Kehilangan

Sepenuhnya aku ingin memelukmu,
Mendekat penuh harapan untuk mencintaimu,
Sepenuhnya aku akan terus menunggu,
Menanti sebuah jawapan untuk memilikimu.

Tadi aku call dia. Dia tengah menangis. Katanya, dia sedih tinggalkan aku.

Aku tergamam sekejap. Selama nih dia tak penah tunjuk muka sedih. Dia sentiasa ceria. Aku tau perpisahan kiteorang kali nih betul2 meninggalkan kesan kat dia. Aku pun sama. Semalam, tengah sibuk buat keja, tetiba air mata boleh bergenang. Aku tertunduk sembunyikan muka.

Aku sudah kehilangan dia. Kehilangan besar, sebab dia satu2nya sahabat yang betul2 memahami aku. Dia tahu bila aku perlukan teman, dan bila aku lebih suka bersendiri. Dia tak penah berkecik hati kalau aku terkasar bahasa dengannya. Aku terasa bersalah jugak bila terfikir balik.

Mungkin hati kecil penah berkata, 'Bawaklah saya sekali, Kak Za.' Aku dah penat ditinggalkan & disalaherti. Aku nak gembira dan bergelak ketawa dengan seseorang seperti Kak Za, menghiburkan hati aku yang tak penah surut sedihnya. Kalau diturutkan hati, aku mahu pergi jauh dari sini. Jauh, jauh. Bukan di Johor, bukan di Sarawak juga. Di mana tiada apa yang memberi kenangan kepada aku.

So Long & Good Nite.

Sedih la. Hampir 2 tahun kiteorang mengharungi suka-duka, pahit manis bersama. Dari tamat universiti, sampai la sekarang. Kiteorang menghadapi semuanya ngan sabar. Adakala ngan tangisan. Tapi selalunya dengan gelak tawa. Sebab dia selalu menceriakan hidup aku.

Dulu aku, dia & yang lain hidup susah. Gaji kiteorang tak seberapa. Pergi keja awal pagi, balik lewat petang. Tapi kiteorang ceria je. Tiap2 hari kiteorang makan sesama. Lauk nasi & sayur sawi, & sardin goreng. Simple je, & kongsi bersama. Seorang cuma keluarkan tak sampai RM1 utk makan sehari. Tapi rasanya istimewa. Sekarang hidup dah alhamdulillah, agak mewah. Gaji dah 4 angka. Tapi sunyi. Tak de gelak tawa macam dulu. Tak de kemesraan.

Dulu aku, dia & yang lain tido beralas comforter. Bersempit2. Sebelum tido, kiteorang bercerita tentang kehidupan kiteorang, kerja, harapan, impian. Hidup aku terasa penuh ngan kehadiran dia & yang lain. Tapi sekarang, bila tido di bilik sendiri, berseorangan, atas tilam empuk yang luas, aku tak terasa bahagia.

Dulu & sekarang, aku & dia tetap rapat. Cuma mungkin rezeki dia tak semurah rezeki aku. Dia masih bergaji tiga angka sedangkan dia pun lulusan universiti macam aku. Sebab tu dia buat keputusan nak balik ke kampung. Aku sedih! Aku sayang dia macam adik-beradik sendiri. Dia dah berada di samping aku, menceriakan hidup aku. Aku tau kalau aku sedih, aku ada dia untuk menghiburkan aku. Tapi sekarang. Dia dah nak pergi.

Aku rasa hidup aku akan kosong tanpa dia. Aku dah tak nak tinggal di Johor lagi. Johor dah tak bermakna bagi aku.

Bakpo kak za nak kelik? Saya dah tokse dok Johor lagi...

Tak de apa nak citer...

Let's all have a moment of silence to respect the demise of our Prime Minister's wife, Datin Seri Endon Mahmood. Al-Fatihah.

Apa aa? Aku nak citer pasal apa ye? Sejak kebelakangan nih, aku bz giler. Ada majlis buka puasa ngan media minggu depan yg nak kene setelkan, ada stock count yg nak kene buat, ada press release nak kene buat, macam2 ada! Kekadang nak bernafas pun susah. Nasib baik bos tak mintak aku monitor sekali decoration raya. Kalau tak, jangan harap la aku nak hapdet blog minggu nih :p

Minggu nih aku ngan Jen tido kat rumah Ainie, sampai la minggu depan. Sejak tu, kiteorang dah tak lepak2 kat opis lagi. 5.30 ptg sharp, mesti dah keluar opis. Hari Rabu tu, kiteorang berbuka puasa di restoran Remaja dekat ngan rumah Ainie. Malamnya, kiteorang tiga masak spageti & makan depan tv. Huhu... Anak dara apakah macam nih? Semalam plak, beli makanan kat pasar ramadhan. Beli kuey teow kerang (sedap!) je. Tupun dah mengenyangkan.

Oh ya, nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY to my dear friends Eva & Abby :) May ur dreams come true! Ok, ciao! :)

How To Say?

Tadi gi surau, terjumpa DQ.

'Oi, Carneyz. Orang hari Sabtu, Ahad dok kat umah. Rehat. Yg ko gi opis, buat apa? Tak reti rehat?'
Sedap, lemak berkrim betul ayat tu.

Aku pun tau rehat. Tapi bos aku tak tau aku nak rehat. Dia tau nak news release before hari Isnin. Tu pasal la aku buat2 tak tau arinih sepatutnya rehat.

Nasib baik NR tu dah siap. Dah email pun kat dia. Tapi aku tak puas hati pasal info yg manager tu kasi kat aku ada yg tak betul.

'Amende IATA code nih? Sejak bila Yemen nyer code SAA? Kurang ajaq betul kasi info salah kat aku. Nih Islamabad punyer code pun salah. ISD tu Iscuande punyer la.... bla2...' sambil wat keja, aku membebel. Biasalah. Perut meragam. Kepala fening. Membebel la jadinya.

Lepas nih aku nak blah la. Nak pi Taman U. Lepak kat rumah depa la, sapa lagi. Huhu, Shell tak refund lagi duit aku. Dah tahap kritikal dah balance akaun aku tuh. Uwaa!! Tensen, tensen.