• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, June 12, 2023

Permainan Online Money Games Yang Menguji Minda dan Informatif

Salam Isnin semua! Macamana weekend korang semua? Weekend aku best sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama di JB tapi mak aii, penatnyaaa lepas sampai rumah! Respek dengan Kak Ujie boleh tahan travelling lama-lama, aku ni pulak baru KL-JB-KL dah pengsan bila sampai rumah, padahal bukan aku yang drive pun! Faktor penuaan agaknya ye huhu...

Anyway, banyak benda yang aku nak ceritakan tentang aktiviti weekend ni tapi sebab badan masih penat jadi otak pun jammed nak menulis. Bila otak jammed, aku perlukan sesuatu untuk mengalih perhatian dan minda aku. Jadi bila aku jumpa permainan-permainan menarik di laman web Money Games, apa lagi aku pun terus explore dan terus tersangkut bermain permainan kesukaan sampai terus terlupa nak menulis blog! 😂 Lagi-lagi permainan kat sini bebas dari iklan yang mengganggu masa kita tengah bermain, memang syok la main sampai puas hati hihi...

Yang menariknya permainan-permainan online di Money Games ni mengasah minda kita untuk berfikir strategi, kemahiran mencongak (mengira dalam otak) dan ada jugak permainan yang memberi info yang mungkin kita tak tau sebelum ni. Permainan-permainan ni bukan setakat sesuai untuk anak-anak kita mengasah minda (terutama permainan berasaskan kemahiran matematik), malah untuk orang dewasa macam aku ni pun agak mencabar jugak!

Senarai 5 permainan-permainan online Money Games yang menarik minat aku (dari tempat ke-bawah) ialah:


5. Wind and Solar


Wind and Solar
Wind and Solar

Sasaran permainan Wind and Solar ni ialah menjana sebanyak mungkin tenaga elektrik dari sumber angin dan cahaya matahari (solar). Sambil-sambil tu kena elak dari awan mendung sebab nanti tak dapat tangkap cahaya matahari. Bila angin bertukar aras dari atas ke bawah, jenuh la nak tinggikan / rendahkan kincir angin tu sebab nak pastikan kincir tu sentiasa berputar dan menghasilkan tenaga elektrik. Permainan ni sebenarnya tak memerlukan banyak sangat berfikir, jadi sesuai la untuk merehatkan minda (mind break) sambil-sambil berfikir tentang entry blog apa lagi yang nak ditulis 🤣.


4. Twin the Bin


Twin the Bin
Twin the Bin - kena asing dan sisihkan bahan kitar semula ikut kategori

Satu lagi permainan yang tak memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi ialah Twin the Bin, cuma kena fikir cara mengasingkan sampah ikut kategori. Kena pantas sambut sampah-sampah yang jatuh dari conveyer belt kat atas tu, tapi kena pastikan kutip sampah ikut kategori yang disuruh je. Contohnya arahan kena kutip bahan kitar semula dari kategori kaca, jadi kena elakkan dari kutip bahan-bahan selain kaca contohnya plastik, surat khabar atau sisa makanan.


3. Sort the Trash


Setiap kali tersilap masukkan kategori sampah berbeza, akan keluar tips kitar semula yang berguna untuk pengetahuan am kita

Permainan ni lebih kurang sama dengan Twin the Bin, cuma yang best nya kita boleh belajar tips-tips kitar semula yang mungkin kita tak pernah terfikir sebelum ni. Jadi secara tak langsung, kita boleh improve cara-cara mengasingkan sampah untuk dikitar semula. Memang mesra alam betul permainan Sort the Trash ni!


2. Supermarket Numbers


Permainan yang mengasah kemahiran mencongak dan kemahiran mengira (tambah, tolak, darab dan bahagi)

Kalau korang suka nombor, permainan Supermarket Numbers ni sangat menarik dan boleh mengasah kemahiran asas matematik korang. Permainan ni ala-ala Tetris tapi instead of susun blok untuk isi ruang kosong, korang kena pilih blok yang bila ditambah/ditolak/didarab/dibahagikan, hasilnya akan sama dengan nombor sasaran. Yang bikin lebih mencabar ialah korang kena complete setiap level dalam masa yang ditetapkan jadi kena pantas berfikir dan mengira! Kadang-kadang stress sikit main permainan ni bila nombor yang jatuh tu terlampau besar / kecik / tak sesuai untuk dapatkan nombor sasaran tapi masa tinggal beberapa saat je lagi hehe.


1. BBQ Roast


BBQ Roast
BBQ Roast ni nampak je senang tapi mencabar jugak!

Permainan paling aku suka dan boleh menyebabkan aku leka berjam-jam pada waktu lapang ialah BBQ Roast. Sasaran permainan ni ialah kena susun setiap jenis sayur / protein ni jadi set of 3 items. Contohnya, kena susun 3 ketul cendawan berturut-turut. Bila berjaya susun set, benda ni akan berubah bentuk jadi jenis yang lain. Ultimately, sayur / protein ni akan berubah jadi meatball. Permainan ni akan tamat bila berjaya menukarkan set sayur / protein menjadi meatball. Nampak senang tapiiiiii bila percayalah, banyak kali aku kena repeat level sebab dah sampai ke hujung lidi tu tapi tak dapat jugak nak susun jadi satu set yang aku nak. Dah la aku ni ada satu pe'el yang orang Sarawak gelar 'itok' (selagi tak dapat apa yang dikehendaki, selagi tu tak boleh move on 😂). Jadi aku end up repeat permainan berulang-ulang kali sampai aku berjaya dapat meatball.

Sebenarnya ada banyaaaakkkk lagi permainan menarik di laman web Money Games ni sampai aku tak ter explore. Sesambil korang bosan / ketandusan idea nak menulis blog, apa kata korang explore permainan-permainan online di Money Games ni. Jangan 'tersangkut' sampai lupa nak update blog sudah!

Read more »
on Monday, June 12, 2023 14
Share this!
Tags
Family Activities, featured, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, June 10, 2023

Lunch di Old Town White Coffee

Dah lama tak singgah makan di Old Town White Coffee. Semalam lepas teman adik sign SPA di pejabat lawyer sebelah SOGO, dia ajak makan di Old Town kat bawah pejabat lawyer ni. Katanya teringin nak makan mi kari.


Old Town White Coffee
First time pergi outlet Old Town kat sebelah SOGO ni

Old Town White Coffee
Masa kiteorang pergi ni dah pukul 1 lebih, mungkin crowd kurang sebab orang tak balik dari solat jumaat lagi

Kat sini order kena scan kod QR. Lepas pilih makanan yang kita nak, boleh terus buat online payment atau pilih bayar di kaunter.

Aku pilih kari ayam (RM8.80) dan nasi (RM2.50). Adik pulak pilih mi kari (RM17+). Lupa pulak mak pilih apa sebab time ni aku dah lapar giler haha. Sementara tunggu kari ayam sampai, aku pesan roti bakar. Betul la orang cakap roti bakar kat sini dah kureng tak macam dulu. Minuman pulak aku dan adik pilih air soya sejuk (RM7) dan mak pilih kopi latte. Mahal betul harga air soya kat sini.


roti bakar
Nipis je roti bakar sekarang, mentega kat dalam tu pun dah tak setebal macam dulu

kari ayam Old Town White Coffee
Nasi dan kari ayam

Mi kari Old Town White Coffee
Mi kari

Bagi aku not bad la makanan kat sini. Cuma kari tu aku rasa macam kurang santan. Ke kari kapitan memang takde santan? Entah la. Baru tau Old Town ada jual jugak pes masakan sendiri kot-kot teringin nak buat sendiri mi kari kat rumah. 

Read more »
on Saturday, June 10, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, June 09, 2023

Hukum Isteri Membetulkan Bacaan Suami Dalam Solat

solat jemaah
Kredit foto: http://1nota1ilmu.blogspot.com/

Menegur kesalahan imam dalam solat Jemaah telah disyariatkan melalui sabda Rasullah SAW:


التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

Maksudnya: Bertasbih itu untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita [Sahih al-Bukhari (1203), Sunan Abi Daud (939) dan Sunan al-Nasa’ie (1210)].

Para ulama juga bersepakat bahawa ma’mum perlu menegur dan membetulkan imam jika dia tersalah atau terlupa pada bacaan al-Qur’an atau pada perbuatan-perbuatan solat yang lain. (Rujuk Al-Taj wa al-Iklil 2/27, Mathalib Uli al-Nuha 1/485 dan Nail al-Authar 2/373)

Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan tegahan tasbih (menyebut Subhanallah secara kuat) oleh wanita adalah kerana mereka disuruh untuk merendahkan suara dalam solat untuk mengelakkan fitnah, manakala lelaki ditegah daripada menepuk kerana ia lebih sinonim dengan wanita. (Rujuk Fath al-Bari 3/77)

Menurut Ibn Abd al-Barr pula, beliau menukilkan pandangan sebahagian ahli ilmu yang menyatakan bahawa sebab makruhnya tasbih oleh wanita, dan keharusan menepuk untuk menegur imam adalah kerana kelembutan suara kebanyakan wanita dan mungkin ia akan mengganggu konsentrasi jemaah lelaki. (Rujuk Al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid 21/108)

Menurut Imam al-Zarkasyi pula, menepuk untuk menegur imam adalah dalam keadaan wujudnya lelaki-lelaki ajnabi; adapun jika jemaah solat dan imam terdiri daripada wanita atau lelaki-lelaki mahram, maka hendaklah mereka bertasbih secara jahar (kuat dan terang). (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/418)

Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz, dimana harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Bahkan Syeikh Ibn Baz mengharuskan wanita menegur imam dalam solat jemaah jika sekiranya tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukanlah aurat, dan aurat hanyalah jika melembut-lembutkan dan melayukan suara, dan inilah yang dilarang.

Kesimpulannya, kami memilih pandangan yang mengharuskan wanita menegur imam secara bertasbih jika imam tersalah atau membetulkan bacaan imam jika terlupa, dengan syarat jika dia solat bersama suami, lelaki mahram atau sesama wanita. Namun yang lebih afdhal ialah menegur dengan cara menepuk.

Adapun jika solat jemaah bersama lelaki ajnabi, maka dia dilarang menegur secara tasbih, dan hendaklah dia menegur secara menepuk sahaja.

Wallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Untuk penerangan yang lebih ringkas dan jelas, boleh rujuk ceramah UAI kat sini:



Nota kaki: Kalau suami tak perasan jugak lepas ditegur dan teruskan solat contohnya dia pergi buat rakaan ke-5 masa solat Isya', kita kena niat mufaraqah (berpisah dari imam ketika solat berjemaah) dan terus duduk tahiyat akhir sebab kita dilarang mengubah rukun solat dalam keadaan sedar. Selepas solat, kita kena terus ingatkan imam untuk sujud sahwi (Sahih Al-Bukhari (404)).

Read more »
on Friday, June 09, 2023 8
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, June 08, 2023

Lunch di Waroeng Penyet @ SOGO

Tengahari tadi lepas hantar Khayla ke sekolah, tiba-tiba terasa bosan pulak duduk di rumah jadi aku keluar jalan-jalan cari makan di Sogo. Park motor di stesen LRT Sentul dan naik LRT ke stesen Bandaraya. Nasib baik ada bawak pelitup muka sekali, sebab sekarang ni naik pengangkutan awam masih lagi kena pakai pelitup muka.

Sampai di SOGO, aku naik ke tingkat 7 sebab aku dah aim nak makan nasi ayam penyet. Dah lama rasanya tak makan nasi ayam penyet. Since aku tak pernah makan kat sini, so jom kita cuba menu ayam penyet kat sini.


Waroeng Penyet @ SOGO
Dah naik escalator ke tingkat 7, jalan lurus je akan nampak Waroeng Penyet ni

Waroeng Penyet
Katanya branch ni asal dari Indonesia


Eh, eh. Nasi ayam penyet sekarang dah naik hargalah. Last sekali aku beli nasi ayam penyet, harga dalam sekitar 8 - RM12. Ni aku ambik set lunch dengan air teh o ais semuanya RM17.50. Punya lama tak makan nasi ayam penyet sampai tak perasan dah naik harga ye. Isk, isk. Sekali lagi sisturr speechless.

Lepas bayar, aku pilih meja sementara menunggu makanan dihantar. Dalam 10 minit macam tu, makanan pun sampai.

OK nasi ayam penyet dah sampai!


nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet bahagian peha + teh o ais = RM17.50

Lupa pulak nak bagitau, kat sini sambal self-service ye. Boleh pergi ambik di stesen sambal dan pilih sama ada nak sambal pedas atau kurang pedas. Satu lagi aku lupa pulak. Kalau habis boleh refill sambal percuma.


ayam penyet
Close up gambar ayam

Verdict - ok la. Sambalnya tu boleh layan la di tekak aku. Siap 2x aku tambah ye. Sebuk tu rasa macam tak cukup pulak. Tapi kalau compare nasi ayam penyet kat sini dengan yang Nasi Ayam Penyet Best di Sunway Putra, aku rasa aku prefer Nasi Ayam Penyet Best kot.


Sogo
Sambil makan, aku layan view air terjun dalam mall ni

Lepas makan, aku jalan-jalan sekejap dan terus balik. Risau pulak terbelanja benda-benda tak sepatutnya kalau lama-lama dalam Sogo ni! 😂

Read more »
on Thursday, June 08, 2023 26
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, June 08, 2023

Makan Aiskrim dan Bingsu di Perfect Ice

Beberapa minggu lepas ternampak kiosk baru di Sunway Putra - Perfect Ice. Nampak tulisan kat belakang tu dalam bahasa Korea, aku teka ni mesti satu lagi cawangan dari Korea.


Mango Bingsu
Kiosk Perfect Ice terletak di level LG Sunway Putra Mall

Betul tekaan aku, sebab bila aku pergi laman web dieorang, ni yang aku baca tentang Perfect Ice:


"Perfect Ice is a brand that is dedicated to providing its customers with the most authentic and delicious milkshakes and ice cream. Established in 2015 at Bamdokkarbi Night Market in South Korea, the brand has expanded to 100 outlets across the country and has now ventured into Malaysia. At Perfect Ice, our mission is simple yet essential: to offer our customers an unforgettable and enjoyable experience through our carefully crafted milkshakes and ice cream.

We take pride in using innovative technology to frost premium ingredients without adding water or ice, resulting in a smooth and thick texture that allows you to taste the real flavors of our products. Our commitment to using only high-quality ingredients and maintaining the highest standards of hygiene and food safety has earned us a loyal following among our customers.

At Perfect Ice, we believe that everyone deserves a delicious treat. Whether you are a milkshake enthusiast or an ice cream lover, our wide range of flavors and toppings are sure to satisfy your cravings. Visit us at any of our outlets to experience the Perfect Ice difference today!"

Hebat ya, dari pasar malam di Korea boleh expand sampai ke Malaysia. 👏🏻👏🏻 Orang Malaysia kan peminat tegar K-drama dan suka mencuba makanan Korea, jadi dekat situ dieorang ambik peluang masuk ke Malaysia. Kalau korang perasan banyak drama Korea sekarang ni kadang-kadang ada selit negara Malaysia dalam scene dieorang:


Dr Cha
Babak dalam K-drama Dr Cha (kredit: Youtube)


Berbalik kepada kiosk Perfect Ice, jom tengok apa yang ada kat sini:


Perfect Ice Milkshake
Menu tarikan di Perfect Ice

Perfect Ice Milkshake
Macam-macam perisa milkshake tapi masa kiteorang pergi, botol milkshake dah habis...

Lepas belek-belek menu yang ada, Khadeeja akhirnya pilih aiskrim vanilla, Khayla ambik chocolate milkshake dan aku dan Suami Terchenta pesan mango bingsu.


Perfect Ice Milkshake
Konsep kat sini lebih kurang macam kat llaollao - boleh pilih topping yang kita nak untuk aiskrim (ada bermacam-macam jenis topping, boleh rujuk laman web Perfect Ice)

Perfect Ice Milkshake
Sepatutnya milkshake ni dijual dalam botol tapi sebab botol habis dieorang jual dalam cup

Perfect Ice Milkshake
Mango bingsu

Bagi aku semuanya OK. Milkshake tu agak pekat, minum milkshake je pun dah kenyang. Aku lebih suka mango bingsu di emart24 sebab ada topping ketulan buah mangga tapi bingsu di Perfect Ice ni dieorang letak whipped cream.

Kalau nak tengok menu lain dan topping yang ada, boleh pergi laman web Perfect Ice.

Read more »
on Thursday, June 08, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • KasihkuAmani
    55 minutes ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 hours ago
  • Travel My Way
    4 hours ago
  • Miles of smiles
    5 hours ago
  • Aku Sis Lin
    6 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    7 hours ago
  • mrhanafi.com
    8 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    8 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    16 hours ago
  • Drawing the Words
    20 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    22 hours ago
  • a m m i
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • My Small World
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    6 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.