Marriott Bonvoy's Warm Hospitality at Four Points by Sheraton Desaru
Four Points by Sheraton Desaru |
Checking in was a brief affair and as usual I requested to activate mobile key via the apps. That way I need not worry about accidentally leaving my room key behind. Then it was time to check out our upgraded Premium room:
Premium Twin Room features a spacious 48sqm area with a balcony overlooking the apartment next door and with a view of the swimming pool on ground floor |
View from another angle |
Shower and toilet area separated by all-enclosed shower screen |
The bathroom goodies include disposable toothbrush and toothpaste, sewing kit, hand soap, shower cap and sanitary bag |
The coffee and tea station, complete with a coffee maker |
The room easily accommodates two wardrobes in the room, one of it has bathrobe and extra pillows in case guests need it |
There were only two towels in the room and we also needed the prayer mats, so I requested for these items via the Marriott Bonvoy apps. In no time at all, my requested items were delivered to the room. It gives greater convenience to me when all services are just at my fingertips.
After travelling for 3 hours, everyone was feeling famished so we went down to check out The Mesh restaurant. Before placing order, I mentioned about my Silver membership to enjoy the 10% discount off F&B items in the hotel.
The Mesh Restaurant |
Seating area at The Mesh restaurant |
Capturing the moments in Desaru Coast |
Desaru beach |
Sinopsis Filem: Kongsi Raya (Netflix)
![]() |
Kredit gambar: netflix.com |
Sempena Hari Raya ni, wajib la tonton cerita bertemakan Hari Raya kan? Kebetulan masa berkunjung ke rumah ex-boss, cerita ni tengah ditayangkan. Sambil bersembang, sambil mata melirik ke TV jugak. Wah, cantik jugak cinematography filem ni. Heroin pun comel (Qasrina Karim & Erra Fazira). Balik rumah terus cari kat Netflix.
Ni sinopsis cerita Kongsi Raya:
Filem ini mengisahkan sepasang kekasih, Jack, berbangsa Cina dan Sharifah, berbangsa Melayu. Jack merupakan seorang chef dan pengurus restoran yang dimiliki oleh ayahnya, seorang ketua chef. Sharifah pula ialah seorang penerbit rancangan TV untuk ayahnya, Rahim, juga seorang selebriti chef. Apabila mereka memutuskan untuk memperkenalkan pasangan mereka kepada ibu bapa masing-masing, kedua-dua ibu Jack dan Sharifah merestui hubungan mereka tetapi kedua-dua ayah mereka pula terkejut dan menentang hubungan itu. Keadaan menjadi semakin sulit apabila kedua-dua ayah yang juga chef masakan bersaing dalam rancangan masakan yang ditayangkan di televisyen secara langsung. Jack dan Sharifah mesti mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan menjadi lebih tegang. Bolehkah mereka memperbaiki keadaan dan meyakinkan kedua-dua ayah untuk menerima mereka?
Cuti Wesak - Cuti-cuti Melaka
Weekend baru-baru ni, kawan baik aku jemput kiteorang sekeluarga ke majlis kawen adik dia di Melaka. Memandangkan hari Isnin merupakan cuti ganti untuk Hari Wesak, jadi kiteorang buat keputusan pergi ke Melaka dan seterusnya ke Desaru melawat adik ipar kat sana.
Selamat Pengantin Baru buat Sheila dan pasangan… |
1. Hotel Zamburger Mariam, Taman Kota Syahbandar
Hotel Zamburger Mariam |
Bilik air sangat-sangat bersih dan ada pemanas air |
2. Melaka River Cruise
Cantik tempat ni waktu malam diterangi lampu berwarna-warni |
Bot river cruise ni luas dan setiap bangku boleh muat 3 orang duduk. Memandangkan kiteorang berempat, jadi kiteorang duduk 2 baris. |
Lampu berwarna-warni menghiasi sepanjang tebing sungai. Di setiap tempat tarikan, akan ada penerangan tentang sejarah atau latar belakang tempat tu |
Sepanjang cruise ni, kiteorang melalui 6 buah jambatan, setiap jambatan ni ada kisahnya tersendiri |
Rumah tradisional Melaka yang dibuat tanpa menggunakan paku mengikut seni bina Melayu |
Jambatan Pasar yang dibina semasa zaman pemerintahan Portugis |
Dapat tengok banyak tempat makan menarik di sepanjang tebing sungai |
Bawah jambatan pun diterangi lampu berwarna-warni, cantiknya… |
Bangunan lama dengan lukisan mural |
Baru tau kat Melaka pun ada Hard Rock Cafe |
Gravy Baby Melaka di Jonker Street |
Dah sampai di Dataran Muara Sungai Melaka so bot pun berpatah balik |
Memang berbaloi naik Melaka River Cruise sebab dapat menikmati pemandangan bandaraya Melaka yang menarik di malam hari |
Mural Hang Tuah |
Overall, aku bagi rating: 9/10
3. Sarapan di Roti Canai Kayu Arang
Esoknya kiteorang Google tempat sarapan menarik di Melaka. Memandangkan tempat ni dah on the way ke arah Muar, maka kiteorang pun singgah kat sini. Bila kiteorang sampai, haa tudiaaaaa…. Orang dah berbaris panjang nak cuba roti canai kayu arang ni. Review restoran ni memang melambung-lambung, orang kata roti dia lembut dan ada aroma sedap sebab masak atas arang. Nak makan kat sini kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Kiteorang beratur lebih kurang 40 minit semata-mata nak merasa roti canai viral ni.
Bagi aku yang bagus tempat ni ialah kaunter ambik order terus bayar kat situ, so tak perlu la nak kena beratur sekali lagi pulak untuk bayar. Bila kita dah bayar, akak tu terus assign nombor meja so tak perlulah nak cari meja pulak. Order pun agak cepat sampai.
Ni je sebabnya roti ni viral, sebab dimasak atas dapur arang |
Roti kosong dengan kuah dhal |
Roti sarang burung |
Ok, sekarang aku pun nak bagi review. Bagi aku, tak berbaloi buang masa berbaris semata-mata untuk merasa roti canai dimasak atas kayu arang ni. Rasanya biasa je kat tekak aku, takde pulak aroma kayu arang ke. Bagi aku, lebih berbaloi aku sarapan di kedai mamak, tak buang masa beratur dan boleh pilih kari apa nak makan dengan roti. Nasi lemak sambal kerang dia not bad, tapi still tak berbaloi memenatkan kaki hampir sejam beratur kat sini. Penggemar roti canai boleh la cuba makan kat sini untuk merasa sendiri roti canai yang dibakar atas arang, tapi ni la kali terakhir aku nak beratur panjang untuk roti canai kat sini.
Rating aku untuk tempat ni: 5/10
Takde rezeki pulak aku nak cari asam pedas Melaka sebab kiteorang kena gerak ke Johor pulak. Harap-harap ada rezeki boleh explore banyak lagi tempat menarik dan tempat-tempat makan di Melaka tahun ni.
Isi Minyak Petrol Guna Apple Watch? Dengan Setel, setel.
Aku baru tau aplikasi Setel dah upgrade dan sekarang pengguna Apple Watch boleh bayar petrol tanpa menggunakan telefon pintar.
![]() |
Sumber: Instagram Setel |
Memandangkan aku pun pengguna Apple Watch dan juga Setel, aku pun saja-saja la try:
Tekan 'Purchase Fuel' untuk memulakan pengisian minyak |
Suami Terchenta nak isi 'Full Tank' jadi aku pun pilih option 'Full Tank' |
Langkah #4: Pilih cara pembayaran (sama ada prepaid Setel, Setel Share atau linked card). Tunggu sampai arahan untuk memulakan pengisian minyak
Masa ni boleh lagi nak cancel order kalau tetiba berubah fikiran atau nak tukar amaun bayaran |
Lepas dah isi minyak, kira setel la.
Selesai mengisi minyak... |