• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, February 02, 2023

Cuti CNY: Jalan-jalan Mengejut ke Lumut dan Teluk Batik

Hari Isnin lepas, tiba-tiba Suami Terchenta ajak ke Pulau Pangkor. Mula-mula tak plan ke mana-mana sebab katanya dia kena standby dan kerja cuti panjang tu. Alih-alih, project timeline bawak ke depan so dia pun tetiba free.

Aku kurang yakin berjaya ke tak sampai ke Pulau Pangkor disebabkan kali ni cuti panjang mesti ramai yang dah buat plan ke sana. Tapi Suami Terchenta kata nak cuba jugak. Kalau tak dapat ke Pangkor, singgah ke Teluk Batik pun ok. OK, moh ler kita...

Pagi Isnin tu lepas Subuh kiteorang bersiap-siap bertolak ke Lumut. Alhamdulillah jalan tak jammed. Tapi bila kiteorang sampai kat Lumut, mak aih... parking bertingkat memang penuh dan terpaksa cari parking jauh sikit. Last-last jumpa jugak parking kosong di depan Kediaman Rasmi dan Pejabat Orang Besar Jajahan Manjung tak jauh dari The Orient Star Resort.


Kena menapak jauh sikit baru sampai ke Pangkalan Jeti Lumut

Dari parking, menapak dalam 10 minit ke Jeti Lumut. Terus pergi ke kaunter tiket. Akak kat kaunter tu bagitau tiket pergi ada lagi tapi pukul 3 petang, nak balik pulak takde. Kena balik esok pagi. Alamak. Dah la tak book hotel kat sana dan tak bawak baju ekstra jadi kami batalkan hasrat ke Pulau Pangkor. Nampaknya takde rezeki bawak anak-anak ke Pulau Pangkor.


Boleh beli tiket online jugak rupa-rupanya

Dah alang-alang di Lumut, kami singgah beli produk hasil laut di salah satu kedai di sini. Asyik membelek ikan bilis mata biru, ikan bilis kopek dan udang kering yang cantik-cantik sampai terlupa pulak nak ambik gambar. Ambik kesempatan beli ikan bilis kopek setengah kilo, sotong merah, fish fillet dan keropok ikan untuk dibawa pulang. Suami Terchenta nampak jeruk asam buah merah dan jeruk mangga, terus dibelinya jugak. Buat makan-makan dalam kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk masa memandu katanya.

Kami teruskan lagi perjalanan ke Teluk Batik. Kalau di Lumut cuaca mendung, di Teluk Batik pulak cuaca bukan main lagi panas terik. Banyak kenderaan yang beratur untuk masuk ke kawasan letak kereta di Teluk Batik, mungkin mereka pun sama macam kami jugak yang takde rezeki ke Pulau Pangkor.


Pertama kali jejak kaki ke Teluk Batik

Suami Terchenta angkut sekali khemah untuk bersalin pakaian. Cari punya cari ruang kosong untuk pacak khemah, akhirnya jumpa jugak berdekatan dengan tapak perkhemahan dan dekat dengan bilik air. Senang la lepas mandi laut boleh terus mandi dan salin baju di bilik air.

Oleh sebab cuaca panas yakmat, tetiba rasa malas la pulak nak turun mandi laut. So aku volunteer jaga barang-barang dalam khemah sementara yang lain pergi mandi. Anak-anak pulak dah teruja bukan main. Lepas tukar baju renang, zuss dieorang dah lari masuk air! Cepat-cepat Suami Terchenta tukar baju dan ikut anak-anak sekali. So tinggal la aku sorang-sorang duduk depan khemah sambil berkipas. Nasib baik  angin sepoi-sepoi bahasa, hilang sikit bahang dalam khemah tu.


Orang ramai sedang mandi-manda di Teluk Batik

Tak lama kemudian dalam 30 minit lepas dieorang meluru masuk air, anak-anak muncul depan mata. Masing-masing ambil tuala, baju dan alatan mandi sebelum beratur di depan bilik menunggu giliran. Ramainya orang yang tunggu turn masuk ke bilik air sampai sejam jugak aku tunggu dalam khemah. Suami Terchenta pergi sekejap je walaupun barisan sebelah bilik air lelaki pun panjang jugak. Katanya lelaki mandi dan tukar pakaian tak sampai 5 minit pun. Itulah senangnya jadi lelaki. Perempuan nak kena keringkan rambut pun dah ambik masa. Mujur aku tak ikut mandi.

Sementara tunggu anak-anak, aku berbaring dalam khemah melelapkan mata sekejap. Dalam khemah terasa berbahang, nasib baik aku ada bawak kipas angin kecil dibeli di Kaison. Dapat la lena sekejap. Suami Terchenta pulak makan jajan yang kami beli di Lumut. Sampahnya kami simpan dalam plastik dan bawa balik.

Akhirnya anak-anak selesai mandi dan ganti baju. Masing-masing lapar dan mengunyah-ngunyah jajan yang dibeli. Nampak gaya memang tak sempat bawak balik ke KL! 😂 Sebelum balik, kami ambik gambar buat kenangan:



Tak nampak muka aku ditutup dengan tangan Khadeeja

Kami meninggalkan Teluk Batik sekitar jam 6 petang. Seterusnya kami ke Teluk Intan untuk bawak anak-anak tengok Menara Condong Teluk Intan. Sayangnya masa kami sampai hujan lebat mencurah-curah. Tengok dari dalam kereta je la jawabnya...


Anak-anak tanya kenapa arkitek menara ni reka menara ni condong? 😅

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Jamik Kampung Changkat Jong untuk menunaikan solat Maghrib. Plan asal nak singgah makan malam di kawasan Sekinchan tapi dengan hujan lebat kami batalkan hasrat dan singgah makan di sebuah kedai Melayu dalam perjalanan (aku tak ingat nama kedai tapi seberang ada kubur Cina dan Hindu). 



Selesai makan malam, kami memandu masuk ke Lebuhraya PLUS dan meneruskan perjalanan balik ke rumah. Banyak jugak kereta tapi masih bergerak lancar. Sampai di rumah jam 11 malam. Masing-masing keletihan jadi terus solat Isyak dan masuk tidur. Dengan tu berakhirlah percutian mengejut kami yang tak berapa menjadi 😅 

Read more »
on Thursday, February 02, 2023 21
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, February 01, 2023

Wordless Wednesday: Rumah Tradisional dalam perjalanan ke Teluk Batik

rumah kampung

Salam Rabu semua! Buat warga KL, selamat menyambut Hari Wilayah ye. Best nya hari ni Suami Terchenta cuti, boleh la ajak breakfast di luar hari ni.

Berbalik kepada gambar yang aku ambik masa kami dalam perjalanan ke Teluk Batik ni, tiba-tiba rasa rindu sangat dengan rumah arwah atok di kampung masa zaman aku kecik dulu. Walaupun berbeza sikit rekabentuknya tapi lebih kurang sama. 

Di depan rumah atok ada sebatang pokok bunga janda kaya. Sentiasa lebat berbunga. Tingkap rumah atok jenis tingkap kayu macam gambar ni:


Kredit foto: propertyguru.com.my

Selepas beberapa tahun, atok tukarkan tingkap kayu kepada gelas kaca frosted berwarna-warni. Petang-petang kami suka buka tingkap dan lepak-lepak sambil memerhati orang lalu-lalang. Kadang-kadang ada yang singgah dan menegur. Bila atok / nenek jemput naik, ada yang menolak tapi sambung berborak-borak di tepi tingkap. Kadang-kadang ada jugak yang naik tapi cuma duduk di tangga atas sambil bersembang di bahagian beranda rumah.

Di bahagian bawah rumah, atok jadikan tempat simpanan baja-baja dan alat-alat bercucuk-tanam. Atok letak buai jala untuk berehat / tempat cucu-cucu bermain. Atok kemana-mana naik basikal tua Raleigh. Basikal masa tu ada lampu dynamo untuk suluh jalan waktu malam. Malam-malam lepas balik dari surau, atok bawak naik basikal simpan dalam rumah takut orang curi.

Perabot pilihan masa tu ialah perabot rotan. Nenek pulak ada banyak koleksi bekas tembaga. Bercakap tentang perhiasan tembaga, adat orang dulu-dulu, hantaran perkahwinan wajib bagi bekas dan perhiasan tembaga. Semakin tinggi status keluarga perempuan, semakin banyak bekas tembaga yang kena diberi.  Nenek saudara iaitu adik atok selalu bercerita yang keluarga kami ialah dari keturunan Maharaja Tugau. Betul atau tak, wallahu'alam. Aku selalu anggap Maharaja Tugau sekadar mitos masyarakat kami. 

Cuma yang aku ingat masa keluarga Suami Terchenta datang merisik, atok ada mintak hantaran bekas tembaga jugak sesuai dengan status bangsa sembilan pikul, tapi keluarga belah lelaki tak faham sebab kami berlainan kaum (Suami Terchenta orang Melayu Sarawak, aku pulak Melanau). Aku pun takde la nak ikut sangat adat end up, tak dapat la hantaran bekas tembaga 😂 Berlainan dengan sepupu aku, dia kena sediakan hantaran mengikut status bangsa tujuh beritih. 

Dulu masa arwah atok dan nenek masih hidup, semua anak-anak mereka akan balik berkumpul masa Hari Raya. Masa ni seronok, masuk waktu tidur je kami bentang toto dan tilam nipis beramai-ramai di ruang tamu. Kalau hari panas, tidur sambil bukak tingkap. Bila ahli keluarga bertambah, atok ubahsuai rumah buat tingkat bawah supaya setiap keluarga ada bilik masing-masing. Lagi satu untuk memudahkan atok dan nenek, sebab masa ni dieorang dah mula sakit-sakit lutut tak boleh naik turun tangga lagi. Dapur pindah dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bilik air pun pindah ke tingkat bawah.

Arwah nenek meninggal dunia pada 1 Januari 2003. Arwah atok pulak meninggal dunia pada 5 Jun 2011, sama dengan tarikh lahir aku 😢

Sekarang ni rumah kampung dah semakin usang. Anak-anak dan cucu-cucu pun dah jarang balik sejak atok dan nenek meninggal dunia. Cuma Pak Usu dan Mak Ngah je yang rajin balik menjengok Mak Udak yang tinggal di rumah pusaka tu. Ada masanya, aku rindu suasana masa kami kecik dulu. Rindu berkumpul di meja makan beramai-ramai. Rindu berbuka puasa dengan bubur kapur sedap di kampung. Paling aku rindu, arwah atok dan nenek. Semoga mereka tenang di alam sana.

Read more »
on Wednesday, February 01, 2023 16
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 31, 2023

Selamat Menyambut Hari Wilayah buat warga KL, Labuan dan Putrajaya!

Kredit foto: Putrajaya International Convention Centre


Esok warga KL, Putrajaya dan Labuan akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2023. Maksudnya, besok Suami Terchenta dan anak-anak bercuti yeay!

Sedikit fakta tentang Hari Wilayah Persekutuan:

  • Wilayah Persekutuan merangkumi tiga buah wilayah iaitu ibu negara Kuala Lumpur, Labuan dan akhir sekali Putrajaya
  • Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya yang menjadi pintu gerbang utama kepada negara
  • Disambut pada 1 Februari sempena pengisytiharan status Wilayah Persekutuan yang pertama iaitu bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974
  • Labuan menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 bermatlamat mengukuhkan perpaduan serta menghapuskan perasaan perbezaan antara penduduk di Malaysia.
  • Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 untuk mengangkat status Putrajaya sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran kelas pertama terhadap infrastruktur yang telah dibangunkan.

Sumber: Wilayahku


Nota kaki:

Mudahan Suami Terchenta takde la kena bekerja hari cuti besok. Nak ajak JJCM la besok hihi.

Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 12
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 31, 2023

Resipi Suhun Goreng

suhun goreng

Buat sesiapa yang tengah berdiet tapi teringin nak makan bihun goreng, apa kata korang cuba suhun goreng? Rasanya pun lebih kurang sama tapi alternatif yang lebih sihat, rendah kalori dan rendah GI (glycemic index). Suhun diperbuat samaada daripada tepung mung bean atau kacang hijau, tepung keledek, tepung ubi atau tepung kentang manakala bihun diperbuat dari tepung beras.

Aku share resipi suhun goreng yang aku selalu buat:

Bahan-bahan:

  • Sepeket kecil suhun (direndam dalam air panas, kemudian toskan)
  • 1 sudu besar kicap cair / sos tiram / minyak bijan / gula - campurkan dan gaul sehingga gula larut.
  • Kicap pekat (kalau nak lebih gelap)
  • Seketul dada ayam - dipotong kecil-kecil dan diperap dengan sedikit campuran kicap tadi)
  • Sebiji telur (dipukul)
  • Sayur-sayuran pilihan (aku suka letak baby corn, lobak merah atau baby kailan. Lobak merah aku kukus sekejap supaya masa menumis tak terlalu lama)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga perang & naik bau.
  3. Masukkan kepingan dada ayam dan kacau sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan tumis sehingga sayur masak.
  5. Tolakkan bahan-bahan dalam kuali ke tepi, kemudian tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali. Kacaukan sampai telur hancur lepas tu campurkan dengan bahan-bahan lain.
  6. Masukkan suhun dan kacau.
  7. Masukkan campuran kicap tadi dan gaul sehingga sebati. Kalau nak lebih gelap masukkan kicap pekat sikit.
  8. Tabur daun bawang dan gaul lagi sebentar.
  9. Hidangkan semasa panas-panas.


Lebih sedap bila dimakan dengan cili jeruk. Tapi kena ingat walaupun resipi sihat, masih kena amalkan portion makanan yang sesuai ya.

Selamat mencuba!

Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 16
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 31, 2023

Louis Jumpa Kawan Baru di Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek

Sabtu lepas kami bawak keluar Louis untuk bersosial dengan kucing-kucing lain di sebuah kafe mesra kucing. Kafe ni terletak di Jelatek, kalau ikut lebuhraya DUKE dalam 10 minit je dari rumah kami.

Kami sampai hampir-hampir pukul 6 petang. Tak susah untuk dapatkan tempat letak kereta sebab kami dapat parking betul-betul di depan kafe.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Meraki Jelatek

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Deko menarik di luar kafe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Pertama kali menjejakkan kaki ke kafe mesra kucing

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Belum masuk kafe lagi dah terpersona dengan ID cafe ni

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Tempat duduk di luar

Kedatangan kami disambut oleh kucing-kucing residen kafe. Semua pandang Louis semacam je. Agaknya dieorang tengah fikir - eh, siapa si chonky ni? 😹 *gelak dalam kucing*


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Bahagian dalam kafe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Tak lepas-lepas mata memandang si Louis

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Louis: Jom la kita berkawan. Oyen: Kau sapa? Sambil nak mencakar Louis. Oyen memang gangster sikit

Tak ramai pelanggan dalam kafe ni, mungkin sebab dah petang kot. Kami ke kaunter melihat menu yang ada. Makanan berat seperti pasta dan chicken chop antara menu yang ditawarkan, tapi kebanyakannya habis. Yang tinggal cuma beef lasagne. Akhirnya kami decide untuk minum petang je memandangkan selepas pukul 6 petang, pastri dan kek dijual separuh harga.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Toffee Caramel Latte dan Cappuccino

Untuk minuman frappe, beli dua harga jadi RM10 satu.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Chocolate Frappe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Vanilla Salted Caramel Frappe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Danish Pain Au Chocolat

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Coffee cake dan Oreo Cheesecake

Di belakang, ada ruang untuk duduk santai dan bermain games seperti Jenga, congkak, foosball dan chess, atau membaca buku-buku yang ada. Melihat tiffin atau mangkuk tingkat yang comel-comel belaka, geram je rasa nak beli satu. Tapi kat rumah dah ada tiffin dan jarang guna pun hehe. OK, aku batalkan hasrat.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Ruang santai. Salah satu kerusi ni tempat lepak kucing yang paling gebu kat sini, lebih gebu dari si Louis!

Botol Coca-Cola mini yang comel

Hiasan dalaman kafe ni memang cantik dan sesuai untuk Instagrammers yang suka berposing ambil gambar.


Khayla pun nak bergambar

Back to Louis. Mula-mula dia menyorok bawah rak tiffin je sambil perhati kucing-kucing kat sini. Yang lain-lain (kecuali yang tengah lepak tidur atas kerusi tu) pun datang dekat nak tengok kawan baru. Oyen je la sombong taknak kawan.

Sedang kami menikmati minum petang, tiba-tiba seekor kucing berlari ke meja kami sambil dikejar oleh Louis. Kucing tu pun melayan jugak la berlari sana-sini kejar-mengejar dengan si Louis. Amboi, seronoknya dia dapat kawan baru!

Sambil menunggu si Louis bonding dengan kucing-kucing di sini, kami pun meluangkan masa family bonding dengan bermain congkak. Kesimpulannya bukan setakat mesra kucing, malah kafe ni juga mesra keluarga. Pekerja dan owner kafe ni pun friendly dan melayan Louis, siap bagi makan wet food! Bertambah-tambah seronok la Louis sebab jarang-jarang dapat treat wet food ni. Kami cuma bagi wet food 2 minggu sekali tu pun lepas dia mandi sebab taknak dia terbiasa sampai reject kibbles. Lagipun kalau kerap bagi wet food, kucing boleh berisiko kena penyakit buah pinggang dan diabetes. 

Overall, aku rasa konsep kafe mesra kucing ni menarik dan patut diketengahkan sebab boleh la sekali-sekala kami bawak Louis bersosial dengan kucing lain. Walaupun kucing bebas berkeliaran dalam kafe ni, tapi takde bau kucing langsung dengan penggunaan beberapa penapis udara dalam kafe ni. Eh, tetiba terasa nak ada penapis udara jugak di rumah sebab kat kafe ni tak nampak langsung bulu kucing atas kerusi. Kat rumah kami, fuhhh... kalau tak vakuum setiap hari, memang merata-rata je la bulu Louis!


Meraki Jelatek

Alamat: 3, Jalan Jelatek 1 Jelatek Business Park AU1, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 
9 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi - 9 malam (Jumaat & Sabtu)
9 pagi - 6pm (Ahad)
Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 19
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • Blog Begins At Forty
    8 hours ago
  • Drawing the Words
    8 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    9 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    10 hours ago
  • Titian Perjalanan
    13 hours ago
  • Ainihalim
    13 hours ago
  • a m m i
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    15 hours ago
  • KakmimDotCom
    15 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    15 hours ago
  • Krabat Kramat
    16 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    17 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    18 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    19 hours ago
  • Aku Sis Lin
    20 hours ago
  • My Small World
    21 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Mreneyoo
    5 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    5 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    5 days ago
  • Travel My Way
    6 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    6 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    3 weeks ago
  • Afzan Sidi
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 months ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Asa Blog
    4 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.