Kalau korang baca blog posts aku awal-awal dulu, mesti korang tau aku gelar motor aku ni 'Cute Little Kriss' atau singkatannya CLK. Awal-awal kisah aku bawak motor, masa tu aku lepas grad dan baru dapat kerja di Senai dan berulang-alik Taman Universiti - Senai setiap hari. Setiap hari aku kena naik bas dan tukar bas di Sri Puteri (eh betul ke aku pun dah ingat2 lupa hehehe). Masa tunggu bas ke Senai tu la aku selalu diganggu oleh seorang lelaki ni. Sudahnya aku fed up, lepas mengadu dengan pakwe (a.k.a. Suami Terchenta sekarang ni), dia suggest aku ambik lesen motor dan beli motor.

Lepas dapat lesen L terus aku pergi ke kedai motor di Skudai dan bayar deposit untuk motor jenama Modenas Kriss secondhand sebab tu je yang termampu aku beli dan bawak balik on the spot masa tu. Start dari situ aku ke tempat kerja bawak motor dan walaupun motor tu dah kena curi lepas pindah ke Sri Gombak tapi nama CLK tu dah melekat (CLK yang aku bawa sekarang ni motor yang baru tapi jenama sama). Time kerja kat KLCC dulu, aku memang tak malu nak merempit ke ofis sebab yang penting aku dapat menyelit-nyelit dan sampai awal ke rumah sebab nak Khayla pulak lepas tu hehe.

Sejak pindah ke Bintulu aku stop bawak motor sebab di Bintulu jalan rayanya ya ampunnnn... boleh pendek nyawa sebab jalan berlubang-lubang dan berombak rindu sana sini. So CLK tu tersadai je la di Gombak nun takde siapa yang bawak sebab Suami Terchenta ada motor sendiri. Baru-baru ni Suami Terchenta tolong aku repair CLK supaya senang aku nak ambik dan hantar anak-anak ke sekolah.

Ingatkan dah ok la CLK ni, tapi aku perasan minyak cepat je habis. Semalam lepas ambik Khayla aku check dan tengok masih cukup nak hantar Khayla ke sekolah tengahari tadi. Sampai je kat sekolah Khayla, on the way nak balik tiba-tiba motor terus semput nyawa-nyawa ikan dan mati. Musykil aku. Rupa-rupanya tangki minyak dah kering!

 
Tersadai la kita di sini...

Terpaksa la aku tolak motor ke tepi jalan dan telefon Suami Terchenta. Nak menapak sambil tolak motor masih jauh lagi. Nasib baik Suami Terchenta kerja dari rumah hari ni. Boleh pulak dia gelakkan aku bila aku kata minyak habis. Cis. Dia ingat aku lupa isi minyak.

Sudahnya Suami Terchenta datang bawak tin minyak dan isi cukup-cukup untuk ke bengkel terdekat. So dia pun bawak la CLK ke bengkel sementara aku pulak bawak skuter dia balik ke rumah.

Bila Suami Terchenta balik dari bengkel, dia kata ada part dalam motor tu kena tukar sebab leaking. Jadi petang ni boleh la aku merempit dengan gembira macam biasa.

24 comments:

  1. best eh.. kmk x berani embak motor ya lah x terfikir pun nk belajar embak motor... mun diam di kl nait motor tok penyelamat juak oo... dpt juak cut time on the road... bah sine gik jalan dgn CLK tek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling jauh kmk embak ke Bangi dari Gombak hehe. Kinek tok mok embak masuk highway pun dah geli2 nyawa juak, dolok nang berani atas highway merempit sampai 100km/j pun penah 😂

      Delete
  2. respek nya ladies yg naik motor dlm jam jam ni.. MA memang x la, naik dok bonceng pun takut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terbiasa bonceng kawan pegi kelas naik motor masa zaman uni dulu MA. Housemate siap ajar bawak motor kat padang kawad dlm kampus hehe

      Delete
  3. Sejak motor masuk perdu nenas masa sekolah menengah dulu..sampai sekarang trauma..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam kakak saya, masa darjah 6 dia bawak motor atok kat kampung lepas tu terbabas masuk parit. Dgn luka2 kat badan, dia tinggal je motor kat situ lepas tu senyap2 balik rumah dan masuk tido. Trauma agaknya. Sampai sekarang dia tak berani bawak motor.

      Delete
  4. Senyum sendiri bayangkan tangki minyak motor yang kosong!
    Zaman saya belajar dulu, selalu bonceng kawan naik motosikal pergi kampus. Ingat lagi...motosikal Honda C70, dibeli turun-temurun dari pelajar senior.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sempat hantar Khayla ke sekolah kalau tak terpaksa la dia berjalan kaki hehe.

      Delete
  5. pssttt kita sampai skrg fobia naik moto hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish.. apa kes sampai fobia naik moto ni Kak Ret? Cer citer... hehe

      Delete
  6. Replies
    1. Skrg saya merempit dgn berhemah Uncle, tak macam dulu 😆

      Delete
  7. Wah, minah rempit juga ye, Carneyz ni. Hehe. Keje kl, bawa motor senang, kan. Semoga CLK cepat sembuh. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sembuh lepas asben bawak ke bengkel semalam hehe. Aah, sbb lrt kadang2 bermasalah, dgn nak cepat ambik anak kat daycare lagi ataupun kena pergi kelas petang (masa tu tgh sambung study kelas waktu malam). Klu LR bermasalah nak dapat grab / teksi punyalah susah. Jadi bawak motor la paling senang kesimpulannya hehe.

      Delete
  8. gaji pertama saya pun buat byr muka motor ulang alik pergi kerja masa bujang dulu,tapi lepas jatuh motor habis koyak rabak seluar baju terus trauma nak bawa motor,duduk belakang bonceng pun ada lagi rasa gerun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, teruk tu ye sis. Saya pernah 3x jatuh motor, masa first tu bawak laju sangat kat selekoh lepas tu tergolek atas jalan (baru2 lagi bawak motor tak reti estimate laju). Nasib baik pakai jaket jeans tebal dan seluar jeans. Kali ke-2 mengelak kereta tiba-tiba keluar dari bulatan (padahal tu jalan saya sbb saya dh di bulatan), sempat brek mengejut klu tak tercampak dalam pohon renek tepi jalan dan kali ketiga jalan licin tak sempat brek dan mengelak langgar kereta berhenti di lampu isyarat. Saya rasa berkat doa mak saya yg saya tak alami kecederaan yg serius setakat luka2 luaran je.

      Delete
  9. motor nostalgia ni..

    biasa laa tu motor lama ada je sengal dia sana sini. yg penting dia boleh tabur bakti lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih 12 tahun umur motor ni tapi masih elok dan berjasa lagi, sama macam kereta Exora kiteorang tu hehe.

      Delete
  10. Bestnya pandai naik motor. Ingatkan ni CLK sama dari zaman belajar. Rupanya nama je yang sama. Cepat-cepat sihat ye CLK

    ReplyDelete
    Replies
    1. CLK dah sihat Sal, rupanya ada part yang kena tukar sebab tu leaking hehe

      Delete
  11. nasib baik ada talian hayat suami tercinta yang ada berdekatan...kalau nak sorong boleh tahan juga...beribu-ribu kalori boleh terbakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah, terpaksalah tolak motor dalam cuaca panas klu suami takde di rumah..

      Delete
  12. SA masa remaja dulu pandai bawak motor dan suka lenjan motor Pak Zain...skrg? bonceng pun dah gigil inikan plak bawak motor..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA... bila dah umur 40-an ni, nak bawak lebih dari 60km/j pun dah gigil. Dulu kemain lagi 100km/j rilek lagi hahaha!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .