Happy International Women's Day! 5 Promosi Menarik Sempena Hari Wanita Sedunia

 

Kalau hari ni suami lupa nak bagi bunga, ingatlah kata-kata Miley Cyrus - I can buy myself flowers! Ahaks!

Sempena Hari Wanita Sedunia ni, apa kata kita keluar celebrate diri-sendiri kat tempat-tempat ni:

1. Starbucks

Sumber: IG Starbucks Malaysia


Korang yang suka minum kopi mesti suka ni. Untuk hari ni je, Starbucks meraikan pelanggan wanita dengan menawarkan diskaun 30% untuk minuman bersaiz Grande terpilih. Tertakluk terma dan syarat.


2. Burger King


Sumber: IG Burger King Malaysia


Hari ni boleh jimat sikit lunch sebab Burger King menawarkan Large Meal pada separuh harga dari biasa sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi, Burger King nak belanja tu!


3. Sushi King

Yang ni paling wow! Percuma makanan atas pinggan pink untuk pelanggan wanita. Syaratnya kena tunjuk barangan warna pink contohnya gincu, beg tangan, baju atau tudung pink. Boleh tengok terma dan syarat di IG Sushi King.


Sushi King
Sumber: IG Sushi King Malaysia


4. Daboba


Sumber: IG Daboba Malaysia

Buat korang yang tak minum kopi (macam aku), jangan sedih sebab Daboba pun ada buat promosi minuman kedua pada harga RM3.80 je. Ajak la girlfriends ke sini lepas tu pandai-pandai la bahagi dua harga minuman hihi.


5. Sa Sa

Sumber: IG Sa Sa Malaysia

Alat solek dah expired atau habis? Masa ni la ambik kesempatan shopping barang-barang kecantikan di Sa Sa. Dengan pembelian minima RM200 ke atas jenama eksluksif Sa Sa, korang boleh menikmati potongan RM15 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Sebenarnya banyak lagi tempat yang menawarkan promosi hebat khas untuk meraikan kaum wanita di Malaysia ni, korang boleh tengok kat sini:



Buat semua wanita yang hebat, Selamat Hari Wanita Sedunia! 

Wordless Wednesday: Mac 'n' Cheese versi WFH

baked mac n cheese

baked mac n cheese

 

Mac 'n' cheese bakar senang dan cepat

Bahan-bahan:

  • Macaroni (anggaran 2 cawan)
  • Sos macaroni & cheese jenama Prego (1/2 tin)
  • Keju mozzarella parut
  • Susu (1 cawan) - untuk rasa lebih berkrim
  • Perasa (garam, Italian herbs)


Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180℃.
  2. Tuang macaroni dalam pinggan kaserol
  3. Gaul bersama sos macaroni & cheese 
  4. Masukkan susu dan air sehingga atas paras macaroni. Perasakan dengan garam dan herba. Gaul sebati.
  5. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit atau sehingga macaroni masak dan lembut
  6. Keluarkan dari ketuhar, tabur keju mozzarella.
  7. Bakar sehingga keju cair dan berwarna keemasan.


Resipi ni sesuai untuk ibu-ibu yang tengah WFH sebab tak perlu banyak effort dan masa di dapur nak sediakan makanan tengahari yang lazat dan nak mengemas dapur lepas makan. Cuma perlu basuh pinggan kaserol dan pinggan makan je.

Kalau nak bagi lebih seimbang, boleh masukkan sekali sayur brokoli, lobak merah atau tomato ceri. Selamat mencuba!

Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 2

Baca Part 1 di sini.

Kami keluar dari Mystical Titiwangsa dan meneruskan perjalanan melalui Environmental Arts. Haa, apa agaknya tu ye? Rupa-rupanya seni alam sekitar ni ialah pertandingan membina arca menggunakan bahan-bahan dari alam sekitar.


Festival Taman Kuala Lumpur 2023

Arca pertama kami jumpa ialah labah-labah dibuat dari dahan / ranting pokok dan daun-daun mati:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023

Yang kedua ni diilhamkan dari "semangat alam" - hanya orang-orang berjiwa seni macam Uncle Gedek je kot tau apa seni yang cuba ditafsirkan oleh arca ni:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Arca "Semangat Alam"

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Arca diberi nama "Menjulang Langit, Mendakap Bumi" ni dibuat dari kayu rotan agaknya

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Arca burung hantu, my favourite

Sebenarnya banyak lagi arca yang dipamerkan cuma kiteorang tak habis pusing Tasik Titiwangsa sebab baru pusing separuh, Suami Terchenta dapat panggilan dari boss suruh join meeting walaupun tengah ambik cuti. Aku tengok gambar orang lain upload di media sosial ada banyak lagi arca-arca yang menarik dipamerkan sekitar Taman Tasik Titiwangsa ni.


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Seni ukiran pasir

Di sekitar tasik pun ada jugak gerai menjual pokok tanaman. Ramai la uncle dan aunty yang mengerumuni gerai sambil bawak bakul untuk angkut tanaman balik. Ada jugak yang bawak troli wagon, ni mesti memang dah plan nak berbelanja sakan.

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Gerai menjual pokok bergantung sesuai untuk gantung di balkoni atau porch

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Dah serupa rambut palsu aku tengok

Ada jugak gerai yang menjual anak pokok buah-buahan macam anak pokok limau nipis dan yang aku jumpa ni, ciku gergasi:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Apa agaknya rasa ciku gergasi

Sekali lagi urut dada tengok harga pokok kayangan yang kalau orang macam aku ni lalu kat sebelah tak terlintas pun harga pokok tu sekayangan ni:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Korang jual 2 biji iPhone 14 pun masih tak dapat nak beli pokok ni

Kalau dah penat jalan-jalan boleh singgah minum dan makan sebab ada jugak food truck yang diletakkan di tepi tasik kat beberapa lokasi:

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Kopiesatu. Siap ada menu Rahmah, kau...

Waktu malam mesti best santai-santai minum kopi sambil healing bawah sinaran lampu bergantungan dari dahan pokok. Cuma baik-baik jangan sampai kak Ponti ikut balik.


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Jalan-jalan cuci mata lagi

Kena guna wide lens baru dapat ambik perkataan penuh KL Park Festival 2023

OK sampai sini je dulu, penat pulak nak menulis. Nanti aku sambung Part 3 pulak ya.

Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 1

Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab dia bekerja hari Sabtu dari malam sampai ke pagi. Alang-alang dah cuti, aku ajak dia ke Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ni cuaca panas lit-lit! Walaupun hari Isnin hari bekerja, tapi parking kereta penuh sampai ramai yang terpaksa park kereta di bahu jalan atau mana-mana tempat yang ada ruang. Kami park jauh sikit, seberang Ruma Puteh Titiwangsa. Terpaksa bawak payung sebab panasnya terasa macam matahari sejengkal atas kepala.


Festival Taman Kuala Lumpur
Dari luar dah nampak papan tanda besar Festival Taman KL

Festival Taman Kuala Lumpur
Gerbang masuk dari sebelah Istana Budaya

Festival Taman Kuala Lumpur
Peta pelawat juga terpampang sebelum pintu gerbang

Tasik Titiwangsa betul-betul berubah wajah sempena KLPF. Kalau tak disebabkan cuaca yang berbahang ni, boleh fefeeling jalan-jalan kat taman di luar negara. Kalau baca kat website ni, Festival Taman Kuala Lumpur merupakan cetusan idea Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan “KL Orchid and Bonsai Show” (KLOBS) sebelum ni. 

Tapi memang sumpah lawa hiasan bunga dan tanaman kat sini. 


Festival Taman Kuala Lumpur
Bunga orkid berwarna-warni macam kat taman orkid pulak

Festival Taman Kuala Lumpur
Bangku disediakan khas untuk ambik gambar landskap di belakang tu

Festival Taman Kuala Lumpur
Peminat bunga boleh belek-belek bunga sambil bergambar. Jangan bawak balik sudah!

Kat beberapa tempat pulak kiteorang nampak hiasan berwarna-warni digantung agaknya untuk pengunjung-pengunjung yang minat berselfie.

 
Festival Taman Kuala Lumpur
Serupa macam loceng angin (wind chimes)

Festival Taman Kuala Lumpur

First stop kiteorang ialah Mystical Titiwangsa. Kat khemah kiri kanan ni ada menjual banyak pokok dan bunga yang viral macam pokok keladi, begonia, orkid, ros dan macam-macam lagi. Aku siap FaceTime mak tunjuk kat dia begonia yang dijual kat sini, kemain mak excited.

Festival Taman Kuala Lumpur

Festival Taman Kuala Lumpur
Orkid kat sini lawa semuanya

Festival Taman Kuala Lumpur
Ramai orang macam kiteorang jugak tengok bunga sambil pegang payung sebab cuaca panas giler

Festival Taman Kuala Lumpur
Ada buaian di hujung khemah berlatar belakangkan perkataan Mystical Titiwangsa

Sampai kat hujung ni, ada khemah besar bertutup. Moh ler kita masuk tengok apa ada kat dalam:


Festival Taman Kuala Lumpur

Dalam ni sejuk sikit ada aircond. Dalam ni pun ada pokok macam kat luar tapi lebih kepada paku-pakis, pokok dedaun, succulent, etc.

Festival Taman Kuala Lumpur

Terbeliak mata kiteorang tengok harga pokok kaktus gergasi ni:


Festival Taman Kuala Lumpur
Golden barrel cactus harga RM38k! Harga sebijik Axia baru!

Lepas tu aku jumpa lagi spesies begonia kat sini, terus aku ambik gambar hantar kat mak sebagai pengumpul koleksi begonia tegar:


Festival Taman Kuala Lumpur
Harga begonia ni dalam RM20-40.

Festival Taman Kuala Lumpur
Bunga ros ni lebih besar dari tapak tangan aku pun ada

Antara yang menarik dipamerkan kat sini ialah pameran terrarium. Yang ni menang anugerah emas, siap ada miniatur manusia.


Festival Taman Kuala Lumpur
Pemenang pertandingan terrarium

Sebab banyak sangat benda menarik yang aku jumpa kat sini, korang baca je la caption gambar ye. Ni pun aku upload separuh je gambar yang aku ambik semalam sebab semua sudut aku tengok cantik-cantik belaka. Kalau peminat bunga dengan tumbuhan aku rasa dah habis memori phone dia ambik gambar kat dalam ni je.


Festival Taman Kuala Lumpur
Dinding dihiasi pokok-pokok keladi

Festival Taman Kuala Lumpur
Peminat orkid boleh beli bunga orkid kat sini, semua cantik belaka

Festival Taman Kuala Lumpur
Arca labah-labah ni comel betul

Festival Taman Kuala Lumpur
Ada beberapa booth menjual succulent

Dalam hati aku - seriuslah, orang boleh bayar mahal-mahal nak kumpul pokok / tumbuhan walaupun kecik cinonet macam ni? Tapi bak kata orang putih, beauty is in the eye of the beholder.


Festival Taman Kuala Lumpur
Ni kalau aku beli, tak confirm sebulan boleh hidup sebab tangan 'panas'. Orkid aku bela pun mati sebab terlebih bagi air.

Festival Taman Kuala Lumpur
Amende ni? Lawa teroks! 

Festival Taman Kuala Lumpur
Rasa macam tak mampu beli bonsai setinggi 1 kaki, beli la yang tinggi 5 inci je ni.

Festival Taman Kuala Lumpur
Misty dream

Festival Taman Kuala Lumpur
Terarrium lagi. Tergoda gak nak bawak balik tapi... tapi...

Festival Taman Kuala Lumpur
Ni pulak minat sepupu aku - kumpul pokok kaktus mini

Festival Taman Kuala Lumpur
Mungkin yang ni aku confident sikit nak bela sebab tak perlu bagi air selalu pun dia hidup kan?

Festival Taman Kuala Lumpur
Apa beza kaktus mini dengan succulent? 😅

Bersambung part 2...