solat jemaah
Kredit foto: http://1nota1ilmu.blogspot.com/

Menegur kesalahan imam dalam solat Jemaah telah disyariatkan melalui sabda Rasullah SAW:


التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

Maksudnya: Bertasbih itu untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita [Sahih al-Bukhari (1203), Sunan Abi Daud (939) dan Sunan al-Nasa’ie (1210)].

Para ulama juga bersepakat bahawa ma’mum perlu menegur dan membetulkan imam jika dia tersalah atau terlupa pada bacaan al-Qur’an atau pada perbuatan-perbuatan solat yang lain. (Rujuk Al-Taj wa al-Iklil 2/27, Mathalib Uli al-Nuha 1/485 dan Nail al-Authar 2/373)

Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan tegahan tasbih (menyebut Subhanallah secara kuat) oleh wanita adalah kerana mereka disuruh untuk merendahkan suara dalam solat untuk mengelakkan fitnah, manakala lelaki ditegah daripada menepuk kerana ia lebih sinonim dengan wanita. (Rujuk Fath al-Bari 3/77)

Menurut Ibn Abd al-Barr pula, beliau menukilkan pandangan sebahagian ahli ilmu yang menyatakan bahawa sebab makruhnya tasbih oleh wanita, dan keharusan menepuk untuk menegur imam adalah kerana kelembutan suara kebanyakan wanita dan mungkin ia akan mengganggu konsentrasi jemaah lelaki. (Rujuk Al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid 21/108)

Menurut Imam al-Zarkasyi pula, menepuk untuk menegur imam adalah dalam keadaan wujudnya lelaki-lelaki ajnabi; adapun jika jemaah solat dan imam terdiri daripada wanita atau lelaki-lelaki mahram, maka hendaklah mereka bertasbih secara jahar (kuat dan terang). (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/418)

Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz, dimana harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Bahkan Syeikh Ibn Baz mengharuskan wanita menegur imam dalam solat jemaah jika sekiranya tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukanlah aurat, dan aurat hanyalah jika melembut-lembutkan dan melayukan suara, dan inilah yang dilarang.

Kesimpulannya, kami memilih pandangan yang mengharuskan wanita menegur imam secara bertasbih jika imam tersalah atau membetulkan bacaan imam jika terlupa, dengan syarat jika dia solat bersama suami, lelaki mahram atau sesama wanita. Namun yang lebih afdhal ialah menegur dengan cara menepuk.

Adapun jika solat jemaah bersama lelaki ajnabi, maka dia dilarang menegur secara tasbih, dan hendaklah dia menegur secara menepuk sahaja.

Wallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Untuk penerangan yang lebih ringkas dan jelas, boleh rujuk ceramah UAI kat sini:



Nota kaki: Kalau suami tak perasan jugak lepas ditegur dan teruskan solat contohnya dia pergi buat rakaan ke-5 masa solat Isya', kita kena niat mufaraqah (berpisah dari imam ketika solat berjemaah) dan terus duduk tahiyat akhir sebab kita dilarang mengubah rukun solat dalam keadaan sedar. Selepas solat, kita kena terus ingatkan imam untuk sujud sahwi (Sahih Al-Bukhari (404)).

8 comments:

  1. Ya lah laki kmk pun selalu padah mun ada terkehel tegur jak terus subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok ya lah tek, mun xda lelaki ajnabi solat berjemaah sekali, boleh jak isteri bertasbih negur imam/suami.

      Delete
  2. Tak salah menegur, bila salah dalam solat, dengan adabnya. Terima kasih, Carneyz, share tentang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, share kat sini sebab kadang2 saya lupa bila suami buat silap contohnya terlupa rakaat, nak tasbih ke nak tepuk belakang tapak tangan haha

      Delete
  3. Ada beza tegur ketika bersama suami atau ada lelaki ajnabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dengan suami boleh bertasbih tapi bila ada lelaki ajnabi kena bertepuk je.

      Delete
  4. baca entry ni trs teringat video si adik tegur bacaan abg dia dlm solat. adik sorg lg tu stress je tgk akk dia x henti2 tegur si abg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, baru tengok satu video kat tiktok ni sama macam adik anies, tegur tajwid abang dia tak henti2 masa solat.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .