• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, February 11, 2023

Girls' Outing dengan Anak-anak ke KLCC

Ni cerita Sabtu minggu lepas. Suami Terchenta semalaman di ofis sampai tak balik rumah, nasib baik la Isteri Terchenta ni memahami kan huhu. Pagi tu Khayla sepatutnya datang ke sekolah sebab ada benda cikgu mintak tolong dia tapi disebabkan salah faham jam berapa kena ke sekolah maka sudahnya kami datang awal sangat dan tak kelihatan kelibat seorang guru atau pelajar pun di sekolah. Dah alang-alang keluar, aku tanya anak-anak dieorang nak tak jalan-jalan di KLCC? Nak! Dah lama tak jalan-jalan di KLCC, jawab mereka. Kemain lagi excited.

Sampai di KLCC pukul 10.30 pagi, masih banyak parking kosong berdekatan dengan pintu masuk mall. Tempat pertama yang kami tuju ialah concourse Suria KLCC, melihat deko CNY.


KLCC
Meriah deko CNY tahun ni

klcc
Kolam ikan digital / interaktif


klcc
Khayla posing di jambatan dalam mall 

cny
Khayla dan Khadeeja khusyuk melihat perkakas dapur tradisional

cny
Meja makan dengan hidangan makan besar

Dah puas jalan-jalan tengok deko CNY, anak-anak ajak pergi makan di Salon du Chocolat pulak. Dah lama tak makan mallow crepe, alang-alang dah di sini boleh la singgah.


klcc
Seronoknya dieorang dapat makan mallow crepe!

Aku tumpang tengok je la, nak makan yang macam ni manis sangat bagi aku. Cuma ada la aku makan sesuap dua chocolate rice crisp Khadeeja tu buat rasa. Lepas makan, terus aku teguk air kosong. Mak aih, manisnya! Terasa tua pulak dah tak dapat nak makan benda-benda manis ni 😂

Setel makan, kiteorang jalan-jalan lagi. Ternampak kiosk baru di KLCC. Pergi la singgah tengok apa yang dijual di situ.

klcc
Childhood - menjual jajan dan barang-barang yang dipakai zaman kecik-kecik dulu

klcc
Wah, auto teringat bedak yang arwah nenek pakai!

klcc
Bedak sejuk dalam tin biasanya arwah nenek pakai lepas mandi tengahari sebelum dia solat

klcc
Yang ni pun dulu ada jual di kedai arwah atok

klcc
Minyak zam-zam rahsia rambut orang dulu-dulu lebat dan sihat

klcc
Dulu masa kecik, suka gula-gula White Rabbit ni (waktu tu tak tau benda ni ada gelatin tak halal)

klcc
Roti lejen - aku suka perisa coklat tu!

klcc
Biskut-biskut lejen. Dulu kat kedai arwah atok jual dalam tin minyak tanah.

klcc
Aiskrim ni beli sebatang lepas tu patah dua boleh kongsi makan. Segala jenis asam dan jeruk pun ada

klcc
Mak aku panggil asam ni ta*i hidung C**a! 😅 Makan asam ni boleh mendatangkan ketagih

klcc
Asam ni pun sama jugak

klcc
Air lejen masa Raya satu masa dulu

klcc
Dulu gula-gula telur ni dijual 3 biji dalam satu peket, satu peket harganya 20 sen. Aku suka kunyah gula-gula ni hihi...

klcc
Satu lagi gula-gula macam Sugus, favourite aku perisa strawberry

klcc
Satu lagi jajan lejen

klcc
Gula-gula getah perisa blueberry. Suka sangat beli ni lepas tu makan 2 ketul terus boleh tiup jadi bubble

Masuk ke kiosk ni betul-betul menggamit kenangan zaman kanak-kanak dulu. Rasa nak balik ke zaman tu, rindunya! Aku siap video call mak aku, tunjuk beberapa bedak dan minyak zam-zam, terus dia mintak aku bawak dia ke kiosk ni bila dia datang ke KL minggu ni. Hihi. 

Dah puas membelek barang-barang di sini dan anak-anak pun ada beli jajan guna duit poket sendiri, kiteorang pun decide untuk balik. Bahaya kalau lama-lama di KLCC, takut hangus poket dibuatnya! 😜 Tapi seronok jugak sekali-sekala girls' outing dengan anak-anak, sekarang dah besar dah boleh buat teman berborak-borak. 

Nanti Makyeng dah sampai KL, boleh la repeat girls' outing lagi.

Read more »
on Saturday, February 11, 2023 20
Share this!
Tags
Journal, Motherhood & Pregnancy
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, February 10, 2023

Happy Birthday, My Mom!

Birthday

Selamat Hari Lahir yang ke-64 buat my mom! Mak la ratu hati kami adik-beradik. Seorang ibu yang cekal, yang banyak berkorban untuk kami adik-beradik dan disenangi oleh ramai sahabat-handai dan sanak-saudara.

Semoga mak sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kebahagiaan daripada Allah S.W.T. Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Kami semua sayang mak!

Nota kaki: Temankan mak jumpa doktor pakar untuk ambik result semalam hari ni. Lambat sikit update sbb Internet slow di klinik ni. Ramai betul orang kat klinik hari ni. Semoga semuanya baik-baik aje.

Read more »
on Friday, February 10, 2023 24
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, February 09, 2023

Mak Datang KL buat Pemeriksaan Tahunan

Semalam mak selamat sampai ke KL dari Bintulu. Hari ni dan besok, aku temankan mak ke Hospital Pantai KL untuk buat annual checkup di sini. Setiap tahun, mak kena datang ke hospital untuk buat pemeriksaan tahunan sampai doktor puas hati yang mak dah bebas dari kanser. Ni dah tahun kedua dia pergi pemeriksaan tahunan ni bermaksud dah 3 tahun sejak dia buat rawatan kimoterapi dan radioterapi.


Hospital Pantai KL
Dah setahun tak jejak kaki ke Hospital Pantai KL

Temujanji pukul 8 pagi, tapi 8.11 pagi baru masuk parking sebab nak keluar Sentul memang kena tempuh jem pagi-pagi. Macam biasa mak suruh aku pergi breakfast dulu sementara dia pergi ambik nombor giliran. Mak akan join aku lepas buat PET scan dan blood test sebab pagi ni dia kena puasa.


Hospital Pantai KL
Mak seriau setiap kali kena masuk terowong ni, katanya dia rasa macam masuk alam kubur

Hospital Pantai KL banyak tempat makan. Kalau rajin menapak, boleh ke food court. Tapi kesian pulak dekat mak, so aku pilih tempat dekat-dekat sikit. So pagi ni breakfast sandwich kayangan di O’Briens. Pesan hot chocolate dan sandwich chicken triple decker toastie. Harga semuanya RM36. Sandwich ni aku nak kongsi dengan mak lepas dia habis buat test nanti. Nak habiskan sorang-sorang memang tak dapat sebab banyak.


O’Briens
Makan separuh ni je boleh kenyang sampai ke petang

Terkenang masa mula-mula mak bagitau kami yang doktor suspek dia ada kanser nasopharyngeal carcinoma (NPC) iaitu kanser yang berlaku di bahagian antara hidung dan tekak. Kanser ni selalunya berlaku di kalangan orang dari negara-negara Asia Tenggara, China dan sebahagian Afrika sebab negara-negara ni kebanyakannya mengawetkan makanan menggunakan garam. Puncanya, mak masa muda dulu ada masalah resdung yang teruk dan mak suka makan ikan masin atau pekasam. Sejak dari tu, aku stop makan ikan masin dan pekasam.

Kebetulan masa mak bagitau kami tu, aku baru dapat arahan pindah balik ke KL. Jadi kami adik-beradik berbincang bawak mak ke KL sebab di Bintulu takde doktor pakar kanser. Aku dan kakak sama-sama keluarkan duit simpanan untuk bayar rawatan mak di Hospital Pantai KL memandangkan adik bongsu baru je start bekerja. Tapi adik bongsu la yang selalu temankan mak buat radioterapi dan kimoterapi sebab ofis dia fleksibel sikit bab-bab ambik cuti.

Sebelum buat rawatan kimoterapi dan radioterapi, mak kena jumpa pakar gigi sebab lepas rawatan kanser, mak tak boleh cabut gigi. Jadi kalau ada gigi rosak, kena cabut sebelum mula rawatan kanser. Masa pergi jumpa pakar gigi, terbongkar la rahsia mak yang banyak gigi dia dah reput dan rosak teruk. Selama ni dia sorok sakit gigi dari kami sebab tak nak kena bawak jumpa doktor gigi. Patut la masa di Bintulu bila aku ajak mak ke doktor gigi ada je alasannya. Rupa-rupanya mak takut jumpa doktor gigi. Tapi pakar gigi ni pandai pujuk mak aku sampai mak setuju cabut semua gigi yang rosak tu. Sudahnya gigi mak tinggal beberapa batang je lagi.

Lepas tu baru la mak buat rawatan kanser. Bagi aku, rawatan kanser tu agak agresif sebab mak kena pergi kimoterapi setiap hari selama 4 bulan. Radioterapi pun kena buat tiap-tiap minggu. Masa ni paling mencabar emosi kiteorang sebab tak sanggup tengok mak muntah-muntah, batuk-batuk dan ada masanya dia tak nak makan. Badan mak susut 20kg dalam 2 bulan. Mak muntah-muntah sampai kena tahan di hospital, kami gilir-gilir jaga mak tak tidur malam kena standby suakan straw untuk mak minum air setiap kali tekaknya kering (which is, setiap masa). Di rumah kena pujuk mak makan, sebab dia makan bubur sesudu dah tak lalu makan. Bila dah berjaya makan, dia batuk sampai termuntah pulak. Kena makan lagi. Malam-malam dia tak boleh tidur sebab badan kepanasan efek ubat kimo, tapi tak boleh on aircond sebab batuk teruk. Kesan radioterapi, tekak mak jadi kering berbulan-bulan lamanya dan bahagian leher dan muka mak jadi hitam. Pernah ada kawan mak ni tegur muka mak hitam dan hidung mak nampak penyek, kecik hati mak. Kiteorang cuma boleh mintak mak bersabar sebab tak ramai yang tahu mak kena kanser.


Mak posing dengan hadiah birthday dari adik lelaki di Kuching

Walaupun seksa menanggung semua tu, mak tak merungut pun, cuma pernah sekali dah tertanggung lagi dia menangis sebab termuntah atas katil. Kiteorang pujuk dia, belikan dia bunga barulah dia happy balik. Lepas habis rawatan, mak masih kena tanggung efek rawatan. Telinga mak dah tak boleh dengar sangat. Sekarang kalau bercakap dengan mak kena kuatkan sikit suara. Tapi ada masa dia dengar jugak. Dia kata telinga dia kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. 

Tapi ujian kanser ni ada hikmah di sebaliknya. Masa birthday mak tahun tu, ramai betul kawan-kawan mak yang kirimkan mak bunga, kek birthday, dan hadiah buat mak. Mak kata tak sangka ramai kawan-kawan baik di sekeliling yang prihatin tentang mak.

Mak pantang makan betul-betul dan bila check gula, doktor kata paras gula mak dah stabil. Sampai sekarang mak dah stop ambik ubat diabetes. Tapi kopi dia masih tak tinggal sampai sekarang 😂 Mak dan kopi berpisah tiada.

Lepas mak dah sihat, mak rajin join group pesakit kanser NPC sebab mak kata dia nak bagi semangat dekat pesakit-pesakit kanser yang tengah buat rawatan. Mak kata sokongan dari orang lain (anak-anak dan kawan-kawan) masa dia tengah struggle dulu yang bagi dia kekuatan dan semangat melawan perasaan nak give up buat rawatan. Sebab tu dia pun nak bagi semangat dekat orang lain sebab kita tak tau orang tu dapat sokongan ke tak dari orang-orang sekeliling.

Alhamdulillah, Allah beri kesembuhan buat mak dan aku doakan mak betul-betul dah bebas dari kanser. Tak sanggup rasanya tengok mak sakit macam dulu.

Pesan aku buat yang masih muda dan belum ada penyakit kritikal, baiklah korang ambik insurans perubatan dari sekarang sebab kos rawatan kanser ni berpuluh-puluh ribu. Aku menyesal tak ambik masa aku sihat dulu, sebab masa tu aku bergantung sepenuhnya dengan medical benefit di syarikat aku bekerja dulu. Lagi satu, aku risau kena scam sebab selalu baca kes orang ambik insurans perubatan tak pernah culas bayar bulan-bulan tapi bila sakit dan masuk hospital time nak claim kena reject atas pelbagai alasan. 

Siapa tau ada tak syarikat insurans yang terima kalau kita dah ada penyakit kritikal (dalam kes aku, diabetes dan darah tinggi)? 

Read more »
on Thursday, February 09, 2023 18
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, February 09, 2023

Tips Kurus 2: Minum Air Mengikut Keperluan Tubuh Badan

water
Kredit foto: freepik.com

7 sebab kenapa kita kena minum banyak air untuk mengurangkan berat badan:

1. Minum air boleh menyekat selera makan

Bila lapar, kita disarankan minum segelas air untuk mengawal selera makan. Dengan minum air, ia boleh membuat perut kita terasa penuh dan mengurangkan isyarat lapar ke otak. Minum 2 cawan air sebelum makan boleh mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil.

2. Minum air boleh meningkatkan metabolisme tubuh

Minum air terutama air sejuk / berais memaksa tubuh kita untuk melepaskan lebih tenaga untuk menaikkan suhu air yang diminum kepada suhu badan. Lebih banyak tenaga dipakai, lebih tinggi metabolisme kita. Tapi efek yang dipanggil thermogenesis ni takde la signifikan sangat.

3. Minum air boleh mengurangkan pengambilan kalori dari pengambilan cecair

Bila dibandingkan antara pengambilan sup, minuman kopi / teh atau minuman berperisa termasuk jus buah-buahan dengan air kosong, mengambil air kosong lebih elok kerana ianya tidak mengandungi sebarang kalori tapi turut memberi efek kenyang / menghilangkan dahaga. Jadi pilihlah air kosong.

4. Minum air membantu semasa aktiviti bersenam

Air membantu melarutkan mineral dan elektrolit dalam tubuh untuk membantu otot semasa bersenam. Kurang pengambilan air boleh menyebabkan seseorang terhidrasi serta kurang berpeluh, kejang otot dan cepat berasa penat ketika bersenam. Jadi nak bersenam lebih lama untuk bakar lebih banyak kalori dan lemak, minumlah air secukupnya.

5. Air membantu menyingkirkan sisa-sisa kumuh badan

Minum air dengan banyak boleh menyingkirkan sisa-sisa kumuh badan dengan cepat melalui air kencing. Buah pinggang kita pun tak perlu bekerja terlalu keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kumuh. Minum air secukupnya juga membantu melancarkan usus dan mengatasi masalah perut kembung dan sembelit.

6. Badan memerlukan air untuk membakar lemak

Badan memerlukan air yang cukup supaya boleh membakar lemak dengan efisyen. 

7. Minum air boleh mengurangkan stress

Ada kajian yang mendapati badan yang terhidrasi menyebabkan penghasilan kortisol atau hormon stress. Bila stress, kita hilang minat untuk bersenam atau makan makanan sihat. Kalau tak nak stress, kenalah minum air yang cukup.

Berapa banyak air yang diperlukan tubuh kita dalam sehari?




Nota kaki: Aku tengah berusaha minum air mengikut jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan. Kena tahan la asyik ulang-alik ke tandas sebab badan belum biasa lagi.

Read more »
on Thursday, February 09, 2023 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, February 08, 2023

Wordless Wednesday: How To Instantly Feel Better

How To Instantly Feel Better
Sumber: Reddit


Aku terjumpa tips macamana nak bagi mood jadi lebih baik. Yalah, mood kita ni naik dan turun setiap masa. Bila mood terjunam, kadang-kadang tak tau macamana nak bagi elok balik kan. End up bukak Shopee, bukak Tiktok lepastu sedar-sedar dah terbeli barang yang tak perlu pun, atau emotional shopping. Tak pun  emotional eating makan junk food sebab nak bagi mood happy balik. Aku macam ni la masa bekerja dulu, kalau stressed dengan masalah kerja je order GrabFood. Beli kek la, beli aiskrim la, beli kopi la. Dalam setahun lepas aku pindah ke KL, berat aku naik 10kg sebab KL ni syurga makanan!

Kalau ikutkan tips ni, bila stressed, cara nak bagi mood elok balik ialah dengan keluar berjalan-jalan. Tapi kan, jangan la pergi berjalan kat dalam shopping mall pulak takut end up emotional shopping. Kena la cari taman ke atau pergi hiking pun boleh release stress. Orang zaman sekarang kalau stress pergi healing jalan-jalan kat negara orang atau pergi camping. Ikut la nak jalan-jalan ke mana pun asala hilang stress tu.

Cuma bila marah, muzik boleh membantu ke? Rasanya cara yang bagus untuk turunkan kemarahan ialah dengan tidur. Kalau umat Islam pulak, bila marah disarankan kita beristighfar dan berwuduk.

Apapun, tak salah kita cuba tips ni. Mana tau membantu.

Kalau mood korang tak baik, apa yang korang selalu buat untuk ceriakan balik mood tu? Boleh share di komen ya.

Read more »
on Wednesday, February 08, 2023 16
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • My Small World
    57 minutes ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • Anies♥You
    2 hours ago
  • SURIA AMANDA
    3 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    3 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    3 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    4 hours ago
  • Aku Sis Lin
    4 hours ago
  • KakmimDotCom
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • mrhanafi.com
    5 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    5 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    5 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    6 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    6 hours ago
  • anajingga
    6 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    19 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Ainihalim
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • Amie's Little Kitchen
    2 days ago
  • orangbukit
    3 days ago
  • Mreneyoo
    6 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    4 weeks ago
  • Afzan Sidi
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 months ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Asa Blog
    4 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.