Bubur ayam ala-ala Mekdi untuk orang demam

Semalam Suami Terchenta tiba-tiba balik tengahari, katanya badan rasa tak sihat jadi dia mintak izin dari boss untuk balik ke rumah.

Jarang-jarang Suami Terchenta demam, bila sekali terkena memang teruk jugak la. Lepas makan ubat, dia tidur sepanjang hari. Bangun pun untuk solat je lepas tu sambung tidur. Malam pulak dia makan laksa Sarawak semangkuk kecik dan sambung tidur.

Pagi ni aku buatkan bubur ayam ala Mekdi untuk Suami Terchenta. Kebetulan ada baki daging ayam yang dah diracik halus untuk menu laksa Sarawak malam semalam, jadi boleh la habiskan ayam tu untuk dimakan dengan bubur.


bubur ayam senang

Resipi bubur ayam ala Mekdi Paling Ringkas

  • Satu cawan beras (dicuci bersih dan ditos)
  • 6 cawan air
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 2 bahagian dada ayam
  • Minyak bijan
  • Daun bawang dihiris halus
Cara-cara:
  1. Dalam periuk nasi, masukkan air, halia dan kiub pati ayam.
  2. Masukkan dada ayam dan rebus sampai masak. Keluarkan dada ayam dan racik-racik isinya.
  3. Masukkan beras yang sudah dicuci. Masak hingga jadi bubur nasi guna fungsi 'congee'.
  4. Semasa menghidang, letakkan isi ayam yang telah diracik atas bubur, tuang tabur daun bawang dan tuang minyak bijan mengikut kuantiti yang disukai ke atas bubur. Sedia untuk dihidang.

Biasanya orang demam suka rasa yang plain je, jadi bubur ni memang sesuai sebab tak banyak bahan dan rempah yang digunakan. Aroma minyak bijan lebih menaikkan bau dan rasa bubur ayam ni.

Semoga Suami Terchenta cepat sembuh lepas berehat secukupnya. Kesian pulak tengok dia nampak betul-betul tak larat nak bangun.

Hari Sukan Sekolah Khadeeja

Sabtu lepas, kiteorang bersiap-siap awal sebab kena berada di komplek sukan wanita UIA seawal 7.30 pagi. By the way, hari sukan sekolah Khadeeja ni bukanlah hari sukan biasa, lebih kepada hari sukaneka je. Khadeeja masuk acara lari berganti-ganti dan lari dalam guni.

Tahun ni tema rumah sukan ialah tema bunga - dahlia (biru), bunga matahari (kuning), bunga mawar (merah) dan bunga hydrangea (ungu). Masing-masing menampilkan kostum yang comel-comel semuanya hihi:

Perbarisan rumah sukan

Memandangkan hari sukan sekolah dieorang ni digabungkan sekali dengan sambutan merdeka, murid-murid membuat persembahan lagu bertemakan patriotik sebelum acara sukaneka bermula:


Semua menyanyi dengan penuh perasaan

Acara yang dipertandingkan tak banyak sangat tahun ni. Yang ada ialah lari berganti-ganti, lari dalam guni dan untuk playschool pulak, acara isi cawan guna span air. Ada jugak acara untuk ibu bapa tapi aku tak join sebab aktiviti tu tak sesuai dengan lutut aku yang tak berapa elok ni. 


Khadeeja sedang beraksi!

Adat bertanding, ada yang menang ada yang kalah. Rumah biru muncul juara keseluruhan diikuti dengan rumah merah di tempat kedua dan rumah kuning di tempat ketiga.


Tahun lepas rumah ungu (rumah Khadeeja) muncul juara, tapi tahun ni giliran rumah biru pulak yang menang keseluruhan

Ada jugak penyampaian hadiah untuk pertandingan sambutan hari kemerdekaan. Khadeeja dapat tempat pertama untuk pertandingan kolaj dan kelas Khadeeja dapat tempat ketiga untuk pertandingan menghias biskut bertemakan sambutan hari kebangsaan.



Tahniah buat Khadeeja dan rakan-rakan!

Fab4 Reunion

Tahun 2004 selepas aku menamatkan pengajian uni, aku dapat tawaran kerja sebagai Management Trainee di Senai Airport. Semasa hari lapor diri, aku berkenalan dengan 3 orang fresh grad - seorang gadis Melayu dan seorang gadis Cina. Mereka berdua ialah graduan MMU. Oh ya, dan seorang jejaka graduan dari universiti di Amerika. Bermula dari hari lapor diri tu, kiteorang terus jadi geng rapat. Masing-masing ada karakter berbeza - Fazrul seorang yang cool (lelaki mestilah cool kan?), Aini seorang yang kelakar dan selalu menceriakan suasana, Jen seorang minah kalut dan aku pulak kuat membebel (terserlah sifat mak-mak dari dulu lagi hehe).

Dalam 24 jam sehari, rasanya 18 jam tu kiteorang habiskan masa bersama-sama. Habis waktu kerja, kiteorang akan lepak di kedai makan bersama-sama. Lunch hour pun makan sama-sama, hujung minggu tengok movie dan main bowling sama-sama... Oleh sebab terlalu banyak menghabiskan masa bersama, sudahnya 2 orang member aku tu (Aini dan Fazrul) pun berjodoh dengan each other. Yang kelakarnya tu, aku dengan Jen tak perasan pun dieorang tengah bercinta, pandai betul dieorang menyorok keluar dating berdua belakang kiteorang 😆. Sekarang dah ada 2 orang anak dan menetap di UK.

Awal-awal penulisan blog ni, aku banyak bercerita tentang kiteorang berempat yang aku gelarkan The Fab 4. Bila ada geng rapat kat ofis, kerja stress pun jadi tak stress betul tak? Apa yang buatkan kiteorang serasi ialah bila bab kerja, kiteorang serius dan selalu berkongsi idea. Pernah satu masa ni kiteorang dapat assignment mengejut untuk present dekat Ketua Pengarah Johor Tourism Centre (JOTIC) esok paginya. Nak tak nak terpaksa stay back kat ofis sampai 4 pagi nak siapkan presentation pack. 


Fab 4 - 19 tahun lepas. Mata kuyu sebab bersengkang mata siapkan presentation untuk esok pagi 😅

Sejak kiteorang bawak haluan masing-masing (Aini dan Fazrul ke UK, Jen dan aku pun tukar kerja dan pindah ke KL) hubungan kiteorang kekal rapat dan terus berhubung melalui email dan Whatsapp. Tahap maintain kamceng tu sampai pregnant anak sulung pun sama-sama! 😂


Anak sulung kiteorang beza bulan je - anak Jen lahir Ogos 2010, Khayla lahir Disember 2010 dan anak Aini lahir Januari 2011

Masa pandemik kiteorang buat video call minum petang sama-sama!

Baru-baru ni Aini balik ke Malaysia. Kesempatan ni kiteorang ambik peluang berjumpa di Restoran Pelita Jalan Ampang. Bila bertentang mata, rasa macam baru semalam kiteorang berpisah. Masih boleh rancak bersembang macam hari-hari lepak sama-sama. Masih boleh ketawa mengilai-ngilai macam dulu! 😂 2 jam tu rasa macam 2 minit je, masing-masing rasa tak puas bersembang.


Masih kamceng macam 19 tahun dulu

Mula-mula tu Fazrul segan nak join sekali di Pelita (dari dulu dia paling pendiam antara kiteorang tapi bila ajak ke mana-mana dia sporting je jadi driver kiteorang hehe). Tapi rezeki aku dan Jen akhirnya dapat jumpa jugak Fazrul sebab Aini terlupa bawak buah tangan yang dia beli kat UK untuk aku dan Jen jadi dia ajak kiteorang singgah ke hotel. End up dapat jugak ambik gambar reunion Fab4 19 tahun kemudian!


Fab 4 - 19 tahun kemudian

Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang baik di tempat kerja dan sampai sekarang masih lagi rapat macam dulu. Sekarang, keluarga kiteorang pun berkawan rapat. Suami Jen la yang rekemenkan Suami Terchenta di tempat dia bekerja sekarang ni 😊. 


Dari emak sampai la ke anak-anak berkawan 🤭

Semoga persahabatan kami kekal sampai bila-bila. 💕

Makan Tengahari di Rasa Nusantara by The Majapahit

Salam Isnin semua,

Cuti sekolah akhirnya bermula. Korang ada plan ke mana-mana ke cuti ni? Suami Terchenta asalnya nak ambik cuti sebab cutinya banyak lagi tapi macam biasa, end up tak jadi huhu. Ada isu di ofis yang kena setel katanya. 

Sabtu lepas hari sukan sekolah Khadeeja berlangsung di UIA Gombak. Lepas hari sukan tamat, perut terasa berkeroncong sebab sepatutnya aku habis IF pukul 11 pagi tapi majlis penutup pulak terlajak sampai pukul 1 tengahari. Suami Terchenta tanya nak makan apa? Aku berseloroh, 'Jom cari nasi padang.' Padahal tak pernah pun makan nasi padang sebelum ni.

Tak sangka pulak Suami Terchenta betul-betul Google restoran nasi padang. Yang paling dekat di Melawati Mall, jadi dia bawak makan kat sana. 

Restoran Rasa Nusantara by The Majapahit rupa-rupanya baru je dibuka pertengahan Ogos. Masa kiteorang sampai ada promosi beli 2 percuma 1 lauk.


Melawati Mall KL
Rasa Nusantara by The Majapahit terletak di tingkat 3 Melawati Mall


Selama ni aku teragak-agak nak cuba makanan Indonesia sebab sangkakan makanan dari seberang semuanya pedas-pedas macam sambal ayam penyet. Tapi lepas mencuba lauk nasi padang kat sini, eh takde la pedas sangat. Lebih kurang lauk-pauk kat Malaysia je.


Rasa Nusantara by the Majapahit
Antara lauk-pauk yang dijual

Lepas belek-belek menu, akhirnya kiteorang pilih menu ikan tilapia terbang goreng, gulai urat keting lembu, keli bakar dan terung balado. Suami Terchenta juga memesan teh botol untuk minuman.


Rasa Nusantara by the Majapahit
Ikan tilapia terbang goreng - rangup di luar tapi lembut isinya, dipadankan dengan sambal kicap manis

Rasa Nusantara by the Majapahit
Keli bakar dengan sos kacang, ala-ala kuah sate sikit rasanya

Rasa Nusantara by the Majapahit
Sambal terung balado - sayang cilinya dipotong besar-besar sebab confirm aku tak makan. Lebih suka versi cili ditumbuk kasar 

Rasa Nusantara by the Majapahit
Gulai urat keting ni kesukaan aku

Alhamdulillah makanan kat sini sedap-sedap semuanya. Portion lauk agak banyak dan sesuai untuk 2-3 orang berkongsi makan.

Overall, puas hati mencuba makanan padang di sini. Boleh repeat lain kali bila teringin makanan padang lagi.

On Mom's Duty Today

Semalam cikgu Khadeeja mintak tolong a few parents untuk menghantar beberapa orang murid dan cikgu ke raptai hari sukan sekolah pagi tadi sebab pihak sekolah ada masalah pengangkutan. Kebetulan aku pun nak keluar ada urusan di PJ, jadi aku pun setuju.


Pakai smart sikit sebab ada urusan di PJ lepas hantar budak-budak tu

Kat manakah latihan raptai hari sukan sekolah dibuat? Jeng.. jeng.. jeng! Hint: salah seorang rakan blogger ialah pensyarah di sini. 



Yaaaa... pagi tadi kita melawat kawasan Mama Zharfan ðŸ˜…. Tapi tak dan nak ajak MZ jumpa sebab pagi tadi memang plan nak drop off lepas tu terus gerak ke PJ.


Ambik gambar sekejap lepas tu terus gerak

Selesai urusan di PJ, ada sejam lagi sebelum raptai habis jadi singgah makan kat kedai mamak dulu sebab dah cukup 16 jam berpuasa.


Ambik sesenduk nasi, 3 jenis sayur dan 2 biji telur rebus bersambal - semuanya RM10.50

Esok pagi kena bertolak awal sebab kena ada kat kompleks sukan jam 7.30 pagi. Lepas hari sukan, cuti sekolah yeeeaayyyy!