Sedar tak sedar, dah sampai ke hujung bulan Jun tapi cerita staycation masa birthday aku tempoh hari belum lagi keluar. Bukan apa, banyak sangat gambar nak kena edit so tu yang separuh jalan meng edit jadi malas hehe. Tapi sekarang dah edit semua gambar staycation ni apa lagi here's the review pengalaman staycation di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.
 |
Refleksi Le Meridien KL dari bangunan Hilton KL |
Macam biasa, tempahan dibuat guna apps Marriott Bonvoy supaya dapat ganjaran Elite Night. Based on budget yang diberikan oleh Suami Terchenta, mula-mula aku plan nak book hotel The St. Regis tapi bila aku tengok Le Meridien KL ada buat promosi Family Escape package (bilik suite + bilik Deluxe percuma untuk anak-anak) dan harganya tak jauh beza dengan The St. Regis, aku tukar fikiran dan tempah pakej di Le Meridien KL je.
 |
Berbaloi sebab dapat complimentary bilik Deluxe termasuk sarapan pagi |
Hotel Le Meridien KL terletak bersebelahan je dengan KL Sentral dan bersambung dengan Hotel Hilton KL. Ada laluan khas di aras B1 yang menyambungkan hotel dengan KL Sentral dan Nu Sentral. Kalau drive ke Le Meridien KL, boleh parking di basement dan kadarnya pun tetap untuk tetamu yang menginap di hotel (kalau tak silap, RM3 per entry).
 |
Laluan dari basement parking (atas), gambar lobi hotel (bawah kiri) dan kaunter daftar masuk (bawah kanan) |
Proses daftar masuk cepat dan kakitangan di kaunter pun melayan dengan mesra dan profesional. Oleh sebab aku ialah ahli Silver Elite, kakitangan hotel terus bagitau yang masa daftar keluar dah dilewatkan sampai pukul 5 petang esoknya (masa daftar keluar biasanya pukul 12 tengahari). Ni la antara keistimewaan sebagai ahli Silver Elite Marriott Bonvoy yang aku suka, bila dah bayar bilik hotel harga premium mestilah nak luangkan lebih banyak masa di bilik hotel.
Bilik aku dan Suami Terchenta dan bilik anak-anak bersambung antara satu sama lain (connecting rooms). Jom tengok bilik anak-anak iaitu bilik Deluxe:
 |
Bilik deluxe dengan 2 katil single |
 |
Bilik air dengan ruang shower |
Dan ni pulak ialah bilik aku dan Suami Terchenta:
 |
Bahagian ruang tamu |
 |
Ruang meja kerja yang selesa |
 |
View dari ruang tamu menghadap ke bilik tidur |
 |
Bilik tidur one-bedroom suite |
 |
View dari tepi katil menghadap TV |
 |
Kamar mandi yang luas dilengkapi dengan bathtub yang besar |
 |
Ruang shower dilengkapi dengan rain shower dan jacuzzi shower |
 |
Ruang tandas (kiri), botol air mineral (atas kanan), peralatan mandi (bawah kanan) |
 |
Kemudahan lain yang disediakan - stesen minuman panas (kiri), peti sejuk dengan minuman tin dan jus (tengah), almari dan bathrobe (atas kanan) dan seterika dan papan seterika (bawah kanan) |
Sebelum ni, aku pernah menetap di bilik suite hotel Le Meridien Putrajaya, Aloft KL dan Majestic Kuala Lumpur (kebanyakannya aku dapat upgrade percuma sebagai ahli Silver Elite). Boleh dikatakan bilik suite Le Meridien KL ni paling cantik dan nampak paling mewah berbanding bilik-bilik suite di hotel-hotel yang aku duduk sebelum ni (walaupun bilik lebih kecik berbanding suite Le Meridien Putrajaya).
Masa buat tempahan, aku dah inform hotel siap-siap yang tujuan staycation ialah untuk sambut birthday aku. Masuk-masuk bilik je dah nampak belon, biskut, coklat dan kek cawan beserta kad birthday atas meja di ruang tamu.
 |
Dapat birthday surprise dari pihak hotel |
 |
Siap ada kad birthday lagi |
 |
Tak sangka dah tua-tua gini pun masih suka dapat belon 😂 |
Banyak perkara yang aku suka tentang Le Meridien KL ni, antaranya bilik yang selesa, tilam dan bantal yang empuk, reka hiasan yang moden dan mewah, tile marmar di ruang tamu dan bilik air, udara yang bersih dan wangi (ni kat semua hotel Marriott Bonvoy memang aku perasan) dan kelengkapan bilik yang dijaga baik. Tapi ada jugak aspek yang aku rasa Le Meridien kena perbaiki antaranya tiada kemudahan mobile key seperti di Hotel Aloft, masih lagi menyediakan air dalam botol plastik (kebanyakan hotel 5 bintang contohnya Grand Hyatt, Mandarin Oriental KL dan Four Seasons KL dah bertukar kepada air minuman dalam jag air untuk mengurangkan penggunaan botol plastik dan lebih mesra alam sekitar) dan tiada mesin membuat kopi dalam bilik. Harap lepas ni pihak pengurusan hotel boleh pertimbangkan penambahbaikan yang aku senaraikan ni.
Secara keseluruhannya, aku tetap rasa yang Le Meridien KL ialah hotel yang menarik untuk staycation dan kalau ada bajet lebih tu, boleh cuba merasai pengalaman duduk di bilik suite Le Meridien KL terutamanya dengan menempah pakej Family Escape ni. Dengan membayar harga bilik suite, boleh dapat satu lagi bilik Deluxe untuk anak-anak. Jadi parents ada la privacy sikit nak berguling-guling macam dalam filem Hindustan pun boleh hihi.
Next part, aku akan ceritakan pengalaman sarapan pagi di restoran hotel (Latest Recipe) dan fasiliti kolam renang di hotel Le Meridien yang unik. Kenapa aku katakan unik? Haa... nantikan sambungan seterusnya!