Come back home, Rio.
Come back home, Rio.
Saya masak ayam masak merah, tanak nasi, bancuh air, dan siapkan beberapa lauk-pauk yang lain. Malam sebelumnya, saya buat kek batik. Tinggal nak keluarkan dari peti sejuk sahaja. Rajin betol anak dara ini kan (sekarang dah bukan anak dara. Huhu…).
My beloved mother masuk ke dapur. Dia kata, my beloved father nak jumpa.
Saya keluar dengan senduk di tangan, duduk depan my beloved father. My beloved father tanya, ‘Nak berapa lama?’
Saya fikir sekejap. 5 tahun lagi boleh? Muahaha. Mahu terkedu tetamu2 yang bakal hadir.
‘Hujung tahun la.’ Kata saya.
Kenapa my beloved father tak tanya saya, ‘Nak berapa?’ Isk… Isk. Sungguh tak aci.
Pukul 12 tengahari. My beloved father pergi menjemput tetamu2. Saya masih berhempas-pulas meniup kayu api memasak.
Tetamu2 duduk di ruang tamu. Mula2 senyap, lama2 mula berborak2. Hahaha itu, Hahaha ini. Saya sudah makin rimas. Lantak la sedap ke, tak sedap. Peluh pun dah terasa melekit di badan.
My beloved mother kata, ‘Kalau dah siap memasak, naik la ke atas tukar baju.’
Saya naik, mandi, dan pakai baju kurung yang saya bawak balik dari KL. Baju raya tahun sebelumnya.
Bila saya turun, bonda saya berikan saya cincin.
Rupa2nya sesi tawar-menawar perbincangan dah selesai.
Keluarga saya semua senyum gumbira. Keluarga dia semua senyum gumbira jugak.
Gumbira sampai tak ingat nak ambil gambar. Saya seorang sahaja yang senyum kelat *membayangkan cincin tu sebesar gelang kaki, cuma gelang kaki tu ialah besi yang dirantai kat bola pemberat. Yang macam banduan2 kat penjara pakai tu*
No more ‘cuci2 mata’ with my best friend Eva, atau merempit macam minah rempit. Kehidupan saya dirasakan macam gelap-gelita.
Fobia seeyyyhhhh!!!!
Itu 2 tahun lepas. Sekarang saya sudah gumbira.
Gumbira sampai loncat2 di PC Fair sebab ada orang tolong bayarkan external hard disk 160GB.
Gumbira sebab dapat coklat mahal (walaupun bukan birthday saya).
Gumbira ada orang akan temankan saya tido sambil peluk kuat2 lepas tengok cerita ‘Congkak’ malam esok. Tak la takut sangat.
Seronok rupanya berkahwin ni.
Suami Terchenta, boleh kita ulang sekali lagi? :p
At that time, I thought this is something to be worried, but if I had known earlier, I wouldn't be encouraging Rio to poop so much. Now, all he does is poop. Poops after a nibble of food, after completing a round of the living room tour, and after he wakes up from his cat nap. At first, it amused us to see him stopping whatever he's doing to go for his toilet break. But after a while, it really gets on our nerve and we wish he was born without a bowel.
This is especially so whenever I come back from work and the first thing to do is to clean up the toilet. I would wonder, did we adopt a young cat or a baby elephant? A day in the toilet, and Rio managed to poop everywhere except in the toilet bowl. Even his carrier and the wall was smeared with his poop. What did the cat do while we are at work? Skimp around in the poop, then ran everywhere? Was he so bored that he decided to make arts out of his own poop?
We also love to do this - while he sleeps, Suami Terchenta would position his feet to cover his eyes. Rio just looks comical in this position! Hahaha!
Ini cadangan kawan2 lelaki:
1. Playstation
2. Jam tangan mahal
3. Laptop
4. Kamera digital SLR.
5. Kasut / seluar / baju baru.
6. Masuk dalam kotak hadiah, dan kasi diri-sendiri.
>> Korang semua gila! Gaji saya masuk 1/3 saja bulan ni, gara2 tolak advance claim utk trip oversea itu hari tau! Hadiah yg ke-6 tu, hari2 saya boleh beri. Takkan tiap2 hari saya kena masuk kotak untuk kasi diri-sendiri??
Cadangan kawan2 perempuan:
1. Minyak wangi
2. Jam tangan mahal
3. Handphone baru.
4. Kasut / seluar / baju baru
5. Masuk dalam kotak hadiah, dan kasi diri-sendiri.
>> Saya terus delete semua cadangan yang tak bernas itu.
Tapi akhirnya saya tau apa yang Suami Terchenta idam2kan!
Aiyaaak! Saya pitam lagi.
P/S: Kawan2 yang baik hati, boleh tolong sajes hadiah apa yang boleh saya beri untuk Suami Terchenta sempena birthday dia Sabtu ni? :p