Shopee Sales 7.7 - Guna ChatGPT Survey Barang dan Shopback untuk Dapatkan Cashback

Semenjak ada Kiera kat rumah ni, Khayla makin menjadi-jadi bersin. Bukan setakat tu je, pernah sekali aku tengah memasak, tiba-tiba ada bulu kucing berterbangan masuk dalam kuali 😅.

Tak boleh jadi macam ni, kena jugak pasang sebijik pembersih udara kat rumah!

Lepas proposal diluluskan oleh Suami Terchenta, aku pun bukak Shopee nak cari pembersih udara yang sesuai. Ada beberapa jenama dan model yang aku berkenan tapi bila dah bukak tutup page beberapa kali nak study spec model tu, aku dah pening kepala. 

Jadi aku serahkan kepada ChatGPT je la untuk survey bagi pihak hehe. Kalau belum tau apa tu ChatGPT, boleh baca kat sini.

Aku pun login dekat laman web ChatGPT lepas tu taip arahan untuk ChatGPT buat kerja. Lebih kurang macam ni la arahannya - 'Buat jadual perbandingan pembersih udara dari segi harga (dalam RM), jenis penapis digunakan, harga penapis, Homekit-enabled dan spefikasi - (nama-nama model pembersih udara yang aku dah shortlist).'


ChatGPT

Tak sampai 1 minit ChatGPT buat kerja. Memang memudahkan hidup betul teknologi AI sekarang ni. Tak perlulah aku habiskan masa berjam-jam nak buat jadual perbandingan tu, terus boleh study dari maklumat yang ChatGPT dah kumpulkan.

Sejak tau pasal Shopback, sekarang ni kalau bukak apps Shopee aku akan bukak melalui apps Shopback je. Shopback ni bagi kita dapat cashback bila kita berbelanja di aplikasi yang join Shopback macam Shopee. Cashback yang terkumpul tu kita boleh pilih samaada nak keluarkan dan masukkan ke akaun bank atau guna untuk pembelian akan datang. Orang kata sambil menyelam, minum air gitu...

Kalau korang berminat nak join, boleh guna referral code ni untuk join. Shopback tengah buat referral program which korang akan dapat RM10 bila join guna referral code dan promosi ni akan berakhir 31 Julai ni. Bukan senang nak dapat RM10 cashback terus 😉. OK, selamat membeli-belah Shopee Sales 7.7!


shopback referral program

Repeat Chili Pan Mee di Ah Cheng Laksa

Lepas menonton movie Indiana Jones, kiteorang turun ke food court di tingkat 4 mencari makanan. Ye la, mana la kenyang kongsi popcorn tu 😆. Kenalah cari makanan yang berat sikit sebab perut dah berkeroncong.

Mula-mula nak makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi tapi tutup pulak. Mungkin masih cuti Raya Haji. Pusing-pusing kat food court tu, akhirnya kiteorang decide nak makan makan di Ah Cheng Laksa. Ni first time kiteorang makan kat sini.

Belek-belek menu ternampak dry pan mee. Terus teringat chilli pan mee yang aku makan di Ipoh. Sebenarnya masa tu first time aku try chilli pan mee. Tak sangka pulak tersuka. Makan dengan poached egg, paling suka part cucuk kuning telur tu sampai meleleh keluar lepas tu gaul-gaulkan dengan sambal cili dan mee tu sekali. Yummeh!


Ah Cheng Laksa
Dry pan mee datang dengan sup. Dalam sup tu ada poached egg, daun cekur manis, fish cake dan fish ball
 

Suami Terchenta pulak nak cuba signature dish kedai ni iaitu asam laksa:


Ah Cheng Laksa
Signature asam laksa

Untuk minuman, aku order air longan. Sedap, tak manis sangat dan menyegarkan.


Ah Cheng Laksa
Air longan

Review aku, makanan kat sini tak mengecewakan. Tak hairan kenapa signature dish kat sini ialah asam laksa sebab rasa kuahnya yang cukup pekat dan seimbang rasa masam, masin dan manisnya. Worth repeat makan asam laksa kat sini.

Suasana dalam restoran ni selesa dan santai dengan hiasan yang ringkas seolah-olah dalam rumah kayu. Pelanggan jugak boleh ambik sos dan sambal di tepi kaunter bayaran ikut selera masing-masing. Sambal cilinya memang sedap dan kena dengan dry pan mee yang aku makan.


Sunway Putra Mall
Suasana dalam restoran

Sunway Putra Mall
Order dan bayar dulu lepas tu cari tempat duduk. Boleh pilih sos yang kita nak untuk dimakan dengan makanan yang dipesan

Kesimpulannya, lepas ni kalau tiba-tiba teringin makan asam laksa, dah tau kat mana tempat best - Ah Cheng Laksa.


Sunway Putra mall
Ah Cheng Laksa di Sunway Putra mall

Kalau korang pulak, kat mana tempat favourite makan asam laksa?

Review Movie: Indiana Jones and The Dial of Destiny

Indiana Jones and The Dial of Destiny
Poster Indiana Jones and The Dial of Destiny
 

Hujung minggu lepas, Suami Terchenta ajak dating kat TGV menonton filem Indiana Jones 5. Aku pun apa lagi suka la bila suami ajak dating kan hihi. Jarang dapat peluang keluar berdua-duaan ni (yang sebetulnya, anak-anak tak minat tengok cerita ni sebab tu end up jadi movie date 🤣).


TGV cinema
Sebelum masuk panggung, beli popcorn dulu. Betul-betul dating ni, dia belikan satu set je untuk kongsi berdua 🫢

Sinopsis:
Cerita bermula pada zaman perang kedua di mana ahli arkeologi dan pengembara terkemuka, Indiana Jones (Harrison Ford) dengan dibantu oleh sahabatnya, Basil Shaw (Toby Jones) mencuri dail legenda Antikythera yang dicipta oleh pakar matematik Greek, Archimedes dari pihak NAZI. Apabila pihak NAZI kalah dalam perang, Basil meneruskan kajiannya dan mendapati dail legenda mempunyai kuasa yang boleh mengubah sejarah dunia. 

Fast forward tahun 1969, Indiana Jones yang sudah berumur dan bersara sebagai seorang pensyarah arkeologi telah didatangi oleh anak perempuan Basil dan juga anak angkatnya, Helena Shaw (Phoebe Waller-Bridge). Helena memperdaya Indiana Jones dan mencuri dail legenda untuk dijual. Indiana Jones terpaksa berlumba dengan masa untuk mendapatkan semula Antikythera sebelum jatuh ke tangan Jürgen Voller (Mads Mikkelsen), bekas Nazi yang bekerja untuk NASA mahu mengembalikan kegemilangan pemerintahan kuasa NAZI.

Indiana dan Helena merentasi benua, bertempur dengan musuh berbahaya, membongkar teka-teki kuno, dan mencungkil rahsia yang telah lama terpendam untuk menghalang Voller dari mengetahui rahsia di sebalik Antikythera. Pengembaraan mereka membawa mereka berdepan dengan gangster di Morocco, menyelam lautan dalam dan meneroka makam tersembunyi yang penuh dengan perangkap.


Cerita ni best giler ok! Jalan ceritanya memang tipikal filem Indiana Jones yang penuh dengan aksi dan adegan kejar-mengejar dengan penjahat dan pengembaraan di negara-negara yang kaya dengan sejarah silam. Filem ini berjaya menggabungkan aksi menyayat hati dengan detik-detik nostalgia bila Indiana mengingati masa lalunya iaitu kematian anak lelakinya yang akhirnya membuatkan hubungan dengan isterinya renggang dan di akhir cerita, dia berdamai dengan isterinya Marion (btw, aku kagum dengan Karen Allen sebab walaupun dah berusia tapi dia masih cantik sangat).  

Pembangunan watak Helena dari pencuri yang licik dan tak kisahpun mencuri dari ayah angkatnya kepada Helena yang ambil berat dan berusaha menolong Indiana menghalang niat jahat Voller berjaya buatkan aku bertukar dari perasaan geram kepada perasaan gembira. Cerita Indiana Jones ni macam biasa, mendebarkan tapi endingnya baik-baik saja.

So yes, aku bagi dua thumbs up untuk cerita ni 👍🏻👍🏻 Kalau korang belum tengok lagi, aku syorkan korang pergi tengok. Tapi jangan lupa beli popcorn asing-asing sebab sampai part mendebarkan tu, bila takde popcorn terpaksa la gigit jari je 😂!

Sup Meletop Kambing Bakar @ RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka

Balik dari kenduri anak Sislin bulan lepas, kiteorang dan pasangan sejoli Che Mat & Kak Siti Delima sempat singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka untuk makan tengahari. 

Kiteorang terus tertarik dengan gerai Sup Meletop Kambing Bakar kat sini.


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Suami Terchenta buat pesanan

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Macam-macam jenis sup di sini

Selain dari hidangan kambing, boleh jugak pilih daging lembu atau ayam. Tapi sebab nama gerainya Sup Meletop Kambing Bakar, mestilah pilih sup kambing kan? Aku awal-awal dah decide nak makan sup gearbox kambing. Terliur membayangkan nikmat menyedut sumsum tulang tu slurrppp....  


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Menu yang ada di sini

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Hidangan sampingan macam sambal, kacang dan limau boleh ambik sendiri ikut suka

Suami Terchenta pulak pilih sup daging. Sup kambing ni memang dia kureng sikit, tapi kalau makan nasi mandy, dia lebih suka pilih mandy kambing dari mandy ayam. Mungkin rempah mandy tu menenggelamkan bau daging kambing tu kot.


sup gearbox kambing
Set sup gearbox kambing sekali dengan nasi putih

sup daging
Set sup daging pilihan Suami Terchenta

Selepas menikmati sup masing-masing, kiteorang buat kesimpulan yang sama - portion kat sini kecik, tak banyak isi dan supnya cair sikit. Lagi satu aku tak berapa enjoy makan guna pinggan, sudu dan garpu plastik. End up aku makan guna tangan je.

Nasib baik kiteorang tak la lapar sangat, cukuplah buat alas perut untuk meneruskan perjalanan ke KL.

Wordless Wednesday: SOP Covid-19 Terkini Mulai 5 Julai 2023

Hari ni dah berkuatkuasa SOP Covid-19 terbaharu seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa melibatkan pemakaian pelitup muka dan tempoh kuarantin di rumah bagi pesakit Covid-19.

Boleh rujuk carta di bawah untuk ringkasan SOP:


SOP Covid-19 2023

Kesimpulannya, dah tak perlu risau terlupa bawak pelitup muka bila keluar rumah. Walaupun pelitup muka ni bagus untuk melindungi kita dari jangkitan yang merebak melalui rembesan titisan wap di udara, tapi pada masa yang sama sakit mata jugak bila tengok pelitup muka terpakai dibuang merata-rata. Cuma kalau bergejala atau ada simptom-simptom batuk dan selsema tu, pakailah pelitup muka bila di luar rumah ye. Jangan pulak tak ambik iktibar dari wabak Covid-19, mentang-mentang kita ni dah di fasa endemik!


pelitup muka
Lepas ni pakai pelitup muka bila perlu je