Semalam kiteorang pergi ke SPCA sekali lagi. Kali ni nak cari kawan untuk teman Louis bermain supaya tak la dia bosan kat rumah ni. Masa dalam perjalanan, aku bagitau Suami Terchenta dan anak-anak, 'Harap-harap ada la kucing bulu kembang macam Kitty (kucing lama).' Haha. Berangan-angan kan percuma 😝.

Lepas isi maklumat dalam borang adoption, kiteorang pun pergi ke bilik kandang kucing kat SPCA. Tiba-tiba Suami Terchenta cuit aku dan bagitau, 'Tengok kucing tu, mesti awak nak kucing tu kan?'

Hai, nama saya Kirra!

Wah, bagai bulan jatuh ke riba! Rezeki kiteorang ada kucing bulu panjang kat SPCA. Geram je nak belai-belai bulu dia ni, tapi dia masih takut dengan orang. Staff kat situ bagitau kalau nak ambik Kirra, kena ambik sekali dengan kakaknya, Kiyomi. Khayla dan Khadeeja pun teruja tengok Kirra dan Kiyomi jadi kiteorang pun setuju untuk adopt dua-dua sekali. Siap dapat diskaun adoption fee (sepatutnya bayar RM170 seekor, tapi dapat diskaun cuma perlu bayar RM200).


SPCA Selangor
Yang depan tu Kiyomi, yang belakang menyorok-nyorok tu Kirra

Oleh sebab kiteorang adopt 2 ekor kucing sekaligus, SPCA bagi hadiah percuma - kitten starter kit (dalam kit ada buku panduan dan bekas makanan Royal Canin), makanan kucing dan alat mainan kucing.


SPCA Selangor
Dapat hadiah percuma sebab adopt 2 ekor kucing

SPCA Selangor
Dapat 2 kampit makanan kucing

Alhamdulillah dah bertambah anak bulus kat rumah ni hehe. Sekarang kiteorang ada 4 gegirl dalam rumah  ni yang aku gelar 4K - Khayla, Khadeeja, Kiyomi dan Kirra! 🀣


rescue cat
Staff SPCA nasihatkan kiteorang untuk biarkan Kiyomi dan Kirra biasakan diri dekat ruang kucing (balkoni) baru perkenalkan dengan kawasan lain dalam rumah ni

Louis The Chomnky Cat
Percubaan Louis bertegur-sapa dengan Kiyomi nampaknya takde respon πŸ˜‚

Setakat pagi ni, Kiyomi dah mula berani keluar dari sangkar kucing tapi menyorok belakang litter box. Kirra pulak masih lagi takut-takut nak keluar dari sangkar kucing. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak ambik kucing peliharaan di SPCA, boleh rujuk proses adoption kat sini:


cat adoption process
#adoptdon'tshop (kredit imej: SPCA IG)

Nota kaki:
Kirra ni macam Khadeeja jugak, kalau takde kakak temankan, dia jadi stress! Memang padan sangat personaliti Khadeeja dengan Kirra, Khayla pulak jenis berani macam Kiyomi hehe.

14 comments:

  1. comelll...Kiyomi nmpk ada sifat pelindung....seronok Louis, ada girlfriend...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tu adik2 la nohas. Kecik lagi umur dieorang ni, masih fasa anak kucing walaupun saiz lebih kurang Louis. Tak tau la siapa yang buang dieorang kat SPCA tu, nampak Kirra dan Kiyomi ni takut dan tak percaya dengan orang. Kena biar je dulu kat balkoni dalam sebulan ni sampai dieorang dah biasa dengan kiteorang.

      Delete
  2. Alaaaa..comelnyaaaa..kaler dia cantik sangat....baru lagi tu memang shy shy..nanti sure ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, masih takut2 lagi SA. Tapi yang kakak Kiyomi dah pandai kalau lapar dia keluar la dari tempat menyorok pergi makan. Tadi check adiknya dah berganjak menyorok belakang litter box jugak, tapi tak tau ada makan minum ke tak tu. Penakut sangat Kirra tu.

      Delete
  3. Alolo comelnya dua beradik tu... seronok la Louis dapat 2 kawan sekaligus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Louis asyik nak berkenalan ajak main tapi adik2 ni masih takut2 lagi sis. Hehe

      Delete
  4. waaa I'm proud of youuu kak Carneyz!! thankss for giving Kirra and Kiyomi a new home!! haa giyaa kali ucapannya! hahaha...moga murah rezeki kitak and family!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🀲🏻 kitak pun sama juak, semoga murah rezeki tolong jaga kebajikan Marshmallow πŸ˜‰

      Delete
  5. Hala, halaaa.. comeiii... semoga Kirra dan Kiyomi dapat menyesuaikan diri dengan baik. Louis dah tak sunyi dah la, ada kawan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ke-2 ni masih lagi lari menyorok kalau kiteorang datang dekat / bukak pintu balkoni tapi dah mula berani keluar dari tempat menyorok lepak2 kalau pintu balkoni ditutup. Yang kakak tu (Kiyomi) dah berani jenguk kepala ke dalam rumah.

      Delete
  6. Waaa... Comelnya.. cantik bulu dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jugak rezeki kiteorang datang ada kucing bulu panjang kat sini.

      Delete
  7. wahhhh dpt 'dua menantu' sekaligus...untung arr louis... bulu santek calico... hantaran pun dpt diskaun tu 😁😁 so jgn jd abam kawasan sgt tau louis😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, Louis abam yg baik siap ajak main tapi dia main kasar πŸ˜‚

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .