapi presentation menarik dengan kepulan asap dari ais kering dalam mangkuk bawah tu.


JPteres @ Grand Hyatt KL
Aiskrim kelapa

Untuk minuman pulak, kiteorang dihidangkan dengan teh tarik dan air sejuk yang free flow dan boleh request untuk refill sepanjang minum petang tu. Selain teh tarik, ada kopi kampung jugak. 

Overall, satu pengalaman yang menarik pergi minum petang di hotel lima bintang. Untuk tempahan pakej minum petang di JPteres ni, boleh pergi ke laman web Grand Hyatt KL.

Ke Pertama Complex Dengan Suami Terchenta

Pagi semalam kiteorang berdua keluar ke Pertama Complex untuk cari seluar jeans. Kalau nak cari seluar jeans memang kiteorang akan pergi kat satu kedai ni dekat Pertama Complex. Sampai Aunty tu pun dah kenal kiteorang padahal bukan selalu pun, cuma dia jenis ingat muka kot. 


Pertama Complex
Dulu Pertama Complex meriah dengan kedai jual hp dan aksesori tapi sekarang ni macam dah kurang

Pertama Complex
Ni la kedainya... dari pintu masuk dekat tepi SOGO / food court jalan lurus je sampai la ke kedai seluar jeans tu

Aku bagitau Aunty nak cari seluar jeans yang longgar. Seluar jeans yang aku beli sebelum ni ikut cutting kaki (straight cut) tapi sekarang ni aku selesa pakai seluar yang longgar. Faktor umur kot hihi. 

Suami Terchenta pun beli seluar jeans untuk diri-sendiri sebab dia hari-hari pakai seluar jeans - masuk ofis pun pakai seluar jeans sebab sekarang dress code ofis dia ialah smart casual je. 

Dah jumpa seluar yang berkenan di hati, kiteorang tinggalkan seluar dekat kedai Aunty untuk dia alter seluar jeans aku punya (potong kaki seluar sebab panjang sangat). Lepas tu kiteorang ke SOGO sekejap cari something untuk Suami Terchenta dan beli Rotiboy yang Khayla pesan.

Keluar dari SOGO, kiteorang singgah makan di food court Pertama Complex sebelum ambik seluar jeans dari kedai Aunty. Masa ni dah tengahari, jadi ramai la orang yang tengah beratur membeli makanan tengahari.


Pertama Complex
Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus dengan Nasi Ayam Kunyit ni paling ramai yang beratur.

Pertama Complex
Food court memanjang sampai ke depan


Memandangkan kiteorang nak cepat sebab nak kejar balik rumah sebelum Suami Terchenta pergi solat Jumaat, kiteorang pilih beli makanan di gerai nasi campur yang dekat dengan pintu masuk ke Pertama Complex


Pertama Complex
Dah lama betul tak makan nasi campur macam ni.

Aku mintak nasi separuh dan ambik lauk sambal telur puyuh, sambal tempe dan sayur bayam. Suami Terchenta pulak ambik ikan keli balado, sayur kobis, ulam dan telur masin. Total harga makanan tengahari kiteorang ialah RM19.


Pertama Complex
Makanan aku dan Suami Terchenta tengahari semalam

Alhamdulillah, sedap makanan kat gerai tu. Nasi aku tu walaupun mintak separuh, tapi gigih jugak nak menghabiskan. Suami Terchenta pun kata banyak betul nasi dia bagi.

Dah setel makan tengahari, kiteorang pergi ambik seluar jeans yang dah siap dijahit dan terus gerak balik ke rumah. Mujur naik motor, takde la rasa terkejar-kejar sangat. Ngam-ngam sampai rumah, azan Zohor berkumandang jadi Suami Terchenta drop aku dekat kawasan parking rumah dan terus pergi ke masjid.

OK la, dapat jugak Suami Terchenta spend cuti dia dengan keluar ke Pertama Complex. Nak buat aktiviti yang lebih jauh dari rumah tak boleh, sebab malamnya dia kena masuk ofis sampai pukul 7 pagi. Huhu... Macam tu la kehidupan orang IT, cuma boleh buat system upgrade sebelah malam masa semua orang tengah tidur. 

Hukum Memandulkan Kucing

Soalan:

Apa hukum mandulkan kucing betina untuk elak kucing beranak-pinak kerana risau akan banyak yang mati lagi. Sebelum ini berpuluh-puluh ekor kucing mati disebabkan oleh sakit atau kena langgar.


Ringkasan Jawapan:

Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram. Namun jika ada keperluan seperti menolak kemudaratan yang pasti, maka hukumnya adalah harus. Kami juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.


Huraian Jawapan:


Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing adalah haram di sisi mazhab Syafi’i. Kami telah bincangkan mengenai perkara ini dalam artikel al-Kafi #313 bertajuk: Hukum Memandulkan Kucing[1]. Firman Allah SWT:
وَلَآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: “(Syaitan berkata) Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”
Surah al-Nisa’ (119)

Ibn Umar, Anas, Said bin Musayyib dan Qatadah berpandangan bahawa ayat di atas menerangkan mengenai larangan untuk memandulkan binatang kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah SWT[2]. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن إخصاء الخيل والبهائم
Maksudnya: “Nabi SAW melarang memandulkan kuda dan binatang.”
(Riwayat Ahmad[3])

Walau bagaimanapun menurut mazhab Hanafi hukum memandulkan binatang kerana tujuan tertentu atau untuk menolak kemudaratan adalah harus[4]. Syeikh al-Sindi ketika menjelaskan hadis di atas berkata bahawa kemungkinan larangan untuk memandulkan binatang itu hanyalah ketika tidak ada keperluan[5]. Selain itu, Imam al-Qurtubi juga menjelaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani:

الخصاء في غير بني آدم ممنوع في الحيوان إلا لمنفعة حاصلة في ذلك كتطييب اللحم أو قطع ضرر عنه
Maksudnya: “Perbuatan memandulkan selain manusia seperti binatang adalah dilarang kecuali untuk kebaikan, seperti menyedapkan daging atau mencegah kemudaratan[6].”

Jika terdapat keperluan yang mendesak seperti mengelakkan kematian atau lainnya maka harus untuk bertaqlid dengan mazhab Hanafi. Hal ini berdasarkan kaedah:

الضَّرَرُ يُزَالُ
Maksudnya: “Kemudaratan itu mestilah dihilangkan.”

Pandangan ini selari dengan fatwa daripada Dar al-Ifta’ al-Urduniyyah:

وأما إذا كان في خصاء الحيوان دفع مفسدة متحققة، وضرر واقع، فيجوز خصاؤه حينئذ؛ فالشريعة الإسلامية جاءت رافعة للحرج ودافعة للضرر،

Maksudnya: “Jika memandulkan haiwan untuk mengelakkan kerosakan yang pasti atau kemudaratan yang jelas maka hukumnya harus. Syariat Islam datang untuk mengangkat kepayahan dan menolak kemudaratan.”

KESIMPULAN

Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram.

Namun jika ada keperluan seperti untuk menolak kemudaratan yang pasti maka hukumnya adalah harus.

Kami juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.

Wallahu a'lam.


Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Nota kaki:

Setakat ni kiteorang dah bela 3 ekor kucing. Dalam ketiga-tiga kucing ni, cuma seekor je yang aku sendiri buat keputusan untuk mandulkan.


Persian cat
Kucing pertama kiteorang, Kitty. Kitty ni hadiah dari BFF aku, Zura sebelum dia berpindah ke KL

Kenapa aku decide untuk mandulkan? Pertama, sebab dia ada sejarah tak suka dengan anaknya sendiri dan lepas beranak dia tinggalkan je anak-anaknya sampai ada yang mati kelaparan. Kedua, dia tak suka kucing jantan (mungkin trauma sebab dia kira masih kecik lagi masa dia mengandung anak-anak dia). Memandangkan dia lebih selesa lepak di luar rumah, untuk mengelakkan dia diganggu oleh kucing-kucing jantan, jadi aku rasa satu keperluan untuk memandulkan dia.

Kiranya untuk mengelakkan kemudaratan kepada dia dan bakal anak-anaknya la.

Kucing-kucing kiteorang selepas tu (Louis & Kiera) memang masa adopt dah siap-siap dimandulkan oleh SPCA.


Louis & Kiera - kucing-kucing SPCA

Nasi Ayam Michelin Rated

Ahad lepas, macam biasa kiteorang pergi jalan-jalan cari makan hehe. Destinasi kali ni ialah sebuah restoran nasi ayam yang mendapat pengiktirafan Bib Gourmand oleh Michelin Guide selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2022 dan 2023. 

Michelin Guide ni ada beberapa kategori sebenarnya - Michelin Star (untuk restoran fine dining), Bib Gourmand untuk restoran bukan fine dining yang menawarkan makanan yang sedap pada harga sederhana dan Michelin Recommended iaitu restoran yang memenuhi kriteria tertentu tapi belum mencapai tahap Michelin Star atau Bib Gourmand.

Kat KL ni tak banyak restoran halal yang dapat pengiktirafan Bib Gourmand, salah satunya ialah Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Jalan Klang Lama. Kalau ikutkan website dieorang, Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni ada 3 cawangan iaitu di Bukit Bintang, Jalan Klang Lama dan di Shah Alam. Tapi cawangan yang dapat pengiktirafan Michelin Guide ni ialah cawangan di Jalan Klang Lama.


Jalan Klang Lama
Nasi ayam Chee Meng, Jalan Klang Lama

Kedainya old school, macam kedai zaman 70an

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Zoom in dekat label Michelin 2023 ni hehe

Kiteorang sampai pukul 2 petang. Saja datang lewat sikit dengan harapan kedai tak penuh sangat tapi nan hadooo... kena tunggu 10 minit jugak baru ada meja kosong.


Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Memang tak putus-putus orang datang makan kat kedai ni!

Walaupun ramai pelanggan, tapi servis cepat dan terbaik. Duduk je terus dapat menu dan kiteorang pun tak ambik masa yang lama nak pesan sebab perut dah lapar - aku pesan nasi dengan ayam kukus bahagian dada (RM12) dan yang lain-lain pesan nasi dengan roasted chicken bahagian kepak (RM12) dan bahagian dada (RM12). Sebenarnya aku nak ayam kukus bahagian thigh (RM13) tapi dah habis. 

Lepas tu kiteorang tambah sayur tauge ikan masin (RM10) dan sotong telur masin (RM20).


Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Nasi ayam wangi, isi ayam tak kering dan rasa segar dan the star of the dish ialah sos cili dan ginger-garlic dia yang cukup rasa masam, masin dan pedas 👍🏻 Cuma sup je aku rasa kurang menyerlah dan tawar. 

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Sayur tauge ikan masin ni so sedap! Tauge segar, manis dan rangup, ada rasa 'wok hey' dan tak masin sangat

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Sotong telur masin ni terpaling recommended 👍🏻 Sotong lembut dan tak liat, kuah salted egg tu seimbang rasa masin dan manisnya sampai aku rasa bersalah pulak menyudu kuahnya sampai habis 😂 (haha, ingat sikit ada darah tinggi tu!)

Overall, aku rasa memang berbaloi la menunggu meja kosong sampai 10 minit semata-mata nak makan kat sini. Semua yang kiteorang pesan licin habis menandakan betapa sedapnya makanan kat kedai ni 🤭. 


Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Jalan Klang Lama)
Alamat: Sub Lot A-1, Batu 4 1/4, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 7 petang (setiap hari)

Hari Kesihatan Mental Sedunia

World Mental Health Day 2024
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Korang tau tak, menurut Prudential Malaysia, 1 dalam 3 rakyat Malaysia pada masa sekarang ni mengalami masalah kesihatan mental? Masalah kesihatan mental ialah suatu penyakit yang sukar didiagnosis dan kadang-kadang dianggap sebagai remeh tapi sekiranya seseorang mengalami tekanan perasaan yang melampau dan berpanjangan (atau disebut tekanan kronik atau chronic stress), ianya juga mampu menjejaskan kesihatan fizikal dan keupayaan seseorang untuk berfikir. Stress yang tak terkawal ialah salah satu punca utama seseorang menghidap tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.

Menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental, WHO telah menetapkan 10 Oktober sebagai Hari Kesihatan Mental sedunia. Tahun ni temanya ialah Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Zaman pandemik menyebabkan tahap kesihatan mental pekerja merosot dengan teruk - kebimbangan tentang status pekerjaan dan kewangan, tekanan menguruskan keluarga dan bekerja di rumah pada masa yang sama, beban kerja yang melampaui keupayaan pekerja dan kes buli (majikan meletakkan work expectation yang tak masuk akal, diskriminasi kerja dsb.) menjadikan masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang tak boleh dipandang ringan lagi. Masalah ni berlarutan sampai la ke sekarang.

Aku sedih bila dengar kawan-kawan di tempat kerja yang terpaksa ambik cuti sakit berpanjangan sebab mengalami masalah depresi, lagi-lagi disebabkan tekanan kerja. Tekanan kerja ni banyak puncanya - selalunya dari hubungan tak baik dengan boss atau rakan sekerja, budaya kerja yang toksik, bebanan kerja yang melampau, skop kerja tak sepadan dengan keupayaan dan kelayakan pekerja dan banyak lagi. Yang selalu aku dengar ialah masalah kerja ni berpunca dari tak ngam dengan bos sendiri atau dengan skop posisi kerja sekarang. Kadang-kadang bila boss atas dengan boss sendiri tak ngam, staff pun tersepit di tengah-tengah. Yang sakitnya staff la sebab kena layan expectation berbeza dua-dua boss yang tak ngam ni.

So, buat kawan-kawan yang masih bekerja dan mengalami tekanan kerja, please take care of your mental health ya. Ya, kerja tu penting untuk kelangsungan hidup tapi tak la sampai kena mengorbankan kesihatan mental dan fizikal kita. Take the time to do self-care; salah satunya dengan membaca dan menghayati Al-Quran, bermeditasi/ berzikir/ journaling (blogging salah satu caranya), melakukan aktiviti hobi atau kesukaan, keluar berjalan-jalan dan YES, AMBIK CUTI untuk berehat! (Hehe, yang last ni ditujukan buat Suami Terchenta).

Dekat sini aku nak sertakan pautan video teknik-teknik menangani tekanan perasaan. Semoga ianya bermanfaat untuk kawan-kawan.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia!