Baru-baru ni Bank Negara sekali lagi mengumumkan kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) sebanyak 25 mata asas (0.25%) kepada 2.25% pada 6 Julai 2022.


Sumber imej: theedgemarkets.com

Sebagai orang yang tak tahu-menahu tentang terma-terma kewangan ni, aku terpaksa Google apa itu OPR. Of course kena ambik tahu sebab hal ni berkaitan dengan hutang bank kan? Dah la tak bekerja, ada hutang rumah lagi. Jadi kena cakna dengan benda-benda macam ni.

So, apa itu OPR? OPR ialah kadar faedah yang harus dibayar oleh bank peminjam kepada bank yang memberi pinjam untuk dana yang dipinjam. Kadar ni ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai bank pusat selaras dengan sasaran polisi kewangan. Oo.. barulah aku tau sesama bank ni pun kena pinjam-meminjam sebab bank kena ada rizab tunai (jumlah tunai yang perlu dipegang) seperti yang ditetapkan oleh BNM.

Kita bagi contoh Ali dan Abu ialah pemberi pinjaman wang berlesen. Untuk menjadi pemberi pinjaman wang berlesen, masing-masing kena pegang wang tunai RM2 juta setiap hari. Bila peminjam A datang buat pinjaman dengan Ali sebanyak RM700 ribu, Ali mungkin kekurangan tunai dalam pegangan di bawah RM2 juta, jadi Ali kena pinjam dari Abu supaya wang tunainya mencapai RM2juta untuk elakkan lesennya dibatalkan.

Berbalik kepada OPR, semakin tinggi kadar OPR, semakin mahal kadar hutang akibat dari kenaikan “Base Rate” / “Base Lending Rate” seterusnya kenaikan kadar faedah bank. Jadi, pinjaman bank jugak akan semakin mahal. Untuk peminjam sedia ada, sama ada bayaran bulanan kepada bank bertambah disebabkan kenaikan faedah atau tempoh pembayaran dilanjutkan sekiranya kadar bulanan adalah tetap (fixed).

Menurut CTOS Malaysia:

Contohnya, bagi pinjaman rumah berjumlah RM500,000 selama tempoh 30 tahun, kenaikan OPR sebanyak 0.25% menaikkan pembayaran bulanan sebanyak RM71. Jadi sepanjang tempoh 30 tahun, peminjam perlu membayar kadar faedah tambahan sebanyak RM25,560.

Kenaikan OPR juga akan menyebabkan bank mengetatkan lagi syarat kelayakan minimum untuk pinjaman baru. Jadi semakin susah la nak apply loan bila OPR meningkat. Tapi buat korang yang nak beli rumah baru time ni janganlah risau sangat sebab kadar ni masih lagi OK berbanding tahun 2008 dulu (masa tu kadar OPR tertinggi iaitu 3.5%). 

Apapun, berpada-padalah bila buat pinjaman bank ye sebab sekarang ni trend OPR semakin naik, bukannya semakin turun. Kalau sekarang rasa mampu nak ambik pinjaman rumah RM700,000 kena fikirkan sama ada masih mampu kalau OPR dinaikkan lagi, ditambah dengan keadaan inflasi semasa dan jugak beban komitmen lain sedia ada. 

Sumber rujukan: 

  1. CTOS Malaysia: What is OPR and how it affects your loans
  2. PropertyGuru: Overnight Policy Rate (OPR) In Malaysia: Why It's So Important

2 comments:

  1. good info n knowledge to all :) hahahah walau kita hari2 tgk figure OPR ni, kadang2 terlupa apa function dia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau yg sesama bank pun ada meminjam hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .