• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, June 19, 2023

Dapat Kad Jemputan Kahwin? Jangan Buka!

Zaman yang serba canggih dan kreatif sekarang ni, ramai yang nak menampilkan kelainan dalam kad jemputan kahwin dieorang. Yang pasti kad digital sekarang semakin digemari ramai sebab bukan setakat mesra alam, tapi lebih jimat. Betul tak? Kad digital ni bukan je dalam bentuk imej tak bergerak, ada jugak bentuk yang lebih canggih contohnya kad yang interaktif.

Tapi bila terima kad jemputan kahwin terutama orang tua yang mungkin ingat kad tu dari saudara-mara / kawan-kawan, berwaspada bila nak bukak terutama kalau format kadnya tu suruh muat turun aplikasi ke dalam telefon.

Taktik terbaru ni aku dapat tau bila pagi tadi sepupu share screenshot mesej ni dalam Whatsapp group keluarga:


scam kad kahwin


Nampak tak betapa licik scammer ni sebab bila pakcik tu tanya nombor siapa tu, dia suruh install dulu baru tau siapa yang bagi kad? Yalah, kadang-kadang ada orang terhilang nombor kawan atau tukar nombor baru, jadi mungkin pakcik tu ingat kad tu dari kawannya yang dia tak simpan nombor tu dalam hp.

Rupa-rupanya dah ada yang orang yang jadi mangsa taktik penipuan ni sebab mesej yang di forward tu bagitau kawannya pergi klik dan muat turun file .apk tu. Sedar-sedar duit dalam akaun banknya lesap.

Sekarang scammer dah tukar taktik sebab taktik iklan cuci rumah tu dah ramai yang sedar iklan tu scam. Jadi dia tukar hantar kad kahwin pulak. Maklumat nombor telefon sekarang bersepah dijual dalam dark web sekarang sebab tu senang-senang je dia menyamar hantar kad tu siap tulis nama penerima dalam mesej tu, supaya orang yang terima mesej tu percaya kad tu memang datang dari sumber yang boleh dipercayai.

PENGAJARAN kat sini:

  1. Jangan klik sebarang pautan dalam mesej dari nombor tak dikenali, terutama bila file tu hujungnya ada .apk (ni telefon Android je boleh install))
  2. Jangan muat turun aplikasi di luar Google Playstore / App Store / Samsung Galaxy Store / Huawei App Gallery atau app store rasmi dalam hp kita.
  3. Jangan isi maklumat perbankan bila diminta oleh aplikasi yang tak diketahui. Sentiasa semak alamat laman web bank ialah alamat yang betul (depannya ada https:// dan simbol mangga berkunci) untuk mengelak dari memasukkan maklumat bank (nama dan kata laluan) dalam laman web palsu yang menyerupai laman web bank.
  4. Jangan bagi kebenaran untuk sebarang aplikasi mengakses SMS dalam hp.

Scammer sekarang dah makin bijak, jadi kita kena jadi lebih bijak dari scammer. Kalau kita terleka dan scammer lesapkan duit dalam bank, jangan pulak masa tu kita salahkan pihak bank tak jaga duit kita betul-betul. Ia umpama kita sendiri yang serahkan kunci rumah dekat pencuri lepas tu salahkan pintu tak jaga harta kita betul-betul. Kita  pun bertanggungjawab upgrade pengetahuan kita tentang keselamatan digital kita terutama melibatkan perbankan dalam talian.

Apapun, semoga kita semua terlindung dari tipu daya scammer 🤲🏻  .

Read more »
on Monday, June 19, 2023 28
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 19, 2023

Louis Dah Ada Kawan Baru!

Semalam kiteorang pergi ke SPCA sekali lagi. Kali ni nak cari kawan untuk teman Louis bermain supaya tak la dia bosan kat rumah ni. Masa dalam perjalanan, aku bagitau Suami Terchenta dan anak-anak, 'Harap-harap ada la kucing bulu kembang macam Kitty (kucing lama).' Haha. Berangan-angan kan percuma 😝.

Lepas isi maklumat dalam borang adoption, kiteorang pun pergi ke bilik kandang kucing kat SPCA. Tiba-tiba Suami Terchenta cuit aku dan bagitau, 'Tengok kucing tu, mesti awak nak kucing tu kan?'

Hai, nama saya Kirra!

Wah, bagai bulan jatuh ke riba! Rezeki kiteorang ada kucing bulu panjang kat SPCA. Geram je nak belai-belai bulu dia ni, tapi dia masih takut dengan orang. Staff kat situ bagitau kalau nak ambik Kirra, kena ambik sekali dengan kakaknya, Kiyomi. Khayla dan Khadeeja pun teruja tengok Kirra dan Kiyomi jadi kiteorang pun setuju untuk adopt dua-dua sekali. Siap dapat diskaun adoption fee (sepatutnya bayar RM170 seekor, tapi dapat diskaun cuma perlu bayar RM200).


SPCA Selangor
Yang depan tu Kiyomi, yang belakang menyorok-nyorok tu Kirra

Oleh sebab kiteorang adopt 2 ekor kucing sekaligus, SPCA bagi hadiah percuma - kitten starter kit (dalam kit ada buku panduan dan bekas makanan Royal Canin), makanan kucing dan alat mainan kucing.


SPCA Selangor
Dapat hadiah percuma sebab adopt 2 ekor kucing

SPCA Selangor
Dapat 2 kampit makanan kucing

Alhamdulillah dah bertambah anak bulus kat rumah ni hehe. Sekarang kiteorang ada 4 gegirl dalam rumah  ni yang aku gelar 4K - Khayla, Khadeeja, Kiyomi dan Kirra! 🤣


rescue cat
Staff SPCA nasihatkan kiteorang untuk biarkan Kiyomi dan Kirra biasakan diri dekat ruang kucing (balkoni) baru perkenalkan dengan kawasan lain dalam rumah ni

Louis The Chomnky Cat
Percubaan Louis bertegur-sapa dengan Kiyomi nampaknya takde respon 😂

Setakat pagi ni, Kiyomi dah mula berani keluar dari sangkar kucing tapi menyorok belakang litter box. Kirra pulak masih lagi takut-takut nak keluar dari sangkar kucing. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak ambik kucing peliharaan di SPCA, boleh rujuk proses adoption kat sini:


cat adoption process
#adoptdon'tshop (kredit imej: SPCA IG)

Nota kaki:
Kirra ni macam Khadeeja jugak, kalau takde kakak temankan, dia jadi stress! Memang padan sangat personaliti Khadeeja dengan Kirra, Khayla pulak jenis berani macam Kiyomi hehe.
Read more »
on Monday, June 19, 2023 14
Share this!
Tags
Journal, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, June 18, 2023

Malaysia Airlines Bakal Menamatkan Kontrak Katering Dengan Brahim's Holdings Berhad

Makanan yang disajikan dalam penerbangan MAS KUL-KCH

Ada desas-desus mengatakan Malaysia Airlines (MAS) bakal menamatkan kontrak katering dengan Brahim's Holdings Berhad menerusi Brahim's Airline Catering Sdn. Bhd. (BAC) yang telah terjalin selama lebih dari 25 tahun, menurut New Straits Times.

Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines dikhabarkan akan mengendalikan sendiri perkhidmatan katering dalam penerbangan bagi syarikat penerbangan nasional itu menerusi unit dalaman mereka, MAS Awana.

Kemelut antara MAG dan BAC berpunca daripada klausa penamatan kontrak dalam kontrak baru yang sepatutnya ditandatangani kedua-dua syarikat. Ini mengakibatkan BAC menghantar surat kepada MAG memaklumkan bahawa BAC tidak berminat memperbaharui kontrak apabila kontrak sedia ada tamat.

Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail memberitahu NST bahawa MAG bercadang melaburkan rizab tunai syarikat untuk memindahkan sebahagian perkhidmatan kepada dalaman (in-house) dan melantik vendor pihak ketiga yang baru. Keputusan ini dibuat kerana MAS merasakan reputasi mereka terjejas akibat prestasi pembekal perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan.

Sumber: NST


Nota kaki: 

Dah tiba masanya MAS buat sesuatu tentang in-flight meals yang saban tahun makin merosot. Sampai Chef Wan pun pernah kritik nasi lemak MAS tak melambangkan langsung identiti makanan kebangsaan kita yang sepatutnya dibanggakan. Aku setuju dengan komen Chef Wan (baca komen aku di sini), 20 tahun dulu aku suka makanan dalam penerbangan MAS tapi sekarang aku tengok pun tak berselera. Satu je makanan yang aku suka dalam MAS - kacang tanah dalam peket kecik tu hehe.

MAS sepatutnya mencontohi syarikat penerbangan antarabangsa yang lain yang terkenal dengan inovasi dan inisiatif dalam menampilkan pengalaman kulinari terbaik dalam penerbangan mereka. Antaranya ialah Singapore Airlines, Qatar Airways, Emirates, ANA (All Nippon Airways) dan Etihad Airways. 

Harapnya lepas ni MAS muncul dengan menu dalam penerbangan yang lebih sedap dan setanding dengan syarikat penerbangan luar negara yang lain. Sebagai syarikat penerbangan negara (national air carrier) yang membawa imej Malaysia di mata dunia, MAS semestinya bertanggungjawab menyajikan makanan Malaysia yang terbaik dalam penerbangan yang mampu menarik minat orang dari luar negara untuk datang ke Malaysia semata-mata menikmati makanan di Malaysia yang terkenal sebagai syurga makanan.

Read more »
on Sunday, June 18, 2023 22
Share this!
Tags
Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, June 17, 2023

Dating di Gerai Durian

Malam semalam aku dan Suami Terchenta naik motor pusing-pusing area Sentul mencari durian. Akhirnya kiteorang singgah di gerai durian tak jauh dari Kondominium Sri Suajaya. 

Hajat di hati sebenarnya nak cari durian Black Thorn sebab tak pernah lagi rasa. Pakcik penjual tu bagitau durian Black Thorn mahal sangat jadi dia tak ambik takut rugi kalau tak ramai orang yang nak beli. Nampaknya takde rezeki makan durian Black Thorn.


Durian Malaysia
Antara durian yang dijual kat sini

Pakcik tu rekemen durian jarum mas, katanya isinya tebal dan lunak. Suami Terchenta pun setuju.


Durian Malaysia
Besar-besar saiz durian jarum mas ni

Bila aku cuba seulas, ternyata isinya memang sedap - tebal, lunak dan tak terlalu manis. Rasanya sedikit berasid dan pahit durian tu tak terasa sangat. Memang puas hati makan. Harga sekilo RM28, durian kiteorang pulak RM45 maksudnya berat durian tu hampir 2kg. Tapi banyak dan besar ulasnya jadi aku rasa berbaloi kot harga tu.


durian jarum mas
Close-up isi durian jarum mas - memang tebal dan lunak isinya

Lepas tu Suami Terchenta pilih pulak durian IOI. Saiz buahnya kecik compared to durian jarum mas tadi. Bila dibuka, isinya lebih kuning tapi nipis. Rasanya lebih manis tapi tak puas makan sebab isinya terlalu nipis. Aku buat jenaka dengan Suami Terchenta, mungkin ni durian untuk orang yang ada diabetes / tengah diet yang kena control makan durian. Dia tersengih-sengih je. Durian ni dalam RM25 sekilo. Kiteorang punya berharga RM30.


Durian IOI
Durian IOI ni isinya lebih kecik, kuning dan nipis

Walaupun dah kenyang, tapi kiteorang nak mencuba satu lagi jenis durian jadi sepakat pilih durian D24. Yang ni isinya di tengah-tengah antara durian jarum mas dan durian IOI tadi - tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Bijinya kecik-kecik. Rasanya pun boleh tahan jugak. Kiteorang makan sepangsa je, selebihnya kiteorang tapau balik untuk anak-anak. Ambik sebijik lagi durian jarum mas untuk anak-anak rasa jugak. Harga keseluruhan durian yang dibayar malam tadi - RM162.


Durian D24
Durian D24

Seronok dapat makan durian tapi sejak ada diabetes, dah tak boleh makan selalu. Kalau dulu asal musim durian je, kiteorang akan pilih durian kampung sebab murah sikit tapi hampir tiap-tiap minggu beli 3-4 biji sekaligus. Kali ni, kiteorang pilih durian yang mahal sikit biar puas hati makan sebab tak boleh makan selalu. Korang suka durian jenis apa? Apa kata korang komen kat bawah.

Read more »
on Saturday, June 17, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, June 17, 2023

Mencuba Masakan Thai di WestPlate Factory Sentul Point

Bulan Mac lepas, kiteorang mencuba makanan di restoran WestPlate Factory di Sentul Point. Nampak kedai ni macam baru dibukak. Sebenarnya niat kiteorang nak makan di Secret Recipe tapi lepas pusing-pusing area situ, tak jumpa pulak parking kosong. Last-last Suami Terchenta jumpa parking kosong tapi untuk pelanggan restoran WestPlate Factory je. Jadi kenalah singgah makan di sini.


Gambar luar restoran - kat banner tulis ada western food so ingatkan ada la pilihan makanan untuk budak-budak ni sebab dieorang tak minat masakan Thai

WestPlate Factory Sentul Point
Dalam restoran nampak moden dan ada aircond

WestPlate Factory Sentul Point
Luas restoran ni, tempat duduk pun selesa


Bila dah duduk, pelayan pun datang hantar menu. Belek-belek menu, tak jumpa pun western food. Kecewa. Muka Khayla sedih sebab dia dah berangan-angan nak makan steak. Terpaksa la kiteorang cari jugak apa yang budak-budak boleh makan.

So ni menu yang kiteorang order:


Nasi goreng pattaya
Nasi goreng pattaya (harga lupa)

Lemongrass Fried Chicken
Lemongrass Fried Chicken (RM8.90)

Ginger beef
Ginger beef (kalau tak silap), harga lupa

Tomyum Coconut Chicken
Tomyum Coconut Chicken (RM15.90)

Blackpepper beef
Blackpepper beef (RM13.90)

My own view, menu yang kiteorang pilih ni rasanya biasa je. Takde yang istimewa sangat yang worth untuk repeat. Tomyum coconut tu menyesal order (konon nak cuba sebab nak tau rasa camane). Rasa santannya kuat. Hirup 2-3 kali dah rasa muak.

So ni pendapat aku je la. Tak berani nak review masakan lain contohnya ikan siakap steam limau atau tomyam gung sebab tak pilih menu yang tu. Tapi based on menu yang kiteorang pilih ni, aku dan Suami Terchenta rasa macam cukuplah sekali je datang ke situ.

Ada yang pernah makan di restoran ni? Mungkin korang ada pendapat yang berbeza atau boleh rekemen kedai makan tomyam faveret korang.

Read more »
on Saturday, June 17, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    57 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    8 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    8 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    9 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    13 hours ago
  • KakmimDotCom
    14 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    15 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    15 hours ago
  • orangbukit
    16 hours ago
  • My Small World
    16 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    16 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • Miles of smiles
    17 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    18 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • SURIA AMANDA
    19 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    19 hours ago
  • Travel My Way
    20 hours ago
  • mrhanafi.com
    21 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • Sodep
    1 day ago
  • Ako Tetap Ako
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 days ago
  • Asa Blog
    2 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    3 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Drawing the Words
    1 week ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • Aku Sis Lin
    2 weeks ago
  • Blog Anamizu™
    2 weeks ago
  • Mreneyoo
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Sunah Sakura
    2 months ago
  • Blog Sal
    4 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.