Selesai pindah barang-barang besar barulah rumah sewa nampak lapang sikit. Proses seterusnya ialah mencuci rumah sewa pulak. Prinsip aku, macamana keadaan rumah tu masa mula-mula masuk 2 tahun lepas, macam tu la sepatutnya keadaan rumah sebelum keluar. 

Syukur Alhamdulillah anak-anak dah boleh diharap untuk sama-sama mengemas dan mencuci rumah. Kami bergotong-royong mengemas dan mencuci rumah seharian semalam - aku mengemas di ruang tamu dan mencuci bilik stor, Suami Terchenta mengemas ruang makan dan mencuci bilik air belakang, manakala anak-anak bertugas di bahagian dapur.


The Capers
Adik gigih mengelap kabinet dapur sementara kakak mencuci sinki dan countertop

Hari ni ikutkan rancangan aku nak mengosongkan dan mencuci peti sejuk. Untung kakak aku tinggal di blok sebelah je, jadi barang-barang dalam peti sejuk tu aku boleh tumpangkan dalam peti sejuk kakak memandangkan peti sejuk kami pun belum sampai 💓

OK, ayuh kita bekerja! 💪

36 Comments

  1. Cuti minggu lepas LZ sibuk juga kemas rumah.. Tukar susunatur master bedroom dan buat indoor cat room, penat juga tapi seronok tengok hasilnya, hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti weekend panjang baru boleh fokus buat projek rumah kan. Rasa puas bila dah siapkan apa yg dah dirancang.

      Delete
  2. bab ngemas ni, kena ada kerjasama...ada yg bantu cpt la skit kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu mama. klu sorang2 buat mmg terkial2 dan lambat nak siap.

      Delete
  3. kejesama yg mantap.. hihi.. kejap je siap kemas kalo sama2 tlg menolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, masing2 faham tugas masing2. Mmg kena sama2 bekerja sbb bila nak pindah ni proses mengemas dia lebih kepada deep cleaning & bukan macam rutin mengemas harian.

      Delete
  4. apa yg penting, kerjasama!...Alhamdulillah, pembahagian tugas meringankan kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... hati pun rasa lapang sikit bila dah tick off mengemas dari checklist pindah ni.

      Delete
  5. bagusnya, jangan jadi penyewa tak bertanggungjawab. tinggalkan rumah macam tongkang pecah. semoga anak-anak dara berdua tu ikut cara ibunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun menyewakan rumah dekat org lain, jadi faham perasaan tuan rumah mesti la nak rumah dipulangkan dengan baik. Dengan harapan bila saya buat cara baik, Allah akan balas dgn beri penyewa yg baik2 ameen...

      Delete
  6. Tak sabar juga nak menjejaki rumahmu Karni.. nanti buat house warming jemput kita tauu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah Sislin. Tak pasti bila dapat buatnya dapur tak siap lagi ni huhu...

      Delete
  7. Bagus kemaskan rumah yang ditinggalkan betul-betul. Tidak ramai buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya tuan rumah dapat full refund deposit kami bila puas hati dgn keadaan rumah.

      Delete
  8. Kerahan tenaga hihi...
    Apapun kita mudahkan urusan orang, Insha Allah, Allah mudahkan urusan kita 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, apa yang penting kerjasama!

      Tu la, semoga dipermudahkan dapat balik deposit rumah sewa...

      Delete
  9. penyewa yg bagus 👍👍

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... anak anak pun rajin tangan membantu... Selamat bekerja dan mengemas yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang kerja anak2 dah boleh diharapkan.

      Delete
  11. Hati2 panjat tangga tu... seriau tengok!

    ReplyDelete
  12. moga dipermudahkan semua urusan sis sekeluarga asbab sifat murni bersihkan semula rmh sewa. mesti senyum tuan punya rumah dpt penyewa mcm sis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, dah setel semuanya. Tuan rumah pun nampak happy tengok keadaan rumah masa pulangkan kunci tu.

      Delete
  13. Kalau pulang tak bersih, segan. Sebab tu melambangkan peribadi kita.

    Bagus anak2 bekerjasama. Walau penat, tapi gembira masuk rumah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat Kak Ujie. Tak sampai hati nak pulangkan rumah yang kotor dan penuh sampah.

      Delete
  14. selamat berpindah ke rumah baharu ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Abam Kie. Dah selamat pindah rumah baru :)

      Delete
  15. bagusnya dpt penyewa baik..selalu dgr org merungut rumah sewa abis jahanam. Umah adik sis.siap penyewa pandai2 reno dan sewa.pd.org lain. Adoiii abis.rosak..rumahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, macamana pulak penyewa tu boleh sewa pada orang lain. Kita nak tebuk dinding rumah sewa pun takut, takut rosak rumah orang.

      Delete
  16. Bab mengemas rumah memang perlu banyak tenaga. Kena gotong-rotong supaya cepat siap. Bertuah tuan rumah dapat penyewa yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah puncanya 2-3 hari sakit urat sebab kena mencuci rumah lama dan kemas rumah baru Kak Amie.

      Delete
  17. sama ngan MA, mesti la kemas bersih2 sama mcm yg kita terima tu.. bagus sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, segan nak pulangkan rumah kotor dan rosak.

      Delete
  18. bagus kalau ada aktiviti gotong royong begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata kartun Wonder Pets dulu - apa yang penting, kerjasama!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .