• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, June 27, 2023

Puasa Hari Arafah - Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?

Hari Arafah atau Hari Wukuf ialah kemuncak ibadah haji di mana berpuasa pada hari Arafah mempunyai fadhilat yang sangat besar. Diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abi Qatadah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Disebabkan zon waktu yang berbeza, adakalanya tarikh 9 Zulhijjah berbeza antara di Mekah dan di Malaysia. Tapi bagaimana pula dengan umat Islam di Malaysia?

Menurut pendapat umum ulama, umat Islam di Malaysia sebaik-baiknya berpuasa mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia (bersamaan dengan Rabu 28 Jun 2023).

Niat puasa Hari Arafah:


niat puasa arafah
Sumber Asal : https://www.mysumber.com/niat-puasa-arafah.html

Sumber: Mysumber.com

Nota kaki: Malam ni dah boleh niat puasa Arafah esok harinya. Semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Pembetulan: Terima kasih anies sebab mengingatkan cuma umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji sahaja yang disunatkan berpuasa pada Hari Arafah. Manakala bagi jamaah haji yang hadir di Arafah, Imam As-Syafi'i dalam kitabnya Al-Mukhtasar dan para pengikutnya menyatakan 'hukumnya mustahab (sunat) baginya untuk tidak berpuasa'.

Read more »
on Tuesday, June 27, 2023 10
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 27, 2023

Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 2)

Sambungan dari sini:

  • Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 1)

Ikutkan hati, rasa malas je nak turun breakfast sebab sayang nak tinggalkan bantal yang empuk dan selimut yang selesa dalam bilik. Tapi ish, sayang la pulak kalau tak turun kan? Jadi kiteorang pun bersiap-siap (baca: berus gigi, cuci muka dan salin pakaian) untuk turun ke restoran Latest Recipe di tingkat 5.

Mujurlah turun awal sebab kalau turun lambat, kena beratur panjang tunggu meja kosong dan kalau nasib tak baik, dapat meja di luar restoran berdekatan dengan tandas dan jauh dari zon buffet. Meja kiteorang agak strategik, dekat dengan mesin kopi dan ada staff yang jaga area tu. Jadi sekali-sekala staff tu akan tanya nak refill minuman ke, bila tengok minuman kiteorang dah habis. Selain kopi dan teh, boleh jugak pesan coklat panas which my kids memang suka sangat-sangat.


Latest Recipe @ Le Meridien KL
Restoran Latest Recipe, Le Meridien KL

Mula-mula sekali wajib pusing keliling restoran meninjau menu buffet yang disediakan. Di hotel Le Meridien KL boleh dikatakan ada banyak menu buffet yang ditawarkan dari dalam dan luar negeri. Khayla yang cerewet bab-bab makan ni pun memang rambang mata nak pilih menu yang mana satu nak ambik dulu.

Jom layan gambar-gambar makanan yang aku sempat ambik (tak semua sebab mana yang ramai orang beratur tu aku tak ambik gambar sebab segan!)


breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen pancake, crepes dan French toast dengan pelbagai pilihan sos dan topping menarik minat golongan kanak-kanak

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pilihan menu dari Timur Tengah

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pelbagai jenis yogurt, oat, panna cotta dan jus buah-buahan sedia untuk pick-me-up

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Mulakan sarapan dengan buah-buahan

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Atas: buah-buahan yang dah dipotong, bawah: pilihan sushi

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Cheese platter, kanan: Menu Jepun

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Pelbagai jenis bijirin (granola, chia seed, all bran, dll.) dan buah-buahan kering, kanan: stesen salad

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen roti dan pastries

Ni pulak video yang Suami Terchenta ambik:



Bagi aku sarapan pagi di Latest Recipe @ Le Meridien KL ni lebih sedap, pilihan lebih banyak dan lebih puas hati dari sarapan pagi di Restoran Shook! @ JW Marriott KL. Of course, harga pun lebih mahal. Overall, berbaloi turun sarapan pagi dari bergulung dalam selimut je hihi. Even Khayla pun 2-3x ambik roti bom kat sini, katanya sedap sangat. Aku pulak suka jus buah-buahan yang diperah segar dan teh tariknya yang kaw dan tak berapa manis.

Di sini jugak aku nak kongsi etika ketika pergi sarapan buffet tak kira di hotel, restoran atau majlis yang menyediakan santapan style buffet. Kata kuncinya, jangan membazir, jaga kebersihan dan bertimbangrasa dengan orang lain ok?


etika jamuan buffet
Etika semasa jamuan buffet

Cerita pasal kolam renang aku sambung dekat entri lain pulak ye. Sekarang tengah kumpulkan idea nak menulis hehe. Nantikan part 3 pulak!

Read more »
on Tuesday, June 27, 2023 18
Share this!
Tags
featured, Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 26, 2023

Kim Tae Ri Dirasuk Roh Jahat Dalam K-Drama Terbaru 'Revenant'

revenant

Hari ni aku menghadap baju yang menimbun untuk dilipat gara-gara dibiarkan melonggok sepanjang hujung minggu. Yalah hujung minggu aku pun nak berhorey2 jugak walaupun sekarang ni dah pegang title surirumah. Hujung minggu ialah masa berjalan-jalan atau bersantai-santai dengan keluarga betul tak? 

Sambil-sambil lipat baju, aku layan K-drama seram misteri terbaru di Disney+ Hotstar, Revenant.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang gadis, Gu San-yeong (Kim Tae Ri) yang dirasuki oleh roh jahat selepas menerima sebuah objek (perhiasan rambut berwarna merah) dari mendiang bapanya yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Gu San-yeong pada awalnya tidak percaya dengan kewujudan roh jahat dan hantu namun apabila tragedi menimpa orang-orang di sekelilingnya, dia mula merasakan sesuatu yang aneh. Gu San-yeong kemudiannya bertemu dengan Professor Yom Hae-sang (Oh Jung-se), seorang professor yang mengkaji cerita rakyat (folklore) terutama kepercayaan mistik. Mereka kemudiannya berganding bahu untuk cuba merungkai misteri roh jahat yang merasuk San-yeong yang pernah membunuh ibu Professor Hae-sang sewaktu dia masih di sekolah rendah.


Fuuh... seram jugak cerita ni tapi mujurlah muka hantunya tak kelihatan lagi. Yang nampak cuma bayang-bayang rambut mengerbang macam kena karan hehehe. Sebelum menggantung diri, ayah San-yeong sempat menulis sepucuk surat kepada Professor Yom Hae-sang memintanya menyelamatkan San-yeong dari roh jahat. Mula-mula tu San-yeong tak percaya langsung bila Professor Hae-sang bagitau yang ada roh jahat menempel kat dia. Jadi Professor Hae-sang ni pun bagitau supaya dia tengok diri-sendiri dalam cermin dan berhati-hati dengan pintu. 

Part yang buat aku kecut perut ialah masa San-yeong lalu kat satu tempat yang bercermin dan dia ternampak bayang-bayang rambut mengerbang tu dekat belakang dia. Lepas tu San-yeong tenung diri-sendiri dalam cermin. Tiba-tiba roh jahat tu muncul dalam bentuk San-yeong siap gelak-gelak dan suruh San-yeong teka namanya. San-yeong ternampak bayangan yang dia berada di depan rumah neneknya padahal dia masih lagi berdiri dekat tempat yang sama. San-yeong dapat agak neneknya dalam bahaya. Rupa-rupanya roh jahat tu dapat tau yang nenek San-yeong terbaca jurnal ayah San-yeong yang membongkar identiti roh jahat tu. Dia pergi ke rumah nenek San-yeong, bunuh nenek dan bakar jurnal ayah San-yeong.

Kebetulan masa tu Professor Hae-sang tu pun ada kat rumah nenek San-yeong tapi dia gagal menyelamatkan nenek San-yeong dan jurnal ayah San-yeong tu. Tapi somehow San-yeong dalam bayangannya tu ternampak sebuah peta yang menunjukkan kat mana perhiasan rambut tu dijumpai oleh ayah San-yeong. Jadi dia dan Professor Hae-sang pun mencari lokasi peta dalam jurnal ayah San-yeong tu untuk membongkar rahsia asal-usul roh jahat tu sebelum dia bunuh lebih ramai orang dan menguasai San-yeong sepenuhnya.

Setakat ni baru 2 episod yang dah keluar. Tengok siang hari berani la sikit hehe. Tapi serius memang syok jalan ceritanya. Ada beberapa flashback dalam episod ke-2 yang buatkan penonton tertanya-tanya. Pertama, kejadian sebelum ibu Professor Hae-sang dibunuh oleh roh jahat. Kenapa roh jahat tu bunuh ibu Professor Hae-sang dan apa kaitannya dengan nenek Hae-sang? Kedua, kejadian pada zaman silam tentang perhiasan rambut tu. Seorang dukun perempuan menikam seorang budak perempuan yang memegang perhiasan rambut yang sama. Siapa dan kenapa budak perempuan dibunuh? Misteri sungguh kan. 

Nampaknya kena tunggu episod-episod seterusnya untuk tahu jalan cerita sebenar tentang roh jahat dan perhiasan rambut tu.

Read more »
on Monday, June 26, 2023 22
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 26, 2023

Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 1)

Sedar tak sedar, dah sampai ke hujung bulan Jun tapi cerita staycation masa birthday aku tempoh hari belum lagi keluar. Bukan apa, banyak sangat gambar nak kena edit so tu yang separuh jalan meng edit jadi malas hehe. Tapi sekarang dah edit semua gambar staycation ni apa lagi here's the review pengalaman staycation di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.


Le Meridien Kuala Lumpur
Refleksi Le Meridien KL dari bangunan Hilton KL

Macam biasa, tempahan dibuat guna apps Marriott Bonvoy supaya dapat ganjaran Elite Night. Based on budget yang diberikan oleh Suami Terchenta, mula-mula aku plan nak book hotel The St. Regis tapi bila aku tengok Le Meridien KL ada buat promosi Family Escape package (bilik suite + bilik Deluxe percuma untuk anak-anak) dan harganya tak jauh beza dengan The St. Regis, aku tukar fikiran dan tempah pakej di Le Meridien KL je.


Family Escape package
Berbaloi sebab dapat complimentary bilik Deluxe termasuk sarapan pagi

Hotel Le Meridien KL terletak bersebelahan je dengan KL Sentral dan bersambung dengan Hotel Hilton KL. Ada laluan khas di aras B1 yang menyambungkan hotel dengan KL Sentral dan Nu Sentral. Kalau drive ke Le Meridien KL, boleh parking di basement dan kadarnya pun tetap untuk tetamu yang menginap di hotel (kalau tak silap, RM3 per entry).


Le Meridien Kuala Lumpur
Laluan dari basement parking (atas), gambar lobi hotel (bawah kiri) dan kaunter daftar masuk (bawah kanan)

Proses daftar masuk cepat dan kakitangan di kaunter pun melayan dengan mesra dan profesional. Oleh sebab aku ialah ahli Silver Elite, kakitangan hotel terus bagitau yang masa daftar keluar dah dilewatkan sampai pukul 5 petang esoknya (masa daftar keluar biasanya pukul 12 tengahari). Ni la antara keistimewaan sebagai ahli Silver Elite Marriott Bonvoy yang aku suka, bila dah bayar bilik hotel harga premium mestilah nak luangkan lebih banyak masa di bilik hotel.

Bilik aku dan Suami Terchenta dan bilik anak-anak bersambung antara satu sama lain (connecting rooms). Jom tengok bilik anak-anak iaitu bilik Deluxe:


deluxe room
Bilik deluxe dengan 2 katil single

deluxe bathroom
Bilik air dengan ruang shower

Dan ni pulak ialah bilik aku dan Suami Terchenta:


suite room
Bahagian ruang tamu

suite room
Ruang meja kerja yang selesa

suite room
View dari ruang tamu menghadap ke bilik tidur

suite room
Bilik tidur one-bedroom suite

suite room
View dari tepi katil menghadap TV

suite bathroom
Kamar mandi yang luas dilengkapi dengan bathtub yang besar

suite bathroom
Ruang shower dilengkapi dengan rain shower dan jacuzzi shower

suite bathroom
Ruang tandas (kiri), botol air mineral (atas kanan), peralatan mandi (bawah kanan)

hotel amenities
Kemudahan lain yang disediakan - stesen minuman panas (kiri), peti sejuk dengan minuman tin dan jus (tengah), almari dan bathrobe (atas kanan) dan seterika dan papan seterika (bawah kanan)

Sebelum ni, aku pernah menetap di bilik suite hotel Le Meridien Putrajaya, Aloft KL dan Majestic Kuala Lumpur (kebanyakannya aku dapat upgrade percuma sebagai ahli Silver Elite). Boleh dikatakan bilik suite Le Meridien KL ni paling cantik dan nampak paling mewah berbanding bilik-bilik suite di hotel-hotel yang aku duduk sebelum ni (walaupun bilik lebih kecik berbanding suite Le Meridien Putrajaya).

Masa buat tempahan, aku dah inform hotel siap-siap yang tujuan staycation ialah untuk sambut birthday aku. Masuk-masuk bilik je dah nampak belon, biskut, coklat dan kek cawan beserta kad birthday atas meja di ruang tamu.


birthday gift
Dapat birthday surprise dari pihak hotel


birthday gift
Siap ada kad birthday lagi

birthday gift
Tak sangka dah tua-tua gini pun masih suka dapat belon 😂

Banyak perkara yang aku suka tentang Le Meridien KL ni, antaranya bilik yang selesa, tilam dan bantal yang empuk, reka hiasan yang moden dan mewah, tile marmar di ruang tamu dan bilik air, udara yang bersih dan wangi (ni kat semua hotel Marriott Bonvoy memang aku perasan) dan kelengkapan bilik yang dijaga baik. Tapi ada jugak aspek yang aku rasa Le Meridien kena perbaiki antaranya tiada kemudahan mobile key seperti di Hotel Aloft, masih lagi menyediakan air dalam botol plastik (kebanyakan hotel 5 bintang contohnya Grand Hyatt, Mandarin Oriental KL dan Four Seasons KL dah bertukar kepada air minuman dalam jag air untuk mengurangkan penggunaan botol plastik dan lebih mesra alam sekitar) dan tiada mesin membuat kopi dalam bilik. Harap lepas ni pihak pengurusan hotel boleh pertimbangkan penambahbaikan yang aku senaraikan ni.

Secara keseluruhannya, aku tetap rasa yang Le Meridien KL ialah hotel yang menarik untuk staycation dan kalau ada bajet lebih tu, boleh cuba merasai pengalaman duduk di bilik suite Le Meridien KL terutamanya dengan menempah pakej Family Escape ni. Dengan membayar harga bilik suite, boleh dapat satu lagi bilik Deluxe untuk anak-anak. Jadi parents ada la privacy sikit nak berguling-guling macam dalam filem Hindustan pun boleh hihi.

Next part, aku akan ceritakan pengalaman sarapan pagi di restoran hotel (Latest Recipe) dan fasiliti kolam renang di hotel Le Meridien yang unik. Kenapa aku katakan unik? Haa... nantikan sambungan seterusnya!

Read more »
on Monday, June 26, 2023 36
Share this!
Tags
featured, Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, June 24, 2023

Sarapan Pagi di Restoran Yarl @ Ampang

Minggu lepas sementara tunggu SPCA dibuka, kiteorang cadang nak singgah sarapan pagi di deretan kedai makan Melayu tapi rupa-rupanya dah takde - kedai-kedai tu dah jadi tempat letak kereta. Memandangkan takde kedai makan Melayu yang lain di situ, jadi kiteorang pun singggah di Restoran Yarl, restoran yang menghidangkan menu asli dari utara Sri Lanka. 


Sri Lankan cuisine
Restoran Yarl terletak tak jauh dari SPCA
 
Sri Lankan cuisine
Bahagian dalam kedai

Belum pernah lagi cuba makanan Sri Lanka, jom tengok apa dalam menu di restoran ni:

Sri Lanka cuisine
Makanan Sri Lanka mirip makanan dari bahagian selatan India


Tak lama lepas kiteorang duduk, terus datang pelayan bawak buku menu dan ambik pesanan. Memang cepat jugak la servis kat sini. Sementara tunggu makanan sampai, aku ralit tengok potret gambar menarik yang tergantung di dinding restoran:


Yarl @ Ampang
Gambar hitam putih seorang lelaki Sri Lanka yang menaiki kereta lembu

Yarl @ Ampang
Potret-potret wajah orang Sri Lanka

Tak lama kemudian makanan yang dipesan pun sampai:

Yarl @ Ampang
Anak-anak pesan appam manis (RM5.50) seorang satu


Yarl @ Ampang
Suami Terchenta memesan yarl thosai yang dihidangkan dengan kari bawang dan tomato, chutney dan sambar (RM6.80)

Aku pilih set idiyappam dihidangkan dengan sambal iddi, sothi dan kari bawang dan tomato (RM9.50)

masala tea
Suami Terchenta pilih teh tarik (RM3.80) dan aku pulak mencuba Pasum Paal Masala Tea (RM5.60)

Idiyappam tu rasanya macam putu mayam je. Aku suka kari bawang dan tomato tu, tapi pedas sikit. Sambal iddi tu rasanya dibuat dari kelapa parut. Sothi tu pulak dibuat dari santan kelapa. Pasum Paal Masala Tea pulak rasa kulit kayu manisnya kuat jugak. Kalau korang tak suka minuman berempah, mungkin tak boleh terima rasa teh masala. Tapi aku ok je. Cuma aku lebih prefer teh arab. Anak-anak pulak suka appam manis tu, kat tengah-tengah tu rasanya ialah santan dan gula hangus.

Alhamdulillah kenyang jugak bersarapan di sini walaupun makanannya agak ringkas dan vegetarian. Kalau korang teringin mencuba makanan Sri Lanka, bolehlah singgah di restoran Yarl @ Ampang ni.


Yarl @ Ampang
Alamat: 8, Jalan Kerja Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor
Masa Operasi: 8 pagi - 10 malam

Read more »
on Saturday, June 24, 2023 33
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Hari hari yang ku lalui...
    29 minutes ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    4 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    4 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    7 hours ago
  • SURIA AMANDA
    7 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    7 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    8 hours ago
  • Miles of smiles
    9 hours ago
  • Drawing the Words
    9 hours ago
  • My Small World
    10 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    11 hours ago
  • Anies♥You
    11 hours ago
  • KakmimDotCom
    11 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    12 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    13 hours ago
  • mrhanafi.com
    14 hours ago
  • Mreneyoo
    15 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    15 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    15 hours ago
  • Travel My Way
    16 hours ago
  • Blog Anamizu™
    17 hours ago
  • anajingga
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Warisan Petani
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • Ainihalim
    3 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    5 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.