Hari Isnin lepas, tiba-tiba Suami Terchenta ajak ke Pulau Pangkor. Mula-mula tak plan ke mana-mana sebab katanya dia kena standby dan kerja cuti panjang tu. Alih-alih, project timeline bawak ke depan so dia pun tetiba free.

Aku kurang yakin berjaya ke tak sampai ke Pulau Pangkor disebabkan kali ni cuti panjang mesti ramai yang dah buat plan ke sana. Tapi Suami Terchenta kata nak cuba jugak. Kalau tak dapat ke Pangkor, singgah ke Teluk Batik pun ok. OK, moh ler kita...

Pagi Isnin tu lepas Subuh kiteorang bersiap-siap bertolak ke Lumut. Alhamdulillah jalan tak jammed. Tapi bila kiteorang sampai kat Lumut, mak aih... parking bertingkat memang penuh dan terpaksa cari parking jauh sikit. Last-last jumpa jugak parking kosong di depan Kediaman Rasmi dan Pejabat Orang Besar Jajahan Manjung tak jauh dari The Orient Star Resort.


Kena menapak jauh sikit baru sampai ke Pangkalan Jeti Lumut

Dari parking, menapak dalam 10 minit ke Jeti Lumut. Terus pergi ke kaunter tiket. Akak kat kaunter tu bagitau tiket pergi ada lagi tapi pukul 3 petang, nak balik pulak takde. Kena balik esok pagi. Alamak. Dah la tak book hotel kat sana dan tak bawak baju ekstra jadi kami batalkan hasrat ke Pulau Pangkor. Nampaknya takde rezeki bawak anak-anak ke Pulau Pangkor.


Boleh beli tiket online jugak rupa-rupanya

Dah alang-alang di Lumut, kami singgah beli produk hasil laut di salah satu kedai di sini. Asyik membelek ikan bilis mata biru, ikan bilis kopek dan udang kering yang cantik-cantik sampai terlupa pulak nak ambik gambar. Ambik kesempatan beli ikan bilis kopek setengah kilo, sotong merah, fish fillet dan keropok ikan untuk dibawa pulang. Suami Terchenta nampak jeruk asam buah merah dan jeruk mangga, terus dibelinya jugak. Buat makan-makan dalam kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk masa memandu katanya.

Kami teruskan lagi perjalanan ke Teluk Batik. Kalau di Lumut cuaca mendung, di Teluk Batik pulak cuaca bukan main lagi panas terik. Banyak kenderaan yang beratur untuk masuk ke kawasan letak kereta di Teluk Batik, mungkin mereka pun sama macam kami jugak yang takde rezeki ke Pulau Pangkor.


Pertama kali jejak kaki ke Teluk Batik

Suami Terchenta angkut sekali khemah untuk bersalin pakaian. Cari punya cari ruang kosong untuk pacak khemah, akhirnya jumpa jugak berdekatan dengan tapak perkhemahan dan dekat dengan bilik air. Senang la lepas mandi laut boleh terus mandi dan salin baju di bilik air.

Oleh sebab cuaca panas yakmat, tetiba rasa malas la pulak nak turun mandi laut. So aku volunteer jaga barang-barang dalam khemah sementara yang lain pergi mandi. Anak-anak pulak dah teruja bukan main. Lepas tukar baju renang, zuss dieorang dah lari masuk air! Cepat-cepat Suami Terchenta tukar baju dan ikut anak-anak sekali. So tinggal la aku sorang-sorang duduk depan khemah sambil berkipas. Nasib baik  angin sepoi-sepoi bahasa, hilang sikit bahang dalam khemah tu.


Orang ramai sedang mandi-manda di Teluk Batik

Tak lama kemudian dalam 30 minit lepas dieorang meluru masuk air, anak-anak muncul depan mata. Masing-masing ambil tuala, baju dan alatan mandi sebelum beratur di depan bilik menunggu giliran. Ramainya orang yang tunggu turn masuk ke bilik air sampai sejam jugak aku tunggu dalam khemah. Suami Terchenta pergi sekejap je walaupun barisan sebelah bilik air lelaki pun panjang jugak. Katanya lelaki mandi dan tukar pakaian tak sampai 5 minit pun. Itulah senangnya jadi lelaki. Perempuan nak kena keringkan rambut pun dah ambik masa. Mujur aku tak ikut mandi.

Sementara tunggu anak-anak, aku berbaring dalam khemah melelapkan mata sekejap. Dalam khemah terasa berbahang, nasib baik aku ada bawak kipas angin kecil dibeli di Kaison. Dapat la lena sekejap. Suami Terchenta pulak makan jajan yang kami beli di Lumut. Sampahnya kami simpan dalam plastik dan bawa balik.

Akhirnya anak-anak selesai mandi dan ganti baju. Masing-masing lapar dan mengunyah-ngunyah jajan yang dibeli. Nampak gaya memang tak sempat bawak balik ke KL! 😂 Sebelum balik, kami ambik gambar buat kenangan:



Tak nampak muka aku ditutup dengan tangan Khadeeja

Kami meninggalkan Teluk Batik sekitar jam 6 petang. Seterusnya kami ke Teluk Intan untuk bawak anak-anak tengok Menara Condong Teluk Intan. Sayangnya masa kami sampai hujan lebat mencurah-curah. Tengok dari dalam kereta je la jawabnya...


Anak-anak tanya kenapa arkitek menara ni reka menara ni condong? 😅

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Jamik Kampung Changkat Jong untuk menunaikan solat Maghrib. Plan asal nak singgah makan malam di kawasan Sekinchan tapi dengan hujan lebat kami batalkan hasrat dan singgah makan di sebuah kedai Melayu dalam perjalanan (aku tak ingat nama kedai tapi seberang ada kubur Cina dan Hindu). 



Selesai makan malam, kami memandu masuk ke Lebuhraya PLUS dan meneruskan perjalanan balik ke rumah. Banyak jugak kereta tapi masih bergerak lancar. Sampai di rumah jam 11 malam. Masing-masing keletihan jadi terus solat Isyak dan masuk tidur. Dengan tu berakhirlah percutian mengejut kami yang tak berapa menjadi 😅 

20 comments:

  1. seronoks nya...dpt jenjalan & spend masa ngan keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, seronok walaupun hasrat ke Pulau Pangkor tak kesampaian :)

      Delete
  2. kdg percutian yg tak dirancang ni best wlpn main redah je yg penting anak2 enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik anak2 go with the flow je dgn mak bapak dieorg ni hehe

      Delete
  3. Hehe jalan-jalan secara mengejut.
    Oh tidak cukup km untuk solat jamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya boleh je tapi kami pilih utk solat berjemaah dengan jemaah yang lain di masjid. memang niat nak solat isyak di rumah :)

      Delete
  4. Wah plan balik hari tu hahaa..kita pun x pernah lg smp pangkor apatah lg teluk batik hehe..mmg nak kena jejak jgk satu hari nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kiteorg penah la buat kerja gila pegi pangkor balik hari hehe. tapi kali ni silap langkah, pergi time cuti panjang mmg kirim salam la jawabnya haha!

      Delete
  5. hah apa jawapan soalan anak2 pasal bangunan condong ya? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la hahaha! ada penerangan di menara ya tapi lupak dah :P

      Delete
  6. Tak pernah pi pulau pangkor..padhal kampung dh kt perak dh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke. takpe, saya orang sarawak pun tak penah lagi sampai ke Bario hehe. tak semua tempat sendiri yg kita pernah jejakkan kaki.

      Delete
  7. best jugak short trip takde plan macam ni. rindu nak mandi laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecewa sikit sbb tak dpt mandi-manda di pangkor, tapi boleh la daripada tak kemana2 langsung.

      Delete
  8. agaknya kalau dpt ke pangkor lg mengejut kot? hehehe...

    tapi bla dah bawa khemah tu, elemen tekezut dah bertukar excited bercuti😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha klu dpt pegi pangkor mmg cuti terkejut la jawabnya. dia mmg angkut sekali khemah utk tukar baju kat tepi pantai.

      Delete
  9. Tiap kali ke pantai pun, saya lebih memilih duduk Kat gazebo daripada ikut bermain air. Lebih mikirin, nanti basuh di mana, kamar mandi bersih tak, jadi memang bagus tak ikut main air 🤣.

    Cuma anak2 dan suami pastinya lebih heboh kalo dah ketemu pantai ya kak. Ga mikir lama langsung nyebur ke air 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fanny. Malas betul nak mandi & tukar baju dekat public bathroom. Tapi kalau air pantainya bersih dan jernih macam di Pulau Pangkor, mungkin saya pun ikut mandi hehe

      Delete
  10. Mak aii...plan balik hari suddenly ye...nak buat cane plan mengejut terus terkejut takde tiket balik kan..memang diorang nak suruh bermalam kat Pulau Pangkor kot.....tapi takpe la Teluk Batik pun okey, anak- anak happy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah janji tak terperap je kat rumah menghadap game 24 jam hehe. bawak dieorang mandi teluk batik pun seronok jugak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .