Dah seminggu lebih blog ni bisu. Kaku. Pekak. Ini ialah perkara yang sangat dikesali, tapi memandangkan Suami Terchenta tak menghiraukan permintaan saya untuk buat programming yang membolehkan blog dihapdet secara telepati, maka perkara ni tinggal perkara yang dikesali. Ada sesiapa yang boleh tolong saya? Hahaha! Kamu memang super programmer!
Ok, sekali lagi ditekankan di sini, bahawa saya:
- Seboks! Saya terpaksa kerja siang dan malam demi mencari rezeki. Walaupun saya teringin nak bersenang-lenang macam orang lain hapdet blog setiap hari di pejabat, saya tak punya waktu yang banyak. Walaupun saya bakal berhenti kerja, saya tetap kena selesaikan pekerjaan ni. Nama pun mencari rezeki kan?
- Saya sebok sampai kena masuk ofis pada hujung minggu. Ini ialah puncak kesebokan saya. Selalunya saya benci dermakan waktu senang-lenang saya utk pekerjaan (sebab saya tak boleh claim OT! Huh! Siapa yang buat peraturan tak munasabah ni!) tapi ni ialah kes luar tabii. Eh. Jangan guna perkataan sesuka hati boleh? Nanti kamu semua yang otak kaler2 akan fikir yang bukan2. Hoho.
- Saya sebok sampai saya terpaksa membakar minyak waktu malam (burn the midnight oil) sampai pukul 3 pagi. PADA HARI AHAD, tau! Ini ialah tahap kebizian di luar dunia.
So, sampai sini saja saya membebel. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian.
Dunia gelap. Lepas tu cerah. Lepas tu CPU hang.
Hari ni saya rasa nak pitam je. Mungkin sebab otak saya terkejut. Baru hari Jumaat tu gumbira bagi ikan makan di Pulau Manukan. Hari Sabtu pulak gumbira menghirup udara segar di kaki Gunung Kinabalu dan cicah kaki di Poring Hot Spring. Hari Ahad, bersuka-ria projek shopping mania dan cuci mata (sampai Suami Terchenta ‘ikat’ tangan sebab tak kasi masuk Pasar Filipin lagi).
Tiba-tiba hari Isnin menyerang. Surat jemputan Exco! Teks ucapan Menteri Besar! Artwork dah siap ke belum! Senarai jemputan dah finalize ke belum! Meeting 8hb di Johor! Huha huha huha!
Mana tak sel2 otak dari happy-happy terus macam kena renjatan letrik.
Sepatutnya saya ambil cuti sehari, tukar program ‘Holiday.exe’ ke ‘Work.exe’. Tapi, saya tahu kalau saya ambil cuti, takde sapa yang akan buat kerja. Huwaargghhh! Kenapa saya macam bos merangkap kuli eh?
Pekerjaan di saat-saat berhenti kerja buat saya stress.
Pukul 4 pagi orang lain masih enak buat tahi mata. Saya dah bangun dan mandi. Bersiap utk outstation.
Pukul 5 pagi orang lain baru nak bangun Subuh. Saya dah khatam beberapa dokumen dan buat checklist utk meeting dalam ERL.
Pukul 8.30 malam, orang lain dah ada di rumah, tengok Akademi Fantasia. Saya baru nak terhegeh2 boarding flight balik ke KL.
Demi menghilangkan stress dan re-charge energy, that's why saya dan Suami Terchenta (dan Shai) sekarang di KK, berhooray2 sakan!
Bukan setakat problem kerja terbang melayang, dengan kami2 pon terbang melayang ber'parasailing' di Pulau Manukan!
Saya akan story2 lagi bila sudah balik ke alam realiti ;) Buat masa sekarang, kena tido awal sebab besok akan menghirup udara segar di Kinabalu Park seawal jam 7 pagi. Suami Terchenta pon dah lama berlayar ke alam mimpi.
Kalau singgah di blog ni, buat la macam rumah sendiri ya? Bancuh la air kopi sendiri. Hehe. Toodles!