Cucuk 3 bulan + Piknik

Sebenarnya dah lama saya tingin berpiknik dengan family.
Sayangnya family saya jauh di Sarawak.
Yalah. Siapa suruh buang diri jauh2 di KL kan? Padan muka kau.

Bercerita tentang hari Sabtu. Pagi-pagi membawa Khayla pergi cucuk 3 bulan. Anak kecil saya cuba mengelat dengan mengeluarkan batuk2, tapi tidak berjaya mengaburi mata mak nya. Anakku, mungkin terpaksa bersakit-sakit dulu, bersihat-sihat kemudian ya. Tapi jauh di sudut hati, saya memang terasa sakit bila doktor cucuk Khayla. Kalau ikutkan. Saya nak rampas jarum dari doktor dah patah-patahkan, sebab buat Khayla nangis. Tapi beliau nangis sekejap je. Bila diangkat, terus senyap.

Gaya tido selepas dicucuk di kedua-dua peha...

Midvalley itu, kami yang punya!

Angan-angan semata. Kan bagos kalau ada fairy godmother boleh kasi hayun sama itu tongkat sakti lalu Midvalley tu betul2 kami punya?

Minggu ni bertemakan keluarga kesayanganku. Saya amik cuti tiga hari semata-mata nak temankan keluarga berjalan-jalan di KL. Kami dengan gigih berjaya memusing dan mengkhatamkan beberapa pusat membeli-belah terkemuka di tanahair dalam masa tiga hari ni!

Hari pertama, bak kata adik, kami pergi meng-IKEA ing. Khayla tersengih2 sepanjang di IKEA. Memang sah anak mak! Hahahaha!

Keriangan terserlah di IKEA