Hari ni aku dan Suami Terchenta pergi ke Pasar Chow Kit membeli barang-barang basah. Balik dari pasar, terus panggil anak-anak tolong bersihkan barang-barang basah dan simpan sayur dan buah-buahan dalam peti sejuk. Sambil-sambil tu aku keluarkan bekas-bekas plastik untuk simpan lauk-lauk yang dah dibersihkan dan disiang. Ikan yang nak digoreng terus dilumur garam dan kunyit sebelum disimpan dalam peti ais. Nanti nak goreng, tinggal defrost dalam microwave dan goreng je. Ayam dan daging aku asingkan dalam bekas lain-lain ikut menu. Macam tu la rutin bila lepas balik pasar.
Anak-anak memang dah diajar cara-cara siang ikan dan sotong. Jadi aku cuma fokus untuk siapkan bahan-bahan untuk memasak.
Hari ni Sabtu, jadi giliran Khadeeja untuk tanak nasi. Aku dah plan lauk siput sedut, ikan goreng untuk Khayla (dia sorang je tak reti makan siput sedut) dan sayur pucuk paku. Sementara aku siapkan bahan-bahan memasak, Suami Terchenta bersihkan siput seduk dan potong ekor siput. Khayla pulak siang pucuk paku.
Khadeeja tolong siang ikan dan sotong |
Khayla tolong siang pucuk paku |
Dah setel semua bahan-bahan, Suami Terchenta ambik alih tugas memasak. Dia paling suka bila kena masak menu yang guna api besar sampai kadang-kadang api tu menyambar masuk dalam periuk! Fefeeling chef kat restoran agaknya suami aku ni! 😂
Ni la hasil kerjasama anak-beranak di dapur untuk makan tengahari ni:
Siput sedut masak kicap |
Pucuk paku tumis belacan |
Ikan bawal goreng |
Alhamdulillah, aktiviti memasak jadi seronok bila ada ramai assistant di dapur 😅