• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, September 03, 2022

Kempen derma pakaian terpakai di Masjid UPM Serdang

Bulan Julai lepas, aku ada share pasal kempen derma pakaian terpakai di Masjid UPM Serdang.

Derma pakaian Masjid UPM

Bukan setakat baju, malah kasut dan permainan terpakai pun boleh dihantar ke sini.

Aku memang dah siap-siap asingkan baju ikut condition baju - yang dah koyak dan lusuh aku hantar ke H&M untuk dikitar semula.


Kitar semula pakaian H&M

Setiap penghantaran satu bakul penuh baju dapat baucer diskaun 15%, lain kali boleh gunakan untuk beli baju di H&M. Maklumlah anak-anak cepat membesar sekarang.


Kitar semula pakaian H&M

Ok, back to kempen derma di Masjid UPM Serdang.

Hari ni aku dan Suami Terchenta angkut semua baju-baju yang masih elok dan kasut-kasut ke dalam kereta. Kasut-kasut tu semuanya elok-elok lagi - kasut anak-anak yang dah tak muat dan juga kasut-kasut pejabat yang aku memang tak akan pakai lagi. Kebanyakan kasut aku tu berjenama Hush Puppies sebab tu sayang nak buang walaupun dah bertahun-tahun guna (kasut Hush Puppies ni alah membeli menang memakai). Harapnya akan diberikan kepada para pelajar yang baru nak memulakan alam pekerjaan dan masih belum mampu membeli kasut berjenama.

Bila kami tiba di pekarangan masjid UPM, memang ada polis bantuan yang menunjuk arah ke tempat pengumpulan baju-baju terpakai. Yang bagusnya, semuanya teratur dan sistematik. Kami tak payah turun dari kereta dan angkut keluar barang-barang terpakai tu sebaliknya para mahasiswa yang ada kat situ tolong keluarkan dan masukkan ke dalam guni putih tu.


Derma Pakaian Masjid UPM

Derma Pakaian Masjid UPM

Tak sampai 5 minit dah selesai. Sangat efisyen.

Lepas hantar baju-baju terpakai, Suami Terchenta nak cari tempat makan tengahari. Kami pun cari tempat makan terdekat melalui Waze dan terjumpa Kafe Beriani Gam Putrajaya dalam 3km dari UPM:


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafenya agak terpencil sikit tapi ada banyak juga kereta-kereta yang parking di tepi kafe.


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Ada beberapa pilihan beriani kat sini - beriani ayam, daging dan kambing. Manakala lauknya pulak ada lauk beriani dan lauk kuzi.


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kami berdua sama-sama pilih nasi beriani kambing dan teh o ais. Harga kesemuanya RM49.20.

Kafe Beriani Gam Putrajaya
Nasi beriani kambing

Bagi aku kuah berianinya agak manis dan isi kambingnya agak liat. Cukuplah sekali je kami singgah makan di sini.

Perjalanan balik ke rumah dirasakan sangat panjang sebab trafik sesak dan jugak macam biasa, lepas makan beriani mata jadi berat sangat. Terpaksa ajak Suami Terchenta berborak-borak sepanjang perjalanan supaya kami berdua sama-sama tak terlelap!

Read more »
on Saturday, September 03, 2022 10
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 02, 2022

Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 4)

Sambungan dari entri ni:

  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 2)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 3)


Hari kedua:

Aktiviti pertama kami nak buat ialah melawat Sheep Sanctuary kat sebelah Pasar Brinchang. Jalan kaki 5 minit je nak ke sini.


The Sheep Sanctuary
Bayaran masuk - dewasa (RM8), kanak-kanak (RM5)


The Sheep Sanctuary
Masuk-masuk je nampak Shaun the Sheep


The Sheep Sanctuary
Suami Terchenta gigih habiskan ubi keledek sebab tak dibenarkan bawak masuk beg plastik ke dalam 

The Sheep Sanctuary
Pukul 9 pagi, kambing biri-biri ni dilepaskan dan dieorang terus meluru ke arah pengunjung-pengunjung!

The Sheep Sanctuary
Tapi ada jugak yang masih terkurung dalam kandang, mungkin kena ikut giliran untuk keluar

The Sheep Sanctuary
Comel je mintak makanan, tak bagi tak sampai hati pulak...

The Sheep Sanctuary
Mak aku terjerit-jerit bagi makan kambing sebab geli katanya

The Sheep Sanctuary
Dalam banyak-banyak biri-biri tu, ada seekor yang bulunya dah dicukur. Memang sedap je nak pegang!

The Sheep Sanctuary
Datang mintak dibelai sambil cuba usha makan kertas kat tangan aku

Biri-biri kat sini semuanya jinak-jinak cuma jangan expect la dieorang reti nak bertimbang-rasa. Jadi kalau sesiapa yang bawak anak-anak kecik bawah 3 tahun tu kenalah pegang tangan setiap masa sebab kalau kambing ni dah nampak makanan, silap-silap boleh tergolek tangga budak tu kena langgar dengan kambing-kambing ni huhu...

Setiap pembelian tiket akan dapat kupon RM1 x 3 keping untuk beli makanan / minuman kat Puku Cafe.


The Sheep Sanctuary
Satu kupon cuma boleh guna untuk setiap pembelian makanan

Ice cream croissant
Kami beli croissant sebab tak breakfast lagi

Sementara kami makan anak-anak sambung layan kambing biri-biri. Dah kenyang dieorang duduk diam-diam. Sambil makan, aku perhati ada jugak budak-budak kecik yang memang takut dengan kambing. Menangis-nangis kena paksa mak ayah beri makan kambing. Mana la budak-budak tak takut, kambing tu sama besar dengan dieorang. Patutnya mak ayah dukung sambil bagi makan kambing, mungkin kurang sikit takut anak tu.

Khadeeja pun takut jugak nak bagi makan kambing tapi korang tengok la ni...


The Sheep Sanctuary
Sesi luahan perasaan dengan kambing ke dik?

Total belanja kat Sheep Sanctuary:
Tiket - RM34 (3 dewasa, 2 kanak-kanak)
Makan/minum kat Puku Cafe - anggaran RM50

Selesai sesi beramah mesra dengan biri-biri, kami meneruskan perjalanan untuk misi mencari ladang strawberry. Raju's Hill Strawberry Farm takde strawberry, EQ Strawberry Farm pulak tutup sampai Jumaat. Alhamdulillah akhirnya dekat Healthy Strawberry Farm, barulah ada strawberry untuk dipetik!


Healthy Strawberry Farm

Kami diberitahu dekat sini ada 2 jenis strawberry - strawberry Jepun dan Korea. Strawberry Jepun lebih besar tapi kurang manis. Strawberry Korea pulak kecik-kecik tapi manis.


Healthy Strawberry Farm
Teknik petik strawberry - pegang tangkai dan patahkan, kalau pegang buahnya habis hancur je.

Healthy Strawberry Farm
Ni kali pertama kami dapat petik strawberry di CH. Trip2 sebelum ni memang tak pernah berpeluang, asyik habis je

Healthy Strawberry Farm
Alhamdulillah, dapat jugak merasa pengalaman petik strawberry

Petik satu bekas strawberry dikenakan bayaran RM30 (2 orang). Kalau datang dalam nombor ganjil (berlima atau bertujuh dsb), dia bagi satu bekas kongsi 3 orang. 

Pekerja Bangladesh kat sini pun baik, dia ajar tips camane nak penuhkan bekas supaya dapat petik banyak lagi strawberry. Kami ingatkan dah penuh habis tak boleh nak isi lagi dengan strawberry. Rupa-rupanya banyak lagi ruang yang boleh diisi!

Budak-budak berdua tu enjoy sebab boleh petik strawberry sepuas-puas hati. Bila bekas dah penuh, kami basuh mana yang nak dimakan dan makan di kafe kat ladang tu. Yang nak bawak balik jangan dicuci takut tak tahan lama. Alhamdulillah, manis-manis buahnya.

Next entry, aku sambung pasal makan tengahari di Opah Strawberries & Jams dan melawat ke Pusat Teh Boh (Boh Tea Centre) di Sungai Palas.

Read more »
on Friday, September 02, 2022 12
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 02, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Berkata Baik atau Diam

bercakap baik atau diam
Kredit Imej: art4islam.blogspot.com

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah ia berkata baik atau diam...” 

(HR Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Ghazali, anggota tubuh yang paling derhaka kepada kita ialah lidah. Pernah dengar tak peribahasa, kerana mulut badan binasa? Bila kita gagal menjaga percakapan kita, dengan senangnya kita boleh terjerumus ke neraka.

Zaman media sosial ni, percakapan bukan sahaja terhad kepada lidah (lisan), malah apa yang kita komen / tulis di media sosial juga merupakan percakapan. Makna percakapan ni ialah berkomunikasi iaitu menyampaikan ayat atau mesej kepada orang lain, jadi apa-apa yang kita taip di Facebook / IG / blog / media sosial lain merupakan percakapan yang memerlukan kita berhati-hati dan berfikir dulu sebelum disampaikan.

Percakapan yang menyakitkan hati orang lain boleh mendatangkan mudarat ke atas diri-sendiri. Ini ialah kerana setiap tutur kata dan bicara kita akan dipersoalkan Allah SWT pada hari pembalasan kelak. Adakah kita sanggup menjawab kenapa kita mengutuk / menghina si polan walaupun sememangnya si polan berbuat salah?

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Seorang hamba yang berbicara mengenai sesuatu perbicaraan yang termasuk dalam keredaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; namun dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkan martabatnya beberapa darjat. Adapun mereka yang berbicara mengenai suatu perkara yang termasuk dalam kemurkaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; dengan sebab satu kalimat itu buruk itu dia dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.” (HR Bukhari)

Jadi hendaklah kita berkata baik atau diam kerana dosa lisan ialah dosa yang paling senang terjadi. Sekiranya kita berdepan dengan seseorang jahil, hendaklah kita menyampaikan kebenaran tapi sekiranya si jahil terus berdegil membantah atau menegakkan benang yang basah, maka lebih baik kita pilih untuk diam sebab berdebat dengan orang jahil yang degil memang tak akan menang. 

Namun, ada juga situasi yang memerlukan kita bersuara contohnya menyebarkan ilmu bermanfaat, menjadi saksi yang benar dan memberikan nasihat-nasihat yang baik. Sekiranya kita diam dalam situasi-situasi ini tanpa sebab munasabah, maka kita menidakkan kebenaran dan juga dipertanggungjawabkan atas perbuatan menyembunyikan ilmu / kebenaran.

Pokok pangkalnya, sebelum kita mengeluarkan sesuatu perkataan, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Nota kaki: Dulu aku selalu meluahkan perasaan di FB / IG tanpa memikirkan kesannya. Sejak awal tahun ni, aku dah stop update status di FB dan bila ada isu-isu hangat pun aku tahan diri dari meninggalkan komen. Bagi aku FB sekarang lebih bersifat toksik dan mudah menjerumuskan aku untuk berkata perkara yang sia-sia. Aku harap penulisan blog aku cuma menyampaikan perkara yang baik-baik aje. Kalau aku menulis perkara yang menyinggung perasaan, harap kawan-kawan boleh tegur aku ya.

Read more »
on Friday, September 02, 2022 10
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, September 01, 2022

Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 3)

Sambungan dari entri ni:

  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 2)

Hari pertama sebelah malam, kami pilih untuk mencuba steamboat di Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill di bawah guest house.

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill
Tak payah drive keluar, jalan kaki ke bawah dah sampai tempat steamboat

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Senarai harga - dewasa (RM30), kanak-kanak (RM20), warga emas (RM25)

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Masa bayar ni kena bagitau nak berapa jenis sup dan pakai berapa dapur gas. Kalau nak dua sup kena ambik dua dapur, tambah dapur gas kena bayar RM10. Add on cheese RM10

Jom tengok pilihan yang ada:


Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Paling menarik perhatian semua pengunjung kat sini -udang galah

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Sotong, lala, kepah dan bamboo clam pun ada

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Pelbagai pilihan daging - ayam, daging lembu dan daging kambing diperap dalam perapan sate, BBQ, kicap dan blackpepper

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Tak lengkap makan steamboat kalau tak ada bebola makanan laut sejukbeku

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Sayur-sayuran dan pelbagai spesies cendawan semuanya segar-segar, cuma jagung tu agak tua dan keras bagi aku

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Ada buah oren dan tembikai sebagai pencuci mulut

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Pilihan nasi ialah nasi goreng kampung dan nasi putih

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Taknak makan nasi boleh pilih mi - ada kuey teow, bihun dan mi kuning

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Boleh pilih sos cicah makanan panggang

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Seronoknya anak-anak memanggang makanan

Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill Cameron Highlands
Sementara kami ambik bahan-bahan steamboat, mak sibuk memanggang daging

Kami semua enjoy makan di tempat ni sebab bahan-bahan kat sini semuanya segar. Sup tomyam nya sangat sedap! Anak-anak pun suka sup ayam dieorang. Harga berpatutan bila aku bandingkan dengan tempat steamboat yang viral di CH ni. Yang penting, sedapnya makan steamboat dalam suasana sejuk di CH!

Jumlah belanja makan steamboat di Sinar Hijjaz: RM145 (untuk 5 orang), termasuk RM20 untuk add on dapur dan cheese kesukaan anak-anak!
Read more »
on Thursday, September 01, 2022 8
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, September 01, 2022

Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 2)

Sambungan dari entri ni:

  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)

Untuk trip ni, kami pilih menginap di Kea Garden Guest House sebab dekat dengan Kea Farm Market, Sheep Sanctuary dan pick up point ke Flora Park. Selain dari tu, tempat ni ada kawasan letak kereta untuk tetamu di bahagian bawah. Depan guest house ni ada taman bunga mini yang cantik, mak memang teruja bila tengok taman mini ni!


Kea Garden Guest House 2022
Pemandangan dari taman

Kea Garden Guest House 2022
Pemandangan dari balkoni


Kea Garden Guest House 2022
Laluan kereta ke basement parking

Ada 2 jenis penginapan yang disediakan - guest house dan juga mini chalet. Memandangkan kami bawak mak sekali, jadi mini chalet tu tak sesuai sebab kena berkongsi bilik air / bilik mandi dengan tetamu lain. Kami book family room untuk 2 malam di guest house.


Kea Garden Guest House 2022
Bilik kami dekat dengan tempat seterika baju

Kea Garden Guest House 2022
Tempat tidur

Bilik kat sini agak sempit, kalau nak solat berjemaah memang tak muat. Kena solat ikut giliran sebab bila dah letak beg dan barang-barang, muat-muat untuk laluan seorang je.

Dari segi kebersihan, ruang bilik tidur kurang bersih sebab aku jumpa banyak serangga mati di dinding dan jugak kawasan sinki. Dekat belakang katil pun ada apa entah la yang aku nampak terus aku tutup dengan bantal supaya tak nampak huhu... Lepas tu bila masuk bilik je, ada bau hapak sebab pengudaraan bilik yang kurang bagus. 


Kea Garden Guest House 2022
Nasib baik kaki masing-masing bukan jenis cepat berbau kalau tak 'semerbak' la bau stokin dalam bilik ni sebab udaranya tak bergerak keluar!

Dekat tempat shower pulak, ada bau yang kurang menyenangkan dari shower curtain. Yang bagusnya bilik air nampak bersih walaupun berbau.


Kea Garden Guest House 2022
Bilik air nampak bersih dan dilengkapi dengan air panas. Ada shower gel disediakan. Cuma bau shower curtain je buat aku rasa loya sikit!

Kea Garden Guest House 2022
Aku jumpa banyak serangga mati kecik-kecik di dinding dan kawasan singki ni

Kea Garden Guest House 2022
Kat dalam bilik ada tv, cerek air, pengering rambut. Kalau rasa nak minum teh, ada teh strawberry jugak

Seterika ada disediakan di luar bilik, iaitu di hujung koridor. Kena kongsi ramai-ramai. Masa kami masuk bilik tu, ada 3 helai tuala disediakan walaupun masa booking bilik dah siap-siap letak ada 5 orang semuanya. Rupa-rupanya cuma 3 helai je complimentary, kalau nak ekstra kena bayar RM8 sehelai. Kami mintak tukar sehelai tuala sebab nampak macam ada kesan darah ha*d kat salah satu tuala tu *uwekkk*

Masa mula-mula masuk, mak terus nak ke tandas. Bila bukak lampu, berkelip-kelip lampunya macam lampu disko. Mak kata macam buang air dalam kelab malam hehe. Pening kepalanya. Terpaksa la turun ke reception counter mintak technician datang betulkan lampu.

Tingkap bilik tak boleh bukak luas-luas nanti orang lalu-lalang kat koridor boleh nampak kita berbaring-baring kat dalam bilik dengan tak pakai tudung. Nasib baik ada kipas meja disediakan, kalau tak memang kedap je rasa udara dalam bilik tu.

Malam pertama kami stay di sini, memang terasa sejuk angin dari luar melalui tingkap yang kami bukak sikit, sebab malam tu hujan. Suhu mencecah 16 darjah Celcius, memang best sangat tido walaupun tak on kipas. Tapi malam kedua, cuaca cerah. Aku dan Suami Terchenta terjaga tengah malam sebab rasa panas sampai berpeluh-peluh. Nak tak nak terpaksa hidupkan kipas angin!

Tapi dari segi lain, proses check-in cepat dan lancar (kena bagi deposit RM50 dan bayar cukai pelancongan RM3/semalam), dan bila kami complain pasal lampu bilik air pun cepat je technician datang dan betulkan. Kalau nak minum air ditapis, ada mesin Coway dekat reception. Ada tempat makan steamboat, tempat petik strawberry (tapi masa kami datang ladang strawberry ditutup sebab strawberry takde), dan gerai-gerai menjual makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pendek kata, semuanya ada dekat-dekat sini.

Pada sebelah malam, ikut plan asal, kami nak pegi makan steamboat di Highland Steamboat Cheese & Grill. Tapi bila check Facebook dieorang, rupa-rupanya malam tu tutup. Maka kami pergi makan steamboat di Sinar Hijjaz Steamboat Cheese & Grill dekat bawah tu je. 

Nanti aku sambung di entry seterusnya ya.

Read more »
on Thursday, September 01, 2022 10
Share this!
Tags
Hotel Reviews, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    4 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    23 minutes ago
  • My Small World
    23 minutes ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    8 hours ago
  • KakmimDotCom
    8 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    10 hours ago
  • mrhanafi.com
    10 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • a m m i
    19 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • Miles of smiles
    1 day ago
  • Inilah Shaizhar
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Drawing the Words
    3 days ago
  • Hidup Itu Indah
    3 days ago
  • Anies♥You
    3 days ago
  • Aku Sis Lin
    4 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    4 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    4 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    5 days ago
  • Mreneyoo
    5 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.