Dua tahun lepas, pukul 10 pagi sampai 12 tengahari, saya di dapur.
Macam Cinderella dipaksa ditugaskan memasak untuk tetamu2 yang bakal hadir.


Saya masak ayam masak merah, tanak nasi, bancuh air, dan siapkan beberapa lauk-pauk yang lain. Malam sebelumnya, saya buat kek batik. Tinggal nak keluarkan dari peti sejuk sahaja. Rajin betol anak dara ini kan (sekarang dah bukan anak dara. Huhu…).

My beloved mother masuk ke dapur. Dia kata, my beloved father nak jumpa.

Saya keluar dengan senduk di tangan, duduk depan my beloved father. My beloved father tanya, ‘Nak berapa lama?’

Saya fikir sekejap. 5 tahun lagi boleh? Muahaha. Mahu terkedu tetamu2 yang bakal hadir.

‘Hujung tahun la.’ Kata saya.

Kenapa my beloved father tak tanya saya, ‘Nak berapa?’ Isk… Isk. Sungguh tak aci.


Pukul 12 tengahari. My beloved father pergi menjemput tetamu2. Saya masih berhempas-pulas meniup kayu api memasak.

Tetamu2 duduk di ruang tamu. Mula2 senyap, lama2 mula berborak2. Hahaha itu, Hahaha ini. Saya sudah makin rimas. Lantak la sedap ke, tak sedap. Peluh pun dah terasa melekit di badan.

My beloved mother kata, ‘Kalau dah siap memasak, naik la ke atas tukar baju.’

Saya naik, mandi, dan pakai baju kurung yang saya bawak balik dari KL. Baju raya tahun sebelumnya.

Bila saya turun, bonda saya berikan saya cincin.

Rupa2nya sesi tawar-menawar perbincangan dah selesai.

Keluarga saya semua senyum gumbira. Keluarga dia semua senyum gumbira jugak.

Gumbira sampai tak ingat nak ambil gambar. Saya seorang sahaja yang senyum kelat *membayangkan cincin tu sebesar gelang kaki, cuma gelang kaki tu ialah besi yang dirantai kat bola pemberat. Yang macam banduan2 kat penjara pakai tu*

No more ‘cuci2 mata’ with my best friend Eva, atau merempit macam minah rempit. Kehidupan saya dirasakan macam gelap-gelita.

Fobia seeyyyhhhh!!!!

Itu 2 tahun lepas. Sekarang saya sudah gumbira.

Gumbira sampai loncat2 di PC Fair sebab ada orang tolong bayarkan external hard disk 160GB.

Gumbira sebab dapat coklat mahal (walaupun bukan birthday saya).

Gumbira ada orang akan temankan saya tido sambil peluk kuat2 lepas tengok cerita ‘Congkak’ malam esok. Tak la takut sangat.

Seronok rupanya berkahwin ni.



Suami Terchenta, boleh kita ulang sekali lagi? :p

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .