• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, April 07, 2023

Hari Ke-15 - Ke Bazaar UTC Sentul Pulak

Sebenarnya semalam aku tak berapa sihat. Perubahan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan ni menyebabkan aku diserang sakit tekak dan selsema lagi. Sahur semalam aku ambik ubat selsema dan lepas Subuh mengantuk dan tidur semula. Oh ya, sahur semalam kiteorang bersahur kari daging yang aku masak untuk berbuka puasa hari ke-14. 

Petang semalam dah plan nak ke bazaar UTC Sentul sebab nak cari gerai nasi kukus ayam planta. Bazaar tahun ni tak semeriah tahun lepas. Tak jumpa pulak gerai nasi kukus ayam planta. Sudahnya aku beli nasi arab. Nasi arabnya berharga RM13 tapi portion nasinya banyak cukup untuk 3 orang makan!


Bazaar Ramadhan UTC Sentul
Antara juadah berbuka yang ada di Bazaar UTC Sentul

Bazaar Ramadhan UTC Sentul

Inilah hasil membazaar semalam. Nasi arab kongsi dengan Suami Terchenta. Suami Terchenta beli lai chi kang tapi lai chi kang tu manis leting, tahap potong kaki manisnya! Dah refill air kosong setengah jag pun masih lagi manis. Tepung pelita tu yang paling kena di tekak aku. 

Pani puri tu tak dijual di bazaar Ramadhan tapi aku beli dengan aci India di seberang jalan. Intinya kentang dan kacang kuda. RM5 untuk 5 biji. Bagi aku sedap lagi yang dibeli di bazaar Jalan TAR.

Read more »
on Friday, April 07, 2023 14
Share this!
Tags
Bazaar, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 06, 2023

Alahai... CLK buat hal pulak!

Kalau korang baca blog posts aku awal-awal dulu, mesti korang tau aku gelar motor aku ni 'Cute Little Kriss' atau singkatannya CLK. Awal-awal kisah aku bawak motor, masa tu aku lepas grad dan baru dapat kerja di Senai dan berulang-alik Taman Universiti - Senai setiap hari. Setiap hari aku kena naik bas dan tukar bas di Sri Puteri (eh betul ke aku pun dah ingat2 lupa hehehe). Masa tunggu bas ke Senai tu la aku selalu diganggu oleh seorang lelaki ni. Sudahnya aku fed up, lepas mengadu dengan pakwe (a.k.a. Suami Terchenta sekarang ni), dia suggest aku ambik lesen motor dan beli motor.

Lepas dapat lesen L terus aku pergi ke kedai motor di Skudai dan bayar deposit untuk motor jenama Modenas Kriss secondhand sebab tu je yang termampu aku beli dan bawak balik on the spot masa tu. Start dari situ aku ke tempat kerja bawak motor dan walaupun motor tu dah kena curi lepas pindah ke Sri Gombak tapi nama CLK tu dah melekat (CLK yang aku bawa sekarang ni motor yang baru tapi jenama sama). Time kerja kat KLCC dulu, aku memang tak malu nak merempit ke ofis sebab yang penting aku dapat menyelit-nyelit dan sampai awal ke rumah sebab nak Khayla pulak lepas tu hehe.

Sejak pindah ke Bintulu aku stop bawak motor sebab di Bintulu jalan rayanya ya ampunnnn... boleh pendek nyawa sebab jalan berlubang-lubang dan berombak rindu sana sini. So CLK tu tersadai je la di Gombak nun takde siapa yang bawak sebab Suami Terchenta ada motor sendiri. Baru-baru ni Suami Terchenta tolong aku repair CLK supaya senang aku nak ambik dan hantar anak-anak ke sekolah.

Ingatkan dah ok la CLK ni, tapi aku perasan minyak cepat je habis. Semalam lepas ambik Khayla aku check dan tengok masih cukup nak hantar Khayla ke sekolah tengahari tadi. Sampai je kat sekolah Khayla, on the way nak balik tiba-tiba motor terus semput nyawa-nyawa ikan dan mati. Musykil aku. Rupa-rupanya tangki minyak dah kering!

 
Tersadai la kita di sini...

Terpaksa la aku tolak motor ke tepi jalan dan telefon Suami Terchenta. Nak menapak sambil tolak motor masih jauh lagi. Nasib baik Suami Terchenta kerja dari rumah hari ni. Boleh pulak dia gelakkan aku bila aku kata minyak habis. Cis. Dia ingat aku lupa isi minyak.

Sudahnya Suami Terchenta datang bawak tin minyak dan isi cukup-cukup untuk ke bengkel terdekat. So dia pun bawak la CLK ke bengkel sementara aku pulak bawak skuter dia balik ke rumah.

Bila Suami Terchenta balik dari bengkel, dia kata ada part dalam motor tu kena tukar sebab leaking. Jadi petang ni boleh la aku merempit dengan gembira macam biasa.

Read more »
on Thursday, April 06, 2023 24
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 06, 2023

Moisturizer Terbaik 2023 - Tahukah Anda Cara Pakai Moisturizer Penting Untuk Dapat Kulit Lembap Berseri Tanpa Berminyak

Bulan lepas aku terserempak dengan geng office yang dah lama tak jumpa. Apa lagi, wajiblah ambik selfie untuk post di group whatsapp.

Terus ada yang komen, ‘Wah, sejak duduk di KL, berseri-seri dah muka sekarang.’ Kembang sekejap hati ni.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
My au naturel face sebab aku tak suka pakai makeup waima bedak muka sekalipun!

Yalah, kalau dulu ambik selfie mesti nampak berkilat je dahi aku.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ni masalah bila kulit jenis berminyak - dahi berkilat ni boleh pantulkan balik flashlight kamera!

Kulit aku dari zaman sekolah dulu memang jenis berminyak. Masa baru nak naik remaja, aku selalu diusik kulit muka macam permukaan bulan (sebab masalah jerawat dan pori besar) dan boleh jimat minyak masak sebab boleh goreng telur kat dahi. Syukurlah masalah jerawat tu tak berlarutan sampai ke universiti sebab aku diperkenalkan dengan 3 tips penjagaan kulit muka yang penting - mencuci, menyegar dan melembapkan wajah:


Mencuci (cleanse)

Ini ialah perkara yang paling asas dalam penjagaan kulit wajah. Ini kerana wajah kita terdedah kepada pencemaran setiap hari. Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk memastikan liang pori tidak tersumbat, kulit kusam dan jerawat.


Menyegar (tone)

Langkah seterusnya ialah menyegarkan kulit muka dengan toner. Toner bertindak menghilangkan kesan kotoran dan sel kulit mati yang tersisa dan menjadikan kulit wajah lebih segar.


Melembap (moisturize)

Langkah ini wajib untuk mengekalkan kulit muka yang sihat dan berseri. Bagi mereka yang memiliki jenis kulit kering, kurang kelembapan akan menyebabkan muka menjadi kering, gatal dan kusam. Manakala mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, ia akan menyebabkan penghasilan sebum (minyak) yang berlebihan dan mengakibatkan liang pori besar / pori-pori terbuka serta timbul masalah blackhead dan jerawat.

Tapi walaupun aku berjaya mengatasi masalah jerawat, tapi kulit aku tetap berminyak dengan pori-pori terbuka.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Dahi berkilat dan aku berpisah tiada

Sehinggalah aku diperkenalkan dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, iaitu moisturizer water based pelembap yang terbaik untuk mereka yang mengalami masalah dehidrasi kulit kerana ia meresap dengan lebih cepat dan tidak menyumbat liang pori kulit. Since Aqua tidak menyumbat pori, moisturizer ni jugak sesuai untuk kulit berminyak sebab ianya berfungsi mengawal pengeluaran sebum berlebihan.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer

Aqua Whitening Cream ni mempunyai tekstur yang tidak berminyak dan seakan-akan gel jadi ianya tidak melekit dan rasa ringan je bila disapu pada kulit muka. Kesan ‘water drop’ krim ni buat muka aku rasa lembap, jadi ianya moisturizer terbaik untuk mereka yang memiliki kulit kering atau kulit yang terdedah pada suhu kering.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tekstur yang ringan dan selesa dipakai, dengan kesan ‘water drop’ yang cepat meresap dan tidak menyumbat liang pori

Moisturizer pakai waktu bila?

Bila perlu pakai moisturizer? Pakai moisturizer berapa kali sehari? Kalau nak kulit cantik, moisturizer perlu dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Gunakan moisturizer selepas mencuci muka pada waktu pagi dan sebelum menggunakan krim pelindung matahari. Mungkin ada yang nak tahu kenapa kena pakai moisturizer setiap hari? Jawapannya, kenalah pakai setiap hari supaya kulit muka tak hilang kelembapan dan mengelakkan masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan garisan kedut pada wajah. Pendek kata, nak kulit muka yang cantik dan berseri, moisturizer tak boleh tinggal!

Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ialah ianya boleh dipakai sebagai krim siang dan malam.


Tips Penjagaan Kulit Muka

Cara pakai moisturizer yang betul ialah dengan mencalit krim ke beberapa titik wajah (pipi, dahi, hidung dan bawah dagu) kemudian urut ke dalam kulit dengan gerakan bulatan ke atas sehingga keluar titisan air. Urut lembut muka sehingga titisan air meresap ke lapisan dalam kulit. Mudah kan? Tak sampai 5 minit dah selesai.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tips pakai moisturizer sebelum tidur

Pakai moisturizer dulu atau serum? Kadang-kadang soalan ni timbul bila ada orang keliru cara pakai skincare yang betul, moisturizer atau serum? Kalau serum termasuk dalam rutin skincare, pastikan korang pakai serum dulu baru pakai moisturizer supaya kulit menyerap serum dengan lebih efektif.

Pada sebelah malam, sebelum tidur cuci muka dan pakai moisturizer ni double layers untuk melembapkan kulit semasa tidur terutamanya kalau tidur pakai aircond. Barulah muka nampak segar dan kurang berminyak bila bangun tidur.

Aqua Whitening Cream ni merupakan moisturizer terbaik dan sesuai untuk orang yang memiliki kulit berminyak kerana ia mengandungi Niacinamide atau juga dikenali sebagai vitamin B3 yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak. Seterusnya ia boleh mengecilkan pori besar dan memperbaiki tekstur kulit. Tak hairanlah ianya sesuai dijadikan moisturizer untuk kulit berminyak.

Sebenarnya ni dah botol kedua aku pakai. Botol pertama dulu kongsi pakai dengan Khayla dan terbukti kulit nampak lebih berseri dan kurang berminyak selepas penggunaan yang konsisten. Kalau tak, takde la orang komen muka berseri-seri kan? Kesimpulannya, Aqua Whitening Cream ni bukan setakat krim malam terbaik, malah krim siang terbaik yang aku pakai setakat ni.

Psstt… nak kulit glowing dan berseri pada pagi Syawal kelak? Jom aku share tips bulan puasa ni. Amalkan moisturizer Aqua Whitening Cream ni sebagai sebahagian daripada skincare Ramadhan setiap hari 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur.

Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni boleh didapati dari laman web Hansaegee Nature dan korang boleh tengok jugak tips-tips skincare dan testimonial pengguna yang lain di media sosial mereka:


Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Read more »
on Thursday, April 06, 2023 13
Share this!
Tags
Beauty & Fashion, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 05, 2023

Sahur 14 Ramadhan - Ikan Goreng dan Sayur Bok Choy

ikan kembung goreng
 

Alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa. Setakat ni Allah masih beri peluang menunaikan solat terawih setiap malam walaupun cuma buat di rumah. Biasalah perempuan bila datang uzur tak dapat merebut pahala solat terawih. Jadi selagi tak uzur, selagi tu ambik kesempatan atas peluang yang diberikan Insha Allah.

Semalam kiteorang berbuka puasa dengan menghabiskan sisa-sisa lauk sebelum ni sebab freezer dah makin penuh dengan lauk yang tak habis. Tomyam, sambal sardin, sayur brokoli cendawan dan ayam goreng berempah semuanya jadi hidangan berbuka puasa semalam demi untuk mengosongkan freezer 😂. Pagi tadi nampak lapang la sikit freezer.

Pagi tadi pulak sahur kiteorang simple je. Ikan kembung dilumur dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam kemudian digoreng garing. Untuk sayur pulak, aku tumis bok choy. Cukup untuk bekalan tenaga sepanjang hari ni.

Semakin hari semakin kurang idea nak memasak lauk berbuka puasa 😅. Mungkin buat kari daging kot. Makan dengan roti canai pun sedap.

Read more »
on Wednesday, April 05, 2023 14
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 05, 2023

Wordless Wednesday - Welcome to the Enchanted Forest

Taman Tasik Titiwangsa

 

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa

"If I had a world of my own, everything would be nonsense. Nothing would be what it is because everything would be what it isn't. And contrariwise, what it is, it wouldn't be, and what it wouldn't be, it would. You see?" - Alice in Wonderland.

(Throwback masa brisk walking minggu lepas. suasana di taman tasik seolah-olah aku berada di enchanted forest 😃)
Read more »
on Wednesday, April 05, 2023 8
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • Amie's Little Kitchen
    3 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • Titian Perjalanan
    2 hours ago
  • a m m i
    4 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    4 hours ago
  • SURIA AMANDA
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    4 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    4 hours ago
  • Miles of smiles
    5 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    5 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    7 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    7 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    8 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    8 hours ago
  • My Small World
    9 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    9 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    9 hours ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    11 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    11 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    22 hours ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Sunah Sakura
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 days ago
  • Warisan Petani
    5 days ago
  • anajingga
    6 days ago
  • orangbukit
    6 days ago
  • Ako Tetap Ako
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Sodep
    1 month ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Blog Anamizu™
    2 months ago
  • Mreneyoo
    2 months ago
  • Afzan Sidi
    2 months ago
  • Blog Sal
    6 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.