Dah dekat 3 minggu Suami Terchenta mengadu sakit belakang sampai ke betis. Pergi klinik 3 kali, cuma dapat ubat tahan sakit dan ubat untuk rehatkan otot (muscle relaxant). Setiap kali ubat yang doktor bagi tu habis kesannya, sakit tu datang balik.

Risau jugak takut dia kena slipped disc. Tapi kalau slipped disc memang tak boleh bergerak langsung. Dia masih lagi boleh berjalan, bangun, duduk semua cuma tak selesa. Dia describe sakit tu berdenyut-denyut dan lenguh-lenguh. Satu lagi kemungkinan kena sciatica (saraf tersepit) macam aku pernah kena 2 tahun lepas. Tapi sakit sciatica tu rasa macam kena cubit, panas dan tajam je rasanya. 

Masa aku kena sciatica,  aku ikhtiar la cari servis fisioterapi. Terjumpa servis dari Sentuh. Secara ringkasnya, Sentuh ni macam aplikasi Grab la - it's a digital platform untuk kita tempah perkhidmatan wellness & beauty iaitu urutan spa, urutan tradisional, facial, urutan antenatal, dan fisioterapi.


wellness & beauty services
Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam platform Sentuh

Yang best nya pesakit tak payah ke pusat fisio untuk buat terapi sebab physiotherapist yang akan datang ke rumah kita. Ye la, nak berjalan pun payah kalau sakit saraf tu dah teruk sangat. Lagi satu physiotherapist dari Sentuh ni memang terlatih dalam bidang fisioterapi sebab dieorang ada diploma / ijazah dalam bidang fisioterapi. 

Alhamdulillah, lepas 2 sesi fisio, sakit sciatica aku tu beransur pulih dan sampai sekarang aku dah tak mengalami sakit belakang sebab physiotherapist siap ajar senaman regangan dan tips untuk mengelakkan sakit sciatica dari berulang. Oh ya, kalau klien perempuan, Sentuh akan hantar physiotherapist perempuan jadi tak perlu risau isu aurat dan sebagainya.

Back to Suami Terchenta. Sebab sakit belakang Suami Terchenta dah berlarutan selama 3 minggu, aku pun book sesi fisioterapi untuk dia pulak. Kebetulan ada promosi diskaun 15% kalau book sesi pada hari Isnin - Khamis, jadi aku book sesi tu pada hari cuti umum Maulud Nabi Khamis lepas.

Physiotherapist datang ke rumah siap bawak portable massage bed dan peralatan fisioterapi macam mesin TENS (Our Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation). Lepas dah set up katil dan alat-alat fisio, dia pun mulakan sesi dengan bertanya sejarah penyakit Suami Terchenta dan assess bahagian badan yang sakit dan level of pain. Lepas tu dia buat beberapa ujian mobiliti sambil tanya sama ada Suami Terchenta sakit tak masa buat ujian mobiliti tu contohnya membongkok ke belakang dan ke depan. 

 
physiotherapy at home
Kena cover sikit sebab Suami Terchenta kena bukak baju masa ni 🤭

Lepas buat ujian dalam keadaan berdiri, physiotherapist suruh Suami Terchenta baring atas katil pulak dan dia pun angkat kaki nak tengok sejauh mana boleh bengkokkan kaki. Ada lagi beberapa ujian yang lain dan hasilnya, confirm bukan slipped disc. Alhamdulillah, lega aku dengar.


physiotherapy session
Assess tahap mana boleh angkat kaki dan level of pain

Tapi physiotherapist tu bagitau tak macam sciatica pulak sebab sakit sciatica lain dari apa yang Suami Terchenta describe sakit dia. Sakit sciatica ni tajam dan macam kena renjatan letrik je sepanjang sciatic nerve tu. Selalunya sciatica ni sakitnya di sebelah tulang belakang sampai ke punggung dan betis, sama ada kiri, kanan atau kedua-dua belah. Suami Terchenta pulak bagitau sakit dia alami ni berdenyut-denyut dan sakit dia dekat tengah-tengah bahagian bawah pinggang (lower back). Dia suspect Suami Terchenta mungkin kena disfungsi sendi SI (sacroiliac joint dysfunction), keadaan ni bila sendi antara tulang pelvis tu menipis sampai dua-dua tulang bergesel atau ada keradangan. Kalau nak confirm kan, kena pergi buat MRI.


sacroiliac joint inflammation
Bahagian ni yang mungkin bermasalah sampai menimbulkan kesakitan (imej Google)

Rawatan fisio yang dia buat hari tu cumalah untuk kurangkan rasa sakit je tapi kena pergi jumpa pakar tulang jugak untuk buat pemeriksaan lanjut (MRI). Alhamdulillah, lepas sesi fisio, Suami Terchenta kata sakit belakang dah kurang tapi sakit di bahagian punggung sampai ke betis masih lagi terasa.


Kenapa Aku Suka Perkhidmatan Dari Sentuh

Alhamdulillah setakat ni perkhidmatan fisioterapi dari aplikasi Sentuh ni memuaskan bagi aku. Ni antara sebab-sebabnya:

  1. Physiotherapist yang profesional dan terlatih 
  2. Senang nak buat tempahan melalui aplikasi Sentuh. 
  3. Respon dari Sentuh apps yang cepat contohnya kalau physiotherapist tak sampai lagi kita boleh check dia dah kat mana. 
  4. Servis yang reliable - setakat ni tak pernah lagi Sentuh reschedule slot yang kita request

Selain dari di KL, Sentuh turut menyediakan perkhidmatan wellness & beauty ni di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Brunei.

Kalau korang berminat nak cuba perkhidmatan wellness & beauty di rumah, boleh muat turun aplikasi Sentuh dari Google Play dan App Store. Pengguna baru boleh dapatkan diskaun RM20 dengan menggunakan kod ni semasa membuat tempahan:



Jangan lupa masukkan referral code ni bila nak buat tempahan ye: SEN-LQBT3I. 🫶🏻

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web Sentuh https://sentuh.my/.

28 comments:

  1. wahh menarik ni....boleh save nombor/link ni siap..i ada gak sakit kat bahagian joint (lower part) tp on off..kdg2 jer sakit tu...so masih bertahan tak buat apa2 check up or treatment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sakit on off ni sebab muscle tight kat situ especially kalau kita tak rajin buat aktiviti regangan. Physiotherapist boleh assess dan akan sesuaikan treatment ikut diagnosis, Insha Allah.

      Delete
  2. Ni yang sampai demam² tu ke Carneyz? Semoga tiada sakit yg memudaratkan & dikembalikan kesihatan suami terchenta Carneyz, insyaAllah.. Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukan... demam tu sebab kena influenza, dia demam pun lebih dari 5 minggu lepas.

      Terima kasih SK. Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  3. Mudah2an en somi dah beransur sembuh

    ReplyDelete
  4. bagus..ada servis di rumah, mudah bg pesakit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, lagi2 kalau pesakit tak boleh bergerak sangat.

      Delete
  5. Ala di Melaka tkde pulak.. kaki Cuya dah la tengah terkehel, harini MC XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa panggil makcik urut ke rumah la nampaknya tu 😅. Get well soon Cuya.

      Delete
  6. Pertama kali tau pasal aplikasi ni. Mudah sungguh berurusan.

    Semoga Allah beri kesembuhan buat suami Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memudahkan hidup bila ada perkhidmatan macam ni.

      Terima kasih Kak Ujie, Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  7. Oo di Johor pun ada ea, nak try gak laaa ..
    Moga lepas ni Jun akan beransur baik sakitnya …

    ReplyDelete
    Replies

    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Tq Sislin 🤭 Aah bila rasa nak urut badan tapi kena jaga Khalish jugak boleh la book ni sis. Sambil2 Khalish tido, neneknya buat spa hihi

      Delete
  8. Info yang baharu untuk saya ni Carneyz.
    Terima kasih kongsi bersama, dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
    Moga suami Carneys cepat sembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kak Amie. Terima kasih atas doanya 😊

      Delete
  9. kalau nak try akupuntur, MA ada kawan yg buat & boleh dtg ke rumah semua... sis MA & Ibu selalu jugak buat akupuntur ni.. kawan adik MA..perempuan la tapinya but dia boleh je buatkan & she's quite good.. apa2 roger ye... mana la tau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MA. Sebenarnya org fisio tu pun ada offer nak buat akupunktur tapi asben taknak sbb dia takut jarum. Padahal jarum tu cucuk kat belakang bukan nampak pun 😅

      Delete
  10. Ala.. baru nak teruja tapi negeri kita tak tersenarai.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. wahhh laa ni semua main hujung jari je...kalau pesakit perempuan kita boleh request fisio perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mmg dieorg akan assign physiotherapist perempuan utk pesakit perempuan. Saya dulu kena sciatica physiotherapist perempuan, bagus sgt2 teliti dia buat rawatan.

      Delete
  12. semoga cepat pulih seperti biasa...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  13. Kat sekitar lembah Klang aje kan xde kat negeri2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kat jugak dekat Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Brunei. SA suggest la dekat HR buat corporate wellness program panggil dieorg datang ofis sbb dieorg ada pakej corporate wellness jugak 😄

      Delete
  14. Aisssh kenapa lah tak ada service begini di sini 😔. Saya pasti nak guna , karena suami sering sangat sakit punggungnya. Tapi memang macam genetik dari papa dia lah kak. Dulu sempat fisioterapi. Tapi tuh laah, suami tak rajin dengan alasan waktu yg tak sesuai. :(. Kan enak kalo ada ahli terapis yg bisa dipanggil seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada tu, tapi kena cari 😄 Cuba cari di Instagram, nanti mesti ada iklan yg keluar.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .