Tengahari tadi lepas hantar Khayla ke sekolah, tiba-tiba terasa bosan pulak duduk di rumah jadi aku keluar jalan-jalan cari makan di Sogo. Park motor di stesen LRT Sentul dan naik LRT ke stesen Bandaraya. Nasib baik ada bawak pelitup muka sekali, sebab sekarang ni naik pengangkutan awam masih lagi kena pakai pelitup muka.

Sampai di SOGO, aku naik ke tingkat 7 sebab aku dah aim nak makan nasi ayam penyet. Dah lama rasanya tak makan nasi ayam penyet. Since aku tak pernah makan kat sini, so jom kita cuba menu ayam penyet kat sini.


Waroeng Penyet @ SOGO
Dah naik escalator ke tingkat 7, jalan lurus je akan nampak Waroeng Penyet ni

Waroeng Penyet
Katanya branch ni asal dari Indonesia


Eh, eh. Nasi ayam penyet sekarang dah naik hargalah. Last sekali aku beli nasi ayam penyet, harga dalam sekitar 8 - RM12. Ni aku ambik set lunch dengan air teh o ais semuanya RM17.50. Punya lama tak makan nasi ayam penyet sampai tak perasan dah naik harga ye. Isk, isk. Sekali lagi sisturr speechless.

Lepas bayar, aku pilih meja sementara menunggu makanan dihantar. Dalam 10 minit macam tu, makanan pun sampai.

OK nasi ayam penyet dah sampai!


nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet bahagian peha + teh o ais = RM17.50

Lupa pulak nak bagitau, kat sini sambal self-service ye. Boleh pergi ambik di stesen sambal dan pilih sama ada nak sambal pedas atau kurang pedas. Satu lagi aku lupa pulak. Kalau habis boleh refill sambal percuma.


ayam penyet
Close up gambar ayam

Verdict - ok la. Sambalnya tu boleh layan la di tekak aku. Siap 2x aku tambah ye. Sebuk tu rasa macam tak cukup pulak. Tapi kalau compare nasi ayam penyet kat sini dengan yang Nasi Ayam Penyet Best di Sunway Putra, aku rasa aku prefer Nasi Ayam Penyet Best kot.


Sogo
Sambil makan, aku layan view air terjun dalam mall ni

Lepas makan, aku jalan-jalan sekejap dan terus balik. Risau pulak terbelanja benda-benda tak sepatutnya kalau lama-lama dalam Sogo ni! πŸ˜‚

26 comments:

  1. Tak singgah tengok busker depan sogo?

    ReplyDelete
  2. Hmmm...lihat foto ayam penyetnya jadi mengundang selera nih Mbak.
    Saya suka juga dengan ayam penyet. Taburan bumbunya yang renyah itu membuat cita rasa ayam menjadi istimewa.
    Indonesian food banyak juga penggemarnya disana Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam penyet sudah menjadi makanan popular di sini Pak. Rata2nya sama cuma sambalnya yang membezakan keenakan di cawangan berbeda.

      Delete
  3. sebelum puasa aritu sy dgn blogger sal makan kat meja dpn air terjun tu. sal order dr warung penyet ni. sy order kat tgkt bawah bw naik ke atas😁 tp tu laa punya laa lama tggu sal.punya order smpi. sy mkn dah setgh baru dia dpt makanan...x tau laa apa kena dgn staf warung ni hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke. Tghr tadi pergi macam cepat je sampai. Mungkin pergi weekdays servis cepat sikit sbb tak ramai sangat pelanggan kot.

      Delete
  4. Memang bahaya kalau jalan lama2 window shoping ni. Boleh jadi racun daripada tak plan membeli sedar2 terbawa balik barang. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak terfikir nak beli periuk sebijik tapi bila igt balik nanti bawak motor celah mana nak letak periuknya terus tak jadi beli πŸ˜‚ selamat duittt

      Delete
  5. Bestnya boleh tambah sambal. Nasi ayam penyet ni bergantung kepada sambal juga untuk menikmati keenakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Kak Amie. Highlight nasi ayam penyet ni kat sambalnya.

      Delete
  6. Ayam penyet bandar raya sudah naik harga ....begitu juga ayam penyet di daerah...juga naik harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terkejut jugak tengok harganya tapi bila kenangkan dah sampai di Sogo baiklah pejam mata dan bayar je. Nasib baik sambalnya sedap.

      Delete
  7. Dah lama jg x mkn ayam penyet..yg dulu x sama dgn yg sekrg..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, ayam pun macam dah 'kecut' sikit compare dengan yg dulu πŸ˜…

      Delete
  8. Di Indonesia terlalu banyak resto dan warung ayam penyet kak, sampai saya tak tahu mana yg bercabang, apalagi sampai ke Luar negara πŸ˜…

    Tapi sebenernya, ayam penyet jni bisa dibilang enak kalo sambalnya enak. Itu yg paling utama dah πŸ˜„. Jadi kalo sambel failed, dah laah, ayam pun langsung tak sedap πŸ˜‚

    Di jakarta aja saya jarang Nemu yg enak. Tapi sekali ketemu yg sesuai lidah, langsung jadi langganan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan Fanny, sambalnya itu yang jadi superstar 🀩 kalau sambal tak sedap, memang kurang menikmati nasi ayam penyetnya. Mujur aja sambal di sini sedap, terus tambah 2x 🀭

      Delete
  9. rajin jugak la tu..sorang2 sampai ke sogo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja tukar angin MA hehe. Lagipun naik LRT dalam 4 stesen dah smp.

      Delete
  10. apa saja laa yang tak naik harga kan.. sedap tu ayam penyet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau sangat naiknya, terkejut kita dibuatnya huhu

      Delete
  11. Lamak x mkn di foodcourt sogo... eh sogo pun mcm lamak juak dh x pegi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tok tempat wajib orang Sarawak ngabas ka? hahaha

      Delete
  12. Sedapnya, nasi ayam penyet. Bila Carneyz share gambar air terjun dalam sogo tu, baru teringat dulu-dulu, pernah dating kat depan tu. Hehe.. tapi dulu tak ada restoran. Macam lapang je. Atau ada tempat main game, tak silap saya, dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, lama nau tu Nur. Saya pun penah gak dating kat sini hihi

      Delete
  13. Hehe keluar makan seorang. Suka juga makan nasi ayam penyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari zaman student dulu saya ok je keluar makan seorang hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .