Makan Tengahari di Paku & Pontianak

Haa... seram tak nama restoran ni? Masa mula-mula Suami Terchenta ajak makan kat sini, aku berkali-kali tanya, "Hah! Biar betik abang nak makan kat situ? Nanti kak ponti ikut balik macamana?" 🤣 Memang serius seram dengar nama restoran ni. Padahal takde apa-apa pun 🤭.

Berbekalkan hati yang sedikit gentar dan perut yang berkoroncong, kiteorang pun menuju ke Jalan Gurney untuk ke restoran ni. Lokasi restoran ni dalam kawasan perumahan iaitu sebuah rumah banglo yang dijadikan restoran. Kawasan tempat letak kereta dalam pagar agak terhad, tapi masa kiteorang sampai ada satu tempat kosong so dapat la parking dekat dalam. Kalau tak kena la parking dekat bahu jalan.


Paku & Pontianak
In case korang tak percaya ada restoran nama Paku & Pontianak. Memang wujud ye 🤣

Masa nak bukak pintu restoran pun dah suspense ok. Berkeriut bunyi pintu 'kreeekkkk...' Wah, betul-betul mencipta suasana seram ye restoran ni 🤭. Melangkah masuk dalam restoran ni, kiteorang rasa terpegun sebab walaupun tema warnanya nampak 'seram' (merah & hitam), tapi cantik dan unik je hiasan dalam restoran ni. Ada a few spots yang kita boleh ambik gambar menarik di sini.


Paku & Pontianak
Bahagian restoran tingkat bawah. Ada penerangan tentang asal-usul pontianak jugak.

Paku & Pontianak
Yang ni pulak dekat bahagian atas. Ada ruang makan, sudut untuk bergambar dan surau

Paku & Pontianak
Sudut hiasan dengan perabot antik

Paku & Pontianak
Kiri: Buku menu. Kanan: Staff restoran bagi bunga mawar hidup ni dekat setiap meja. Besar dan cantik bunganya, elok je mekar 😍

Paku & Pontianak ni sebenarnya dibuka dari pagi sampai ke malam, iaitu menu sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Untuk makan tengahari, kiteorang order set nasi berlauk, namanya 'Set Talam Qaseh' (RM85.90). Set ni sebenarnya untuk 3 orang makan, tapi kiteorang mintak tambah pinggan je sebab rasa untuk 4 orang makan pun cukup ni.


Paku & Pontianak
Set Talam Qaseh - ada ikan siakap bakar dengan pelbagai pilihan sambal cicah, sayur kacang buncis tumis, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin gelama, telur dadar dan yang terakhir ni ada 3 option yang kita boleh pilih salah satu - daging salai masak lemak, daging salai masak asam pedas / kari ikan kembung. Kiteorang pilih daging salai masak lemak

Lauk-pauk ni ialah my favourite menu:


Paku & Pontianak
Daging salai masak lemak ni memang cukup power! Rasa salai tu memang kuat sangat, kuah pun pekat dan secukup rasa. Rasa pedas tu pun just nice 👍🏻 Makan pulak dengan ikan gelama masin dengan telur dadar yang rangup, sampai bertambah 2 pinggan nasi ye 😂 Manalah nak kurus...

Paku & Pontianak
Ikan siakap bakar yang mantap! Dibakar dalam daun pisang, jadi isi ikan kekal lembap dan manis. Perapan ikan bakar pun sedap sangat. My favourite sambal ialah air asam dan sambal cili kicap. Anak-anak pun suka, sampai licin ke tulang kiteorang makan 😅

Paku & Pontianak
Sambal belacan yang ada kick! Pedasnya sampai meleleh air hidung 🤣 tapi sedap! Lagi-lagi ada hirisan mangga muda tu. Memang layan sangat sambal belacan ni.

Paku & Pontianak
Curious dengan nama air ni iaitu 'Bloody Ponti' (RM10.90) 😆 . Sebenarnya air sirap bandung cincau je, tapi presentation tu menarik. Sis kasi 5 ⭐️ untuk kreativiti hehe

Overall, walaupun nama tempat ni menyeramkan dan pelik, tapi aku sangat rekemen restoran ni sebab set nasi berlauk ni sedap sangat, memang kena betul dengan tekak aku. Padanan lauk tu memang mengancam, awas ya kalau nak diet lupakan je hasrat tu 🤣. Lain kali nak try sarapan pagi kat sini pulak. Selain dari set nasi dan lauk, ada jugak menu ala carte yang lain. Selain masakan Melayu, ada masakan Western, Thai, Cina dan mamak jugak. Jadi kalau tekak tak rasa nak makan lauk Melayu, boleh je cuba menu lain pulak.


Paku & Pontianak
Alamat: 21, Jln Gurney 2, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 7.30 pagi - 10 malam (setiap hari)

Keluar Breakfast Dengan Suami Terchenta

roti canai
Sarapan di kedai mamak


Hari ni Suami Terchenta akhirnyaaaaa ambik cuti. Korang tau tak baki cuti dia ada 20 hari lagi? Ni dah masuk bulan Oktober dan berbaki 2 bulan je lagi sebelum masuk tahun baru. Setiap hari la aku membebel suruh ambik cuti sebab kalau tak ambik burn je cuti tu. Kerja tunggang-terbalik macamana sekalipun, kena ambik cuti sebab badan dan otak pun perlu rehat jugak. Cuti tahunan ni ialah cuti berbayar, kalau tak ambik rugi beb! Sepanjang aku bekerja memang tak pernah la aku nak sedekahkan cuti berbayar aku dekat company, jadi aku akan habiskan sebelum tahun baru. 

Akhirnya selepas diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan, "Bila nak ambik cuti, abang?" setiap hari, dia pun apply cuti 😆. Aku cakap kat dia bulan ni kena ambik 6 hari cuti, bulan depan 6 hari lagi dan bulan Disember sebab special sikit (birthday anak-anak dan anniversary kiteorang) ambik 8 hari cuti.

Since dia ambik cuti jadi pagi tadi kiteorang pun pergi sarapan pagi sama-sama di restoran mamak tempat biasa. Kalau ke restoran mamak, biasanya kiteorang order roti kosong dengan kuah kari ikan dan teh tarik kurang manis. Kuah kari ikan tu wajib, tak tau kenapa lagi sedap bila pekena kuah kari ikan dari kari lain.

Tapi walaupun cuti, tak boleh kemana-mana pun sebab dia still kena join meeting online jugak 😑. Tahap workaholic dia ni memang tak boleh bawak bincang. Tapi aku tak kira, esok petang aku nak ajak dia gi dating jugak hahaha! Kat mana? Tunggu lepas publish kat blog ye hehe.

Katil Baru

Dah lama anak bujang seekor ni tak bersiaran di blog ni. Dia ada je, macam biasa tengah bermalas-malasan di ruang tamu. Kali ni makin malas si Louis ni, sejak bapak dia belikan katil baru merangkap scratcher dekat Shopee. Pagi-pagi masuk rumah je dia akan landing dekat katil ni. Dia cuma akan bangun kalau makanan dah keluar atau nak ke toilet. Selebihnya, macam ni la keadaan dia.


pet scratcher bed
Seronok jadi kucing, lagi-lagi kucing yang dimanjakan macam Louis dan Kiera!

Makan di Swood Smokehouse Texas BBQ

Throwback aktiviti jalan-jalan cari makan keluarga kami bulan lepas. Kali ni kiteorang nak merasa daging BBQ salai style Texas di Swood Swokehouse. Lokasinya betul-betul depan House of Patin Lipis @ KL. So asyik makan daging salai style Malaysia kita berubah angin sikit makan daging salai style Texas pulak hehe.


Kampung Bharu
Tempatnya luas, ada tempat parking kat dalam.

Kampung Bharu KL
Aku rasa owner tempat ni mesti peminat motor besar dan motor klasik

Aku pernah nampak dekat IG Reel pemilik Swood Smokehouse Texas BBQ ni orang Melayu. Macamana la dia terfikir nak bukak restoran jual smoked BBQ meat dan brisket ni ye. Rata-rata Google review bagi feedback yang daging brisket dekat sini terbaik, juicy, lembut dan diperap dengan sempurna. Kita yang baca ni pun terus berminat nak cuba.

Tempat duduk disediakan di luar dan di dalam restoran. Kalau duduk dekat luar boleh la tengok proses dieorang buat smoked meat ni tapi time kiteorang pergi tu tengah panas lit-lit jadi kiteorang duduk kat dalam.


Swood Smokehouse Texas BBQ
Outdoor seating dan di tepi tu ialah tempat dieorang salai daging

Swood Smokehouse Texas BBQ
Yang ni pulak indoor seating, sejuk sikit sebab ada aircond. Konsep rustic ala-ala kat Texas US la kot

Swood Smokehouse Texas BBQ
Replika smokehouse. Kayu api dimasukkan dekat compartment bawah dan haba dan asap akan memasak daging di compartment di sebelah / atas

Aku tak reti nak explain proses salai dieorang ni, korang tengok sendiri la dekat video ni:



Kiteorang ambik set rodeo platter (saiz hidangan untuk 2-3 pax), sekali dengan satu jag peach tea. Dalam rodeo platter ni ada 100g beef brisket, 100g pulled lamb dan beef / lamb rib. Kiteorang pilih beef rib. Hidangan sampingan pulak ada coleslaw, smoked baked bean, mashed potatoes dan potato bun.


Swood Smokehouse Texas BBQ
Set Rodeo Platter (harga dari RM180 ke atas, bergantung dengan saiz beef / lamb rib yang kita nak)

Swood Smokehouse Texas BBQ
Pilihan sos yang ada

Overall experience - daging lembut dan elok terlerai bila dicuit, rasa BBQ dan smoky yang kuat, ada rasa manis dan juicy dan daging diperap elok sampai rasa rempahnya ke bahagian dalam daging. Yang bahagian kerak kat beef rib tu ialah dieorang punya dry rub iaitu rempah kering yang disapu di bahagian luar daging sebelum dipanggang. 

Hidangan sampingan pulak OK je la bagi aku, tak habis pun kecuali mashed potatoes dan coleslaw. Peach tea agak manis. So memang highlight kat sini ialah daging salai dan panggang dieorang la.

Adakah aku nak repeat? Hmm... entah la. Tengok mood kot. Kalau daging masak style Western ni, aku lebih suka steak dari daging BBQ smoked style Texas ni. It's a matter of preference. Bagi aku daging salai versi Malaysia lebih kena dengan tekak aku dari versi Texas hihi. Tapi kalau penggemar smoked BBQ dan brisket, tempat ni berbaloi la nak pergi sebab daging lembut, juicy dan cukup perapan. Portion pulak just nice.


Swood Smokehouse Texas BBQ
Alhamdulillah, kenyang perut suka hati 😄


Swood Smokehouse Texas BBQ
Alamat: 14, Jalan Liew Weng Chee, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengahari - 11 malam (setiap hari)

Setahun Yang Berdarah...

Kredit: ecentral.my

Ya Allah, hanya doa, ingatan dan sumbangan dana yang termampu kami berikan buat saudara-saudara Islam di bumi Anbiya. Andai ini ialah ketentuanMu, kami redha. Janganlah Engkau murka dan seksa kami pada hari pembalasan atas apa yang menimpa rakyat Gaza, kerana kami tak terdaya melawan musuh-musuhMu dengan tangan kami. Senjata kami cuma doa, doa dan doa yang berterusan. Ujian yang hebat ini terasa begitu melelahkan tapi kami beriman dengan Qada' dan Qadar. Semuanya atas kehendakMu, Ya Allah. Kami beriman dengan hari kiamat di mana musuh-musuhMu tidak akan dapat lari dari pembalasanMu atas kejahatan dan kekejaman mereka. 

8 Oktober 2023 - 7 Oktober 2024 💔. Kami takkan lupa apa yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kami. Terus boikot. Terus menyumbang. Terus bersuara dan sebarkan kebenaran tentang propaganda Z yang penuh tipu daya dan muslihat. Semoga dunia bangkit dan menentang kejahatan rejim Z. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Jumpa Doktor Buat Kesekian Kalinya...

Hari ni memang tak sempat nak blogwalking sebab pagi tadi ada appointment di hospital. Aku rasa tahun ni paling kerap aku ke hospital. Awal tahun dulu, setiap bulan, sekarang setiap dua bulan. Tapi takpe, at least aku sentiasa tau progres tahap kesihatan sekarang. Semoga fungsi buah pinggang aku makin improve atau sekurang-kurangnya tak semakin merosot 🤲🏻. Takut jugak kalau sampai tahap kena buat dialisis.


Bismillah... semoga dipermudahkan urusan di hospital

Macam biasa, malam sebelum tu kena start berpuasa sebab esoknya nak ambik darah. Mula-mula lepas sampai kena pergi ke klinik ambik slip untuk makmal darah dan buat ultrasound. Kali ni kena buat ultrasound nak check kalau ada batu karang dalam buah pinggang.

Sampai di makmal, ehhh boleh pulak terserempak dengan BFF Nurul! Rupa-rupanya dia pun ada appointment dengan doktor pakar dia. Macam berjanji pulak kiteorang 🤭.

Lepas ambik darah, then turun ke bahagian x-ray / ultrasound. Terkujat beb bayar harga ultrasound! RM300+ jugak melayang! Rupa-rupanya ni ultrasound dari abdomen sampai ke bawah. Bukan scan buah pinggang je. Hairan jugak sebab apa nak kena scan limpa, hati, perut, pundi kencing dan uterus sekali? Hmm... takpe la, dah bayar kan. Proceed je la. Sekurang-kurangnya aku boleh tau tahap kesihatan organ dalaman yang lain.

Sebelum buat ultrasound kena pastikan bladder full. Seksa tau bila pundi kencing penuh lepas tu kena tekan-tekan sampai rasa nak terkencing kat situ jugak 😅. Lepas habis je ultrasound terus aku pergi toilet. Nasib baik toilet kat sebelah je.


Finally dapat makan! Tapi aku makan salad je la sebab nanti dekat klinik mesti doktor suruh timbang berat 😅

BFF bermurah hati belanja makan dekat kafe German dalam KPJ Ampang Puteri ni. Semoga murah rezeki ko, Nurul 🤲🏻


Salad German. Lain macam sikit sebab ada jeruk / pickled gherkin. Portion besar jugak, kiteorang berdua kongsi pun tak boleh nak habiskan

Salmon sandwich

Lepas makan, baru la naik ke klinik masing-masing. Dia pergi ke klinik doktor dia, aku pergi ke klinik Dr. Sakinah (endocrinologist / diabetologist). Macam biasa, patient ramai jadi kena bersabar menunggu. Nurul dah habis appointment dia dan ambik ubat di farmasi pun tak sampai lagi giliran aku 😅. 

Secara ringkasnya:

  • Bacaan gula dalam darah masih stabil (HbA1c) 
  • Bacaan tekanan darah normal (alhamdulillah)
  • Bacaan kolesterol improved (4.6, normal)

Tapiiiiii... part ni aku rasa terkilan jugak la. Rupa-rupanya dalam slip makmal tadi pembantu doktor terlupa nak tick yang aku patut buat blood test untuk check buah pinggang! So takde la bacaan eGFR kali ni! Padahal ni benda yang aku tunggu-tunggu nak tau result dia ada improvement ke tak. Huhu... Sudahnya next 2 months kena repeat balik test. Doktor pun bebel lagi berat tak turun-turun (macam biasa laa... aku pun dah tak tau lemak aku ni dah tahap nak kena ruqyah ke baru dia nyah dari badan? 🤣). Jadi pesanan penaja macam biasa - minum banyak air, kurangkan berat badan. Huhu. Baiklah, sis cuba...

Memandangkan Nurul MC hari ni, aku pun ajak dia me-time di Ayu Borneo Spa kat seberang hospital. Konon nak hilangkan stress lepas jumpa doktor. Laju je member tu cakap OK. Nurul buat urut kaki je, aku sekali dengan bahu dan kepala.


Thank you Nurul, nasib baik jumpa ko di hospital terus hilang stress 😄

Sorry ye kawan-kawan, tak sempat nak blogwalking hari ni. Balik dari hospital terus ambik Khadeeja then aku terus flat sebab it's my time of the month 😴. Nasib baik kuah spaghetti malam semalam ada lagi jadi malam ni buat another round of spaghetti untuk makan malam anak-anak.

Dapat Hadiah Tudung Lagi

Minggu lepas BFF aku turun ke KL sebab ada meeting jadi macam biasa kalau dia turun kiteorang akan arrange untuk berjumpa.

Malas nak berpusing-pusing cari tempat, paling senang jumpa di food court KLCC la. Lepas ambik Khadeeja balik dari sekolah, aku terus bawak dia ke KLCC sekali jumpa dengan BFF. Since dia meeting dekat Impiana KLCC, kiteorang la yang sampai dulu dan terus cari tempat. Dapat la seat yang membelakangi taman KLCC dekat belakang ni. Nampak tak perkataan KLCC belakang air pancut tu? 😆


klcc food court
Kalau kiteorang berjumpa harus la ambik selfie sama-sama untuk men jealous kan kawan-kawan lain yang tak dapat jumpa sebab masih stuck kat ofis 🤭 Kemain lawa gambar dari hp baru dia (lupa brand apa, tapi semestinya bukan ipong!) 😝

Penafian / disclaimer: Sebelum korang kata 'ehh dah kurus laaa'... tak aihhh. Cheq belum kuruih 🤣🤣 Ni efek kamera dan sudut ambik gambar semata-mata. BFF aku ni bab ambik gambar dia memang pro. Kalau kat ofis lama dulu, tugas ambik gambar department memang 100% kiteorang serahkan dekat dia sebab gambar dia ambik memang on point!

Ternyata lepas post gambar dekat group whatsapp kawan-kawan ofis lama, akhirnya berjaya la mengumpan seorang lagi kawan ni turun join kiteorang lepak sekali hehe.


klcc food court
Bertiga lebih rancak bergossip dari berdua kihkih...

Dah puas berborak-borak, moh ler kita gerak balik sebelum Maghrib. Tapi sebelum tu dengan tak disangka-sangka, BFF aku hadiahkan sehelai tudung kayangan dari jenama yang aku tak pernah terfikir nak beli sendiri 🤭. Belated birthday gift katanya. Alhamdulillah, terima kasih my BFF sebab hadiahkan tudung kayangan ni 😍. Kalau nak beli sendiri memang fikir 200-300x yang akan berakhir dengan keputusan 'tak payah la...' 🤭


duck scarf
Macam tau-tau je aku takde tudung warna hijau hihi. Cantik sangat materialnya, semoga murah rezeki BFF aku hadiahkan tudung mahal ni

Nota kaki: Nampaknya kena cari baju warna hijau la nak pakai tudung ni 🫣. Alasan sangat nak shopping baju baru! 🤣

Jalan-jalan di Pavilion KL & Dinner Di Two Sons Bistro

Throwback masa cuti sekolah lepas. Di penghujung cuti sekolah, anak-anak nampak bosan je duduk di rumah. Memandangkan dah hari Jumaat dan balik dari road trip ke Pantai Timur kiteorang memang lepak di rumah je, jadi aku pun ajak dieorang keluar jalan-jalan ke Bukit Bintang lepas Asar.


monorel KL
Naik monorel ke Bukit Bintang

Sampai di Bukit Bintang, kiteorang decide nak jalan-jalan di Pavilion KL je. The girls bagitau nak tengok restoran Uncle Roger, pempengaruh Youtube yang terkenal, sebab dieorang ni memang follow Youtube channel Uncle Roger.


Bukit Bintang KL
Posing dengan baju batik beli di Pasar Payang, KT 🤭

Mak aii... panjang giler queue orang nak masuk ke restoran ni. Aku rasa mostly yang datang ni ialah Instagrammers atau pempengaruh media sosial. Sebenarnya barisan dia sampai ke belakang escalator ni ye. Tapi aku tengok review orang yang dah makan kat sini, macam biasa-biasa je nasi gorengnya.


Pavilion KL
Bertabahlah menunggu giliran kalau nak cuba makan di restoran ni

Dah jumpa dan tengok restoran Uncle Roger, kiteorang pergi cari tempat makan pulak. Aku mesej Suami Terchenta mintak dia pergi Pavilion KL lepas balik kerja. Since masing-masing tak tau nak makan apa, end up aku pilih ke Two Sons Bistro je sebab yang paling dekat.

Jom tengok menu pilihan kiteorang:



Two Sons Bistro
Spaghetti carbonara with beef bacon (rating Khayla: 8/10)

Two Sons Bistro
Chili butter clams, menu wajib aku (rating Carneyz: 10/10)

Two Sons Bistro
Belgian waffle (rating Khadeeja: 7/10) - Khadeeja ni memang tegas sikit bab-bab mengkritik makanan ni 😂

Two Sons Bistro
Sirloin steak (rating Suami Terchenta: 9/10)

Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah 😊.


Pavilion KL
Happy wife, happy life - motto Suami Terchenta 😂

Oh ya, aku sempat beli reed diffuser dari Hooga ni jugak sebab ada diskaun 50%. Harga asal RM64.90, aku beli dengan harga RM32.45. Suka bau Peony & Fuschia ni sebab sweet je baunya. Sampai di rumah, aku tuang setengah dalam botol kosong satu lagi, jadi dapat la dua botol; Satu tu aku letak dalam bilik air dan satu lagi dalam bilik tidur #tipsjimat.


reed diffuser
Kalau korang minat pewangi bilik jenama Hooga ni boleh la cari dekat kedai Hooga terdekat sementara masih ada diskaun ni