• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, June 22, 2023

Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)

Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu tersuka. Bahasanya tu mirip dialek Sabah tapi rupa-rupanya bukan.

 



Nan Ko Paham
Kkz'D BLG

[Pre-Chorus]
Nanti pasti ko mengerti 
Stelah sa hilang dan sa jauh untuk pergi
Ko akan tau bagaimana sa sayang ko tapi sa rasa percuma 
Ko terus ungkit-ungkit luka lama yang buat sa trauma

[Chorus]
Nanti pasti ko mengerti 
Stelah sa hilang dan sa jauh untuk pergi
Ko akan tau bagaimana sa sayang ko tapi sa rasa percuma 
Ko terus ungkit-ungkit luka lama yang buat sa trauma

[Verse 1]
Mungkin nanti sa pergi koi akan mengerti 
Percuma sa stay tapi ko tra hargai
Menyesal kenal ko wanita tra punya hati
I tried, tapi sa su terlukai

Su jauh sa tanam hati tapi tra punya hasil
Cobalah dewasa ko su bukan anak kecil
Sa coba imbangi namun hati tra kuat
Tersiksa makan hati dan itu sa su muak

Nanti pasti ko mengerti 
Stelah sa hilang dan sa jauh untuk pergi
Ko akan tau bagaimana sa sayang ko tapi sa rasa percuma 
Ko terus ungkit-ungkit luka lama yang buat sa trauma

[Verse 2]
Sa duduk menangis di sana koi ada tertawa 
Cerita tra romantis tra sperti Adam dan Hawa
Saling baku sayang hargai setiap insan
Setiap sa buka ko HP macam sa rasa pingsan

Mungkin jika sa pergi koi akan rasakan
Ko tra tau jadi sa apa yang sa su rasakan
Trada hari tanpa mo bahas luka lama 
Kenapa ko tra mengerti kalo sa paling trauma

[Chorus]
Nanti pasti ko mengerti 
Stelah sa hilang dan sa jauh untuk pergi
Ko akan tau bagaimana sa sayang ko tapi sa rasa percuma 
Ko terus ungkit-ungkit luka lama yang buat sa trauma
Read more »
on Thursday, June 22, 2023 21
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, June 22, 2023

Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak

Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jalan-jalan di KL.

Tapi macam biasa, plan aku dan mak ni memang selalunya ke laut dulu baru ke darat 😆.

Malam sebelumnya:

Aku: Mak, jom kita ke Sogo esok.
Mak: Jom.
(pagi esoknya)
Aku: Mak nak singgah sarapan di Kampung Baru dulu ke?
Mak: Jom.

Esoknya:


Lot 10
Eh, ko kata nak bawak mak ke Kampung Baru tapi kenapa kita di Bukit Bintang?' 😂

Aku dengan mak memang camtu la, kepala gila-gila sikit. Bila buat plan, separuh jalan boleh pulak tiba-tiba bertukar! Mak pun sporting je ikut kemana-mana.  


Cafe Optimist
'Mak optimis, ikut je mana-mana ko nak bawak...' 🤭

Sebenarnya memang plan nak ke Kampung Baru sarapan di situ dulu sebelum ke Sogo. Kiteorang naik LRT sampai ke Titiwangsa lepas tu ikut jejantas pergi ke Terminal Pekeliling ambik bas GoKL laluan biru (Titiwangsa ke Bukit Bintang). Actually, aku tak biasa naik bas jadi mula-mula tu sesat barat jugak nak cari kat mana mujur bila bukak apps 'Moovit' ada peta kat mana nak tunggu bas.


Moovit
App yang sangat-sangat membantu kalau nak jalan-jalan di KL naik pengangkutan awam

GoKL Bus
Dalam bas

Tup-tup dah sampai Kampung Baru kiteorang boleh pulak terleka sampai tak perasan tempat yang kiteorang nak pergi tu dah terlepas! Tau-tau bas dah masuk jalan besar. Alamak! Hmm... Nasi dah jadi bubur, kita teruskan je la perjalanan ke Bukit Bintang!

Sampai di Bukit Bintang, dengan perut berkeroncong kiteorang pun jalan-jalan cari kedai yang bukak pagi tu. End up masuk ke restoran Damascus sebelah Hotel Wolo. Kebetulan ada tempat duduk kosong jadi kiteorang pun decide makan kat situ.


Middle Eastern food
Kongsi mixed shawarma (RM21.90), aku ambik jus mangga+susu (RM15.90) dan mak ambik avokado+madu (RM17.90). Jus mangga tu sedap!

Bukit Bintang
'Lepas ni kita nak pegi mana?'

Lepas makan, aku ajak mak lepak di Starbucks Bukit Bintang sebab nak bagi mak feel masuk kafe Starbucks yang lawa tu.


Starbucks cake
Dah alang-alang masuk, redeem terus free birthday cake sebelum ganjaran tamat tempoh

Starbucks Bukit Bintang
'Ambikkan gambar mak satu kat tepi tingkap ni.'

Kek coklat tu tak dapat dihabiskan sebab aku dengan mak tak lalu makan (masih kenyang), lagipun kek tu manis yakmat. Aku makan sesudu je terus minum air kosong dekat setengah botol. Manis letinggggg...

Dah puas lepak-lepak di Starbucks, barulah kiteorang meneruskan perjalanan ke Sogo hihi. Kali ni naik MRT pulak, tukar di Tun Razak Xchange dan balik semula ke Titiwangsa untuk ambik LRT ke stesen Bandaraya. Mak singgah solat di stesen MRT sebelum meneruskan perjalanan.


Sogo KL
Amboi, ralit mak belek-belek tudung Bokitta tengok design terbaru...

Kiteorang sebenarnya saja-saja ke Sogo cuci mata. Tapi mak aku ni boleh pulak 'terlekat' dekat ruang Bokitta dalam Sogo tu. Siap ambik gambar hantar kat kawan-kawan di Sarawak. Takpe la, layan je la mak cuci mata kat sini. Nak belanja mak tudung baru, di luar kemampuan pulak hihi.

Pukul 4.30 petang baru kiteorang keluar dari Sogo. Singgah lagi sekali di stesen Titiwangsa ambik MRT ke stesen HKL untuk ambik Khadeeja dari sekolahnya tak jauh dari situ.


Scout's girl
Nenek yang sporting

Hari ni aku tanya, mak ok ke lepas jalan-jalan semalam? Dia kata ok je, cuma penat sikit. Hari ni mak nak berehat je kat rumah kakak aku. Esok makcik aku sampai dari Sarawak, mesti dieorang dah pakat nak jalan-jalan berdua tu hihi. At least mak aku dah tau macamana nak naik bas / MRT / LRT kat sini. Harap-harap dieorang tak sesat la besok!
Read more »
on Thursday, June 22, 2023 30
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, June 21, 2023

Wordless Wednesday: Keistimewaan dan Fadhilat 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah

Sumber: JAKIM

10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah dianggap waktu yang terbaik dalam setahun dan lebih utama dari 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)


Sumber: IG Ustaz Wadi Annuar
Read more »
on Wednesday, June 21, 2023 22
Share this!
Tags
Celebrations, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 20, 2023

Main Indoor Roller-Coaster di Berjaya Times Square Theme Park

Ni cerita cuti sekolah bulan Mac lepas. Aku bawak anak-anak bermain di taman tema Berjaya Times Square (BTS) memandangkan sepanjang cuti sekolah asyik terperap di rumah je kecuali masa kiteorang  bercuti trip camping di Cameron Highlands. Lepas tu Suami Terchenta sibuk bekerja jadi tak dapat la nak bawak jalan-jalan. 

Sebenarnya ni pertama kali budak-budak ni ke sini, tu pun aku bawak sebab anak-anak kata rindu nak main rollercoaster di Legoland. Nak pergi Legoland nan hado bajet, jadi bawak dieorang main rollercoaster kat BTS je la.

Mula-mula sampai sini, kiteorang terus cari kaunter tiket. Mujur tak ramai sangat orang sebab kiteorang pergi hari biasa. Aku memang tak plan nak masuk, jadi cuma bayar 2 tiket je - tiket dewasa (RM60) untuk Khayla sebab ikut tahun lahir dah dikira 13 tahun dan tiket kanak-kanak (RM50) untuk Khadeeja (12 tahun ke bawah).


Berjaya Times Square Theme Park
Kaunter tiket terletak di tingkat 5

Lepas bayar harga tiket, dieorang berdua pun masuk sementara aku tunggu di luar memerhatikan permainan yang ada kat sini. Dalam taman tema ni ada banyak permainan. Boleh rujuk peta taman tema ni kat sini:


Berjaya Times Square Theme Park
Peta Taman tema Berjaya Times Square (sumber: laman web BTS Theme Park)


Berjaya Times Square Theme Park
Bubbles' Express - mesti pening naik bendalah ni sebab berpusing-pusing

Berjaya Times Square Theme Park
Inflatable slides sesuai untuk anak-anak kecik

Berjaya Times Square Theme Park
Yang ni pulak kat tingkat 7, masa ni aku tengah tunggu dieorang habis bermain

Khayla dan Khadeeja masuk-masuk je terus beratur naik roller-coaster. Bukan nak explore pun taman tema tu. Lepas tu tengok la apa yang jadi.


Berjaya Times Square Theme Park
Besar roller-coaster kat sini walaupun terletak dalam bangunan

Berjaya Times Square Theme Park
Khayla dan Khadeeja naik roller-coaster sampai 2 kali!

Roller-coaster kat sini extreme sikit dibandingkan dengan roller-coaster di Legoland. Roller-coaster kat BTS ni berpusing-pusing kalau tak silap 2 kali loop. Khadeeja memang seronok habis (dia ni adrenaline junkie sikit), yang kakak pulak lepas naik sekali sebenarnya dah mula pening kepala. Tapi adiknya paksa jugak naik sekali lagi.

Sudahnya, masa tengah naik roller-coaster kali kedua tu, dia menahan muntah. Orang lain terjerit-jerit sakan, dia pulak tak berbunyi sebab tutup mulut takut terkeluar muntah.

Lepas turun dari roller-coaster, Khayla kata lutut dah longlai tapi dia gagahi jugak keluar dari tempat tu. Bila Khayla nampak aku duduk menunggu kat luar, dia terus baring kat pangku. Nak pitam katanya. Alahai kesiannya dia... Nasib baik aku ada Tapi kesian jugak kat Khadeeja sebab dia ikut kakaknya keluar so dah tak boleh masuk dalam taman tema lagi. Nampak la muka dia frust tak boleh cuba permainan yang lain. Takpe la Khadeeja, lain kali datang sini lagi dengan bapak pulak. Aku memang tak la nak main permainan kat sini sebab ada penyakit darah tinggi.

Sayangnya budak-budak ni tak sempat bermain semua permainan kat sini. Mungkin ada rezeki lagi boleh bawak dieorang mencuba permainan-permainan yang lain pulak. Korang pernah bermain di Taman Tema Berjaya Times Square tak? Permainan apa yang paling best menurut korang? Cuba komen sikit.

Read more »
on Tuesday, June 20, 2023 26
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 19, 2023

Dapat Kad Jemputan Kahwin? Jangan Buka!

Zaman yang serba canggih dan kreatif sekarang ni, ramai yang nak menampilkan kelainan dalam kad jemputan kahwin dieorang. Yang pasti kad digital sekarang semakin digemari ramai sebab bukan setakat mesra alam, tapi lebih jimat. Betul tak? Kad digital ni bukan je dalam bentuk imej tak bergerak, ada jugak bentuk yang lebih canggih contohnya kad yang interaktif.

Tapi bila terima kad jemputan kahwin terutama orang tua yang mungkin ingat kad tu dari saudara-mara / kawan-kawan, berwaspada bila nak bukak terutama kalau format kadnya tu suruh muat turun aplikasi ke dalam telefon.

Taktik terbaru ni aku dapat tau bila pagi tadi sepupu share screenshot mesej ni dalam Whatsapp group keluarga:


scam kad kahwin


Nampak tak betapa licik scammer ni sebab bila pakcik tu tanya nombor siapa tu, dia suruh install dulu baru tau siapa yang bagi kad? Yalah, kadang-kadang ada orang terhilang nombor kawan atau tukar nombor baru, jadi mungkin pakcik tu ingat kad tu dari kawannya yang dia tak simpan nombor tu dalam hp.

Rupa-rupanya dah ada yang orang yang jadi mangsa taktik penipuan ni sebab mesej yang di forward tu bagitau kawannya pergi klik dan muat turun file .apk tu. Sedar-sedar duit dalam akaun banknya lesap.

Sekarang scammer dah tukar taktik sebab taktik iklan cuci rumah tu dah ramai yang sedar iklan tu scam. Jadi dia tukar hantar kad kahwin pulak. Maklumat nombor telefon sekarang bersepah dijual dalam dark web sekarang sebab tu senang-senang je dia menyamar hantar kad tu siap tulis nama penerima dalam mesej tu, supaya orang yang terima mesej tu percaya kad tu memang datang dari sumber yang boleh dipercayai.

PENGAJARAN kat sini:

  1. Jangan klik sebarang pautan dalam mesej dari nombor tak dikenali, terutama bila file tu hujungnya ada .apk (ni telefon Android je boleh install))
  2. Jangan muat turun aplikasi di luar Google Playstore / App Store / Samsung Galaxy Store / Huawei App Gallery atau app store rasmi dalam hp kita.
  3. Jangan isi maklumat perbankan bila diminta oleh aplikasi yang tak diketahui. Sentiasa semak alamat laman web bank ialah alamat yang betul (depannya ada https:// dan simbol mangga berkunci) untuk mengelak dari memasukkan maklumat bank (nama dan kata laluan) dalam laman web palsu yang menyerupai laman web bank.
  4. Jangan bagi kebenaran untuk sebarang aplikasi mengakses SMS dalam hp.

Scammer sekarang dah makin bijak, jadi kita kena jadi lebih bijak dari scammer. Kalau kita terleka dan scammer lesapkan duit dalam bank, jangan pulak masa tu kita salahkan pihak bank tak jaga duit kita betul-betul. Ia umpama kita sendiri yang serahkan kunci rumah dekat pencuri lepas tu salahkan pintu tak jaga harta kita betul-betul. Kita  pun bertanggungjawab upgrade pengetahuan kita tentang keselamatan digital kita terutama melibatkan perbankan dalam talian.

Apapun, semoga kita semua terlindung dari tipu daya scammer 🤲🏻  .

Read more »
on Monday, June 19, 2023 28
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • KasihkuAmani
    25 minutes ago
  • Hidup Itu Indah
    31 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    41 minutes ago
  • My Small World
    1 hour ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 hours ago
  • Anies♥You
    2 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    3 hours ago
  • KakmimDotCom
    5 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    6 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • Drawing the Words
    16 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    16 hours ago
  • Aku Sis Lin
    16 hours ago
  • Travel My Way
    18 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    19 hours ago
  • Titian Perjalanan
    22 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Asa Blog
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    4 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    5 days ago
  • a m m i
    5 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    6 days ago
  • anajingga
    6 days ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Warisan Petani
    2 weeks ago
  • Sunah Sakura
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.