Kafe He & She Coffee Original di Hospital KPJ Tawakkal

Sementara tunggu giliran jumpa doktor, Suami Terchenta ajak sarapan di He & She Coffee Original di tingkat yang sama.


Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal

Hujung minggu memang cheat day apa lagi aku macam orang disorong bantal je bila dia ajak makan kat sini hehe.



Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Bagus ada kafe di tingkat sama dengan klinik ortopedik

Tak berapa banyak pilihan menu pagi-pagi. Cuma ada kek, pastri dan kalau nak hidangan berat ada nasi lemak pandan je.

Aku pilih hazelnut croissant dan hot chocolate. Suami Terchenta pulak pilih nasi lemak pandan dan teh English breakfast. Sebenarnya dia nak teh tarik tapi nan hado. Ni bukan kedai mamak, abang oi! 🤭

Lepas bayar harga makanan, kiteorang pilih tempat duduk yang menghadap KLCC sementara tunggu makanan siap. Lawa pemandangan dari kafe ni kalau tak ditutupi jerebu di luar.


Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Breakfast with a view

Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Sarapan aku - hazelnut croissant dengan hot chocolate. Croissant tu sedap ada inti Nutella kat dalam

Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Nasi lemak pandan ada ketulan daging ayam

Not bad jugaklah makanan kat sini cuma dieorang tak hidang dalam pinggan je. Mungkin sebab takde tempat nak cuci pinggan kotor kot. Konsepnya makan dan buang bekas. Tak berapa mesra alam gitu.

Suami Terchenta pulak merungut sebab takde teh tarik. Kurang ummph agaknya makan nasi lemak tanpa teh tarik.

Sebelum balik kiteorang tapau croissant untuk anak dara sulung si hantu croissant tu dan macaron 2 biji (RM3.50 sebiji!) untuk si adik gigi manis (sweet tooth?). Ingatkan pukul 11 dah habis la check up tapi rupa-rupanya tengahari baru setel dan gerak balik. Jadi sebelum balik singgah pulak makan tengahari di Dapur Sarawak depan hospital KPJ Tawakkal. Tu kita cerita kemudian la ye hehe.

Jumpa Pakar Ortopedik di Hospital KPJ Tawakkal

Sambung cerita kisah Suami Terchenta sakit belakang.

Hari Jumaat lepas, kiteorang pergi ke klinik di Sentul Boulevard untuk ambik surat rujukan ke hospital sebab nak buat MRI macam yang disyorkan oleh physiotherapist. Cadangnya nak pergi ke hospital terdekat je, iaitu KPJ Tawakkal di Jalan Pahang. Jadi doktor kat klinik tu pun refer kes Suami Terchenta dengan Dato’ Dr Fazir Mohamad, sebab katanya doktor ni doktor HKL yang ada klinik di KPJ Tawakkal jugak. Jadi kalau kena teruskan rawatan di HKL, mudah sikit urusannya. Kiteorang setuju je, janji hospital dekat dengan rumah kalau Suami Terchenta senang berulang-alik untuk appointment di hospital

Alhamdulillah Suami Terchenta dapat temujanji pada pagi Sabtu lepas sebab Dr Fazir cuma ada di KPJ Tawakkal hari Sabtu je. Kiteorang datang pukul 8 pagi dan terus pergi ke tingkat 5. Lepas serahkan surat GL insurans company Suami Terchenta di kaunter pendaftaran, kiteorang disuruh ke klinik dan ambik nombor giliran pulak untuk berjumpa dengan Dr Fazir. Ingatkan kiteorang yang terpaling awal ambik nombor giliran (doktor masuk dalam pukul 9 lebih lepas buat lawatan di wad), rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kiteorang haha. Tapi ok lagi, giliran kedua takde la lama sangat kena tunggu.

Sementara tunggu giliran jumpa doktor, Suami Terchenta ajak sarapan pagi dulu dekat kafe sebelah kaunter pendaftaran tadi.

Dalam pukul 9 pagi, kiteorang pergi balik ke klinik tadi dan tunggu doktor sampai. Dalam 15 minit macam tu barulah nampak kelibat doktor masuk ke bilik. Lepas tu tunggu lagi pesakit pertama jumpa dengan doktor. 


orthopaedic specialist
Duduk menunggu di tempat kerusi yang selesa depan bilik doktor

Akhirnya pesakit pertama keluar. Giliran Suami Terchenta pulak. Dr Fazir ni gaya dia very fatherly and soft spoken. Dia tanya soalan-soalan lebih kurang macam physiotherapist tanya tempoh hari. Lepas tu dia buat test pun lebih kurang jugak macam masa sesi fisio. Cuma bila dah selesai buat test, dia rasa macam bukan SI joint dysfunction pulak. Hmm. Jadi dia suruh turun ke bawah bahagian Imaging untuk buat X-ray di bahagian pinggang.

Dekat sini lama sikit menunggu giliran. Rasanya lebih 30 minit baru giliran Suami Terchenta naik. Memandangkan cuma pesakit je dibenarkan masuk, jadi aku pun tunggu di luar.


Hospital KPJ Tawakkal
Bagusnya kat KPJ Tawakkal ni, banyak tempat kerusi disediakan untuk menunggu sementara pesakit buat prosedur x-ray

Tengah menunggu Suami Terchenta buat x-ray, tiba-tiba aku disapa oleh staff hospital yang tengah menolak troli minuman, 'Puan nak minum ke? Kita ada kopi, teh, sirap? Ada biskut jugak.' Terpinga-pinga aku dibuatnya. First time seumur hidup aku pergi hospital siap dijamu refreshment sementara menunggu. Dah macam dalam kapal terbang pulak! 😂 

Mula-mula aku tolak tapi dieorang bersungguh-sungguh bagitau it's complimentary. Jadi aku pun pilih air teh, siap dapat biskut kacang mentega lagi. Terbaik la layanan KPJ Tawakkal ni. Sebelum ni pernah pergi ke P*ince C*urt dan P*ntai KL tapi takde pulak dihidang minuman dan makanan ringan. 


refreshment
Staff hospital tolak troli offer minuman dan biskut dekat pesakit dan keluarga yang duduk di kerusi menunggu

refreshment
Biskut masin dengan inti mentega kacang ni sedap celup dalam air teh panas

Bila Suami Terchenta selesai buat x-ray, kiteorang naik balik ke klinik Dr Fazir. Tapi sayangnya Dr Fazir tak nampak masalah dekat belakang Suami Terchenta, sebab ada miscommunication sikit dengan technician x-ray. Sepatutnya Suami Terchenta buat x-ray sambil berdiri tapi masa dalam bilik x-ray tu dia disuruh berbaring terlentang. Akhirnya Dr Fazir decided supaya Suami Terchenta buat MRI tapi kena tunggu bila ada free slot. Sementara tu dia suruh Suami Terchenta continue makan ubat yang diberi oleh doktor di klinik Sentul Boulevard.

Harap-harap dapat temujanji MRI secepat mungkin sebab kesian tengok Suami Terchenta tak selesa dan susah bergerak sejak 3 minggu lepas. Dari sudut positif, Suami Terchenta dapat surat light duty dari doktor pakar jadi boleh la dia request bekerja dari rumah (memandangkan doktor tak bagi dia naik motor takut makin teruk pulak sakit belakang).

Pengalaman Guna Khidmat Fisioterapi Melalui Aplikasi Sentuh

Dah dekat 3 minggu Suami Terchenta mengadu sakit belakang sampai ke betis. Pergi klinik 3 kali, cuma dapat ubat tahan sakit dan ubat untuk rehatkan otot (muscle relaxant). Setiap kali ubat yang doktor bagi tu habis kesannya, sakit tu datang balik.

Risau jugak takut dia kena slipped disc. Tapi kalau slipped disc memang tak boleh bergerak langsung. Dia masih lagi boleh berjalan, bangun, duduk semua cuma tak selesa. Dia describe sakit tu berdenyut-denyut dan lenguh-lenguh. Satu lagi kemungkinan kena sciatica (saraf tersepit) macam aku pernah kena 2 tahun lepas. Tapi sakit sciatica tu rasa macam kena cubit, panas dan tajam je rasanya. 

Masa aku kena sciatica,  aku ikhtiar la cari servis fisioterapi. Terjumpa servis dari Sentuh. Secara ringkasnya, Sentuh ni macam aplikasi Grab la - it's a digital platform untuk kita tempah perkhidmatan wellness & beauty iaitu urutan spa, urutan tradisional, facial, urutan antenatal, dan fisioterapi.


wellness & beauty services
Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam platform Sentuh

Yang best nya pesakit tak payah ke pusat fisio untuk buat terapi sebab physiotherapist yang akan datang ke rumah kita. Ye la, nak berjalan pun payah kalau sakit saraf tu dah teruk sangat. Lagi satu physiotherapist dari Sentuh ni memang terlatih dalam bidang fisioterapi sebab dieorang ada diploma / ijazah dalam bidang fisioterapi. 

Alhamdulillah, lepas 2 sesi fisio, sakit sciatica aku tu beransur pulih dan sampai sekarang aku dah tak mengalami sakit belakang sebab physiotherapist siap ajar senaman regangan dan tips untuk mengelakkan sakit sciatica dari berulang. Oh ya, kalau klien perempuan, Sentuh akan hantar physiotherapist perempuan jadi tak perlu risau isu aurat dan sebagainya.

Back to Suami Terchenta. Sebab sakit belakang Suami Terchenta dah berlarutan selama 3 minggu, aku pun book sesi fisioterapi untuk dia pulak. Kebetulan ada promosi diskaun 15% kalau book sesi pada hari Isnin - Khamis, jadi aku book sesi tu pada hari cuti umum Maulud Nabi Khamis lepas.

Physiotherapist datang ke rumah siap bawak portable massage bed dan peralatan fisioterapi macam mesin TENS (Our Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation). Lepas dah set up katil dan alat-alat fisio, dia pun mulakan sesi dengan bertanya sejarah penyakit Suami Terchenta dan assess bahagian badan yang sakit dan level of pain. Lepas tu dia buat beberapa ujian mobiliti sambil tanya sama ada Suami Terchenta sakit tak masa buat ujian mobiliti tu contohnya membongkok ke belakang dan ke depan. 

 
physiotherapy at home
Kena cover sikit sebab Suami Terchenta kena bukak baju masa ni 🤭

Lepas buat ujian dalam keadaan berdiri, physiotherapist suruh Suami Terchenta baring atas katil pulak dan dia pun angkat kaki nak tengok sejauh mana boleh bengkokkan kaki. Ada lagi beberapa ujian yang lain dan hasilnya, confirm bukan slipped disc. Alhamdulillah, lega aku dengar.


physiotherapy session
Assess tahap mana boleh angkat kaki dan level of pain

Tapi physiotherapist tu bagitau tak macam sciatica pulak sebab sakit sciatica lain dari apa yang Suami Terchenta describe sakit dia. Sakit sciatica ni tajam dan macam kena renjatan letrik je sepanjang sciatic nerve tu. Selalunya sciatica ni sakitnya di sebelah tulang belakang sampai ke punggung dan betis, sama ada kiri, kanan atau kedua-dua belah. Suami Terchenta pulak bagitau sakit dia alami ni berdenyut-denyut dan sakit dia dekat tengah-tengah bahagian bawah pinggang (lower back). Dia suspect Suami Terchenta mungkin kena disfungsi sendi SI (sacroiliac joint dysfunction), keadaan ni bila sendi antara tulang pelvis tu menipis sampai dua-dua tulang bergesel atau ada keradangan. Kalau nak confirm kan, kena pergi buat MRI.


sacroiliac joint inflammation
Bahagian ni yang mungkin bermasalah sampai menimbulkan kesakitan (imej Google)

Rawatan fisio yang dia buat hari tu cumalah untuk kurangkan rasa sakit je tapi kena pergi jumpa pakar tulang jugak untuk buat pemeriksaan lanjut (MRI). Alhamdulillah, lepas sesi fisio, Suami Terchenta kata sakit belakang dah kurang tapi sakit di bahagian punggung sampai ke betis masih lagi terasa.


Kenapa Aku Suka Perkhidmatan Dari Sentuh

Alhamdulillah setakat ni perkhidmatan fisioterapi dari aplikasi Sentuh ni memuaskan bagi aku. Ni antara sebab-sebabnya:

  1. Physiotherapist yang profesional dan terlatih 
  2. Senang nak buat tempahan melalui aplikasi Sentuh. 
  3. Respon dari Sentuh apps yang cepat contohnya kalau physiotherapist tak sampai lagi kita boleh check dia dah kat mana. 
  4. Servis yang reliable - setakat ni tak pernah lagi Sentuh reschedule slot yang kita request

Selain dari di KL, Sentuh turut menyediakan perkhidmatan wellness & beauty ni di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Brunei.

Kalau korang berminat nak cuba perkhidmatan wellness & beauty di rumah, boleh muat turun aplikasi Sentuh dari Google Play dan App Store. Pengguna baru boleh dapatkan diskaun RM20 dengan menggunakan kod ni semasa membuat tempahan:



Jangan lupa masukkan referral code ni bila nak buat tempahan ye: SEN-LQBT3I. 🫶🏻

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web Sentuh https://sentuh.my/.

Bedtime Reading

Korang suka membaca tak? Dulu masa zaman sekolah aku ni boleh dikatakan ulat buku. Buku-buku pilihan aku selalunya novel dan karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau buku-buku tulisan penulis buku kanak-kanak terkenal macam Enid Blyton dan Diana Wynne Jones.

Bila dah masuk universiti, tabiat membaca tu bertukar dari novel-novel kepada majalah-majalah macam The Economist dan Times (ilmiah sangat kan hahaha! Tapi masa tu aku terlibat dalam Kelab Debat Bahasa Inggeris, jadi kena sentiasa update pengetahuan am dan global). Kalau majalah hiburan pulak, aku suka Cleo, Her World, Nona dan Mingguan Wanita.

Cuma bila dah ada anak-anak dan sibuk menguruskan dieorg masa kecik dulu, tabiat membaca tu makin kurang. Aku cuma membacakan bedtime stories untuk anak-anak sebelum tidur je hehe. By the time aku nak membaca buku aku pulak, dah terlelap sebab kepenatan!

Sejak aku berhenti kerja, aku nekad nak start balik hobi membaca. Cuma tu la, aku rasa gaya penulisan novel sekarang dah jauh berbeza. Takde lagi dah karyawan yang menulis macam Othman Puteh dan Khadijah Hashim. 

Anyway, selalunya aku akan membaca sebelum masuk tidur. Jadi buku-buku ni aku dah siap-siap letak dekat tepi katil supaya aku tak lupa untuk membaca.


Bedtime reading
My bedtime books


Jom tengok apa buku yang aku tengah baca sekarang.


Yahya Ibrahim
A Juz A Day: Summary of the Quran (Yahya Ibrahim)

Buku ni pun best sebab isinya disampaikan dalam bentuk yang ringkas dan senang dihadam. Kadang-kadang bila baca tafsir Quran, aku terfikir kenapa cerita tentang kaum-kaum dan Nabi dan Rasul terdahulu muncul kat sana sini dalam Al-Quran, kenapa tak kumpul je dalam satu surah / juzuk je? Tapi bila baca buku ni, ada mesej dan gambaran lebih besar yang Allah sampaikan kepada kita dan cerita-cerita tu ialah sokongan buat mesej tu. 


Sophie Kinsella
Christmas Shopaholic (Sophie Kinsella)

Siri Shopaholic dari Sophie Kinsella ni memang aku minat dari siri pertama sampai la siri terbaru ni. Bagi aku, Sophie Kinsella ni menulis dengan penuh humor dan dramatik. Selain dari siri Shopaholic, aku suka jugak novel-novel Sophie Kinsella yang lain contohnya 'The Undomestic Goddess'.


Richard Carlson
Don't Sweat the Small Stuff (and It's All Small Stuff) (Richard Carlson)

Kalau baca buku ni, aku memang standby highlighter untuk highlight part-part yang aku rasa berguna untuk dipraktikkan. Buku ni ajar orang-orang overthinker dan ada anxiety macam aku ni untuk jangan jadi worrier sangat la. Kebanyakan benda berlaku dalam hidup kita ni sebenarnya benda kecik je, tak payah nak overthinking lebih-lebih.


Isla Gordon
The Wedding Pact (Isla Gordon)

Aku beli buku ni sebab baca review ada orang kata buku ni humorous macam buku Sophie Kinsella. Bila aku baca, tak macam Sophie Kinsella pun. OK la, nice to read. Tapi tak habis-habis lagi membacanya sebab kadang-kadang agak hambar. Jadi bila aku baca 2-3 muka surat, terus aku mengantuk! 😂 Bila nak habis baca buku ni?


Dato' Dr Harun Din
Ruqyah Asas Pengubatan Islam (Allahyarham Tuan Guru DAto' Dr. Harun Din)

Dalamnya mengandungi doa-doa, zikir-zikir dan potongan ayat-ayat Al-Quran yang baik untuk rohani. Bila rasa resah, rasa tak boleh tidur, baca buku ni sampai la hati rasa tenang dan boleh tidur balik.

Comelnya Touch N Go Charm Edisi Terhad!

Korang dah tengok tak Touch N Go charm Furry Series ni?


Touch N Go charm
Kredit foto: Touch N Go website

 

Alahai, kenapalah bendalah ni comel teruk? Charm ni guna teknologi NFC boleh tambah nilai pakai apps TnG kat phone je. Gantung kat tepi beg confirm tak lupa bawak kad TnG bila keluar. My kids ni dah la pernah ada history hilang / rosak kad TnG (terlupa keluarkan dari poket lepas tu masuk dalam mesin basuh / pengering). Sesuai sangat belikan charm ni untuk dieorang. Aku beli kat Shopee, harga dalam RM30 tak termasuk postage. Dalam 2 hari dah sampai. 


Touch N Go charm
Comel dan functional

Cara nak register kan charm ni dekat phone kita boleh tengok kat belakang packaging.


Touch N Go NFC charm limited edition

So far dah 2x guna masa naik LRT / MRT. Alhamdulillah berfungsi dengan baik. Semoga lepas ni takde kejadian misplaced atau masuk dalam mesin basuh lagi!