water
Kredit foto: freepik.com

7 sebab kenapa kita kena minum banyak air untuk mengurangkan berat badan:

1. Minum air boleh menyekat selera makan

Bila lapar, kita disarankan minum segelas air untuk mengawal selera makan. Dengan minum air, ia boleh membuat perut kita terasa penuh dan mengurangkan isyarat lapar ke otak. Minum 2 cawan air sebelum makan boleh mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil.

2. Minum air boleh meningkatkan metabolisme tubuh

Minum air terutama air sejuk / berais memaksa tubuh kita untuk melepaskan lebih tenaga untuk menaikkan suhu air yang diminum kepada suhu badan. Lebih banyak tenaga dipakai, lebih tinggi metabolisme kita. Tapi efek yang dipanggil thermogenesis ni takde la signifikan sangat.

3. Minum air boleh mengurangkan pengambilan kalori dari pengambilan cecair

Bila dibandingkan antara pengambilan sup, minuman kopi / teh atau minuman berperisa termasuk jus buah-buahan dengan air kosong, mengambil air kosong lebih elok kerana ianya tidak mengandungi sebarang kalori tapi turut memberi efek kenyang / menghilangkan dahaga. Jadi pilihlah air kosong.

4. Minum air membantu semasa aktiviti bersenam

Air membantu melarutkan mineral dan elektrolit dalam tubuh untuk membantu otot semasa bersenam. Kurang pengambilan air boleh menyebabkan seseorang terhidrasi serta kurang berpeluh, kejang otot dan cepat berasa penat ketika bersenam. Jadi nak bersenam lebih lama untuk bakar lebih banyak kalori dan lemak, minumlah air secukupnya.

5. Air membantu menyingkirkan sisa-sisa kumuh badan

Minum air dengan banyak boleh menyingkirkan sisa-sisa kumuh badan dengan cepat melalui air kencing. Buah pinggang kita pun tak perlu bekerja terlalu keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kumuh. Minum air secukupnya juga membantu melancarkan usus dan mengatasi masalah perut kembung dan sembelit.

6. Badan memerlukan air untuk membakar lemak

Badan memerlukan air yang cukup supaya boleh membakar lemak dengan efisyen. 

7. Minum air boleh mengurangkan stress

Ada kajian yang mendapati badan yang terhidrasi menyebabkan penghasilan kortisol atau hormon stress. Bila stress, kita hilang minat untuk bersenam atau makan makanan sihat. Kalau tak nak stress, kenalah minum air yang cukup.

Berapa banyak air yang diperlukan tubuh kita dalam sehari?




Nota kaki: Aku tengah berusaha minum air mengikut jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan. Kena tahan la asyik ulang-alik ke tandas sebab badan belum biasa lagi.

12 comments:

  1. so true.. MA memang 2 liter abis la kat opis ni..balik rumah pun so far memang byk minum...cukup la rasanya kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, bagusnya MA. fokus dan konsisten minum 2L air di ofis.

      Delete
  2. Ni la masalah CUya...kemain susah nk minum air masak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita Cuya. Kalau dah terleka tu, mmg terlupa terus nak minum air.

      Delete
  3. dah dah cuba sejak nov 2021. alhamdulillah byk jg perubahan yg sy nmpk antaranya keinginan minum air manis berkurangan. sesekali ada jg cheat day sbb teringin. cuma sy x boleh minum air kosong yg sejuk trs dari coway tu. nnt lutut cpt lenguh. so utk atasi sy beli air mineral setiap mggu buat stok. 7 botol. sehari 1 botol 1.5l wajib habiskn sblm jam 8pm sbb lps jam 8 sy x mkn apa2 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah gak terbaca kita digalakkan minum air mineral sekurang2nya sekali seminggu sbb air kosong takde mineral yang diperlukan badan. tapi klu kita jenis ambik multivitamin mungkin tak perlu. saya kena minum air sejuk baru laju sikit minum, klu air tu suhu bilik / suam saya lambat sikit nak habiskan.

      Delete
  4. Baru Kak Suw tau minum air boleh kurangkan stress. Kena minum lebih nie.. tapi Kak Sue sejak pkp dah mula cukupkan minum air kosong dah. Harap istiqomah lah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipidap kak sue! hehe. saya masih lagi gigih usaha ni.

      Delete
  5. SA selalu x cukup air..1 liter pun susah nak habis...pergh maknanya SA kena minum 2.5 liter air la ni...adussssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya camtu la SA. Sama2 la kita berusaha. Caiyok2x!

      Delete
  6. Nak sharing pengalaman saya kak. Dulu saya termasuk yg susaah sangat minum air. Tapi saat sekolah, ada 1 roommate yang punya kebiasaan minum air putih banyak, setiap pagi bangun tidur, dan di jam2 tertentu.

    Waku saya tanya gunanya apa, dia jawab supaya tak batuk. Krn waktu itu saya sering batuk, akhirnya saya ikutin cara dia. Saya beli tumbler ukuran 2 liter, tiap malam saya isi, dan setiap bangun pagi, saya minum dulu. Dan sepanjang hari botol itu harus habis.

    Lama2 jadi terbiasa. Dan memang saya akuin jadi jarang sangat batuk. Tapi efek positif lainnya, kulit saya jadi tak kering. Kurang minum air langsung terasa di kulit. Jadi kusam. Saya biasanya kurang minum kalo saat traveling, apalagi winter. Krn tak kepengin susah mencari toilet. Akhirnya jadi malas minum 😅. Tapi kalo sedang tak traveling, minum saya selalu sesuai dengan tumbler harian 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tips ni fanny. boleh diamalkan ni. terima kasih share ya ;)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .