Ni cerita bulan lepas masa sambut anniversary dan birthday anak-anak. Suami Terchenta bawak kami staycation di JW Marriott KL di Bukit Bintang. Dalam banyak-banyak hotel Marriott Bonvoy, JW Marriott ni kami tak pernah lagi duduk. Jadi teruja untuk buat review hotel kali ni.


JW Marriott Kuala Lumpur
JW Marriott Kuala Lumpur
 

Macam biasa, booking dibuat melalui aplikasi Marriott Bonvoy memandangkan kami ada keahlian. Tujuan menginap di hotel ni pun untuk mengumpul earned nights supaya dapat kekalkan status Elite Silver. 

Masa booking, aku inform hotel in advance yang tujuan kami iaitu untuk sambut anniversary dan birthday. Kenapa nak kena inform ye? Jeng.. jeng.. jeng...!


JW Marriott Kuala Lumpur
Masuk-masuk bilik ada belon untuk menyambut tarikh bermakna kami iaitu 15 Disember


JW Marriott Kuala Lumpur
Siap dapat complimentary birthday cake dari hotel

JW Marriott Kuala Lumpur
Ada kad birthday sekali

Benda ni aku discover secara tak sengaja beberapa tahun lepas masa aku booking hotel untuk celebrate birthday diri-sendiri. Bila aku bagitau front desk yang hari tu birthday aku, tak lama lepas tu hotel hantarkan sepotong kek ke bilik. Aku rasa dekor yang paling romantik ialah di Hotel Majestic KL siap tabur kelopak bunga bentuk hati atas katil dan bagi sejambak bunga. 

Kami tempah pakej bilik Deluxe King sekali dengan sarapan pagi. Masa daftar masuk, kami diberitahu bilik kami dah upgrade ke Executive Deluxe King, mungkin sebab bilik yang kami tempah tu dah penuh.


JW Marriott Kuala Lumpur
Executive Deluxe King lebih luas dan selesa

Di kebanyakan hotel jenama Marriott Bonvoy tidak disediakan air minuman dalam botol kerana salah satu usaha conservation hotel ialah mengurangkan penggunaan plastik. Air minuman disediakan dalam botol kaca yang boleh diisi semula. Kalau dah habis boleh call housekeeping mintak refill air.

Kemudahan lain disediakan dalamb bilik hotel ialah mesin kopi, cerek air, peti sejuk mini, gelas minuman, cawan, peti keselamatan dan pengering rambut.


JW Marriott Kuala Lumpur

Satu perkara yang buat aku tertarik ialah toiletries hotel dari jenama luxury iaitu Aromatherapy Associates yang menggunakan essential oil lavender dan ylang-ylang. Automatik otak rasa tenang dan rileks bila berendam dalam bathtub berisi wangian shower gel ni. Aku siap bawak balik losyen badan dan sabun muka sebab wangi sangat. Kalau aku tengok kat website Aromatherapy Associates, boleh tahan mahal harganya. Rugi kalau tak ambik.


JW Marriott Kuala Lumpur

Biasanya kalau ke hotel yang ada bathtub, bathtub rata-rata jenis memanjang. Baru nak selesa sikit bersandar, dah menggelongsor ke depan haha. Tapi bathtub di JW Marriott KL ni just nice je untuk orang kaki pendek macam aku sebab bila berlunjur, tapak kaki cecah ke hujung bathtub. Bagi aku, ni bathtub yang paling selesa pernah aku jumpa hehe.


JW Marriott Kuala Lumpur
Ruang shower dan bathtub


JW Marriott Kuala Lumpur
Cermin sinki dengan meja solek berasingan

Breakfast berkonsepkan buffet dihidangkan di restoran Shook! yang terletak di Starhill Dining. Masa daftar masuk, kita kena bagitau akan turun breakfast jam berapa sebab kat sini ada 3 slot masa - 7 pagi - 8 pagi, 9 - 10 pagi dan 10 - 11 pagi. Turun ke aras LG dan lalu terowong lampu biru ni untuk ke restoran Shook!

JW Marriott Kuala Lumpur
Terowong biru untuk lalu ke restoran

Hiasan dalam restoran ni memang wow sangat, nampak sangat eksklusif. Kejap lagi kita tengok makanan kat sini eksklusif ke tak.


JW Marriott Kuala Lumpur
Restoran Shook!



JW Marriott Kuala Lumpur
Stesyen salad

JW Marriott Kuala Lumpur
Cheese station

JW Marriott Kuala Lumpur
Stesen nasi lemak dan lauk-pauk. Bagi aku lauk nasi lemak ni biasa je, tak de yang menarik sangat pun


JW Marriott Kuala Lumpur
Grilled tomato

JW Marriott Kuala Lumpur
Mihun, mi goreng, nasi goreng dan telur rebus/separuh masak

JW Marriott Kuala Lumpur
Buah-buahan

Kalau dibandingkan dengan hotel-hotel setaraf yang lain, harga buffet breakfast di sini bagi aku agak murah iaitu RM60++ untuk dewasa dan RM30++ untuk kanak-kanak (tapi masa kami datang, kakitangan di situ bermurah hati waive harga makanan untuk anak-anak). 

Dari segi rasa, makanan di sini biasa-biasa je. Bagi tekak aku, yang paling sedap ialah bubur nasi. Suami Terchenta memilih makan roti pratha tapi katanya tidak sedap. Telur dadar dan scrambled eggs yang biasanya kesukaan Suami Terchenta pun tak segebu dan sesedap di hotel lain.

Setakat tu je la review hotel JW Marriott berdasarkan pengalaman kami staycation di sini. Kalau aku rumuskan:

+ points:

  1. Bilik hotel luas, selesa dan mewah
  2. Toiletries hotel dari jenama mewah
  3. Check-in dan housekeeping service yang cepat
  4. Basement parking yang luas dengan bayaran RM10 sehari untuk tetamu hotel
- points:
  1. Layanan kakitangan di kaunter parking yang kurang memuaskan - kami berdiri agak lama di depan kaunter tapi kakitangan tak acknowledge kami sampai terpaksa panggil kakitangan lain yang kebetulan lalu di situ
  2. Makanan buffet yang boleh diperbaiki

30 Comments

  1. wah..bestnya. anak2 la paling seronok kan bila dpt check in hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, dieorg seronok sbb dpt berendam dalam bathtub hehe. swimming pool dieorang tak sangat, sbb duduk kondo ada swimming pool pun jarang2 turun.

      Delete
  2. perasan x..nowadays after MCO, PKP apa segala ni kan...makanan kat buffet hotel kureng...x macam dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk hotel jugak kot. saya suka buffet breakfast di Westin & Traders sbb ada macam2 menu lokal dgn antarabangsa. Tapi klu bandingkan beberapa tahun lepas dgn skrg, dulu lebih meriah menu buffet sampai tak tau nak pilih mana satu hehe

      Delete
  3. Nampak selesa biliknya. Saya kalau ada mesin kopi, dok buat kopi je kerjanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada gak buat satu walaupun tak boleh minum kopi sebenarnya, teguk sikit je pastu rasa pahit saya tak minum lagi hehe

      Delete
  4. kalau gitu sy nk booked hotel majestic KL laa nnt. merasa dpt taburan kelopak bunga😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itu tahun 2019, sebelum covid. skrg tak tau ada lagi tak dieorg tabur bunga atas katil, entah2 dah cut cost hihi

      Delete
    2. waaaaahhhh jgn laa ckp mcm tu...sy baru nak berangan hahahaha

      Delete
  5. Mungkin betul. Kebanyakkan food hotel dah tak sesedap dulu. Jimat kos atau chef baru yang kurang berpengalaman. Maklumlah sebelum PKP chef otai gaji mahal dan untuk low the expenses semasa dan selepas PKP kurangkan gaji atau diberhentikan kerja.

    ReplyDelete
  6. Mesti mahal. Mewah sangat deko dan set penjagaan diri.
    Seronoknya diberi layanan untuk sambutan ulangtahun perkahwinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun dah jadi tradisi sambut ulangtahun staycation di hotel, jadi dari awal tahun kami dah bajet :)

      Delete
  7. Eksklusif.. mmg rate 300 above semlm tok kali.. tp bilitnya nang luas puas hati staycation x ke mana2 diam dlm bilit ajak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, yalah tujuan staycation diam dalam bilit jak hehe. Cuma sebelum checkout sempat la pegi makan di foodcourt Pavilion seberang jalan.

      Delete
  8. Wow sangat ni. Memang sesuai untuk percutian hari istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tapi balik dari staycation kakak tanya takde kena kacau ke, sbb kawan2 dia bgtau hotel JW Marriott tu keras sikit hehe.

      Delete
  9. Best sesekali dapat lepak hotel dengan family macam nie kan. Tapi Kak Sue pun rasa makanan kat hotel sekarang nie memang kureng dah dari sebelum pkp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Sue. Pasal makanan tu tak berapa pasti sebab jarang2 jugak ambik pakej buffet breakfast sebab selalunya mahal sangat. Tapi mmg buffet kat hotel ni tak berapa menarik bagi saya dan asben.

      Delete
  10. teringin benar nak makan di hotel 5 bintang mcm ni. Tp sygnya duit x cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ada rezeki tu nanti Abam Kie. Macam kami ni mmg dari awal kawen lagi celebrate anniversary pegi staycation kat hotel. Plan siap2 staycation di hotel mana. Jadi beberapa bulan sebelum tu dah siap2 bajet :)

      Delete
  11. lama tk tido hotel..syok tu....paling best sbb ada dpt something dr hotel bila kita bg tau samada anniversary or birthday...oh ada time slot utk bfast....tk pernh stay sini tp pernah buka puasa kt sini dlu...sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata JW Marriott ni berhantu, tapi masa tidur sini tak kena kacau hihi.. mungkin sbb tidur berempat dalam satu bilik hantu pun tak kuasa nak kacau. Makanan buka puasa kat sini sedap ye? Kami ambik breakfast tapi tak menepati selera kami.

      Delete
  12. Teringin nak tido JW Marriot tapi tak tercapai lagi. Swimming pool dia best tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time cuti sekolah susah nak ambik gambar swimming pool sbb penuh dgn orang. Saiz pool ok, tapi view bangunan biasa je la tak macam hotel2 baru yg ada infinity pool & ada view KL ke.

      Delete
  13. bestnya, dpt upgrade bilik lg...rezeki birthday girl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... mungkin sbb hotel penuh & kami pun ahli Marriott Bonvoy Silver Elite jadi dapat priority free upgrade kat situ.

      Delete
  14. cantik betul bilik dia, nampak luas dan ada kelas. makan pun best2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .