… tengah packing beg nak balik kampung besok.

Allah… busy betul hari ni. Alhamdulillah, selepas 2 tahun baru ada peluang balik ke kampung nun jauh di Sarawak.

Dah lama tak buat aktiviti mengemas beg ni, dah rasa noob pulak hehe. Padahal dulu expert je pack baju diri-sendiri, baju anak2, lampin anak, semua muat dalam satu luggage cabin size. Tapi sekarang... Nampak tak ni, 3 ketul beg baru muat!

Lagi satu kiteorg balik ni naik AirAsia yang dulu terkenal dengan perangai kerek tak bagi beg lebih dari 7kg masuk kabin. Hatta terlebih 200g pun disuruhnya check in jugak. Untuk mengelakkan perkara ni, terpaksa la bawak 3 beg (kiranya sorang satu - Suami Terchenta, aku dgn Khayla sorong satu beg sorang).

Tak kisahlah, janji flight tak cancel pulak besok. Itupun AA dah retimed, kiteorg book pagi tapi AA tukar ke petang. Nasib baik tak book lagi hotel kat airport, kalau tak rugi je. AA mana kisah pun penumpang rugi, janji dia untung! #taksukatapiterpaksa

Maaf la tetiba jadi sesi membebel pasal AA pulak. Aku banyak pengalaman tak best naik AA. Pengalaman yang paling aku tak boleh lupa ialah AA pernah reject kiteorang check in stok susu badan untuk Khadeeja (masa tu Khadeeja dijaga mak aku sebab aku kena fokus habiskan master) sebab pack dgn ais (sebab nak bagi susu kekal beku). Staff AA kat kaunter check in suruh keluarkan ais dari icebox baru boleh check in. Sudahnya, Suami Terchenta terpaksa beli tiket lain sebab tak sempat nak keluarkan ais dan pack balik susu. Aku terpaksa terbang dulu dan petang tu baru Suami Terchenta sampai dengan stok susu yang separuh cair. Nak nangis rasanya, bukan main gigih aku pam susu untuk stok Khadeeja 2 minggu tapi hampir rosak gara2 AA takde empati langsung. 

Tu je la luahan perasaan pasal AA kali ni. Harapnya besok flight tak delay / cancel. 

Nak balik Sarawak sekarang pun dah tak perlu swab test, kuarantin di hotel dan isi borang kemasukan ke Sarawak macam tahun lepas. Cukup isi borang e-health declaration 12 jam sebelum berlepas. Tapi apapun, esok pagi kiteorg akan buat jugak ujian RTK walaupun tak wajib sebab tak nak bawak balik penyakit dan menyebarkan virus dengan penumpang flight yang lain. Mujur kami berempat duduk sebaris, harapnya takde la penumpang lain yang duduk di baris kiteorg.

Semoga Allah melindungi dan permudahkan perjalanan kami esok hari, Aminnn....

Bintulu, aku datang!

Bintulu

 

6 Comments

  1. Hi,
    Saya baru jumpa blog kitak.
    Kami org Bintulu, Sarawak juak. Kamek pon suka blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... baru balit dari Bintulu tok, masih rindu lagi dengan kampung halaman. Selamat berkenalan!

      Delete
  2. bestnya..balik kampung...enjoy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik sini. terngiang2 suasana di kampung, masakan mak & angin pantai di sana.

      Delete
  3. Selamat balik kampung.. eh tapi sedih ya cara layanan dari AA. Geram pun ada juga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat sampai kl sabtu lepas. Iye, tu yang terus cop AA ni tak best sbb pengalaman tu.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .