Lately kami sangat sibuk mengemas, menyusun dan menyisihkan barang-barang yang hendak diangkut ke rumah baru dan barang-barang yang dah tak diperlukan lagi sama ada sudah rosak / luput tarikh dan memang takde tempat nak letak di rumah baru.

Dalam masa yang sama, kena mencari khidmat mover untuk mengangkut barang-barang besar dan berat dan khidmat mencuci rumah lepas selesai berpindah. Setiap kali kena berpindah rumah aku memang stress yang amat sebab terlalu banyak perkara yang kena dibuat. 

Fasa pertama berpindah ialah mengangkut barang-barang perkakas rumah baru yang kami beli di Shopee tapi terpaksa diletakkan di rumah sekarang sebab rumah baru masih lagi dalam fasa renovasi. Untuk fasa pertama ni, kami menggunakan khidmat Lalamove je. Bukan setakat harga yang sangat berpatutan, malah servis pun sangat baik. Semua kotak-kotak yang mengandungi hood & hob dapur, ketuhar dan microwave, kabinet drawer dan sinki dapur dibawa ke rumah baru menggunakan van Lalamove dengan caj penghantaran tak sampai RM300.

Fasa kedua berpindah ialah mengangkut sendiri menggunakan kereta Exora kami. Barang-barang yang dibawa ialah pakaian (kami tinggalkan sedikit pakaian untuk dipakai di rumah sekarang memandangkan katil belum lagi sampai), barang-barang kecik dalam laci dan kabinet dan kotak-kotak kecik yang kami bawa dari Bintulu.

Fasa ketiga barulah kami mengambil khidmat mover. Selepas meneliti 3-4 quotations, kami akhirnya memilih Packers Malaysia sebab harga yang paling berpatutan dan review yang memberangsangkan. Pada mulanya kami pilih untuk ambil lori 1 tan dan 10 kotak (sekali dengan bubble wrap dan tenaga kerja membungkus barang-barang) sebab barang-barang besar kami cuma sebuah mesin basuh, sebuah TV dan gaming chair Suami Terchenta. 

Pada hari moving day barulah kami sedar sebenarnya banyak juga barang-barang yang kecik tersorok dalam almari. Tupperware je dah sebuah kotak, pinggan mangkuk dan perkakas memasak, makanan dalam tin dan botol-botol... sedar-sedar dah nak habis 10 kotak! Tu pun banyak lagi barang-barang lain dalam kabinet huhu...

Kesimpulannya janganlah assume barang-barang sikit bila di rumah ni ada banyak kabinet.


Moving day...

Selebihnya no choice terpaksa angkut sendiri ke rumah baru sebab lori 1 tan tak muat. Cuti long weekend ni, memang kami habiskan mengemas dan membawa barang-barang ke rumah baru. Tak tau kenapa, kemas-kemas tapi macam sama je keadaan. Akhirnya aku decide untuk stop dulu dan take a break update blog sebab aku dah tahap tak tau nak mula dari mana aktiviti mengemas rumah ni. Otak dah tepu...

Oh ya, review aku terhadap perkhidmatan Packers Malaysia:

Menepati masa - janji datang pukul 9 pagi, memang pukul 9 pagi dieorang sampai. Tak perlu nak call2 tanya dah kat mana.

Profesional - pekerja-pekerjanya sangat profesional. Dieorang tau cara-cara nak pack, tak perlu bagi arahan banyak-banyak kali. Tapi aku pun mudahkan dieorang jugak, barang-barang yang nak di pack dalam kotak kami letakkan di satu tempat (macam dalam gambar di atas, barang-barang kami susun di satu sudut dan pekerja-pekerja tinggal nak balut dengan bubble wrap atau masuk dalam kotak je lagi) atau aku tunjuk di mana (barang-barang pantri contohnya). Cara dieorang bercakap pun sangat hormat dan berbudi-bahasa. Dan sepanjang bekerja dieorang tetap pakai face mask.

Efisyen dan pantas - Dalam masa 2 jam setengah je dah siap bungkus-bungkus barang, setengah jam susun atas lori dan setengah jam punggah dari lori dan bawak naik ke rumah baru. Keseluruhan masa bekerja ialah dari 9 pagi sampai 12.30 tengahari.

Harga - bergantung dengan jarak lokasi rumah lama dan rumah baru. Kami dikenakan caj kurang dari RM1.5k untuk perkhidmatan 1 tan lori, 3 orang pekerja dan 10 buah kotak.

Kesimpulannya, aku sangat rekemen Packers Malaysia ni untuk sesiapa yang mencari perkhidmatan berpindah rumah. Boleh usha dieorang di Facebook atau IG:

Facebook: https://www.facebook.com/packersmy/
Instagram: https://www.instagram.com/packersmy/

Nota kaki: 
Kalau korang ada bajet lebih lagi, mungkin boleh usha jugak Allied Pickfords sebab masa aku pindah dari Bintulu ke KL, company lama appoint Allied sebagai relocation service provider. Dieorang ni siap tolong unpack barang-barang masuk almari / kabinet, jadi lagi mudah kerja kita. Tapi harga premium la, cuma aku tak perlu bayar sebab company tanggung masa tu. Aku lupa pulak nak tanya Packers Malaysia ada buat servis unpack ke tak, sebab rumah baru belum ready lagi nak unpack hihi.

24 comments:

  1. Dapat bayangkan kepenatan tu sis :)
    Kami dulu pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri angkut barang2 kecik. Balik kerja je pindah sikit2.. semangat nak masuk rumah sendiri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la kami sekarang ni sis. Ada lagi saki-baki nak dibawa ke rumah baru terutamanya cleaning materials sbb skrg tgh fasa mencuci rumah sewa

      Delete
  2. I feel you... Maca kecik uncle banyak kali juga pindah2 ni.... letih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Uncle, pindah ni sangat letih! Dalam 10 tahun ni, saya dah berpindah 4 kali - dari KL-Bintulu tahun 2014, tahun 2017 berpindah rumah sewa, 2020 pindah balik ke KL menyewa dan 2022 pindah ke rumah sendiri.

      Delete
  3. Mulakan mengemas bilik tidur sebab kita nak tidur dan mudah cari baju.
    Lepas tu dapur sebab nak guna peralatan untuk makan. Tapi semua ni bukan kemas habis, just kemas mana yang sangat perlu.

    Gitulah biasanya akak buat. Maklumlah dah berpengalaman pindah rumah sebanyak 7 kali 😇

    Moga Allah permudahkan urusan Carneyz mengemas. Syukur juga zaman sekarang ada servis mover, memudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kaedah kita ye Kak Ujie :) Bilik tidur & dapur 2 area yang memang jadi priority sebelum kemas bilik2 lain. Tapi di rumah baru dapur kami belum lagi siap, jadi nak kemas barang2 dapur tu terpaksa tangguh dulu.

      Jadi tak berasap la dapur di rumah 2 minggu lagi :p

      Delete
  4. Alamak rumah baru tidak siapa jenuh tunggu untuk kemas semula.
    Memang memenatkan lagi-lagi banyak barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sempat lagi nak fikir kemas rumah baru, skrg masih fasa mencuci rumah sewa sebelum hujung minggu ni huhu..

      Delete
  5. Pindah rumah memanglah pengalaman yang memenatkan. Semoga urusan sis satu famili dipermudahkan. Tu lah kan kita selalu tak sedar barang kita banyak rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Itulah, saya suka rumah sewa yg ada banyak kabinet sebab rumah nampak kemas tapi bila ada byk kabinet, byk jugalah barang2 yg boleh disumbat sampai tak sedar dah beranak-pinak!

      Delete
  6. Dapat bayangkan letihnya macamana bila kita kemas rumah nak pindah nie. Nanti kat rumah baru pun nak kena kemas juga. Apapun, semoga dimudahkan urusan tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Sue, saya belum nak fikirkan lagi strategi mengemas rumah baru sbb tgh sibuk mengosongkan dan mencuci rumah sewa skrg ni.

      Delete
  7. bila kena ngemas nk pindah brg2 ni, kena bertabah...penatnya berganda2222...kdg2 nk buang sayang tp kalo nk simpan rasa mcm tk guna hehe....smoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde prinsip rasa sayang hehe. klu tak pakai lebih dari 6 bulan mmg ke tong sampah / tong kitar semula jawabnya. Tapi setuju part penat tu ya Allah... rasa macam tak de kesudahan mengemas, ada je yg belum dikemas / dicuci... terima kasih atas doanya :)

      Delete
  8. Alhamdulillah, dapat syarikat mover yg professional...pindah rumah mmg meletihkan..semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas. Sebelum pilih tu mmg kami baca review satu persatu, mmg rata-rata puas hati dgn servis syarikat mover ni.

      Delete
  9. Yaaa.. saya faham kepenatan dan kepeningannya... 😫 Kalau setakat rumah sewa zaman belajo tu sikit je barang.. ni rumah family.. memang banyak gila ler barangnya.. kan.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Nona, mmg sakit urat 2-3 hari jugak nak hilang. Dah pindah nak kena unpack pulak huhu. Alhamdulillah 90% dah setel mengemas rumah baru ni.

      Delete
  10. wah.. tahniah pindah rumah kedirik dh... baca ajak pun dah kepak koh... kmk pun seram juak mikir mcm ne lah mun kmk org nk pindah juak kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nang kepak Kakmim. 2-3 hari juak kmk duak Jun mok recover kepak berpindah ya. Kenak proper planning dan polah preparation awal2 utk pindah rumah contohnya buang barang2 sik pakai sikit2.

      Delete
  11. Selamat berpindah ke rumah baharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie. Alhamdulillah dah selamat berpindah minggu lepas.

      Delete
  12. bab pindah memang la memenat kan and its take time.. pelan2, take it easy & kena sistematik.. selamat berpindah yer. nanti dah siap semuanya, baru la...wahh best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. time nak pindah tu kena buat cepat sebab ada deadline nak kena serahkan balik kunci kat tuan rumah. Tapi preparation pindah tu mmg dah buat 2 bulan sebelum tu cuma on Big Day (hari berpindah tu) mmg byk tenaga kena pakai sebelum kosongkan rumah sewa. Alhamdulillah setel dah :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .