Koleksi Menu Berbuka Puasa 5 & 6 Ramadhan

Sebelum makcik call hari Isnin lepas, aku sebenarnya dah siap memasak lauk untuk berbuka puasa petang tu.

Lauk-lauk yang ringkas jadi pilihan - ikan goreng untuk anak-anak dan sambal sardin untuk aku dan Suami Terchenta. Dipadankan pulak dengan sayur labu air masak lemak. Lauk tambahan ialah bubur pedas pemberian makcik.



Untuk hari ke-6 pulak, aku keletihan sebab brisk walking pagi tu jadi aku tertidur lepas Asar. Mujur Suami Terchenta bekerja dari rumah, jadi dia yang tolong ambik Khayla pulang dari sekolah. Sedar-sedar Suami Terchenta gerak aku dan tanya nak masak atau beli di bazaar. Since aku dah defrost ayam tengahari tu, walaupun mamai lagi aku jawab nak masak je la. Masih trauma sebab Suami Terchenta sakit perut lepas makan makanan beli di bazaar Ramadhan 😑.


Menu berbuka puasa
Tomyam campur, enoki goreng tepung, epal, sirap ais

Hari ke-6 berbuka puasa menu yang lebih ringkas - tomyam ayam, buah epal dan cendawan enoki goreng tepung. Aku tak goreng sayur sebab dah letak banyak sayur campur dalam tomyam ayam - kacang buncis, cauliflower, carrot, jagung muda, cendawan tiram dan tomato. Kiranya lauk all-in-one ler tu...

Pagi tadi sahur tomyam ayam dan aku goreng telur dadar jugak. Alhamdulillah, janji kenyang dan beri tenaga untuk hari ni.

Petang ni tengah cari idea nak masak sayur apa untuk padankan dengan sayap ayam goreng. Mungkin aku tumis corned beef jugak sebab sayap ayam tu ada 4 ketul je confirm tak cukup hihi. Tunggu hujung minggu ni pergi ke Pasar Chow Kit cari bahan-bahan basah lagi Insya Allah.

Wordless Wednesday - Louis pun nak join sahur

Louis the chonky cat
Buat muka kesian mintak nasi jugak

Louis ni pantang tau bila tengok kiteorang berkumpul kat meja makan. Dia pun nak menyibuk sekali ambik tempat duduk menunggu dihidang makanan! 😂

Padahal pukul 8 pagi dia dah bukak puasa. Lepas makan macam biasa terkuak lentang kat mana-mana. Sejak bulan puasa ni makin gebu pulak aku tengok si Louis ni, dengan perut macam ada tembikai kecik sumbat sebijik dalam perut. Geli hati la tengok perangai awak ni Louis!

Hari ke-5 - Rezeki berbuka puasa dengan bubur pedas

Asyik citer pasal makanan je kan? Hehe. OK la sebelum masuk topik makanan, aku divert jap topik podcast yang aku dengar pagi tadi sambil briskwalking di Taman Tasik Titiwangsa. Panas lit-lit matahari pagi pun tak mengganggu fokus aku mendengar penyampaian yang sangat menarik oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dalam siri audio Wahai Tuhan melalui channel HijrahEd. 


apple podcast Islamic content
Apple Podcast

Siri Wahai Tuhan ni  mengupas nama-nama dan sifat-sifat Allah, Asma'ul Husna. Dalam episod "Al-Sami', Al-Basir", Ustaz menyebut Allah Maha Mendengar segala doa dan harapan hamba-Nya walaupun cuma terlintas dalam hati. Jadi apapun perkara (yang baik) yang kita minta, kita kena minta dengan Allah SWT sebab Allah Maha Mendengar.

Terus aku teringat, masa aku baca blog Sunah Sakura beberapa hari lepas dan Ciksun cerita pasal maknya buat bubur pedas untuk berbuka puasa, terus aku rasa rindu dengan kesedapan bubur pedas. Kalau kat sini bubur lambuk yang popular masa bulan puasa, kat Sarawak pulak yang popular ialah bubur pedas. Bubur pedas ni dibuat menggunakan bumbu bubur pedas, jadi susah nak cari kat sini melainkan ada orang kirimkan bumbu bubur pedas tu ke sini.

Masa aku baca blog Ciksun, terlintas dalam hati aku, 'Ya Allah, sedapnya bubur pedas. Kalaulah boleh buka puasa dengan bubur pedas.' Lepas tu aku terus terlupa pasal bubur pedas sepanjang hari tu 😅.

Semalam makcik aku missed call. Kebetulan makcik aku datang dari Sarawak melawat adik sepupu aku yang duduk area Sentul ni jugak. Katanya ada nak bagi makanan untuk berbuka puasa.

Masya Allah, rupa-rupanya makcik aku buat bubur pedas! 


bubur pedas sarawak
Bubur pedas Sarawak dan kurma pemberian makcik

Padahal aku bercakap dalam hati je, tak bagitau siapa-siapa pun yang aku teringin makan bubur pedas. Tiba-tiba Allah makbulkan keinginan aku melalui makcik aku.


bubur pedas sarawak
Sedapnya bubur pedas yang makcik aku buat

Makcik aku ni memang pandai memasak, siap bukak restoran makanan laut kat Mukah. Kalau pergi rumah dia, memang dia jamu masakan yang sedap-sedap. Ni first time dia jamu bubur pedas, teramat la heaven rasanya!


bubur pedas sarawak
Alhamdulillah, tercapai hasrat nak makan bubur pedas Sarawak

Itulah kisahnya rezeki bubur pedas yang aku relate dengan podcast pagi tadi. Memang best ceramah Ustaz Azlan Shah ni, sampai habis satu siri tu aku dengar sedar-sedar dah capai 10,000 langkah pagi tadi 🤭.

Sahur 6 Ramadhan - Recycle kuah masak lemak nenas buat pasta masak lemak

Hari kedua berpuasa, aku buat ayam masak lemak nenas untuk berbuka puasa dan sahur esoknya. Bila isi ayam dah habis dan tinggal beberapa ketul nenas je, rasa sayang pulak nak buang kuah masak lemak ni jadi aku simpan dalam peti sejuk.

Pagi tadi aku keluarkan kuah tu untuk buat pasta masak lemak. Sepatutnya aku letak chicken ham dalam pasta ni tapi aku terlupa nak defrost dulu sebelum tidur. Nasib baik ada cebisan-cebisan ayam dalam kuah ni walaupun tak banyak. Aku panaskan kuah masak lemak tu lepas tu masukkan pasta yang dah direbus. Dah siap (baca dengan nada Khairul Aming).


pasta masak lemak nenas
Pasta masak lemak nenas

Menu untuk anak-anak pulak ialah spaghetti. Sekali lagi, terlupa defrost meatball malam sebelumnya (ngantuk punya pasal).


spaghetti
Menu pasta untuk sahur

spaghetti
Anak-anak memang suka kosong je, tapi nak bagi ada sayur kena blend halus carrot pastu campur dalam kuah spaghetti

Korang selalu buat apa dengan kuah lebih? Cer kongsi sikit 😃

Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas

Sebelum bulan puasa, kiteorang beli bread macam biasa sebab anak-anak jenis suka ratah roti. Kadang-kadang sehari je dah habis sebuku roti. So dah jadi kebiasaan beli roti Gardenia bila ke pasaraya.

Tapi bila bulan puasa dan start bersekolah semula, anak-anak dah kurang sikit makan roti. Sudahnya dah masuk seminggu roti tu duduk dalam peti sejuk. Daripada tak berusik, baiklah aku buat lasagna dan puding roti.

Buat lasagna ni senang je. Walaupun nampak banyak langkah penyediaan, tapi sebenarnya setiap langkah tu ambik masa yang sekejap je.


Resipi lasagna guna bread

Lapisan Roti:

6 keping roti (tekan-tekan atau penyekkan guna rolling pin)
2 biji telur (dipukul)

Cara-cara:
Rendamkan roti ke dalam telur dan susun 2 keping setiap lapisan dalam bekas membakar lasagna

Lapisan Inti Daging:

Daging kisar (aku guna sekeping daging Ramly)
Bawang holland (cincang halus)
Garam dan gula secukup rasa
Italian herb (optional)
5-6 sudu besar sos spaghetti
Minyak masak secukupnya (boleh guna minyak zaitun jika nak)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging kisar dan hancur-hancurkan. Tumis sampai daging masak.
  3. Masukkan  sos spaghetti dan gaul sebati dengan daging.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan Italian herb.

Lapisan Sos béchamel / white sauce:

4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum 
1 cawan susu segar
2 keping cheddar cheese
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Cairkan mentega dalam kuali
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat. Lebih elok guna whisk supaya sebati dan tepung tak berketul-ketul. Campuran ni  dinamakan roux untuk pekatkan sos béchamel ni.
  3. Masukkan susu segar dan kacau lagi.
  4. Masukkan kepingan keju dan kacau sampai keju cair.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam.
  6. Tutup api bila sos dah pekat.

Lapisan Keju:

Keju parut secukupnya.

Cara-cara melapis lasagna:

  1. Letakkan 2 keping roti yang dah direndam dalam telur.
  2. Ratakan inti daging atas lapisan roti.
  3. Tuang sos bechamel atas lapisan daging.
  4. Tabur keju parut atas sos bechamel.
  5. Ulang sehingga membentuk 3 lapisan yang sama.

Sementara melapis lasagna, panaskan ketuhar pada suhu 170℃. Dah siap melapis, bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit sampai keju parut tu cair dan warna keemasan. 


Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Dah masak!

Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Kejadian selepas dibakar


Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Lapisan kat dalam


Baki roti tu aku buat puding roti pulak. Aku ikut resipi Che Nom. Boleh tengok resipi kat sini


Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Puding roti dengan kuah kastad