Sebelum bulan puasa, kiteorang beli bread macam biasa sebab anak-anak jenis suka ratah roti. Kadang-kadang sehari je dah habis sebuku roti. So dah jadi kebiasaan beli roti Gardenia bila ke pasaraya.

Tapi bila bulan puasa dan start bersekolah semula, anak-anak dah kurang sikit makan roti. Sudahnya dah masuk seminggu roti tu duduk dalam peti sejuk. Daripada tak berusik, baiklah aku buat lasagna dan puding roti.

Buat lasagna ni senang je. Walaupun nampak banyak langkah penyediaan, tapi sebenarnya setiap langkah tu ambik masa yang sekejap je.


Resipi lasagna guna bread

Lapisan Roti:

6 keping roti (tekan-tekan atau penyekkan guna rolling pin)
2 biji telur (dipukul)

Cara-cara:
Rendamkan roti ke dalam telur dan susun 2 keping setiap lapisan dalam bekas membakar lasagna

Lapisan Inti Daging:

Daging kisar (aku guna sekeping daging Ramly)
Bawang holland (cincang halus)
Garam dan gula secukup rasa
Italian herb (optional)
5-6 sudu besar sos spaghetti
Minyak masak secukupnya (boleh guna minyak zaitun jika nak)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging kisar dan hancur-hancurkan. Tumis sampai daging masak.
  3. Masukkan  sos spaghetti dan gaul sebati dengan daging.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan Italian herb.

Lapisan Sos béchamel / white sauce:

4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum 
1 cawan susu segar
2 keping cheddar cheese
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Cairkan mentega dalam kuali
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat. Lebih elok guna whisk supaya sebati dan tepung tak berketul-ketul. Campuran ni  dinamakan roux untuk pekatkan sos béchamel ni.
  3. Masukkan susu segar dan kacau lagi.
  4. Masukkan kepingan keju dan kacau sampai keju cair.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam.
  6. Tutup api bila sos dah pekat.

Lapisan Keju:

Keju parut secukupnya.

Cara-cara melapis lasagna:

  1. Letakkan 2 keping roti yang dah direndam dalam telur.
  2. Ratakan inti daging atas lapisan roti.
  3. Tuang sos bechamel atas lapisan daging.
  4. Tabur keju parut atas sos bechamel.
  5. Ulang sehingga membentuk 3 lapisan yang sama.

Sementara melapis lasagna, panaskan ketuhar pada suhu 170℃. Dah siap melapis, bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit sampai keju parut tu cair dan warna keemasan. 


Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Dah masak!

Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Kejadian selepas dibakar


Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Lapisan kat dalam


Baki roti tu aku buat puding roti pulak. Aku ikut resipi Che Nom. Boleh tengok resipi kat sini


Resipi Lasagna Guna Bread Yang Ringkas
Puding roti dengan kuah kastad

12 comments:

  1. Tudiaaa.....fav SA ni Lasagna, Dania pun suka sangat ni...nanit boleh cuba buat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu yg simple je utk berbuka puasa. Selamat mencuba SA 😋

      Delete
  2. wahhhh lain dari yang lain, pakei roti molah lasagna..boleh cuba tok kelak mun teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sulung kmk ternyaman2 jak padahnya haha. Lekak terawih sambung gik ngabis lasagna 😆

      Delete
  3. dua2 my fav ni nak buat je malas nak kena tunggu sabtu ahad ada masa lebih sikit

    ReplyDelete
  4. Pandainya buat lasagna... sedap tengok! Puding roti pun. Menggoda betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe idea nak habiskan roti sebenarnya, daripada roti expired tak dimakan.

      Delete
  5. suka lasagna tp tk pernh try buat sdiri..slalu adik ipar yg buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni buat versi simple je sbb nak perabiskan roti kat rumah ni 😁

      Delete
  6. bila buat sendiri jadi macam ni laaa... kemain menggoda lagi lasagna dia hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .