6 Tabiat Buruk Yang Perlu Dihindarkan

tabiat buruk
 

1. Berbelanja lebih dari kemampuan

Ni tabiat paling buruk sebab akan mengundang masalah bukan setakat pada diri-sendiri malah orang lain! Lagi-lagi jenis yang dapat gaji je beli benda yang mahal-mahal atau berbelanja sesuka hati tapi bila dah 'kering' tengah-tengah bulan, mulalah kesana-sini mintak pinjam duit dari orang lain untuk survive. Bila dah bagi pinjam, buat-buat lupa nak bayar balik. Bila tak kasi pinjam, dikutuknya kawan tu kedekut. Buruk kan tabiat macam ni?


2. Bergaul dengan orang-orang yang suka memperlekehkan orang lain

Your circle of friends determine your success. Kalau nak berjaya kita kena berkawan dengan orang-orang yang positif dan sentiasa beri galakan pada kita. Hindarkan dari berkawan dengan orang yang bila kita nak buat sesuatu untuk memperbaiki hidup kita, dia suka memperlekehkan niat dan usaha kita. Kawan-kawan begini hanya menjatuhkan kita sebab taknak kita lebih berjaya dari mereka.


3. Sering menganggap diri-sendiri sebagai mangsa keadaan

Orang yang selalu melihat dirinya sebagai mangsa keadaan suka menyalahkan orang lain / takdir atas nasibnya sendiri. Dia sering merasakan kalau dia berusaha pun tak akan ada hasilnya sebab ada je orang lain yang akan menganiaya dirinya. Sebaliknya kena pupuk mentaliti seorang juara yang tak akan mengalah walau apa pun cabaran dan ujian yang hadir.


4. Banyak alasan

Pernah dengar tak kata-kata ni? Bila nak buat sesuatu jangan bertangguh, sebab kalau bertangguh atas banyak alasan selalunya tak menjadi. Tabiat memberi banyak alasan bila disuruh / kena buat sesuatu perkara ialah tabiat buruk yang tak mendatangkan sebarang faedah.

5. Terlalu cuba untuk meraih pujian dari orang lain

Orang yang hidup untuk pujian orang lain atau menjadi idola orang ramai akan sanggup buat sesuatu perkara yang bodoh atau di luar batas semata-mata untuk mendapatkan pujian dan perhatian. Contoh terbaik, segelintir golongan influencer selalu buat benda-benda bodoh atau menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial untuk meraih banyak 'likes' dan 'view' dari orang ramai, sampai ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri / bergolok-gadai demi menjaga status dan imej di media sosial.


6. Fokus hanya pada perkara negatif

Senang cerita - be positive! Bila terlalu memikirkan perkara negatif, minda kita takkan nampak peluang di depan mata. Orang yang sentiasa positif hidupnya lebih ceria dan lebih berjaya dari orang yang sentiasa berfikiran negatif.

Sumber: Internet


Nota kaki: Nak berjaya kena pupuk tabiat yang baik dan tinggalkan tabiat yang buruk. 

Pengalaman Menginap di Hotel Thistle Johor Bahru

Sebenarnya dah lama aku tak menginap di hotel selain hotel-hotel bawah jenama Marriott Bonvoy (sebab nak kena kumpul Elite Nights dan kekalkan status Silver Elite setiap tahun), jadi bila wedding Nas dan Ariff ni buat dekat Hotel Thistle JB, ni peluang untuk aku merasa duduk di hotel selain hotel Marriott Bonvoy.

Dari luar bangunan hotel ni memang nampak gah dan unik sebab sedikit melengkung. Hotel Thistle JB terletak di tengah-tengah pusat bandaraya dan sangat mudah diakses dari pelbagai destinasi popular di sekitar bandar JB (lokasi hotel 30 minit je dari Singapura sebab tu ramai orang Singapura yang suka menginap di hotel ni). Hotel ni dilengkapi dengan dewan yang besar, kolam renang dan kemudahan tempat kereta bawah tanah yang luas. Dari segi star rating, aku tengok berbeza-beza - ada yang bagi 4 bintang dan ada yang bagi 5 bintang. Kalau dibandingkan pengalaman aku menetap di hotel-hotel lain, aku boleh katakan hotel ni 4 bintang. Kenapa aku cakap 4 bintang je ye? Nanti aku explain.


Hotel Thistle JB
Bangunan Hotel Thistle Johor Bahru dari luar

First impression aku, pintu masuk utama ke lobi agak grand macam hotel mewah. Tapi bila kiteorang sampai, takde staff yang tolong keluarkan luggage jadi kenalah buat sendiri. Berbeza kalau aku pergi ke hotel Marriott Bonvoy atau hotel 5 bintang yang lain, akan ada staff yang tunggu di luar lobi untuk tolong tetamu keluarkan beg dari kereta dan simpan atas troli beg untuk dihantar ke bilik.


Hotel Thistle JB
Pintu masuk utama ke lobi hotel

Melangkah masuk ke lobi, aku terus nampak kaunter pendaftaran. Cuma yang kelirunya takde signage yang barisan tu untuk daftar masuk / daftar keluar. Ramai jugak yang baru datang dan terus bertanya barisan yang mana untuk daftar masuk. Masa pendaftaran pun agak panjang. Tapi bila aku sampai kat kaunter dan bagi nombor tempahan di Agoda.com, dalam 5 minit je dah dapat kunci bilik. Jadi tak pasti apa yang menyebabkan proses menunggu tu lama sangat. Dari segi layanan, kakitangan di kaunter pendaftaran masa tu agak kurang mesra mungkin sebab terlalu sibuk dengan barisan tetamu menunggu untuk daftar masuk yang agak ramai. Tapi Kak Siti kata masa dieorang daftar masuk, dieorang dapat layanan mesra pulak. Jadi tahap perkhidmatan tak konsisten macam di hotel 5 bintang.


Hotel Thistle JB
Kaunter daftar masuk tetamu

Kiteorang ambik bilik Deluxe Twin Room (rate semalam RM279++). Biliknya luas dan selesa, dilengkapi dengan TV LCD, bathtub dan WiFi percuma. Kemudahan lain macam seterika, ironing board, cerek elektrik dan minuman (kopi, teh dan air botol) pun disediakan. Sayangnya, fungsi steam seterika dalam bilik kiteorang rosak sebab tangki airnya bocor dan air menitis-nitis keluar. Ironing board pulak ada paku di tengah-tengah, terpaksa pakai separuh ironing board je untuk seterika sebab takut baju koyak. Pihak housekeeping kena sentiasa check kemudahan dalam bilik ni dan gantikan dengan yang baru kalau ada kerosakan untuk keselesaan tetamu hotel.


Deluxe Twin Room Thistle JB
Bilik deluxe twin room (katil berkembar)

Dalam bilik air pulak disediakan berus gigi, syampu, conditioner, shower gel, sabun dan tuala untuk 2 orang. Tapi satu je slack - takde alas kaki. Jadi kalau nak keluar dari bathtub, kena berhati-hati sebab lantai licin.


Deluxe Twin Room Thistle JB
Ruang dalam bathtub yang luas

Deluxe Twin Room Thistle JB
Peralatan mandi yang disediakan

Deluxe Twin Room Thistle JB
Peralatan mandi yang disediakan

Keseluruhannya aku puas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan bilik walaupun ada beberapa kelemahan macam yang aku ceritakan tadi. Lagi satu, kiteorang rasa aircond dalam bilik hotel tak cukup sejuk atau lambat sejuk (bukan bilik kiteorang je, bilik Kak Siti/Che Mat dan Amat pun sama). Macam bilik kiteorang aku dah set aircond temperature paling sejuk tapi malam tu aku tidur tak pakai selimut sebab tak rasa sejuk aircond tu. Cuma bila dah awal-awal pagi baru rasa sejuk sikit.

OK jom kita tengok pulak sarapan di Hotel Thistle JB ni. Bagi tetamu yang nak bersarapan di hotel, sarapan bufet disediakan di restoran Glass yang terletak di aras LG dari lobi hotel dan berdepan dengan kolam renang. Masa kiteorang pergi ni (Jun 2023), harga bufet ialah RM38 sekepala. Sangat murah bagi hotel 4 bintang.


hotel buffet Thistle JB
Untuk ke restoran Glass, kena turun tangga dari lobi

Seating area luas dan kalau tingkat bawah dah penuh, tetamu boleh pilih untuk duduk di tingkat atas. Cuma leceh sikit la kena naik tangga sambil bawak makanan. Satu lagi aku rasa slack sikit takde lif nak turun ke bawah, jadi kalau nak bawak orang tua yang berkerusi roda makan kat sini, rasanya susah sikit unless ada akses untuk kerusi roda yang aku tak tau la.


hotel buffet Thistle JB
Restoran ni berdepan dengan kolam renang

Dari segi variety makanan, ada banyak pilihan di hotel ni contohnya nasi goreng, mi goreng, nasi lemak, sosej, kari ayam, egg station, bread station, cereal station, porridge and noodle station, salad station dan roti canai. Dari segi rasa, sebenarnya bagi aku biasa-biasa je la tapi ada jugak menu yang aku suka contohnya bubur nasi berlauk. Pilihan kopi dan teh pun banyak di sini. Untuk harga RM38 sekepala, bagi aku berbaloi la bersarapan kat sini.


hotel buffet Thistle JB
Antara makanan sarapan bufet di Hotel Thistle JB

Bagi aku, penginapan di Hotel Thistle JB ni ialah value for money dengan harga bilik yang aku bayar tu. Yang penting bilik bersih, tilam dan bantal selesa dan kemudahan dalam bilik lengkap dan berfungsi. Kalau nak staycation pun boleh sebab dalam bilik ada bathtub boleh la anak-anak mandi sepuas-puas hati dalam bilik atau di kolam renang. 

Overall, aku bagi rating 8/10.

Tapi kalau nak pengalaman 5 bintang masa staycation, pilihan aku setakat ni masih lagi hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy. Korang pulak suka duduk hotel apa?

Bila Geng KAMIE Buat Rombongan Ke Majlis Perkahwinan Anak Sislin (Part 4)

 Baca juga:

Eh, ada lagi ke cerita, kan dah habis majlis? Ada lagi... hihi...

Esoknya, semua pakat turun breakfast sama-sama pukul 7.30 pagi. Sebenarnya aku tak ambik pakej breakfast sebab ingatkan nak sarapan di luar tapi majoriti pilih makan di hotel sebab lebih senang. Nasib baik harga breakfast kat Hotel Thistle JB ni murah jugaklah dalam RM38 sekepala. Kalau RM100 ke atas, mintak maaf la baik aku pergi sarapan kacang pool di Restoran Kacang Pool Haji 😅.


Antara muka-muka yang terawal sampai, tolong cop meja

Che Mat dan Kak Siti yang sampai dulu, lepas tu Sislin, Abang Sabar, aku dan Kak Retna pulak satu lif jadi kiteorang turun sama-sama. Tak lama lepas tu, Shai muncul diikuti dengan Suami Terchenta.


Masing-masing khusyuk makan

Ada kisah yang lucu buat kiteorang gelak sampai keluar air mata! Sislin bagitau Yana nak join sarapan sekali. Tiba-tiba dia tengok ke arah tangga dari lobi, dia melambai ke arah seseorang sambil berkata, 'Panajng umur si Yana ni!' Kiteorang pun toleh ke arah tangga jugak, tapi tak nampak pun Yana dan suaminya Khidir. Rupa-rupanya Sislin salah orang! Orang yang kena lambai tu pun blur je tengok  kiteorang. Adoi la, Sislin ni, tahap confident tu tinggi betul. Macamana boleh tak cam anak sendiri?  🤣 

Tapi akhirnya Yana yang sebenar pun muncul bawak si Khalish yang comel ni. Pagi ni baik pulak mood dia, nak didukung orang lain.

Shai rindu ada baby kecik ke tu?

Ala, geramnya dengan awak ni Khalish! Bila nak ada baby lagi ni?

Dalam pukul 10 pagi macam tu, baru muncul Kak Diella dan suaminya, jadi makin panjang pulak sesi sarapan pagi tu. Bila Abang Sabar bangun kata kena balik rumah sebab ada tetamu di rumah, baru la masing-masing angkat dan gerak. Shai datang dengan motor baru, dahsyat betul turun ke JB naik motor. Kalau aku, mau kebas punggung 5 jam atas motor.

Memandangkan kiteorang dan Che Mat sama-sama balik ke KL, kiteorang pakat singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh untuk makan tengahari. Sempat lagi Kak Siti skodeng Exora kiteorang tengah memotong depan Ford Ranger dieorang hehe.


Dah rasa berkonvoi pulak bila kena skodeng ni hehe

Alhamdulillah, berakhirlah trip rombongan ke majlis perkahwinan anak Sislin. Penat tu memang penat, tapi puas hati dan seronok dapat berjumpa dengan geng KAMIE.

Wordless Wednesday: Kalau Nak Buat Brownie Kedut, Ini Caranya

Brownie Kedut
Brownies kedut

Semalam mengajar kelas memasak lagi di sekolah Khadeeja. Resipi bulan ni ialah brownies. Kawan aku kongsikan tips untuk buat brownies berkedut kat permukaannya. Memang cantik tau kejadiannya. Brownies ni lembut dan tak padat sangat, aku suka!

Tips nak bagi brownies ni berkedut ialah kena pastikan gula larut dalam adunan. Jadi pagi tadi, lepas cairkan mentega, kiteorang kacau gula dalam mentega cair tu sampai larut. Lepas tu baru sejukkan sekejap dan campur dengan telur. Kalau campur masa tengah panas-panas nanti jadi telur hancur pulak dalam tu.

Yang senangnya pasal resipi ni ialah semua sukatan bahan-bahan utama (tepung gandum, serbuk koko, chocolate chips, gula perang, gula putih dan mentega) ialah 1 cawan.


Resipi Brownie Kedut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan - tepung gandum, serbuk koko, chocolate chips, gula perang, gula putih dan mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur gred A
  • Secubit garam
Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 165℃.
  2. Cairkan mentega atas api yang perlahan.
  3. Masukkan gula perang dan gula putih, kacau sampai larut. Matikan api dan ketepikan.
  4. Ayak tepung dan serbuk koko bersama. Masukkan garam.
  5. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam adunan mentega dan gula. Pukul sampai sebati.
  6. Masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. 
  7. Masukkan chocolate chips ke dalam adunan dan gaul sebati lagi. Adunan akan menjadi pekat.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking sheet. Taburkan chocolate chips ke atas adunan sebagai hiasan.
  9. Bakar selama 25-30 minit.
Nota kaki: Kalau taknak manis sangat, boleh kurangkan gula perang dan gula putih sebab chocolate chips tu pun dah manis.

Bila Geng KAMIE Buat Rombongan Ke Majlis Perkahwinan Anak Sislin (Part 3)

Baca juga:

Majlis perkahwinan Nastasea dan Ariff kali ni memang lain dari majlis kahwin yang biasa aku hadiri. Kenapa? First of all, majlis ni dibuat sebelah malam. Tetamu jemputan kena tunjuk kod QR untuk mendaftar (macam pergi conference gituhh) sebab kalau tak daftar, tak dapat la nombor meja. Kata Sislin, taknak pening-pening uruskan tetamu majlis, jadi serahkan je dekat Rimbunan Events untuk uruskan. Memang logik la nak ambik servis guest management ni, macam kiteorang je dah 2x bertukar plan, mula-mula nak pergi berdua, tiba-tiba datang bertiga. Baru 3 orang tetamu dah 2x bertukar rancangan, belum lagi 500 tetamu yang lain!

Secondly, majlis ni berkonsepkan ala-ala English kot. Selama ni aku pergi majlis perkahwinan memang rata-rata berkonsepkan Melayu tradisional, so ni kali pertama aku pergi yang konsep barat. Emcee majlis (IG: @emcee_azim) pun pakai suit ikut tema jugak, tapi ucapannya penuh dengan pantun Melayu. Tak berhenti-henti dia bercakap, kau! Memang tak rugi la Sislin ambik dia jadi emcee kihkih...

Jam 8.40 malam, emcee majlis mengumumkan ketibaan keluarga pengantin kedua-dua belah pihak. Masa ni kiteorang dah keluarkan handphone masing-masing nak tangkap gambar mak pengantin ni. Fuhh, cam artis la Sislin malam tu, siap lambai-lambai keliling dewan lagi hihi.

Lepas keluarga pengantin duduk, pengantin pun masuk sambil diiringi gesekan biola lagu 'Sempurna' (Andra & The Backbone) dimainkan oleh Irfan Marzuqi (IG: @irfan.marzuqi_). Bila dengar gesekan biola yang sungguh mengasyikkan, terus menggamit emosi romantis dalam suasana majlis tu. Tak lepas-lepas mata kiteorang tengok kedua-dua pengantin yang melangkah masuk menuju ke pelamin di atas pentas, sambil dalam hati memuji gaun pengantin yang dikenakan oleh Nas dan jambangan bunga di tangan.


Nastasea x Ariff
Pengantin macam pinang dibelah dua, sama cantik sama padan...

Sislin
Mak pengantin mengalahkan retis, siap melambai-lambai keliling dewan! 😆

Irfan Marzuqi violin player
Semua terpersona dengar gesekan biola dari Irfan Marzuki

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan acara memohon restu ibubapa.


Nastasea x Ariff
Pengantin baru dan pengantin lama duduk atas pelamin

Acara seterusnya ialah acara yang paling ditunggu-tunggu para tetamu - makan! 


Dinner Thistle JB
Menu bertemakan masakan Melayu

Dinner Thistle JB
Semua sedap-sedap, paling aku suka sotong sumbat tu bertambah-tambah aku makan!

Dinner Thistle JB
Masing-masing dah tak toleh kiri-kanan, laporrrrr!

Dinner Thistle JB
Sago gula melaka ni sedap sangat, aku ambik semangkuk lagi hihi!

Sambil menikmati hidangan, emcee menjemput beberapa orang yang terpilih untuk memberi ucapan khas buat pengantin baru. Mula-mula sekali, nama Sislin la yang naik diikuti dengan best friends Nas dan Ariff.


Sislin
Nasib baik dapat control emosi, kalau aku agaknya dah berjurai air mata lap dengan alas meja!

Lepas makan, pengantin naik ke pentas untuk acara memotong kek.


Nastasea x Ariff
Pengantin potong kek

Dengan tu, selesailah acara majlis perkahwinan Nas dan Ariff malam tu. Akhir sekali ialah sesi bergambar di atas pelamin dengan pengantin baru.


Nastasea x Ariff
Dengan geng KAMIE (deko pelamin oleh Whitebox Designed (IG: @whitebox.d)

Buat Nas dan Ariff, selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga, ameen Ya Rabbal Alameen!

Buat Sislin dan Abang Sabar, tahniah dapat menantu baru! Terima kasih jemput kiteorang ke majlis perkahwinan Nas. Kiteorang tunggu jemputan ke majlis Amat pulak ni hehe.


Nastasea x Ariff
Terima kasih atas door gift nya...

Kot-kot ada yang tengah cari servis untuk majlis perkahwinan di JB, aku tolong senaraikan IG profile dieorang kat sini:


Emcee : Abdul Azim 
Pemain biola : Irfan Marzuqi
Guest management : Rimbunan Events
Deko pelamin : Whitebox Designed