Syukur Alhamdulillah, kawasan rumah kiteorang walaupun padat tapi tak banjir. Biasanya petang-petang kat KL memang hujan lebat, sekali-sekala angin kuat sekali dengan pakej kilat dan petir. Mungkin hujan berterusan tiap-tiap hari ni menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah kawasan di KL. Salam takziah kepada pemilik-pemilik kereta yang kereta mereka tenggelam dan dengar cerita, ada jugak rumah yang dimasuki air.

Kredit foto: NST

Walaupun kawasan rumah selamat, tapi aku masih mengalami detik mencemaskan bila nak ambik anak-anak balik dari sekolah semalam (sekolah dieorang start semester lambat sikit jadi minggu depan baru start cuti sekolah seminggu).

Masa nak masuk ke simpang sekolah tu, jalan raya habis tenggelam dan paras air agak tinggi. Depan kereta aku, pemandu kereta Mercedes berhenti, mungkin tengah fikir sama ada nak teruskan perjalanan atau tak. Last-last dia pun redah, jadi aku pun ikut redah jugak. Dalam hati, tak putus-putus berdoa dan berzikir supaya selamat sampai ke sekolah anak-anak. Jalan ke sekolah pulak sempit dan kiri kanan ada longkang besar, bila 2 kereta berselisih kena perlahankan kereta supaya tak bergesel. Tapi bila banjir, jalan dan longkang habis tenggelam. Cemasnya sebab takut enjin kereta sangkut atau kereta tergelincir masuk longkang!

Tapi aku kuatkan hati, teruskan pemanduan dengan berhati-hati dan guna gear satu je (kereta manual) sepanjang meredah air tinggi tu. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke sekolah, cuma kereta macam tersengguk-sengguk sikit bila tekan minyak.

Nasib baik kawan sekolah tinggi sikit, jadi tak dimasuki air. Bila nak keluar dan redah air banjir di tempat yang sama, bibir tak putus-putus baca doa naik kenderaan dan berzikir. Leganya bila berjaya meredah kawasan banjir tadi.

Kesian dengan parents yang drive kereta kecik dan rendah, aku faham kenapa dieorang tak yakin nak redah. Aku yang bawak kereta Proton Exora ni pun berdebar kemain masa redah banjir.

Semoga rakan-rakan blogger selamat semuanya ya.

12 Comments

  1. bkn kata exora... yg kete kita pun dah seriau nak lalu kat air yg banyak tu... walau x tinggi mana tp still rasa x konpiden gitu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye. nasib baik tak sangkut semalam... seriau nya huhu...

      Delete
  2. Agaknya ada tak negara lain yg kita boleh belajar dari masalah banjir kilat ni kan? Takkan takde kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada tu Uncle, tinggal nak tak nak je buat.

      Delete
  3. Allahuakbar, seram tengok banjir sampai macam tu. Baru nak reda banjir yang lepas. Kalau banjir memang risau nak redah jalan banjir lagi lagi kereta rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seram je rasanya. Mujur ada kereta kat depan, bila tengok kereta tu lepas baru la confident sikit nak redah jugak.

      Delete
  4. bila hujan mmg risau bab banjir...dr opis shah alam ada construction lg..mmg cpt air naik kalo ujan non stop...smoga kita smua dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah Alam yg teruk terjejas masa banjir bulan 12 tahun lepas kan? Memang risau sangat bila hujan lebat tak berhenti ni.

      Delete
  5. Syukur jugak duk area tinggi dengan sistem perparitan yang quite okay. Kesian member2 yang terkandas semalam. Hari ni terus dorang guna tren gi kerja. Trauma dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur kan... tapi memang simpati dgn mereka yang terjejas sbb banjir kilat / tanah runtuh..

      Delete
  6. Sekarang nie kalau hujan ja kebanyakan tempat air akan naik mendadak.. risau betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Sue.. kalau hujan lebat baiklah kita duduk di rumah je jangan ke mana2 takut terkandas banjir di jalan raya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .