Shamelessly Exploiting My Unborn Child

On Wednesday night, Suami Terchenta fetched me at office at 8pm. As usual. Now you know why I hate work kan?

I was telling him how hungry I felt coz I had very light lunch for a pregger like me (kaya filled steamed bun). Yet, my body is growing at such an unbelievable rate, while my baby inherits the father's gene a.k.a. the baby's current weight is just 1+kg je!

As we approached the traffic light, it suddenly turned red and Suami Terchenta quickly crossed the red light. We were delighted at beating the light but the delight was short-lived - a traffic police waved frantically at us to stop.

Suami Terchenta rolled down the window and began apologising for his mistake profusely. The policeman ignored his apologies and started to ask for his IC and driving license while mulut tak berhenti-henti berleter. En Suami Terchenta made a sheepish face and I automatically placed both hands on my round belly so our baby did not have to listen to her parents being scolded :p

Upon noticing me looking all pale and tired and HUGELY pregnant, the policeman stopped berating us and closed his summons book.

'Kali ni saya maafkan awak. Lain kali jangan buat lagi.' He ended his mini-lecture. We sheepishly thanked him and drove away. As we drove by other drivers that were stopped, we noticed that some were in the middle of persuading the police traffic not to book them, and some even went out of the car to argue with the police. Luckily we got away with a mini-lecture only! Phew!~

Later only did I realise that I was using the fact that I am heavily-pregnant to escape the law! HAHAHAHAHA! Ok, ok. I know this is not good, babies are innocent creatures and should not be used for evil purposes i.e. to run away from being punished. But still, thank you Pak Polisi, for being sympathetic towards this pregnant, workaholic lady! ^_^

2010 - Better Than Ever

Status sekarang: Melayan budak kecik bermain di dalam perut.

Intro: Sila rujuk header blog.
Sudah lama blog tak berupdate. Sampai En Nuffnang dah tak sudi bagi iklan lagi. Dan Msjbox tinggal kotak monolog. Kesian kan. Sendiri pun tak menyokong penat lelah En Suami Terchenta. Mengikut subjek Marketing kami, Msjbox kini sedang mengalami 'Decline Stage'. Sila baca topik Life Product Cycle ye kawan-kawan. Kwang3x! Enough dengan subjek study. Masa untuk coffee break. Bercerita tentang life kini. Life as a working and studying mom-to-be.

Tergezut?

Yeah. Sekali lagi, sila rujuk header blog. 2010 - Better than ever. Tahun ini, kami membuat beberapa perubahan drastik dalam life. First of all, akhirnya mendaftarkan diri-sendiri mengikuti program Master. FINALLY! Kamu tau berapa lama kami pasang niat ni? Dah 6 tahun. Nasib baik tak buat pekasam.

Secondly, saya tukar position. Ini bukan sesuatu yang better, tapi worse sebenarnya. Ikutkan hati, saya mau quit. Resigned. Cari keja lain. Tapi, not the right time kan. Sekurangnya-kurangnya masih memerlukan gaji untuk menampung study. Therefore, sabar aje lah *buat ke-sejuta kali, sabaarrrrrr....*

Thirdly, ini ialah official announcement. Tahun ini juga, kami sangat produktif. Dalam keterujaan nak sambung study, tup-tup dapat tau. Akhirnya, En Suami akan bergelar seorang ayah. At first, rasa nak baling test kit dalam mangkuk toilet dan flush. Bukan sebab tak suka, tapi sebab tak percaya. Tapi, percubaan kali kedua dengan test kit yang lebih mahal akhirnya meng 'convince' kan kami untuk berjumpa doktor dan 'confirm'. Syukur alhamdulillah, rezeki itu datang jugak. Tak payah buat treatment. Tak payah gi jumpa specialist. Ini dinamakan kuasa Tuhan.

Itu ialah cerita 7 bulan lepas. Saya dah melalui tahap muntah-mabuk-loya (tak mau dikenang lagi azab waktu itu), sekarang melalui tahap 'anakku-sibuk-menendang-di-tengah-tengah-malam-dia tak-nak-tido-ke?'. Kadang-kadang saya jadi keletihan sebab malam tak dapat tido dengan lena. Siang pulak, bekerja dalam keadaan stress. Dan balik dari kerja, kena buat assignment atau pergi ke kelas. Well. This is my choice. Saya boleh aje drop atau tangguh niat sambung study dulu, tapi saya nak try jugak. Sebab, kerja bertangguh selalu tak menjadi. Kan baby, kan?

Thank God, En Suami ialah suami yang mithali. Dari awal-awal lagi, sangat prihatin kesihatan kami berdua (eceh... mula la tu). Betul apa? Siapa yang tolong urut belakang dan pegang rambut semasa si isteri sibuk memuntahkan isi perut masa awal-awal dulu? En Suami. Siapa yang ambil alih tugas di rumah masa isteri kena bed rest sebab ada bleeding? En Suami jugak. Siapa yang tolong urut pinggang dan kaki masa isteri tengah dalam keadaan mabuk, letih, sakit-sakit badan? Of course En Suami. Adil la tu kan. En Suami jaga saya, saya jaga baby dalam kandungan. Esok lusa, turn baby pulak jaga kami ok?

Sekarang, budak kecik dah pandai berinteraksi. Malam-malam ialah bila kami bermain-main dengan budak kecik. Mula-mula si emak akan usap-usap perut sambil borak-borak dengan baby. Biasanya baby akan mula gerak dan tendang dari dalam. Time si ayah pulak, baby agak shy-shy. Amazing sebab dia tau bezakan tangan siapa yang sedang mengusap perut. Masa mula-mula dulu kalau En Suami yang pegang, dia akan diam. Tapi sejak En Suami dah selalu bercakap-cakap dengan baby, dia dah tak berapa shy-shy lagi. Kadang-kadang dia suka bermain-main dengan En Suami. Permainan yang biasa kami main ialah dia akan diam kalau kami letak tangan di perut, tapi akan menendang bila tangan dialihkan (Haha, can't catch me!). So comel baby.

OK la. Dah dekat pukul 1 pagi. Baby pun dah semakin senyap (penat ke baby?). Time for me to sleep. I love you baby. Muah!

Kepada kawan-kawan, diharap boleh doakan supaya hasrat kami untuk menimang cahayamata akhirnya akan termakbul dan semoga semuanya dipermudahkan untuk saya. after all, it's not easy juggling 3 roles at the same time (tu tak termasuk role as a wife!). Dan saya harap-harap sangat kelahiran dia akan membawa seribu rahmat dalam kehidupan kami :)

Printer Baru

Hasil jalan-jalan di PC Fair petang tadi. Laser printer berharga RM199. Ulang suara. Laser. Printer.


((Sigh))

Saya suka kerana harganya murah. Performance juga boleh tahan. Hopefully, perasaan teruja ni akan terus-terusan sampai bila-bila. Sebab. Banyak percetakan nota dan assignment akan berlangsung selama 2 tahun ini.

OK, sekian. Selamat malam :)

ZZZ...zzzz....ZZZ...zzz..

Lately, semenjak jadi student ni, saya suka tido.

Apakah??

Bukan ke bila dah jadi student perlu selalu rajin menelaah pelajaran? Selalu rajin buat group discussion, etc.?

Ooowwhh... Kau tak tau, makcik... Kalau saya student sepenuh masa, mungkin akan gigih belajar sedemikian. Tapi sebab yuran pengajian adalah ditanggung sendiri from duit gaji, jadi work adalah still priority no. 1. Work. Yucks.

Mari saya cerita pasal work.

Sejak bulan lepas, saya dah start di department baru. Company saya bekerja sekarang adalah sangat komited menghasilkan all-rounder jadinya setiap 2-3 years, kamu akan dipindahkan ke jawatan baru dalam division yang sama. Yalah, takkan lor saya buat HR tahun ni, tahun depan masuk Engineering? Buatnya plant meletopz, siapa yang salah?

Previously, saya jaga sistem employee performance. Setiap hujung tahun, berguling-guling menangis tension. Sekarang, saya jaga gaji orang. Setiap bulan, berguling-guling masa payroll lock. Harus saya katakan - bila melibatkan duit orang, bebanan adalah 10x ganda.

Dan sebab department saya juga merangkap HR Services, therefore apa-apa isu melibatkan HR, saya lah orang yang kena masuk meeting. Saya hate meeting. Meeting adalah pembuangan masa yang lebih baik diisi dengan menyiapkan kerja-kerja lain. Oleh sebab kekadang meeting boleh ambil masa sehari, therefore nak catch up kerja adalah after office hour. That's why dalam Facebook, saya membebel-bebel bila balik kerja pukul 8 malam...

Dan, bila hari2 ada kelas, pukul 5.30pm saya akan rush keluar dari ofis. Dari KLCC, naik lrt sampai ke Bangsar. En Suami fetch di Bangsar dan kami bergerak ke UM City Campus. Sometimes, tepat pukul 6.30pm kami sampai. Tapi kalau hari2 jem yang dahsyat, kami sampai pukul 7pm. Dah membuang masa setengah jam. Kesian kan.

Malam-malam yang tak de kelas, kami balik ke rumah dan membuat assignment. Weekend pun sepatutnya buat assignment, tapi kau bayangkan la, betapa penatnya badan lepas satu minggu yang hectic?

Itulah sebabnya saya suka tido. Lebih-lebih lagi time pembawaan budak ni. Oops. Hahahaha! OK, sebenarnya baru bangun tido, jadi ayat pun adalah merepek-repek ok.

Orait, mari sambung buat assignment!

Nota: Saya rindu nak bersosial dgn rakan-rakan Msjbox, dengan Fab3 dan lain-lain. Tapi malangnya masa tak mengizinkan... :(

Siapa kata Kancil tak boleh?

Ahem. Sempena status menjadi pelajar, kami telah nekad membeli sebuah meja baru untuk kegunaan menelaah pelajaran bersama2:

... Meja IKEA (kan ke aku IKEA-mania?)

So, sebesar-besar meja ni, agak-agaknya kami sewa lori ke nak bawak balik rumah?

Oh, tidak.... siapa kata Kancil tak boleh bawak muatan besar?

Tak percaya? Sila lihat aksi-aksi membawa pulang sebuah meja makan dan 4 bijik kerusi menggunakan sebuah CLK:

Meja kami + 4 kerusi, di dalam kotak ini:

Mula2, kena disassemble dulu isi kandungan kotak (sebab berat, tak larat nak angkat dlm kereta dan bila sampai rumah nanti)

Then, letakkan rangka di dalam bonnet kereta

Last sekali, masukkan kotak dengan permukaan meja di tempat duduk belakang

Tadah!

CLK - built to be versatile :)