Bulan lepas aku terserempak dengan geng office yang dah lama tak jumpa. Apa lagi, wajiblah ambik selfie untuk post di group whatsapp.

Terus ada yang komen, ‘Wah, sejak duduk di KL, berseri-seri dah muka sekarang.’ Kembang sekejap hati ni.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
My au naturel face sebab aku tak suka pakai makeup waima bedak muka sekalipun!

Yalah, kalau dulu ambik selfie mesti nampak berkilat je dahi aku.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ni masalah bila kulit jenis berminyak - dahi berkilat ni boleh pantulkan balik flashlight kamera!

Kulit aku dari zaman sekolah dulu memang jenis berminyak. Masa baru nak naik remaja, aku selalu diusik kulit muka macam permukaan bulan (sebab masalah jerawat dan pori besar) dan boleh jimat minyak masak sebab boleh goreng telur kat dahi. Syukurlah masalah jerawat tu tak berlarutan sampai ke universiti sebab aku diperkenalkan dengan 3 tips penjagaan kulit muka yang penting - mencuci, menyegar dan melembapkan wajah:


Mencuci (cleanse)

Ini ialah perkara yang paling asas dalam penjagaan kulit wajah. Ini kerana wajah kita terdedah kepada pencemaran setiap hari. Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk memastikan liang pori tidak tersumbat, kulit kusam dan jerawat.


Menyegar (tone)

Langkah seterusnya ialah menyegarkan kulit muka dengan toner. Toner bertindak menghilangkan kesan kotoran dan sel kulit mati yang tersisa dan menjadikan kulit wajah lebih segar.


Melembap (moisturize)

Langkah ini wajib untuk mengekalkan kulit muka yang sihat dan berseri. Bagi mereka yang memiliki jenis kulit kering, kurang kelembapan akan menyebabkan muka menjadi kering, gatal dan kusam. Manakala mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, ia akan menyebabkan penghasilan sebum (minyak) yang berlebihan dan mengakibatkan liang pori besar / pori-pori terbuka serta timbul masalah blackhead dan jerawat.

Tapi walaupun aku berjaya mengatasi masalah jerawat, tapi kulit aku tetap berminyak dengan pori-pori terbuka.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Dahi berkilat dan aku berpisah tiada

Sehinggalah aku diperkenalkan dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, iaitu moisturizer water based pelembap yang terbaik untuk mereka yang mengalami masalah dehidrasi kulit kerana ia meresap dengan lebih cepat dan tidak menyumbat liang pori kulit. Since Aqua tidak menyumbat pori, moisturizer ni jugak sesuai untuk kulit berminyak sebab ianya berfungsi mengawal pengeluaran sebum berlebihan.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer

Aqua Whitening Cream ni mempunyai tekstur yang tidak berminyak dan seakan-akan gel jadi ianya tidak melekit dan rasa ringan je bila disapu pada kulit muka. Kesan ‘water drop’ krim ni buat muka aku rasa lembap, jadi ianya moisturizer terbaik untuk mereka yang memiliki kulit kering atau kulit yang terdedah pada suhu kering.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tekstur yang ringan dan selesa dipakai, dengan kesan ‘water drop’ yang cepat meresap dan tidak menyumbat liang pori

Moisturizer pakai waktu bila?

Bila perlu pakai moisturizer? Pakai moisturizer berapa kali sehari? Kalau nak kulit cantik, moisturizer perlu dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Gunakan moisturizer selepas mencuci muka pada waktu pagi dan sebelum menggunakan krim pelindung matahari. Mungkin ada yang nak tahu kenapa kena pakai moisturizer setiap hari? Jawapannya, kenalah pakai setiap hari supaya kulit muka tak hilang kelembapan dan mengelakkan masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan garisan kedut pada wajah. Pendek kata, nak kulit muka yang cantik dan berseri, moisturizer tak boleh tinggal!

Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ialah ianya boleh dipakai sebagai krim siang dan malam.


Tips Penjagaan Kulit Muka

Cara pakai moisturizer yang betul ialah dengan mencalit krim ke beberapa titik wajah (pipi, dahi, hidung dan bawah dagu) kemudian urut ke dalam kulit dengan gerakan bulatan ke atas sehingga keluar titisan air. Urut lembut muka sehingga titisan air meresap ke lapisan dalam kulit. Mudah kan? Tak sampai 5 minit dah selesai.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tips pakai moisturizer sebelum tidur

Pakai moisturizer dulu atau serum? Kadang-kadang soalan ni timbul bila ada orang keliru cara pakai skincare yang betul, moisturizer atau serum? Kalau serum termasuk dalam rutin skincare, pastikan korang pakai serum dulu baru pakai moisturizer supaya kulit menyerap serum dengan lebih efektif.

Pada sebelah malam, sebelum tidur cuci muka dan pakai moisturizer ni double layers untuk melembapkan kulit semasa tidur terutamanya kalau tidur pakai aircond. Barulah muka nampak segar dan kurang berminyak bila bangun tidur.

Aqua Whitening Cream ni merupakan moisturizer terbaik dan sesuai untuk orang yang memiliki kulit berminyak kerana ia mengandungi Niacinamide atau juga dikenali sebagai vitamin B3 yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak. Seterusnya ia boleh mengecilkan pori besar dan memperbaiki tekstur kulit. Tak hairanlah ianya sesuai dijadikan moisturizer untuk kulit berminyak.

Sebenarnya ni dah botol kedua aku pakai. Botol pertama dulu kongsi pakai dengan Khayla dan terbukti kulit nampak lebih berseri dan kurang berminyak selepas penggunaan yang konsisten. Kalau tak, takde la orang komen muka berseri-seri kan? Kesimpulannya, Aqua Whitening Cream ni bukan setakat krim malam terbaik, malah krim siang terbaik yang aku pakai setakat ni.

Psstt… nak kulit glowing dan berseri pada pagi Syawal kelak? Jom aku share tips bulan puasa ni. Amalkan moisturizer Aqua Whitening Cream ni sebagai sebahagian daripada skincare Ramadhan setiap hari 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur.

Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni boleh didapati dari laman web Hansaegee Nature dan korang boleh tengok jugak tips-tips skincare dan testimonial pengguna yang lain di media sosial mereka:


Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

12 comments:

  1. saya pun sama tak suka makeup mungkin juga sebab tak pandai nak makeup..pergi kerja just sapu sunblock

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama tak pakai makeup tapi saya pakai krim muka dgn sunblock. Krim muka saya waktu saya kerja dulu 2-in-1 dgn sunblock punya la nak cepat pagi2 😄

      Delete
  2. selalu dgar perkataan tu bila tgok anime..x sangka plak ad produk nye...sama lah kite, calit lipstick ja x nk bg nmpk pucat...

    thanks tuk tips pemakaian..kite nie culas, pkai siang jaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam pun kena pakai especially klu kita tido pakai aircond. Baru kulit muka tak kering.

      Delete
  3. kita calit la sket mekap ngan lipstik je... moist la muka dia lepas ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi haha! umur 40-an ni kena rajin sikit jaga kulit muka :P

      Delete
  4. Pernah guna sebelum ni...betul dengan pengunaan yang konsisten pasti hasilnya macam Carneyz sekarang...SA suka derhaka...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tak lama lagi SA nak naik pelamin, kena la rajin2 pakai dgn betul supaya kulit glowing je masa bersanding 😉

      Delete
  5. Huyyooo, best nih bila pakai moisturizer brand ni 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tak melekit dan cepat meresap. Bau pun best 👏🏻

      Delete
  6. sy pun jenis yg jarang mekap. so pelembab is a must. masih setia dgn brand sama sbb sy rs itu je yg serasi so far. belum derhaka utk tkr brand lain😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu dah jumpa brand yg serasi, teruskan je. Saya pulak suka mencuba2 tapi biasanya akan pilih brand yang paling best bila dipakai :P

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .