Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab dia bekerja hari Sabtu dari malam sampai ke pagi. Alang-alang dah cuti, aku ajak dia ke Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ni cuaca panas lit-lit! Walaupun hari Isnin hari bekerja, tapi parking kereta penuh sampai ramai yang terpaksa park kereta di bahu jalan atau mana-mana tempat yang ada ruang. Kami park jauh sikit, seberang Ruma Puteh Titiwangsa. Terpaksa bawak payung sebab panasnya terasa macam matahari sejengkal atas kepala.


Festival Taman Kuala Lumpur
Dari luar dah nampak papan tanda besar Festival Taman KL

Festival Taman Kuala Lumpur
Gerbang masuk dari sebelah Istana Budaya

Festival Taman Kuala Lumpur
Peta pelawat juga terpampang sebelum pintu gerbang

Tasik Titiwangsa betul-betul berubah wajah sempena KLPF. Kalau tak disebabkan cuaca yang berbahang ni, boleh fefeeling jalan-jalan kat taman di luar negara. Kalau baca kat website ni, Festival Taman Kuala Lumpur merupakan cetusan idea Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan “KL Orchid and Bonsai Show” (KLOBS) sebelum ni. 

Tapi memang sumpah lawa hiasan bunga dan tanaman kat sini. 


Festival Taman Kuala Lumpur
Bunga orkid berwarna-warni macam kat taman orkid pulak

Festival Taman Kuala Lumpur
Bangku disediakan khas untuk ambik gambar landskap di belakang tu

Festival Taman Kuala Lumpur
Peminat bunga boleh belek-belek bunga sambil bergambar. Jangan bawak balik sudah!

Kat beberapa tempat pulak kiteorang nampak hiasan berwarna-warni digantung agaknya untuk pengunjung-pengunjung yang minat berselfie.

 
Festival Taman Kuala Lumpur
Serupa macam loceng angin (wind chimes)

Festival Taman Kuala Lumpur

First stop kiteorang ialah Mystical Titiwangsa. Kat khemah kiri kanan ni ada menjual banyak pokok dan bunga yang viral macam pokok keladi, begonia, orkid, ros dan macam-macam lagi. Aku siap FaceTime mak tunjuk kat dia begonia yang dijual kat sini, kemain mak excited.

Festival Taman Kuala Lumpur

Festival Taman Kuala Lumpur
Orkid kat sini lawa semuanya

Festival Taman Kuala Lumpur
Ramai orang macam kiteorang jugak tengok bunga sambil pegang payung sebab cuaca panas giler

Festival Taman Kuala Lumpur
Ada buaian di hujung khemah berlatar belakangkan perkataan Mystical Titiwangsa

Sampai kat hujung ni, ada khemah besar bertutup. Moh ler kita masuk tengok apa ada kat dalam:


Festival Taman Kuala Lumpur

Dalam ni sejuk sikit ada aircond. Dalam ni pun ada pokok macam kat luar tapi lebih kepada paku-pakis, pokok dedaun, succulent, etc.

Festival Taman Kuala Lumpur

Terbeliak mata kiteorang tengok harga pokok kaktus gergasi ni:


Festival Taman Kuala Lumpur
Golden barrel cactus harga RM38k! Harga sebijik Axia baru!

Lepas tu aku jumpa lagi spesies begonia kat sini, terus aku ambik gambar hantar kat mak sebagai pengumpul koleksi begonia tegar:


Festival Taman Kuala Lumpur
Harga begonia ni dalam RM20-40.

Festival Taman Kuala Lumpur
Bunga ros ni lebih besar dari tapak tangan aku pun ada

Antara yang menarik dipamerkan kat sini ialah pameran terrarium. Yang ni menang anugerah emas, siap ada miniatur manusia.


Festival Taman Kuala Lumpur
Pemenang pertandingan terrarium

Sebab banyak sangat benda menarik yang aku jumpa kat sini, korang baca je la caption gambar ye. Ni pun aku upload separuh je gambar yang aku ambik semalam sebab semua sudut aku tengok cantik-cantik belaka. Kalau peminat bunga dengan tumbuhan aku rasa dah habis memori phone dia ambik gambar kat dalam ni je.


Festival Taman Kuala Lumpur
Dinding dihiasi pokok-pokok keladi

Festival Taman Kuala Lumpur
Peminat orkid boleh beli bunga orkid kat sini, semua cantik belaka

Festival Taman Kuala Lumpur
Arca labah-labah ni comel betul

Festival Taman Kuala Lumpur
Ada beberapa booth menjual succulent

Dalam hati aku - seriuslah, orang boleh bayar mahal-mahal nak kumpul pokok / tumbuhan walaupun kecik cinonet macam ni? Tapi bak kata orang putih, beauty is in the eye of the beholder.


Festival Taman Kuala Lumpur
Ni kalau aku beli, tak confirm sebulan boleh hidup sebab tangan 'panas'. Orkid aku bela pun mati sebab terlebih bagi air.

Festival Taman Kuala Lumpur
Amende ni? Lawa teroks! 

Festival Taman Kuala Lumpur
Rasa macam tak mampu beli bonsai setinggi 1 kaki, beli la yang tinggi 5 inci je ni.

Festival Taman Kuala Lumpur
Misty dream

Festival Taman Kuala Lumpur
Terarrium lagi. Tergoda gak nak bawak balik tapi... tapi...

Festival Taman Kuala Lumpur
Ni pulak minat sepupu aku - kumpul pokok kaktus mini

Festival Taman Kuala Lumpur
Mungkin yang ni aku confident sikit nak bela sebab tak perlu bagi air selalu pun dia hidup kan?

Festival Taman Kuala Lumpur
Apa beza kaktus mini dengan succulent? 😅

Bersambung part 2...

16 comments:

  1. rambang mata sungguh ni semuanya cantik2..tapi saya kalau beli ni balik confirm mati,jenis tangan panas padahal tukang siram je pun pokok segar boleh layu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita ni Afzan. Sbb tu saya tak bawak balik apa2 walaupun ada jugak berminat hehe.

      Delete
  2. ya Allah...kalau ikot dekat je haaa....tp nye ibu PJJ + mmg surrender jln KL nie...xpelah..kita abaikan je lah..moh kita balik kg jelah wiken nie...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu weekend mesti ramai giler orang lagi2 weekend ni penutup. Tgk gambar je la ye hihi

      Delete
  3. cantikk..kalau gi weekend, mesti crowded ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, hari Isnin pun dah ramai org sampai susah nak cari parking.

      Delete
  4. Aduh!! Meriah bunga bungaan.. Memang sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu Sha masih di KL boleh drop by Tmn Tasik Titiwangsa ni sbb menarik rasa mcm jalan2 kat overseas pulak. Boleh ambik monorel / LRT ke stesen Titiwangsa. Ada bas shuttle khas untuk ke festival ni.

      Delete
  5. tengok gambar2 ni otak sy terus teringatkan Floria😂😂 macam sama tapi bukan dia😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Floria lagi meriah dgn bunga rasanya. Tak sempat pergi tahun lepas.

      Delete
  6. Cantiknya Tasik Titiwangsa. Suami ada ajak hari tu, ingatkan,setakat jualan pacak khemah biasa biasa je. Konon malas bersesak. Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda menarik boleh tengok kat sini. Kalau peminat bunga boleh beli bunga sbb tgk ramai yg memborong pokok bunga. Weekend ni confirm sesak Taman Tasik Titiwangsa.

      Delete
  7. Mak oiii RM38K...harga sebiji Axia ha....matilanak...tapi ad ake ornag beli? SA teringin nak tanam pokok bunga ros..tapi macam biasa la..Pak Zain cakap x leh makan pun...terus dia hijack...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak leh makan terus Pak Zain taknak tanam ye. Lawak pulak Pak Zain ni.

      Delete
  8. Wah! Kena pecahkan tabung dinasour ni kalau nak beli cactus boy harga 38K!

    ReplyDelete
  9. Menariknya ada festival gini! Walau tak mampu beli, tapi boleh cuci mata. Tenang jiwa.

    Yang RM38k tu camne la dia buat kira2 ek? 😅

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .