“Menjaga sekandang kerbau lebih senang dari menjaga seorang anak perempuan”.

Kami belum rasa lagi kepayahan ada anak perempuan sebab mereka masih anak kecik yang mendengar kata. 

Tapi kami risau bila mereka menginjak remaja, bila mereka mula berjauhan dari kami atas tuntutan ilmu atau kerja.

Dugaan dan godaan dunia dulu tak sehebat sekarang. Mampukah mereka menangkisnya dan membezakan yang mana intan dan yang mana kaca?

Kami ibubapa punya anak-anak perempuan. Senjata kami cuma doa, doa, doa. Dan didikan agama serta akhlak. Jaga agama, jaga akhlak, jaga pergaulan. Bawakan mereka ke masjid-masjid agar mereka kenal agama. Berikan pendidikan di sekolah perempuan agar mereka jaga pergaulan. Nasihatkan mereka agar jaga akhlak.

Ya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Semoga Engkau terus pelihara anak-anak perempuan kami dari sebarang kejahatan dan perbuatan jahat, pelihara maruah mereka dan maruah kami, dan kurniakan jodoh yang mukmin serta anak-anak yang soleh untuk mereka. Amin Ya Rabbal Alamin.

6 Comments

  1. Mrs. A pun ada anak perempuan juga. Hasbunallah wani'mal wakil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila tengok muka dieorang terbayang camane agaknya bila dieorang dah besar. Sedangkan yg dihantar ke sekolah agama, hafaz 15 juzuk pun boleh tergelincir dari landasan agama. Moga Allah lindungi anak2 perempuan kita Mrs A…

      Delete
  2. Replies
    1. Kena belajar dari Uncle ni camane nak didik anak perempuan bila di fasa remaja

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih aminkan doa seorang ibu. Semoga kita semua jadi ibu bapa yang berjaya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .