Indiana Jones and The Dial of Destiny
Poster Indiana Jones and The Dial of Destiny
 

Hujung minggu lepas, Suami Terchenta ajak dating kat TGV menonton filem Indiana Jones 5. Aku pun apa lagi suka la bila suami ajak dating kan hihi. Jarang dapat peluang keluar berdua-duaan ni (yang sebetulnya, anak-anak tak minat tengok cerita ni sebab tu end up jadi movie date 🤣).


TGV cinema
Sebelum masuk panggung, beli popcorn dulu. Betul-betul dating ni, dia belikan satu set je untuk kongsi berdua 🫢

Sinopsis:
Cerita bermula pada zaman perang kedua di mana ahli arkeologi dan pengembara terkemuka, Indiana Jones (Harrison Ford) dengan dibantu oleh sahabatnya, Basil Shaw (Toby Jones) mencuri dail legenda Antikythera yang dicipta oleh pakar matematik Greek, Archimedes dari pihak NAZI. Apabila pihak NAZI kalah dalam perang, Basil meneruskan kajiannya dan mendapati dail legenda mempunyai kuasa yang boleh mengubah sejarah dunia. 

Fast forward tahun 1969, Indiana Jones yang sudah berumur dan bersara sebagai seorang pensyarah arkeologi telah didatangi oleh anak perempuan Basil dan juga anak angkatnya, Helena Shaw (Phoebe Waller-Bridge). Helena memperdaya Indiana Jones dan mencuri dail legenda untuk dijual. Indiana Jones terpaksa berlumba dengan masa untuk mendapatkan semula Antikythera sebelum jatuh ke tangan Jürgen Voller (Mads Mikkelsen), bekas Nazi yang bekerja untuk NASA mahu mengembalikan kegemilangan pemerintahan kuasa NAZI.

Indiana dan Helena merentasi benua, bertempur dengan musuh berbahaya, membongkar teka-teki kuno, dan mencungkil rahsia yang telah lama terpendam untuk menghalang Voller dari mengetahui rahsia di sebalik Antikythera. Pengembaraan mereka membawa mereka berdepan dengan gangster di Morocco, menyelam lautan dalam dan meneroka makam tersembunyi yang penuh dengan perangkap.


Cerita ni best giler ok! Jalan ceritanya memang tipikal filem Indiana Jones yang penuh dengan aksi dan adegan kejar-mengejar dengan penjahat dan pengembaraan di negara-negara yang kaya dengan sejarah silam. Filem ini berjaya menggabungkan aksi menyayat hati dengan detik-detik nostalgia bila Indiana mengingati masa lalunya iaitu kematian anak lelakinya yang akhirnya membuatkan hubungan dengan isterinya renggang dan di akhir cerita, dia berdamai dengan isterinya Marion (btw, aku kagum dengan Karen Allen sebab walaupun dah berusia tapi dia masih cantik sangat).  

Pembangunan watak Helena dari pencuri yang licik dan tak kisahpun mencuri dari ayah angkatnya kepada Helena yang ambil berat dan berusaha menolong Indiana menghalang niat jahat Voller berjaya buatkan aku bertukar dari perasaan geram kepada perasaan gembira. Cerita Indiana Jones ni macam biasa, mendebarkan tapi endingnya baik-baik saja.

So yes, aku bagi dua thumbs up untuk cerita ni 👍🏻👍🏻 Kalau korang belum tengok lagi, aku syorkan korang pergi tengok. Tapi jangan lupa beli popcorn asing-asing sebab sampai part mendebarkan tu, bila takde popcorn terpaksa la gigit jari je 😂!

12 comments:

  1. Kalau nak dating berdua tengok wayang dgn AG memang takde la kan. Nak ajak anak2 ikan kat ofis diaorang tak minat hero tua..hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, lain zaman kan. Kita membesar dengan Harrison Ford pegang watak Indiana Jones ni. Kena la tunggu keluar di tv baru sis dpt tengok macam tu.

      Delete
  2. x follow cita ni...siapa yg follow sure ternanti2 ni.. btw pelakon2 mantap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayalah salah sorang follower citer Indiana Jones ni hihi. Membesar dgn citer Indiana Jones dari zaman Harrison Ford muda lagi 😄

      Delete
  3. BBNU laa ni kenal ke dgn Harrison Ford ni? hehehe rasanya gen x je yg akan layan filem ni...

    ReplyDelete
  4. Lamanya Harrison Ford ni berlakon sekuel Indiana Jones ni. Larat juga ya nak berlakon aksi lasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar2 ni last sekuel yg dia berlakon. Masa throwback zaman perang dunia tu, kagum tgk muka Harrison Ford maintain je rupa2nya dieorg guna teknologi face ai masa Harrison Ford muda belia dulu hehe.

      Delete
  5. waaa menarik la plak baca review u ni...harap2 ada la masa nak tgk wpun rasa mcm tak de masa jer lately

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk betul MZ sekarang ye.Kalau tak sempat tgk kat wayang, harap2 keluar kat Netflix dalam masa terdekat. Boleh tengok bila MZ dah lapang sikit.

      Delete
  6. filem2 Indiana Jones ni enjoy tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kecik sampai ke tua layan filem2 Indiana Jones hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .