Teman Khayla ke SOGO Beli Hadiah Farewell Untuk Cikgu

Khamis malam, Khayla tiba-tiba teringat yang dia nak cari hadiah farewell untuk cikgu Sejarah yang berpindah sekolah. Bising sekejap la maknya sebab agak last minute inform. Tapi mengenangkan hari Jumaat waktu sekolah start lambat sikit, sempat la pergi cari hadiah tu.

Pagi Jumaat tu, lepas Khayla dah siapkan barang-barang sekolah dan gosok baju, kiteorang pun naik LRT ke SOGO. Nasib baik rumah dekat je dengan LRT. Kalau nak kena drive / bawak motor, aku malas. Cari hadiah di kedai Mr DIY je la jawabnya.


Naik LRT ke SOGO
Walaupun dah tak wajib pakai pelitup muka, tapi Khayla lebih selesa pakai sebab katanya dia introvert, tak suka orang tengok mukanya 😆

Naik LRT ke SOGO
Aku pilih ke SOGO sebab lebih banyak pilihan yang boleh dicari sesuai dengan bajet Khayla (bawah RM30)

Aku cadangkan supaya cari hadiah yang cikgu boleh guna setiap hari. Dengan cara ni, dia akan sentiasa ingat dekat pemberi (Khayla) dan semoga dia sentiasa mendoakan Khayla berjaya dalam pelajaran. Akhirnya Khayla jumpa hadiah yang dia berkenan iaitu mug yang cantik sangat. Kotak mug tu pun cantik penuh dengan lukisan bunga, jadi tak payah balut dengan kertas pembalut pun tak apa. Harganya pun dalam bajet Khayla - RM29.30.


Hadiah farewell
Khayla tengah bayar hadiah yang dipilihnya

Memandangkan kiteorang belum bersarapan, aku ajak Khayla ke food court. Ni dah kira brunch, sebab dah lewat sangat. Ternampak Ah Cheng Laksa, so singgah makan di sini. Kali ni aku pesan asam laksa. Puas hati dapat makan, hari tu rasa-rasa je kuahnya sebab tu Suami Terchenta yang pesan hehe. Khayla pilih makan pan mee sama macam yang aku makan sebelum ni.


Ah Cheng Laksa
Sementara tunggu makanan sampai, ambik gambar anak dara ni tapi dia malu-malu pulak

Sambil makan, kiteorang berborak hal sekolah dan kawan-kawan sekelas Khayla. Khayla ni pemalu dan pendiam dalam kelas. Maklumlah, orang introvert. Aku pesan supaya kalau boleh dia volunteer untuk pegang jawatan di sekolah contohnya pustakawan ke (sebab dia malu nak tegur orang so tak boleh la jadi pengawas).

Sedih aku mengenangkan yang Khayla ni berubah dari ceria dan friendly kepada seorang introvert lepas dia belajar di sekolah swasta tahun lepas. Nampaknya cuma Khadeeja je yang serasi dengan kawan-kawan di sekolah tu tapi batch Khayla pulak jenis yang tak berapa menerima orang baru dan dah ada clique sendiri. Tahun lepas memang aku perasan Khayla selalu seorang diri dan lonely. Walaupun aku selalu nasihatkan dia untuk cuba 'masuk' dengan kawan-kawan sekelas tapi lama-lama dia give up dan selesa jadi introvert sampai sekarang. Di sekolah sekarang pulak, dia berkawan dengan geng sama-sama introvert dan kumpulan dieorang ni digelar 'geng budak baik' sebab selalu senyap je dalam kelas. Cuma aku harap la dia jumpa kawan baik yang satu kepala dengan dia dan berkongsi minat yang sama.

OK la, done membebel tentang hal-hal remaja. Sambung balik cerita. Lepas makan, kiteorang singgah pulak di outlet JOVIAN sebab Khayla mintak belikan telekung sekolah yang baru. Telekung sekolah sekarang dah pendek katanya. Jumpalah telekung travel yang elok tak nipis dan jarang tapi ringan. Harga pun not bad - RM45. 

Settle beli telekung, singgah pulak beli stoking sekolah Khadeeja. Yang ada dah berlubang (aku tak tau la dia buat apa kat sekolah tu sampai stoking baru beli awal tahun tu dah berlubang). Dapat la 3 pasang dengan harga RM11.90. 

Tengok ada masa lagi, aku ajak Khayla pergi ke kedai CK Rahim di seberang SOGO untuk belikan dia tudung baru. Hasilnya dapat 2 pasang dengan harga RM30.


Muka manyak hepi dapat telekung dan tudung baru...

Lepas beli tudung, kiteorang terus balik. Bahaya kalau lama-lama di SOGO 😆. Sampai di rumah, Khayla tukar pakaian sekolah, ambik wudu' dan terus solat Zohor. Sempat dia siapkan kad untuk cikgunya sebelum aku hantar di ke sekolah. Macam tak percaya je boleh pergi shopping di SOGO on a school day hehe. Sekali-sekala OK, jangan diamalkan selalu! 🤭

Aktiviti Keluarga Pada Hujung Minggu

Hujung minggu lepas, Suami Terchenta ajak jalan-jalan di Lowyat. Dah lama giler tak ke Lowyat. Satu masa dulu, Lowyat ni la 'taman permainan' kiteorang pada hujung minggu sebab kiteorang sama-sama peminat gajet berkaitan komputer. Bila berjodoh dengan orang IT, hobi pun yang berkaitan IT jugak hihi. 

Kalau nak ke Bukit Bintang, lebih baik naik pengangkutan awam lagi-lagi bila keluar hujung minggu. Confirm sesak jalanraya. Macam biasa, naik LRT sampai ke Titiwangsa lepas tu tukar naik MRT ke Bukit Bintang. Sebenarnya lebih senang naik monorel sebab tak payah nak bertukar MRT tapi Suami Terchenta kata nak cuba naik MRT sebab tak pernah lagi naik laluan ke Bukit Bintang tu. 


Plaza Low Yat
Hai Plaza Low Yat! Lama tak masuk ke sini!

Plaza Low Yat
Low Yat masih sama - sesak dengan orang ramai mencari barang-barang elektronik dan IT 

Tujuan Suami Terchenta ajak ke sini sebab nak tukar bateri laptop yang dah uzur dan cari tablet melukis untuk Khayla. Khayla nak beli tablet melukis guna duit raya sendiri jadi kena la survey tablet dengan harga ikut bajet yang dia ada.   


XP-Pen 12 Pro
Khayla berminat dengan tablet melukis jenama XP-Pen (sumber gambar: XP-Pen)

Kedai pertama yang kiteorang masuk ialah Lenovo nak tanyakan bateri laptop Lenovo kepunyaan Suami Terchenta. Sementara pekerja kedai bukak cover bawah laptop nak check model bateri tu, kiteorang ambik kesempatan tengok laptop, tablet dan gajet lain yang ada di kedai ni.


Lenovo Low Yat Plaza
Kedai Lenovo

Lenovo Thinkpad battery
Jenuh jugak pekerja ni cari mata skru yang sesuai untuk bukak cover bawah laptop Lenovo tu

Bila pekerja tu check model bateri laptop dalam sistem inventori kedai, rupa-rupanya bateri tu dah takde stok kat kedai tu. Nampaknya terpaksalah Suami Terchenta pergi ke pusat servis Lenovo di Menara Glomac nun jauh di Kota Damansara. 

Keluar dari kedai tu, kiteorang merayau-rayau dalam Lowyat cari kedai yang jual tablet melukis XP-Pen. Dari satu aras ke aras seterusnya kiteorang keluar masuk kedai. Nasib baik kedai terakhir, ALL IT Hypermarket jumpa jugak tablet yang diidam-idamkan tu. Kalau tak, sia-sia je ke Lowyat, pulang dengan tangan kosong.

Adik nampak kakak beli tablet melukis, tiba-tiba dia pun teringin jugak! 😅 Sudahnya Bapak dia terpaksa jadi bank bagi 'loan' kat Khadeeja untuk beli tablet melukis yang paling murah (bawah RM200). Gembiralah dua-dua pulang dengan gajet baru hehe. Ehem. Macam tu la Suami Terchenta bila anak-anak mintak je terus 'cair' lepas dipujuk! 🤪

Masa nak keluar dari Lowyat, ternampak booth gajet PICO 4 headset VR (virtual reality) yang terbaru. Khadeeja beriya-iya nak berhenti dan cuba headset VR ni. Jadi kiteorang pun berhenti sekejap di booth untuk bagi dieorang berdua cuba bendalah ni. Nak beli memang idok ler, takde dalam bajet pun...


PICO 4 VR Headset
Bersungguh-sungguh Khadeeja dan Suami Terchenta dengar penerangan dari salesman

PICO 4 VR Headset
Khayla tengah cuba headset VR. Lepas tu dia kata pening main game VR tu hehe.

Keluar dari Lowyat, kiteorang bincang nak balik terus atau jalan-jalan ke tempat lain pulak. Akhirnya semua setuju nak pergi ke KLCC pulak. Jadi kiteorang pun naik MRT ke sana.


stesen MRT
Boleh gayat tengok tangga bergerak di stesen MRT yang bertingkat-tingkat ni!

Sampai di KLCC pukul 4 petang. Memandangkan tak sempat solat Zohor lagi, kiteorang singgah surau dulu menunaikan kewajipan. Lepas tu barulah berjalan-jalan di KLCC. As usual, anak-anak mintak belikan biskut chocolate chips di Marks & Spencer.

Lepas puas berjalan-jalan, kiteorang decide balik pun naik MRT jugak sebab kalau naik LRT kena tukar ambik bas dari Masjid Jamek ke stesen Bandaraya memandangkan kerosakan pada struktur laluan LRT stesen Bandaraya masih lagi belum dibaikpulih. Hmm... Dah berbulan-bulan masih lagi belum dibaiki struktur tu.

Tapi nak ke stesen stesen MRT Persiaran KLCC ni jauh jugak la kena menapak dan takde laluan bawah tanah nak ke sana. Kena ikut laluan pejalan kaki dan beberapa kali melintas jalan. Bagi aku, kurang mesra pengguna. Bayangkan kalau berjalan waktu malam seorang diri kena lalu tepi tapak pembinaan dan kawasan yang agak sunyi. Lebih baik naik LRT dan ambik bas shuttle ke stesen Bandaraya.


KLCC
Keluar dari KLCC menuju ke stesen MRT Persiaran KLCC

Seharian berjalan-jalan sampai sakit kaki dan lenguh pinggang dibuatnya. Tapi bila kenangkan seharian dapat luangkan masa bersama-sama dengan keluarga, kurang sikit penatnya.

Tak Sangka Lepas Hidu Catnip, Kiera Jadi Macam Ni...

Selasa lepas, aku singgah kedai barangan kucing belikan wet food lagi (sebab hari-hari dah bagi makan wet food untuk biasakan Kiera supaya dia tak takut dengan aku, jadi wet food cepat habis pulak). Tiba-tiba aku ternampak catnip dan terfikir - apa akan jadi kalau aku bagi catnip dekat Kiera ye?


Apa Itu Catnip?

Catnip ialah sejenis tumbuhan dari keluarga daun pudina. Sebab tu bau catnip ni mirip bau pudina sikit. Bahan aktifnya dipanggil nepetalactone, yang mana memberikan tindakbalas berbeza kepada kebanyakan (Fakta menarik: Ia juga memberi kesan kepada kucing besar seperti singa dan harimau.) Nepetalactone bertindak mengaktifkan bahagian otak yang berbeza yang mengawal emosi dan tingkahlaku kucing. Kesan catnip sekejap je, dalam 10 hingga 15 minit. Kucing biasanya bertindakbalas terhadap catnip dengan menghidu, menjilat, makan, berguling dan menggosok pipi pada serbuk catnip. Ada kucing yang jadi hiperaktif lepas hidu catnip, dan ada jugak yang jadi tenang dan jinak. 


Petang tu, lepas umpan Kiera dengan snek kucing, aku pun tuang sikit serbuk catnip tu dekat lantai. Hasilnya, dia mula menghidu-hidu lepas tu tergolek sambil gosok-gosok kepalanya atas serbuk catnip!

Bila tengok telatah Kiera tu, Khadeeja hulurkan tangan dan garu bawah dagu Kiera. Eh, eh! Tak sangka pulak Kiera suka digosok bawah dagunya:


catnip effect
Terus berubah personaliti Kiera jadi jinak!

Sempat aku rakamkan video untuk tunjuk dekat Suami Terchenta:



Tapi efek tu tak lama. Bila efek tu hilang, Kiera jadi macam biasa - penakut balik! 😂 

Bakat Usahawan Khadeeja

Concubine Lanes Ipoh

Masa kiteorang singgah di satu kedai di Concubines Lane minggu lepas, Khadeeja beriya-iya nak beli glow in the dark sand dalam botol kecik. So aku pun bagi syarat kat dia:

Mommy: Khadeeja boleh beli tapi dengan syarat, Khadeeja kena dapat balik modal beli glow in the dark sand ni.
Khadeeja: OK. Kalau beli 5, dapat 1 botol percuma. Saya ambik satu dan jual 5 botol. Harga 5 botol ialah RM7 darab 5, RM35. Jadi saya kena dapatkan balik RM35 kan?
Mommy: Ye, betul.
Khadeeja (buat perancangan): OK! Saya nak jual satu botol harga RM10. Nanti dapat RM50.

Semalam dia balik dari sekolah dan bagitau yang dia dah berjaya jual 3 daripada 5 botol glow in the dark sand. 

Khadeeja: Tapi kan Mommy, kawan-kawan saya tak cukup duit. Jadi saya jual RM8 satu botol. Saya dapat RM24 hasil jualan.
Mommy: Khadeeja dah try jual dekat cikgu ke? Apa kata Khadeeja jual macam ni - beli satu botol, RM10. Beli 2 botol, dapat diskaun RM2. 
Khadeeja: OK, saya cuba.

Petang tadi dia bagitau ada 2 orang kawannya yang booking botol glow in the dark sand. Tapi dia jual dengan harga yang sama - RM8. Jumlah keseluruhan hasil jualannya RM40. Khadeeja berjaya dapat balik modal dan untung RM5. Untuk meraikan kejayaan dia menjual botol-botol glow in the dark sand, aku bagi la dia belanjakan untung RM5 untuk beli jajan 😆. Barulah dia syok meniaga sebab duit yang dikeluarkan dapat balik, untung pun dapat jugak.

Sebelum ni pun, dia pernah teringin nak makan lolipop Chupa Chups jadi dia beli sebungkus lolipop yang ada 6 batang dalamnya dengan harga RM4.90. Dia makan satu dan selebihnya dia jual dengan kawan-kawan RM1 sebatang. Dapat balik modal RM5, untung 10 sen. 

Paling kelakar, masa PKPD dulu, dia bosan sangat duduk kat rumah jadi dia video call kakak aku jual keropok ok! Bersungguh-sungguh dia jual beli 3 percuma 1 sampai kakak aku borong semua keropok, lepas tu dia panik sebab dah takde stok keropok untuk dijual lagi 🤣! 

Shopee Sales 7.7 - Guna ChatGPT Survey Barang dan Shopback untuk Dapatkan Cashback

Semenjak ada Kiera kat rumah ni, Khayla makin menjadi-jadi bersin. Bukan setakat tu je, pernah sekali aku tengah memasak, tiba-tiba ada bulu kucing berterbangan masuk dalam kuali 😅.

Tak boleh jadi macam ni, kena jugak pasang sebijik pembersih udara kat rumah!

Lepas proposal diluluskan oleh Suami Terchenta, aku pun bukak Shopee nak cari pembersih udara yang sesuai. Ada beberapa jenama dan model yang aku berkenan tapi bila dah bukak tutup page beberapa kali nak study spec model tu, aku dah pening kepala. 

Jadi aku serahkan kepada ChatGPT je la untuk survey bagi pihak hehe. Kalau belum tau apa tu ChatGPT, boleh baca kat sini.

Aku pun login dekat laman web ChatGPT lepas tu taip arahan untuk ChatGPT buat kerja. Lebih kurang macam ni la arahannya - 'Buat jadual perbandingan pembersih udara dari segi harga (dalam RM), jenis penapis digunakan, harga penapis, Homekit-enabled dan spefikasi - (nama-nama model pembersih udara yang aku dah shortlist).'


ChatGPT

Tak sampai 1 minit ChatGPT buat kerja. Memang memudahkan hidup betul teknologi AI sekarang ni. Tak perlulah aku habiskan masa berjam-jam nak buat jadual perbandingan tu, terus boleh study dari maklumat yang ChatGPT dah kumpulkan.

Sejak tau pasal Shopback, sekarang ni kalau bukak apps Shopee aku akan bukak melalui apps Shopback je. Shopback ni bagi kita dapat cashback bila kita berbelanja di aplikasi yang join Shopback macam Shopee. Cashback yang terkumpul tu kita boleh pilih samaada nak keluarkan dan masukkan ke akaun bank atau guna untuk pembelian akan datang. Orang kata sambil menyelam, minum air gitu...

Kalau korang berminat nak join, boleh guna referral code ni untuk join. Shopback tengah buat referral program which korang akan dapat RM10 bila join guna referral code dan promosi ni akan berakhir 31 Julai ni. Bukan senang nak dapat RM10 cashback terus 😉. OK, selamat membeli-belah Shopee Sales 7.7!


shopback referral program