Bila Balik Bintulu...

Alhamdulillah dah selamat pulang ke KL Sabtu lepas tapi lepas tu sibuk + penat balik dari travelling pun melanda...

Mana tak penat, balik ke sana sebab nak menguruskan rumah kat sana yang kosong selama setahun lebih. Sampai je kat rumah petang tu, lepas tengok keadaan rumah sudahnya kiteorang decide tido kat hotel je la malam tu. Tak larat nak terus mengemas dengan keadaan letih lepas berlari maraton kat KLIA2. 

Trip kali ni selain daripada mengemas rumah, mesti la tak lain tak bukan nak makaannnnn! Hahaha! Ye la, dah lama tak balik kampung, kesempatan ni mestilah digunakan untuk pergi ke tempat-tempat favourite masa duduk di Bintulu sebelum berpindah ke KL.

So ni la tempat-tempat makan yang kiteorang pergi minggu lepas:

1. Restoran Tumis

Restoran ni antara tempat sarapan yang paling popular di kalangan warga Bintulu, baik penduduk tempatan mahupun orang luar yang bekerja di Bintulu. Sebabnya ialah menu utama dieorang ialah nasi lemak dengan pelbagai sambal dan jugak roti canai.

Kalau korang nak tau, di Sarawak sarapan pagi biasanya orang cari laksa Sarawak atau mi kolok. Nasi lemak memang ada jugak, tapi biasanya dijual di gerai-gerai dan dah dibungkus sama ada dengan sayap ayam goreng atau nasi lemak dengan ikan masin je.

Jadi Restoren Tumis ni kiranya menampilkan menu yang berlainan sikit la iaitu nasi lemak dan roti canai. Sambal nasi lemak dan ayam goreng kat sini pun sedap. Selalunya Suami Terchenta akan pilih sambal kerang kalau dia sarapan nasi lemak di sini. 

Tapi lain pulak dengan aku. Menu favourite aku kat sini ialah roti canai UPM. Roti canai dia yang lembut disiram pulak dengan kuah dhal yang sedap dan sambal yang sedikit manis. Then ada pulak telur mata goyang. Pergh. Memang sedap.

Restoran Tumis
Balik ke Bintulu wajib singgah Restoren Tumis menikmati nasi lemak atau roti canai dengan telur mata goyang (dalam menu namanya 'Roti UPM')

Restoran Tumis
Roti UPM ni memang kegemaran aku dari dulu. Sambal & kuah dhal dia memang sedap!


2. Mee Sapi Ahim


Kalau sarapan mi kolok pulak, aku suka makan di sini. Mi kolok ni sebenarnya takde resipi standard tak macam laksa Sarawak. Ada yang berkicap, ada yang tak berkuah (mi kolok kering / mi kolok goreng), ada yang letak hirisan daging ayam, ada jugak yang letak hirisan daging. Biasanya yang ada sup daging ni dipanggil mee sapi.

Ramai orang suka mee sapi Haji Salleh di Kuching, tapi bagi aku pulak mee sapi yang paling sedap ialah mee sapi Ahim. Gerai dia terletak di Restoran Otai Corner belakang balai bomba. Dulu-dulu, sebelum hantar Khadeeja ke kelas taekwondo di tadika dia, kiteorang akan singgah sarapan pagi di sini dulu. My kids suka sebab mee sapi ni takde tabur bawang goreng, daun bawang dan segala 'bendasing' yang dieorang tak suka makan hahaha!

Mee Sapi Ahim

Mee Sapi Ahim

3. Laksa House

Sebelum ni, kalau nak cari laksa biasanya aku singgah makan di Restoran Srikandi di Medan Bintulu. Tapi kali ni bila aku balik, aku rasa laksa dia jauh beza dari sebelum ni - aku tak dapat nak habiskan pun sebab terlampau berminyak dan tak sedap macam dulu. Daun ketumbar pun dah layu.

Sudahnya aku pun cari laksa Sarawak di Laksa House. Laksa House ni dah beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun, dah menu utama dieorang ialah laksa Sarawak. Ramai orang suka ke sini sebab kuah laksa dia sedap dan cukup rasa.

Cuma tu la, kena datang awal sikit sebab restoran ni biasanya cepat penuh dan lagi satu kalau datang lambat, kuah dia rasa cair sikit mungkin dieorang tambah air.

Laksa House
Laksa Sarawak


Laksa House
Laksa ni sedap sebab bahan-bahan digunakan segar dan sambal pun sedap

4. The Coffee Code Bintulu

Kafe ni antara kafe hipster terawal di Bintulu. Kafe favourite anak-anak aku ni terkenal dengan soufflé pancake, waffles dan pelbagai dessert lain.

The Coffee Code Bintulu
Soufflé pancake kegemaran Khadeeja

The Coffee Code Bintulu
Big Daddy Sourdough - rasanya ni menu baru sebab tak pernah nampak sebelum ni

The Coffee Code Bintulu
Payah jugak nak cari soufflé pancake di KL yang sama dengan The Coffee Code


5. Rain Tree Cafe & Restaurant

Yang ni tempat baru di Bintulu. Aku pergi tempat ni sebab kawan ajak jumpa dan makan-makan di sini. Masuk restoran ni memang tak rasa berada di Bintulu sebab restoran ni standard KL.

Selain daripada deko yang lawa dan Instagrammable, makanan dia pun sedap-sedap semuanya.

Rain Tree Cafe & Restaurant
Interior dalam Rain Tree Cafe & Restaurant

Rain Tree Cafe & Restaurant
Lepas makan kita posing

Rain Tree Cafe & Restaurant
Truffle fries - tak berhenti-henti tangan ambik fries ni sebab sedap sangat

Rain Tree Cafe & Restaurant
Benedict Salmon ni pun sedap

Rain Tree Cafe & Restaurant
Salted Egg Yolk Pasta ni portion besar boleh kongsi 2-3 orang

Rain Tree Cafe & Restaurant
Broccoli soup ni je cukup sedap dan mengenyangkan

Rain Tree Cafe & Restaurant
Grilled salmon kalau tak silap - yang bagi lagi ummph ialah bunga kantan tu

Rain Tree Cafe & Restaurant
Lamb cutlets kalau tak silap - ni pun sedap

Rain Tree Cafe & Restaurant
Chocolate tart - rasa tak manis sangat dan sedikit pahit

Rain Tree Cafe & Restaurant
Magnum roll - sedap!

5. Melt Cafe

Ni pun kafe hipster jugak, dan menu utama dieorang ialah grilled cheese. Orang kata cheesecake dieorang pun sedap tapi aku tak pernah try lagi sebab datang memang untuk makan grilled cheese sandwich je. Cheese dia memang tebal dan boleh tarik, memang padu!

Melt Cafe
Interior Melt Cafe

Melt Cafe
Muka happy dapat makan grilled cheese sandwich kegemaran dieorang

Melt Cafe
Suami Terchenta order yang ada daging

Melt Cafe
Kiteorang suka yang kosong je. Boleh tengok cheese dia tebal dan cair je.

6. Kelab Kidurong Bintulu

Dalam banyak-banyak tempat makan yang kiteorang pergi, restoran Kelab Kidurong Bintulu tempat yang paling best dan paling favourite kiteorang. Sebab tu la bila kiteorang datang je, terus staff restaurant tegur dan tanya lauk biasa ke? Antara menu favourite kiteorang ialah udang goreng butter (butter prawn), sayur midin belacan, ikan kod masak stim, sayur cangkuk manis goreng dengan telur, dan ayam kampung Taiwan. 

Kelab Kidurong Bintulu
Sedap yakmat

Kelab Kidurong Bintulu
Sayur midin goreng belacan - wajib makan bila balik Sarawak

Kelab Kidurong Bintulu
Ikan kod masak stim kegemaran Khayla


Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang kiteorang pergi di Bintulu tapi tak teringat nak ambik gambar. Ada satu restoran tepi sungai di Kuala Tatau yang terkenal dengan mee udang galah tapi sayangnya dah tutup disebabkan PKP yang berlarutan. Sedihnya sebab kiteorang suka sangat tempat tu. 

Minggu ni aku balik lagi tapi kali ni sorang je la sebab nak jumpa dengan penyewa rumah dan serah kunci. Harap-harap sempat la jalan-jalan cari makan lagi di sana 😄 (pastu meroyan bila nak kurus!)

Ada Ni Haa…

… tengah packing beg nak balik kampung besok.

Allah… busy betul hari ni. Alhamdulillah, selepas 2 tahun baru ada peluang balik ke kampung nun jauh di Sarawak.

Dah lama tak buat aktiviti mengemas beg ni, dah rasa noob pulak hehe. Padahal dulu expert je pack baju diri-sendiri, baju anak2, lampin anak, semua muat dalam satu luggage cabin size. Tapi sekarang... Nampak tak ni, 3 ketul beg baru muat!

Lagi satu kiteorg balik ni naik AirAsia yang dulu terkenal dengan perangai kerek tak bagi beg lebih dari 7kg masuk kabin. Hatta terlebih 200g pun disuruhnya check in jugak. Untuk mengelakkan perkara ni, terpaksa la bawak 3 beg (kiranya sorang satu - Suami Terchenta, aku dgn Khayla sorong satu beg sorang).

Tak kisahlah, janji flight tak cancel pulak besok. Itupun AA dah retimed, kiteorg book pagi tapi AA tukar ke petang. Nasib baik tak book lagi hotel kat airport, kalau tak rugi je. AA mana kisah pun penumpang rugi, janji dia untung! #taksukatapiterpaksa

Maaf la tetiba jadi sesi membebel pasal AA pulak. Aku banyak pengalaman tak best naik AA. Pengalaman yang paling aku tak boleh lupa ialah AA pernah reject kiteorang check in stok susu badan untuk Khadeeja (masa tu Khadeeja dijaga mak aku sebab aku kena fokus habiskan master) sebab pack dgn ais (sebab nak bagi susu kekal beku). Staff AA kat kaunter check in suruh keluarkan ais dari icebox baru boleh check in. Sudahnya, Suami Terchenta terpaksa beli tiket lain sebab tak sempat nak keluarkan ais dan pack balik susu. Aku terpaksa terbang dulu dan petang tu baru Suami Terchenta sampai dengan stok susu yang separuh cair. Nak nangis rasanya, bukan main gigih aku pam susu untuk stok Khadeeja 2 minggu tapi hampir rosak gara2 AA takde empati langsung. 

Tu je la luahan perasaan pasal AA kali ni. Harapnya besok flight tak delay / cancel

Nak balik Sarawak sekarang pun dah tak perlu swab test, kuarantin di hotel dan isi borang kemasukan ke Sarawak macam tahun lepas. Cukup isi borang e-health declaration 12 jam sebelum berlepas. Tapi apapun, esok pagi kiteorg akan buat jugak ujian RTK walaupun tak wajib sebab tak nak bawak balik penyakit dan menyebarkan virus dengan penumpang flight yang lain. Mujur kami berempat duduk sebaris, harapnya takde la penumpang lain yang duduk di baris kiteorg.

Semoga Allah melindungi dan permudahkan perjalanan kami esok hari, Aminnn....

Bintulu, aku datang!

Bintulu

 

KL Banjir Kilat Lagi!

Syukur Alhamdulillah, kawasan rumah kiteorang walaupun padat tapi tak banjir. Biasanya petang-petang kat KL memang hujan lebat, sekali-sekala angin kuat sekali dengan pakej kilat dan petir. Mungkin hujan berterusan tiap-tiap hari ni menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah kawasan di KL. Salam takziah kepada pemilik-pemilik kereta yang kereta mereka tenggelam dan dengar cerita, ada jugak rumah yang dimasuki air.

Kredit foto: NST

Walaupun kawasan rumah selamat, tapi aku masih mengalami detik mencemaskan bila nak ambik anak-anak balik dari sekolah semalam (sekolah dieorang start semester lambat sikit jadi minggu depan baru start cuti sekolah seminggu).

Masa nak masuk ke simpang sekolah tu, jalan raya habis tenggelam dan paras air agak tinggi. Depan kereta aku, pemandu kereta Mercedes berhenti, mungkin tengah fikir sama ada nak teruskan perjalanan atau tak. Last-last dia pun redah, jadi aku pun ikut redah jugak. Dalam hati, tak putus-putus berdoa dan berzikir supaya selamat sampai ke sekolah anak-anak. Jalan ke sekolah pulak sempit dan kiri kanan ada longkang besar, bila 2 kereta berselisih kena perlahankan kereta supaya tak bergesel. Tapi bila banjir, jalan dan longkang habis tenggelam. Cemasnya sebab takut enjin kereta sangkut atau kereta tergelincir masuk longkang!

Tapi aku kuatkan hati, teruskan pemanduan dengan berhati-hati dan guna gear satu je (kereta manual) sepanjang meredah air tinggi tu. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke sekolah, cuma kereta macam tersengguk-sengguk sikit bila tekan minyak.

Nasib baik kawan sekolah tinggi sikit, jadi tak dimasuki air. Bila nak keluar dan redah air banjir di tempat yang sama, bibir tak putus-putus baca doa naik kenderaan dan berzikir. Leganya bila berjaya meredah kawasan banjir tadi.

Kesian dengan parents yang drive kereta kecik dan rendah, aku faham kenapa dieorang tak yakin nak redah. Aku yang bawak kereta Proton Exora ni pun berdebar kemain masa redah banjir.

Semoga rakan-rakan blogger selamat semuanya ya.