Minggu lepas sementara tunggu SPCA dibuka, kiteorang cadang nak singgah sarapan pagi di deretan kedai makan Melayu tapi rupa-rupanya dah takde - kedai-kedai tu dah jadi tempat letak kereta. Memandangkan takde kedai makan Melayu yang lain di situ, jadi kiteorang pun singggah di Restoran Yarl, restoran yang menghidangkan menu asli dari utara Sri Lanka. 


Sri Lankan cuisine
Restoran Yarl terletak tak jauh dari SPCA
 
Sri Lankan cuisine
Bahagian dalam kedai

Belum pernah lagi cuba makanan Sri Lanka, jom tengok apa dalam menu di restoran ni:

Sri Lanka cuisine
Makanan Sri Lanka mirip makanan dari bahagian selatan India


Tak lama lepas kiteorang duduk, terus datang pelayan bawak buku menu dan ambik pesanan. Memang cepat jugak la servis kat sini. Sementara tunggu makanan sampai, aku ralit tengok potret gambar menarik yang tergantung di dinding restoran:


Yarl @ Ampang
Gambar hitam putih seorang lelaki Sri Lanka yang menaiki kereta lembu

Yarl @ Ampang
Potret-potret wajah orang Sri Lanka

Tak lama kemudian makanan yang dipesan pun sampai:

Yarl @ Ampang
Anak-anak pesan appam manis (RM5.50) seorang satu


Yarl @ Ampang
Suami Terchenta memesan yarl thosai yang dihidangkan dengan kari bawang dan tomato, chutney dan sambar (RM6.80)

Aku pilih set idiyappam dihidangkan dengan sambal iddi, sothi dan kari bawang dan tomato (RM9.50)

masala tea
Suami Terchenta pilih teh tarik (RM3.80) dan aku pulak mencuba Pasum Paal Masala Tea (RM5.60)

Idiyappam tu rasanya macam putu mayam je. Aku suka kari bawang dan tomato tu, tapi pedas sikit. Sambal iddi tu rasanya dibuat dari kelapa parut. Sothi tu pulak dibuat dari santan kelapa. Pasum Paal Masala Tea pulak rasa kulit kayu manisnya kuat jugak. Kalau korang tak suka minuman berempah, mungkin tak boleh terima rasa teh masala. Tapi aku ok je. Cuma aku lebih prefer teh arab. Anak-anak pulak suka appam manis tu, kat tengah-tengah tu rasanya ialah santan dan gula hangus.

Alhamdulillah kenyang jugak bersarapan di sini walaupun makanannya agak ringkas dan vegetarian. Kalau korang teringin mencuba makanan Sri Lanka, bolehlah singgah di restoran Yarl @ Ampang ni.


Yarl @ Ampang
Alamat: 8, Jalan Kerja Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor
Masa Operasi: 8 pagi - 10 malam

34 comments:

  1. Pertama kali tau kewujudan restoran Sri Lanka. Menarik untuk dicuba.

    Cantik unik gambar-gambar hiasan dindingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tertarik dengan gambar2 di dinding sebab memaparkan bangunan, budaya, pesta dan orang-orang di Sri Lanka.

      Delete
  2. Menarik menu breakfast dia...lbh kurang mknan India jg...prnah rasa teh masala..mmg kuat rasa rempah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan nohas, makanannya lebih kurang makanan India belah Selatan. Teh masala pun sama jugak rasanya dengan teh masala di kedai makanan India.

      Delete
  3. restoran nampak exclusive tapi harga murah-murah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kat dalam restoran pun ada aircond. Selesa makan di sini.

      Delete
  4. Replies
    1. Ya, salah satu sebab kiteorang tertarik nak mencuba restoran ni sebab dari luar lagi nampak lawa.

      Delete
  5. Deko foto-foto kat wall dia menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah agak Uncle mesti suka tengok foto-foto kat wall ni hehe

      Delete
  6. menarik deco kedai dgn foto2
    menu pun best
    oh pegi spca, ciknur Klinik hawa ampang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ciknur, pegi SPCA adopt kucing baru utk teman Louis

      Delete
  7. Menarik!
    Pertama kali dengar ada Restoran Sri Lanka.
    Nama-nama menunya pun agak berbeza dengan yang kita selalu makan di kedai mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza sikit tapi ada jugak persamaannya Kak Amie. Macam thosai dan appam tu pun ada jugak di kedai mamak. Idli pun ada jugak di kedai mamak.

      Delete
  8. unik plak restoran sri lanka tu...ingatkan mknn menu2 restoran mamak td

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin serumpun tapi berbeza, macam kita dgn Indonesia. Ada nasi goreng tapi tak sama.

      Delete

  9. Coba kalau dekat sini. Pasti kusinggahi berang seakali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat yang suka jalan-jalan cari makan macam saya, memang peluang yang bagus untuk mencuba masakan dari negara lain.

      Delete
  10. menarik ni! sesekali tukar selera dgn masakan sri lanka pula... ada pilihan lain selain resto mamak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya teringin nak cuba kari ketam kat sini sebab dengar citer ni menu istimewa dieorang.

      Delete
    2. sedap tuuu kari ketam... kalau dpt ketam fresh lg fuhhhh👍👍👍

      Delete
    3. aduhai, terpaksa la cari weekend ni 🤭

      Delete
  11. Replies
    1. sedap jugak, mirip makanan di kedai mamak tapi tak serupa rasanya 😁

      Delete
  12. Br pernah juak baca blogger review kedei sri lanka.. bih kurang juak menu mamak tp nama lain nak oo

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, nang serumpun tapi sik sama. giyalah hehe

      Delete
  13. wah..very nice & deco2 pun cantiks sgt
    menu pun nampak menyelerakan.. yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka makanan india boleh la cuba jugak makanan dari sri lanka ni. lebih kurang sama ada thosai dan appam.

      Delete
  14. Tidak jauh dari eumah makcik saya.

    ReplyDelete
  15. Akak pun suka deko kat wall tu..aesthetic sangat yang gambar hitam putih tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan. vibe kat sini nampak eksklusif tapi harga marhaen.

      Delete
  16. Baru nak cakap macam putu mayam cuma kuahnya berbeza.. Selau makan dengan manisan.. tiba-tiba teringin pula putu mayam.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa pun macam putu mayam jugak, nama je berbeza.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .