Wordless Wednesday: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65, Malaysia!

Hari Kebangsaan Malaysia 2022
Sumber imej: https://wartaoriental.com/
 

Kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana berada,

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65! Tak kira apa pun yang berlaku, aku tetap bangga jadi anak Malaysia.

Doa aku sempena hari kebangsaan hari ni,

Semoga negara kita akan teguh berdiri sampai bila-bila. 
Semoga Allah pelihara perpaduan antara kaum di negara ni. 
Semoga Allah pelihara kedaulatan undang-undang negara kita yang sedang diuji dengan kontroversi-kontroversi yang menyesak hati.
Semoga ekonomi kita akan kembali kukuh dan makmur.
Semoga negara kita akan bangkit semula di mata dunia, sebagai negara yang tersohor dan gemilang di rantau ini.
Ameen, ameen ya Rabbal Alamin.

Singgah di Kafe Homebaker@Clover Damansara Uptown

Awal bulan lepas, kawan kami masa sama-sama buat MBA di UM 10 tahun dulu bukak kafe Homebaker@Clover cawangan Damansara. May ialah kawan sekelas dalam subjek Asas Pemasaran dan kami berkenalan semasa sama-sama tengah mencari lokasi surau di bangunan fakulti masa tu. 

Lepas dari tu kami selalu buat kerja kumpulan bersama-sama. Bila dah grad, kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar. Sekarang dia tengah sibuk menyiapkan projek PhD pulak. Wah, kelas kau May! Macam la sambung PhD tak cukup sibuk, pegi bukak kafe pulak sekarang!

Jadi sebagai tanda sokongan, minggu lepas since anak-anak cuti peristiwa, aku bawak la anak-anak pegi ke kafe May. Lagipun sejak pindah KL kiteorang belum sempat lagi berjumpa. Aku pergi ni konon-konon nak buat surprise la tapi hampir-hampir tak menjadi sebab May takde kat kafe.

Kafe ni terletak di Menara TH Uptown, nak senang parking je kat basement. Kalau hujung minggu tempat ni agak sesak jadi aku memang tunggu peluang untuk datang hari biasa dengan anak-anak terutama Khadeeja yang sememangnya peminat cinnamon roll.


Homebaker@Clover Damansara Uptown

Dalam kafe agak luas jugak dengan dekor minimalis. 


Homebaker@Clover Damansara Uptown

Apa yang menarik di kafe Homebaker@Clover ni ialah ada lebih dari 20 jenis cinnamon roll dijual kat sini. Semuanya nampak menarik dan sedap!


Cinnamon roll


Peminat cinnamon roll mesti rambang mata nak pilih yang mana satu sebab kalau ikutkan hati nak borong semua je hehe.


Cinnamon roll
Terdapat lebih dari 20 jenis cinnamon roll yang ada di Homebaker@Clover

Bagi yang tak gemarkan kayu manis, boleh pilih sama ada nak cuba sejenis roti atau kek dari Timur Tengah dipanggil ‘babka’ atau ‘bagel’.


Babka
Ejaan yang betul sebenarnya ‘babka’

Homebaker@Clover ni milik sepenuhnya pengusaha Muslim, Rosli Jaafar. Walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang teknologi maklumat, minatnya ‘baking’ mendorong dia untuk beralih ke bidang bakeri pada usia 54 tahun. Sekarang dia ada beberapa buah cawangan Homebaker@Clover dan beberapa francais, termasuk yang diuruskan oleh kawan kami, May.  Wow, it’s not too late to pursue your passion, guys!


Cinnamon roll
Khadeeja pilih cinnamon roll original dengan aising krim keju

Cinnamon roll
Khayla & aku mencuba chocolate roll

Dekat kafe ni pun ada nasi lemak daun pisang kalau tak rasa nak makan roti.


Nasi lemak

Sedang menghabiskan makanan, tiba-tiba May muncul. Alhamdulillah, ada jugak rezeki berjumpa dengan May. Lama kami bersembang bertanya khabar tentang pensyarah dan kawan-kawan sama kursus dulu. Sempat lagi May bergosip siapa yang tak terkandas tengah-tengah buat Masters, siapa yang dah migrate overseas dan macam-macam lagi topik hihi.

Anyway tahniah buat May atas pembukaan cawangan Homebaker@Clover di Damansara Uptown. Semoga kafe makin maju dan mampu bersaing dengan kafe-kafe di luar sana!


Homebaker@Clover Damansara Uptown

Nota kaki: Sedang berusaha menjadi seorang blogger yang berjaya sebab passion aku ialah menulis hehe.

Lirik Lagu Selagi Bernyawa (OST Filem Air Force The Movie)

Sejujurnya aku belum move on lagi dari filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Apa lagi bila layan lagu tema OST filem ni, memang rasa bersemangat habis! Memang sesuai sangat filem ni keluar seminggu sebelum Hari Kemerdekaan, sebab automatik menyuntik semangat patriotik dan cintakan tanahair.

Jom layan lirik lagu 'Selagi Bernyawa' oleh kumpulan band The Penthemix:


"Selagi Bernyawa" (The Penthemix)


Beri masa hadapi semua
Halangan dunia
Dihimpit realiti yang menggila
Hanya sementara
Percayalah jiwa berkata...


[korus]
Hapuslah gelisah
Apa yang menghantuimu
Bukan selamanya
Tetaplah percaya
Takkan ada memisahkan
Selagi bernyawa


Tenangkan segala ketakutan
We have to let it go
Jatuh bangun teruskan berjuang
Believe it's the only hope
Percayalah, dengarkan
Jiwa berkata...


[korus]
Hapuslah gelisah
Apa yang menghantuimu
Bukan selamanya
Tetaplah percaya
Takkan ada memisahkan
Selagi bernyawa


ooo...ooo...ooo...


[korus]
Hapuslah gelisah
Apa yang menghantuimu
Bukan selamanya
Tetaplah percaya
Takkan ada memisahkan
Selagi bernyawa



Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Setanding Paskal - Wajib Tonton!

Air Force The Movie
Sumber imej: imdb.com

Hanya satu perkataan cukup untuk memberi gambaran filem ni - hebat!

Kalau korang peminat filem Paskal The Movie, korang wajib tonton filem ni tau. Jalan ceritanya sangat mencengkam dari awal sampai akhir, memang tak berkedip mata aku tonton babak-babak yang penuh aksi. 

Filem aksi ni memaparkan kehebatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang merupakan salah satu pasukan elit Malaysia yang terlibat dengan pelbagai misi pertahanan dan kemanusiaan.

Mengisahkan dua sahabat baik, Kapten Adib (Nas-T) dan Zafran (Aiman Hakim Ridza) yang memasang impian menjadi juruterbang pesawat jet SUKHOI dengan TUDM dari kecil. Namun Kapten Adib kemudiannya memilih untuk menyertai PASKAU.  Kapten Adib seterusnya menyertai pasukan PASKAU yang diketuai oleh Mejar Adnan (Adi Putra) dalam misi kemanusiaan di negara Namburi, sebuah negara yang mengalami pergolakan. Bila genjatan senjata diumumkan, pasukan mereka bertindak meninggalkan pangkalan udara Namburi untuk pulang ke Malaysia. Tapi malangnya pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh tentera gerila. Mereka yang terselamat termasuk Mejar Adnan kemudiannya menjadi buruan tentera gerila. TUDM bertindak menghantar misi menyelamat iaitu Misi Hornbill diketuai oleh Zafran untuk membawa mereka keluar dari zon konflik dan pulang ke tanahair.

Bagi aku jalan cerita memang best, watak pasukan PASKAU pun hebat-hebat semuanya. Adi Putra macam biasa bawak watak apa pun memang buat orang rasa kagum. Tapi macam jugak filem Paskal, ada watak yang buat aku rasa macam annoyed giler haha! Dalam cerita Paskal, aku sangat la menyampah dengan watak mak Komander Leftenan Adnan yang bagi aku tipikal mak yang cepat sentap, nak anak dia ikut jari telunjuk dia aje. Awal jalan cerita, penampilannya macam opah-opah kat kampung, tapi tengah-tengah filem tiba-tiba penampilannya moden pulak. Sebab tu la aku menyampah haha.

Dalam filem Air Force The Movie ni pulak, aku rasa geram dengan watak Natrah (Sara Ali) seorang wartawan yang ikut sama untuk buat liputan tentang misi di Namburi ni. Dia ni wartawan yang tak faham skop tugas ketenteraan dan selalu tulis artikel yang mengkritik tentera. Walaupun Mejar Adnan ni dah selamatkan dia, dia punya sombong tu boleh pulak dia salahkan Mejar Adnan hanya sebab Mejar Adnan berjanji akan bawak semua orang balik tapi malangnya lepas tu ada yang mati ditembak oleh tentera gerila masa dieorang kena kejar. 

Ada beberapa babak dalam cerita ni buat aku bengang, tapi di akhir-akhir atau kemuncak jalan cerita aku terus terlupa rasa bengang tu dan teruja dengan taktik dan kepakaran pasukan penyelamat masa misi Hornbill. Last sekali, aku turut menitiskan air mata semasa upacara penghormatan untuk wira-wira yang terkorban di Namburi. 

Betapa hebatnya filem ni sebab mampu buat aku dari rasa bengang kepada rasa teruja dan akhirnya terharu sepanjang menonton. Takde satu minit pun yang aku rasa bosan, sampai sanggup tahan rasa nak buang air semata-mata taknak terlepas satu pun babak dalam filem ni tau! Haha!

Kalau dulu masa filem Paskal The Movie ditayangkan, kami sekeluarga menonton filem ni sampai 3x repeat sebab anak-anak aku memang teruja sangat dengan babak-babak aksi ketenteraan. Filem Air Force The Movie ni pun rasa nak repeat tengok sebab tak puas, walaupun kena tengok balik watak si Natrah tu pun aku sanggup kihkih... That's how good it is ok.

So siapa yang minat Paskal The Movie, aku memang highly recommend filem ni. Aku yakin korang takkan menyesal! Kawan-kawan yang dah tengok, sapa geng menyampah dengan Natrah sila angkat tangan!

Teman Emak Follow Up di Pantai Hospital KL

Pagi semalam aku bawak mak aku pergi jumpa doktor pakar di Hospital Pantai KL. Rasa nak tercabut lutut kiri aku tekan klac, maklumlah bawak kereta Exora manual mengharung taffic jam di Lebuhraya Sultan Iskandar. Masa ni menyesalnya bila terkenang balik keputusan beli kereta manual 10 tahun dulu sebab nak jimat bayaran bulanan, sudahnya dah tua2 ni (eceh, baru 40 tahun tapi mengaku tua!) lutut gegar woo asyik tekan klac! Hari ni jam nya luar biasa sikit sebab ada beberapa jentera tentera yang berhenti di tepi highway menuju ke Dataran Merdeka. Ramai pemandu yang perlahankan kereta sebab nak tengok jentera lori dan meriam di tepi jalan sampaikan jalanraya sesak. 

Bila dah exit ke Bangsar je barulah trafik lancar. Sampai ke hospital terus pergi ke Cancer Centre untuk ambik nombor giliran. 


Cancer Centre

Cancer Centre
Tapak tangan pesakit kanser dan bekas pesakit kanser yang menerima rawatan di sini

Sambil duduk tunggu giliran, terkenang tahun lepas aku tunggu emak buat rawatan di ruang menunggu sambil buat kerja. Kalau ada meeting online, aku akan lepak di Starbucks sebab tak nak mengganggu patient lain.


Cancer Centre
Ayat-ayat motivasi menghiasi dinding Pusat Kanser di Hospital Pantai KL untuk pesakit-pesakit kanser

Stress betul masa tu, dengan emak sakit lepas rawatan radioterapi dan kemoterapi sampai susut 20kg berat badannya dan dengan deadline kerja yang bertalu-talu. Alhamdulillah, mak dah sihat sekarang, cuma setiap tahun kena buat follow up untuk check yang sel kanser tu tak datang balik. 

Kesan daripada rawatan kanser, mak kurang pendengaran di telinga kanan, beberapa batang gigi yang dah rosak terpaksa dibuang sebelum mula rawatan dulu jadi mak cuma boleh makan makanan lembut je (katanya tak selesa pakai gigi palsu walaupun kami dah offer untuk buatkan gigi palsu) dan selalu batuk-batuk sebab tekaknya kering (kelenjar air liur terjejas disebabkan radioterapi di bahagian leher).


Pantai Hospital KL

Dulu masa mak kena diagnose kanser nasopharyngeal carcinoma, mak takde insurans perubatan. Alhamdulillah kami adik-beradik yang dah bekerja bertahun-tahun sepakat kumpul duit simpanan masing-masing untuk tanggung rawatan mak di hospital swasta. Duit boleh dicari, tapi emak cuma seorang. Harapan kami agar mak lebih selesa sepanjang dia menerima rawatan kanser. Cuma nasihat aku buat kawan-kawan yang belum ambik insurans lagi, baiklah ambik dari sekarang sebab rawatan kanser ni sangat mahal. 

Sementara tunggu mak jumpa doktor dan buat test, aku lepak di Starbucks sambil melawat blog kawan2. Penat memandu kereta manual dalam jem pun tak habis lagi hihi.


Starbucks
Sarapan pagi blackpepper lamb pie

Tengah2 blogwalking tu, mak call bagitau result akan keluar dalam sejam, jadi dia pergi makan dulu di food court.


Food court

Tak bosan kalau temankan mak ke Hospital Pantai KL ni sebab di ground floor ada banyak kedai seperti Starbucks, Family Mart, O'Briens, Borders Bookstores, kedai bunga, MBG Fruit Store, Aunty Anne's, Caring Pharmacy, mini mart dan macam-macam lagi.


Pantai Hospital KL

Pantai Hospital KL
Kalau bosan menunggu, boleh beli buku di Borders

Di food court pulak ada beberapa kiosk contohnya I Love Yoo!, Mohd Chan Dim Sum, Tealive, Bread Story, gerai yong tau fu, kiosk nasi campur dan kiosk minuman. 


Food court

Lepas sejam, kami balik semula ke Pusat Kanser untuk berjumpa doktor pakar. Alhamdulillah, result mak semua ok. No cancer cells detected, kata doktor pakar.

Sebelum balik, aku singgah ke kedai buah MBG Fruit Store untuk membeli buah-buahan. Ni semua penangan blog Kak Amie yang selalu tayang bekal buah-buahan menarik. 

Next appointment bulan Februari tahun depan. Sampai ketemu lagi Hospital Pantai KL!